Liability For Careless Teaching

  • Uploaded by: Bahiyah Othman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Liability For Careless Teaching as PDF for free.

More details

  • Words: 3,093
  • Pages: 19
GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA TAJUK ARTIKEL:

Liability for careless teaching: should Australians follow the Americans or the British? Andrew Hopkins University of Melbourne, Melbourne, Australia

Journal of Educational Administration, 34(4):39-59. GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION PENSYARAH: DR. ISHAK BIN SIN BAHIYAH BT OTHMAN 800447 ROSHIDA BT MUSTAFFA 800638 SABRI BIN AWANG 800643 1

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

SARJANA SAINS (PENGURUSAN PENDIDIKAN) Di Amerika “Penyelewengan dalam pendidikan” yang berkaitan dengan sekolah dan guru yang di dakwa oleh pelajar tidak akan dilayan oleh mahkamah. Undang-undang Amerika Syarikat tidak akan memberi pampasan kepada pelajar dan menghukum guru dan sekolah berdasarkan kecuaian/kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelajar-pelajar di Amerika Syarikat tidak akan memperolehi pampasan dari mahkamah daripada kecuaian atau kelemahan guru dan sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Undang-undang ini tidak akan berubah melainkan mahkamah di Amerika Syarikat diyakinkan untuk mengubah undang-undang mengenai perkara ini atau Badan Perundangan Negeri meluluskan undang-undang untuk membolehkan tindakan saman dilaksanakan.

Manakala undang-undang di ‘Common Law’ di United Kingdom pula meletakkan tanggungjawab sekolah dan guru untuk pembangunan intelektual pelajar. Pelajar akan disediakan dengan pengalaman yang mencabar dalam bentuk kerja sekolah, guru pula akan bertanggungjawab memantau pelajar untuk menilai dan memberi nasihat dalam pendidikan yang diperlukan oleh pelajar.

Di

Australia

pula,

sekolah

dan

guru-guru

pada

masa

itu

terpaksa

bertanggungjawab samada mengikut peraturan atau undang-undang terhadap kecederaan yang dialami oleh pelajar kesan daripada kelemahan pengajaran dan pembelajaran di 2

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

sekolah, lebih kepada undang undang di United Kingdom berbanding di Amerika Syarikat. Contoh kes yang berkaitan kecuaian pendidikan yang diambil dari United Kingdom ialah E (a minor) v. Dorset County Council; Christmas v. Hampshire County Council; Keating v. London Borough of Bromley.

Di Amerika, polisi mahkamahnya enggan mengiktiraf tuduhan yang di sebabkan oleh kecuaian atau kelemahan dalam pendidikan. Oleh itu adakah

mahkamah di

Australia perlu mengikuti mahkamah Amerika Syarikat atau United Kingdom di dalam tuntutan kecuaian pengajaran ini, menjadi satu persoalan di dalam artikel ini. Kemungkinan di Australia pada masa depan, sekolah boleh disaman atas kesalahan, kelemahan, penyelewangan dalam pendidikan. Hal ini bergantung kepada pihak yang terlibat dalam perundangan di Australia.

Mengikut suasana di Australia pada masa ini, terdapat dua cara untuk guru dan sekolah dipertanggungjawabkan dalam kecedaraan yang di alami oleh pelajar-pelajar kesan daripada kelemahan atau kecuaian pengajaran iaitu: a)

Melalui penggubalan undang-undang oleh parlimen(parlimen mempunyai kuasa untuk melaksanakannya) sekarang komanwel telah mengiktiraf ‘UN Convention’ dalam hak kanak-kanak, kemungkinan untuk menggunakan hubungan luaran sebagai kuasa konsituasi dalam penggubalan undangundang untuk menguatkuasakan hak tersebut terhadap pendidikan.

3

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

b)

Melalui mahkamah pula, mengenalpasti hak undang-undang bagi menyaman atau mendakwa guru dan sekolah atas segala kerosakan dan kecederaan akibat daripada kecuaian pengajaran dalam keadaan tertentu.

Menurut Akta Pembaharuan Pendidikan New South Wales 1990, ada menyatakan dalam Seksyen 4 : Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk menerima pelajaran untuk memastikan setiap kanak-kanak menerima pelajaran dengan kualiti yang terbaik. Perkara ini diperjelaskan lagi dalam Seksyen127: yang menerangkan dengan lebih jelas bahawa Seksyen4 tidak memberi peluang untuk sebarang tindakan oleh pihak awam.

Manakala, tanggungjawab guru yang terkandung dalam ‘Common Law’ Australia pula menyatakan bahawa sekiranya peraturan parlimen tidak memberi kuasa kepada pelajar untuk mendakwa di atas sebarang kecuaian atau kekurangan/kelemahan pengajaran, undang-undang mahkamah mungkin wujud untuk memberi hak mendakwa berdasarkan kecuaian.

Undang-Undang TORT dalam kecuaian pula ada menggariskan tiga perkara utama yang perlu dibuktikan wujud sebelum kes kecuaian ini dibuktikan bersalah dalam mahkamah. Tiga perkara tersebut adalah: a)

Pihak plaintif mesti membuktikan bahawa undang-undang menuntut pihak tertuduh bagi memikul tanggungjawab dengan hormat terhadap pihaknya.

4

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

b)

Pihak plaintif perlu membuktikan bahawa pihak defendan telah memungkiri tanggungjawabnya dan gagal untuk melaksanakannya dengan baik mengikut standard yang diperlukan dalam undang-undang semasa mengendalikan sesuatu urusan berkaitan dengan plaintif.

c)

Pihak plaintif perlu membuktikan bahawa pihak tertuduh telah memungkiri tanggungjawabnya yang mengakibatkan kerosakan/kecederaan yang boleh diramalkan oleh plaintif.

Tujuan “law of tort” (undang-undang kesalahan)berbeza dengan undang-undang jenayah, dimana” law of tort” hanyalah perlu membayar gantirugi kepada plaintif berbeza dengan undang-undang jenayah yang perlu hukuman yang berat.

Kecuaian Dalam Memberi Kenyataan Semasa Pengajaran.

Seseorang boleh dipertangungjawabkan sekiranya dia membuat tuduhan atau kenyataan yang salah yang membawa kesan yang serius di mana orang itu menyedari atau perlu menyedari bahawa orang lain bergantung atau bertindak di atas nasihat atau maklumat adalah wajar atas tindakan tersebut.

Guru-guru kelas di sesebuah sekolah hendaklah menyediakan khidmat nasihat dalam kariernya, pilihan subjek, keperluan untuk memasuki kursus, bagaimana untuk

5

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

belajar menghadapi peperiksaan dan kadang-kadang mereka memberi soalan ramalan dalam peperiksaan umum.

Guru-guru bertanggungjawab dalam menyediakan maklumat di dalam kelas, contohnya guru ekonomi memberi maklumat terkini dalam inflasi dan trend pengurusan apabila menyediakan pelajar ke arah peperiksaan dan bertanggungjawab memaklumkan kepada pelajar tentang kandungan dalam kurikulum wajib di sekolah.

Jika maklumat yang diberikan itu memberi kesan buruk akibat daripada salah maklumat, maka berlakulah kecuaian dalam pengajaran. Kesannya guru-guru ini boleh disaman dalam mahkamah. Antara kes-kes mengenai kecuaian pengjaran yang dibawa ke mahkamah adalah E (a minor) v. Dorset County Council; and Christmas v. Hampshire County Council. Namun kesemua kes ini berpihak kepada guru dan sekolah.

KEPUTUSAN KES HOUSE OF LORDS i)

Kes E (minor) v. Dorset Country Cuoncil.

ii)

Christmas v. Hampshire Country Council.

iii)

Keating v. London Borough of Bromley.

Ketiga-tiga kes pelajar ini di tuntut secara berasingan di atas kecuaian pihak pendidikan yang gagal menyediakan kelas khas kepada ketiga-tiga pelajar ini. Setiap tuntutan dibuat di mahkamah oleh keluarga mereka.

6

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

Pihak

plaintif

mengatakan

bahawa

pihak

pendidikan

perlu

bertanggungjawab di atas kegagalan anak-anak mereka. Misalnya kes E (minor) yang mengalami masalah disleksia (sukar mengenal huruf dan kadangkala menulis

huruf

terbalik)

tidak

diendahkan

oleh

pihak

yang

dipertanggungjawabkan. Kanak-kanak ini di letakkan di dalam kelas murid normal. Oleh itu, pelajar ini telah tercicir dan gagal menguasai kemahiran belajar di dalam pembelajarannya. Ibubapa mangsa telah memaklumkan tentang kesihatan anaknya kepada pihak pendidikan sejak mereka di peringkat rendah lagi. Namun, aduan mereka tidak di beri perhatian dan di ambil tindakan.

Setiap tuntutan di atas telah di tolak sepenuhnya oleh hakim mahkamah di dalam perbicaraan pertama. Seterusnya plaintif membuat rayuan di mahkamah Persekutuan juga kes ini di tolak sepenuhnya.

Mahkamah di Amerika Syarikat tidak mempunyai atau menggubal undang-undang yang berkaitan kecuaian di dalam pendidikan yang telah menyebabkan kagagalan para pelajar menguasai pembelajarannya sepanjang di sekolah. Mahkamah juga tidak melayan kes-kes yang berkaitan dengan kualiti pengajaran mahupun kesesuaian lokasi pelajar – pelajar.

7

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

Kes Peter W. v. San Francisco Unified School Distric [9]: (Californian). Kes Peter W adalah kes di mana pihak plaintif mendakwa setelah tamat pengajian di sekolah Tinggi, beliau masih tidak menguasai kemahiran-kemahiran dalam pembelajaran. Beliau mendakwa bahawa sekolah telah gagal menyediakan pendidikan yang secukupnya kepadanya. Situasi ini juga telah menyebabkan dia gagal mendapat pekerjaan yang bagus dan sering diperlekehkan.

Justeru, Peter mengambil tindakan ke atas pihak pendidikan di Mahkamah, namun juga di tolak atas alasan kes yang melibatkan kecuaian pendidikan dalam pengajaran tidak dilayan di mahkamah. Kes ini juga terbatal dan pihak plaintif gagal di dalam tuntutannya.

Enam polisi kenapa kes ditolak i)

Walaupun terdapat banyak teori-teori di dalam pembelajaran namun tidak mungkin akan membolehkan kesemua pelajar dapat atau

berjaya

menguasai

sepenuhnya

pembelajarannya.

Ini

menunjukkan bahawa tidak mungkin untuk mencipta satu standard yang paling sesuai untuk diadili ke atas guru samada cuai ataupun tidak. ii)

Faktor-faktor

perbezaan

seperti

fizikal,

neurology,

emosi,

kebudayaan dan persekitaran juga memainkan peranan utama. Adalah tidak mungkin dasar pendidikan dapat mengatasi

8

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

perbezaan latar belakang ini untuk memastikan setiap murid memperolehi hak masing-masing. iii)

Kecederaan yang di alami oleh Peter

iaitu plaintif bukan

terkandung di dalam Law Of Torts di Amerika Syarikat. iv)

Pendapat ada berkata bahawa, jika mahkamah menggubal dan mengadakan dasar yang di kenali sebagai amalan salah ini, maka banyaklah kes-kes akan menghujani ke mahkamah-mahkamah tentang kes ini. Malah, bertambahlah masa dan wang yang dipersis-siakan untuk mempertahankan hak-hak mereka.

v)

Masalah ini jika diambil kira, maka akan ujudlah beban tambahan terhadap sistem pendidikan yang akan sentiasa dikritik pada setiap masa.

vi)

Mahkamah mangatakan bahawa jika kes-kes ini dilayan, maka akan menjadi lambakan kes-kes di mahkamah yang tertunggak. Oleh itu, sudah tentu ia akan menyusahkan bidang penghakiman dan mungkin akan hilang pertimbangan mereka terhadap krediabiliti pengurusan pendidikan.

Kes-kes di New York Kes Donohue v. Copiague Union Free School District. Kes ini melibatkan sorang pemuda yang menyaman sekolahnya kerana menganggap kecuaian sekolah memberikan pendidikan yang sepatutnya terhadap beliau. Kes ini adalah sama seperti kes Peter W. Di

9

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

mana beliau yang sangat miskin dan masih gagal menguasai kamahiran belajar sehingga sukar mendapat pekerjaan yang bagus.

Kes ini juga gagal dan di tolak oleh mahkamah walaupun di rayu sebanyak 2 kali. Alasan

mahkamah ialah sepatutnya mahkamah tidak diganggu dengan kerja-kerja

pentadbiran di dalam pendidikan.

Walaupun, pelbagai isu timbul tentang keputusan kes-kes ini, namun dasar pendidikan di Amerika Syarikat dan British mempunyai masalah sedia ada yang terlalu banyak yang timbul ekoran dari perubahan masa . Tidak mungkin Dasar pendidikan ini dapat memenuhi dan memuaskan hati semua pihak samada

sekolah-sekolah awam

mahupun swasta. Malah bukan prosedur mahkamah bagi menentukan bagaimana mencari sumber-sumber terbaik di dalam bidang pendidikan bagi mengatasi permasalahan ini. Kadangkala ia amat bertentangan dengan bidang kuasa mereka.

Di dalam artikel ini Hopkins menyentuh beberapa isu seperti yang disenaraikan di bawah: a)

Di Australia sejaumanakah sekolah-sekolah dan guru-guru, bertanggungjawab terhadap untuk kecederaan pelajar-pelajar.

b)

Meneliti keputusan-keputusan UK dalam E (a minor) v. ( Dorset County Council; Christmas v.Hampshire County Council; Keating v. London Borough of Bromley;

c)

Sebab-sebab mahkamah-mahkamah Amerika Syarikat enggan melayan tuntutan kecuaian pengajaran.

10

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

d)

Adakah mahkamah-mahkamah Australia harus mengikut mahkamah-mahkamah Amerika Syarikat

atau mahkamah-mahkamah United Kingdom mengenai

tuntutan kecuaian pengajaran.

Di sini timbul isu adakah polisi Amerika Syarikat itu boleh diterima oleh Australia atau tidak.? Terdapat empat pertikaian perundangan yang dibincangkan di dalam artikel ini , iaitu dengan merujuk kepada kes Peter W yang telah disebutkan sebelum ini. a)

Adakah terdapat peruntukan taraf penjagaan yang sesuai ‘Standard Of Care’ dalam pendidikan di Australia untuk diapplikasikan dalam amalan pendidikan.

b)

Perlu dibuktikan wujudnya hubungan yang kukuh antara kecuaian pendidikan yang dinyatakan dengan kecederaan yang dialami oleh pelajar.

c)

Kecederaaan termasuk dalam undang-undang Tort.

d)

Kerosakan/kecederaan yang dialami oleh pelajar tersebut perlu ditafsirkan.

Di sini mahkamah di Us tidak mengendahkah apa-apa kes yang bersangkutan dengan pendidikan yang menyebabkan banyak kes sedemikian gagal di mahkamah.Terdapat lima isu utama yang dibincangkan di sini yang diambil daripada kes-kes di Amerika Syarikat iaitu: a) Benteng atau penghalang dalam perundangan terhadap bidang pendidikan perlu dibuka. b) Pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar supaya mengelakkan diri daripada mengenakan tindakan undang-undang. c)

Pampasan kewangan adalah pengganti yang kurang baik dalam pendidikan.

11

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

d) Ancaman

perundangan menjadi penghalang terhadap pengajaran yang lebih

baik. e) Pihak mahkamah tidak sepatutnya menjalankan penghakiman terhadap para pendidik yang dianggap sebagai profesional.

Hujah Mengenai Pembukaan Benteng Penghalang Tindakan Undang-Undang Terhadap Bidang Pendidikan (Floodgates) Wujud kesukaran untuk membuktikan hubungan bersebab antara pengajaran guru yang menyebabkan kegagalan belajar seseorang pelajar. Timbul banyak kesukaran untuk membuktikan apa-apa kerugian ekonomi penting akibat daripada pengajaran yang kurang bagus. Adakah pelajar gagal kerana guru lemah dalam pengajaran?

Apabila timbulnya sesuatu kes, maka ia akan membawa kepada kesan lain seperti isu perbelanjaan untuk mengendalikan prosiding perundangan dan kesukaran untuk memperolehi bantuan perundangan. Ini menyebabkan kurangnya isu perundangan dalam pendidikan di bawa ke mahkamah. Pihak mahkamah di Amerika Syarikat , perkara ini adalah sesuatu yang tidak dipentingkan dimana apabila sesuatu kes kecuaian pengajaran cuba di bawa ke mahkamah ,biasanya kes itu akan kalah kerana pihak yang berkaitan dengan pendidikan seperti sekolah dan guru akan dilindungi daripada tindakan undangundang atas sebab-sebab di atas.

12

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

Hujah “Mempromosi Pelajar untuk mengelakkan tindakan perundangan” Pihak yang berkaitan dengan pendidikan di Australia tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan di Amerika Syarikat yang mempromosikan pelajar supaya mengelakkan tindakan undang-undang terhadap dalam bidang pendidikan. Pihak di Australia lebih suka mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa pelajar untuk berbincang mengenai masalah pelajar dan jika ada apa –apa kemusykilan mereka lebih suka berbincang diluar mahkamah.Antara perkara yang dibincangkan dan dipersetujui bersama antara sekolah dan ibu bapa ialah mencari jalan meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka dengan beberapa cara berikut: a) Memastikan pelajarbersama dengan kumpulan rakan sebaya (group peers) b) Menjauhi perkara yang boleh menjatuhkan harga diri c) Mencari cara-cara terbaik untuk meningkatkan kemajuan akedemik pelajar.

Hujah adakah wang ’pengganti yang kurang baik’ dalam pendidikan. Untuk hujah bagi tajuk ini, pihak Australia bersetuju dengan kenyataan tersebut. Namun menurut mereka, dalam ketiadaan jalan lain, pampasan

kewangan adalah

pemulihan segera sahaja. Ia adalah nilai yang sedikit sahaja yang ditawarkan oleh mahkamah berbanding dengan keadaan mereka yang kehilangan anggota badan dan keseronokan menjalani hidup akibat kematian otak.

Hujah adakah ancaman litigasi menjurus “defensif pendidikan? Ancaman seperti mengambil tindakan undang-undang terhadap bidang pendidikan akan menjadi penghalang terhadap pengajaran yang lebih baik. Mereka jadi takut-takut untuk

13

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

mengajar, hal ini juga akan melemahkan kreativiti mereka kerana mereka ingin menjaga standard minima untuk diterima di mahkamah. Namun menurut Australia, ia dapat meningkatkan kesedaran liabiliti pengajaran di sekolah. Oleh itu ia dapat membawa kesan positif. Guru-guru akan sentiasa berjaga-jaga terhadap teknik dan cara pengajaran mereka. Akhirnya ia membawa kepada peningkatan profesionalisme dalam pengajaran.

Adakah Australia patut mengikut Amerika atau British? Hal ini telah menghantui sekolah dan guru di Australia sejak 20 tahun lalu. Guru-guru disarankan melayan integrasi dengan pelajar-pelajar cacat, membuat pertukaranpertukaran kurikulum utama, menambahkanbaikan cara penilaian kepada lebih “bukan bersifat akademik”, mengendalikan pelajar-pelajar yang cenderung ke arah pekerjaan kerana kemiskinan, menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar, melatih “rasionalisasi” dan penggabungan, penurunan autoriti untuk peringkat sekolah dan penguranganpengurangan kukuh dalam perbelanjaan kerajaan.

Masalah mereka ini semakin bertambah apabila pihak sekolah terpaksa berdepan dengan kritikan pihak atasan terhadap guru dan sekolah.

Ini boleh menyebabkan

pekerjaan sebagai guru mengalami satu kemerosotan relatif dalam pendapatan vis-à-vis pekerjaan-pekerjaan kolar putih yang lain. Bidang pendidikan juga menjadi permainan politik kepada sesetengah orang. Bidang ini menjadi ‘kambing hitam’ kepada permainan sesetengah ahli ekonomi dan boleh membawa kepada bencana sosial.

14

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

Pendidikan yang standard adalah sentiasa dituntut secara berterusan oleh semua pihak. Jika terjadinya pengurangan dalam standard tersebut ,maka sekolah sering dipersalahkan.Adakah guru harus takut terhadap tindakan kecuaian dan menjadi trauma untuk melibatkan diri dalam hal ini? Prosiding perundangan tidak disukai oleh pihak sekolah dan guru

kerana kelewatan menguruskan isu perundangan ini, membawa

tekanan yang akan dirasai berbulan-bulan malah bertahun lamanya, kerana isu ini memakan masa yang lama untuk diputuskan oleh mahkamah. Tidak seperti profesion lain, guru tidak dipandang tinggi oleh masyarakat dan tiada pendapatan yang tinggi untuk menanggung pampasan akibat tuntutan liabiliti.

Terdapat pertikaian yang kuat untuk untuk mengecualikan guru daripada memikul tanggungjawab profesional iaitu seperti jika pelajar gagal pelajaran, guru akan disaman. Sekolah sepatutnya menunjukkan tanggungjawab dalam menyediakan peluang yang wajar untuk mendapatkan hak mereka dalam pendidikan.

Undang-undang mengenai kecuaian tidak memerlukan kesempurnaan , kecuali hanyalah kepada penjagaaan yang munasabah sahaja. Prospek

perundangan boleh

mempengaruhi bidang pendidikan ke arah keperluan mencapai matlamat dengan jelas. Untuk memastikan bahawa sumber yang cukup ada dan sistem ini berada dalam arah matlamat tersebut, pentadbiran pendidikan yang lebih baik perlu diputuskan. Untuk melepaskan perhatian terhadap seseorang pelajar dalam kelas seramai 30 orang adalah amalan yang kurang baik ada kalanya tidak dapat dielakkan. Untuk memberi sepenuh perhatian kepada seorang pelajar daripada 30 orang pelajar, akan menyebabkan guru

15

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

terpaksa berdepan dengan kemungkinan kecuaian dalam pengajaran walaupun guru tersebut berada dalam kelas tersebut.

KESIMPULAN Keputusan daripada mana-mana kes kecuaian di mana-mana negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom itu sendiri biasanya bergantung kepada fakta kes tersebut. Kebanyakkan kes biasanya akan berpihak kepada pihak sekolah dan guru kerana sukar untuk dibuktikan bahawa wujudnya kecuaian dalam pengajaran. Ianya adalah sesuatu yang subjektif untuk diukur. Keputusan ‘The House Of Lords’ dalam E(a minor) dan Other Appeal membawa kesan yang besar kerana menunjukkan bahawa mahkamah di Australia masih dipengaruhi oleh hukum adat ‘Common Law’ Australia.

Oleh kerana , Australia masih memakai undang-undang ’common law’ maka para pendidik diAustralia mungkin akan berdepan dengan kes kecuaian apabila mereka gagal mematuhi ‘Duty Of Care’ dalam memberi masihat kepada pelajar. Ibu bapa pelajar sekolah bukan kerajaan yang mana membayar yuran yang lebih tinggi dilihat lebih terdorong untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah dan guru ,jika mereka merasa wang dilaburkan tidak berbaloi dengan tahap pengajaran yang anak mereka perolehi .Hal ini juga memberi peluang untuk mendapatkan gantirugi kepada apa yang mereka bayar.

Apabila benteng perundangan tidak dibuka, sekolah sepatutnya masih proaktif dengan menyediakan prosedur pengajaran yang sesuai untuk meminimakan kemungkinan

16

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

tuntutan kecuaian dibuat. Langkah yang perlu diambil termasuklah menyediakan pentafsiran prestasi guru, pembangunan profesinalisme yang relevan, program-program yang berkaitan dengan kemajuan pengajaran , prosedur yang dapat memastikan bahawa kesukaran dalam pembelajaran dapat dikesan , faktor-faktor yang membawa ke masalah dalam pembelajaran disiasat , mengadakan sistem untuk memastikan semua tajuk yang ada dalam kurikulum wajib diajar. Kesimpulannya jelas bahawa Australia hanya mengikut Amerika dalam sesetengah perkara dan mereka lebih cenderung kearah undang2 common law.

Situasi Kecuaian Pengajaran Di Malaysia. Di Malaysia ,guru-guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan

samada

sekolah awam atau swasta termasuklah bagi pensyarah di institusi pendidikan tinggi, terikat dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Di bawah akta ini jelas memperkatakan mengenai tugas guru untuk mengajar melalui beberapa seksyen iaitu antaranya Seksyen 19 – sekolah hendahlah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

Oleh itu para guru mestilah mengajar dengan betul dan mengikut kehendak etika kerja guru yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru di sekolah kerajaan, pula terikat dengan pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan –Peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959, terikat dengan pelbagai surat Pekeliling Iktisas, serta perlu mematuhi Perintah AM .

17

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

Para guru di Malaysia, sentiasa terikat dengan segala macam peraturan yang menjadikan guru di Malaysia lebih berhati-hati dalam pengajaran. Namun setakat ini belum ada kes yang di bicarakan ke mahkamah melibatkan kecuaian dalam pengajaran di Malaysia walaupun beberapa ugutan mengenai perkara ini di terima terutama daripada kalangan ibu bapa yang berpendidikan tinggi.

Oleh kerana perkara yang berkaitan dengan kecuaian dalam pengajaran sukar dibuktikan, malah masalah murid lemah dalam pelajaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya persekitaran di rumah, rakan sebaya, motivasi ibu bapa, genetik dan lain-lain, maka kes-kes kecuaian dalam pendidikan boleh dipertikaikan dalam mahkamah.

RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2007). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Dan Kaedah-Kaedah Terpilih., Petaling Jaya : International Law Book Services Mohd Ismail Othman (2006). Undang-Undang Untuk Pengetua Dan Guru Besar,Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

18

GDU6063 LEGAL ISSUE IN EDUCATION

LAMPIRAN

19

Related Documents


More Documents from ""