BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
1
LUKA DAN PENDARAHAN
LUKA DAN PENDARAHAN Disediakan Oleh: Hasfarizal Bin Hasan Herwand Bin Nahari Maznah binti Mohamad Mohammad Kamarul Imran Bin Kamaruddin Mohd Hafiz Bin Ab Roni Mohd Suraimi Bin Mohd Nor Norazliza Binti Yaakub KPLI K1.6
LUKA KECEDERAAN KEPADA TISU DISEBABKAN OLEH BENDA-BENDA TAJAM ATAU TUMPUL
SENJATA TAJAM
BERSUKAN
JENIS-JENIS LUKA 1. 2.
Luka Tertutup Luka Terbuka
JENIS LUKA 1.
Luka Tertutup Kecederaan kepada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.
CONTOH LUKA TERTUTUP a.
Kontuse Akibat daripada terkena pukulan kuat. Pendarahan berlaku di bawah kulit.
e.
Haematoma Pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman.
1.
Luka Terbuka Kecederaan kepada tisu kulit di mana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.
CONTOH LUKA TERBUKA a.
Luka Terhiris Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca, luka senang ditautkan kembali dan senang dirawat. Walau bagaimanapun oleh sebab saluran darah di tepi luka telah terpotong mungkin berlaku pendarahan yang banyak.
a.
Luka Tikaman Luka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam, seperti terkena paku, tercucuk jarum atau terkena tikaman. Oleh kerana lukanya dalam, kekotoran, kuman mudah meresap jauh ke dalam tubuh dan risiko jangkitan adalah terlalu tinggi.
a.
Luka Terkoyak Tisu yang koyak seperti terkena kawat atau alat jentera yang mengakibatkan kerosakan tisu yang teruk, walau bagaimanapun darah yang keluar mungkin berkurangan daripada luka terhiris.
a.
Luka Tembakan Luka akibat daripada terkena peluru tembakan senjata adalah kecil di tempat tembusan tetapi lukanya meluas di ruang keluar. Peluru yang tidak keluar daripada badan, mengakibatkan kecederaan dalam yang teruk.
BANTUAN KECEMASAN LUKA TERTUTUP Berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit. Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalam seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain lagi.
BANTUAN KECEMASAN LUKA TERBUKA Untuk luka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2C iaitu:CLEAN (BERSIHKAN) Bersihkan luka dari sebarang kekotoran. COVER (TUTUP) Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.
LUKA YANG BANYAK PENDARAHAN GUNA KAEDAH -
D – Direct ( tekanan langsung ) I – Indirect ( Tekanan x Langsung ) E – Elevate ( Tinggikan )
PENDARAHAN
TERKELUARNYA DARAH DARIPADA SISTEM PEREDARANNYA ATAU TERCEDERANYA SISTEM EDARAN.
PENDARAHAN BOLEH BERLAKU MELALUI: Pendarahan Arteri Darah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.
Pendarahan Vena Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan. Pendarahan Kapilari Darahnya keluar secara meleleh.
KLASIFIKASI PENDARAHAN: Pendarahan Luaran (External) Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit
c. d. e. f. g.
h. i.
Pendarahan Dalaman (Internal) Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit. Kulit pucat dan berpeluh sejuk/melekit. Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku. Denyutan nadi cepat tetapi lemah. Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka. Muntah darah atau najis bercampur darah. Ada tanda-tanda renjatan.
BANTUAN KECEMASAN 1. 2.
3. 4.
Bersihkan luka dari kotoran. Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing) – jika ada – buat balutan cincin. Tahan darah secara tidak langsung – tempat tekan nadi. Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
1.
2.
3.
Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk renjatan. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.