A K T A P E N D I D I K A N 1996

  • Uploaded by: Bahiyah Othman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View A K T A P E N D I D I K A N 1996 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,197
  • Pages: 8
AKTA

PENDIDIKAN, 1996 P. U. ( A ) 5 3 1 PERATURAN–PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997

Akta 550

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut ;

Nama dan mula berkuatkuasa

1

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998:-

Tafsiran

2

Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain :“bahan kurikulum” ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid; “guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah; “jadual waktu” ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu; “jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri; “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah; “mata apelajaran” ertinya suatu bidang pengajarana dan pembelajaran yang dinyatakan; “jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri; “mata pelajaran elektif” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka; “mata pelajaran tambahan” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8, yang diajar menurut Akta di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan; “mata pelajaran teras” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan

dalam Jadual 1 dan 5, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta; “mata pelajaran wajib” ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan; “sukatan pelajaran” ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu; “sukatan pelajaran yang diluluskan” ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri; Kurikulum Kebangsaan

3

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, undur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai koral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f)

Mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5; Mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7; Mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8; Mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9; Mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan Mata pelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau tingkatan Enam yang dinyatakan dalam Jadual 10

(3) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: (a) (b) (c) (d)

Penyertaan dalam sukan dan permainan; Penyertaan dalam persatuan dan kelab; Penyertaan dalam badan beruniform; dan Lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri

(4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15 Bahan kurikulum dan kokurikulum

4

Menteri boleh menentukan bahan yang seuai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan

Perubahan jadual, sukatan pelajaran, dan jadual waktu

5

Tertakluk kepada subperaaturan 3(4), Ketua Pendaftar bolehmengubah atau meminda suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai di sekolah itu

6

(1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata apelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran (2) Seseoarang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa (3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, melalui suatu notis secara bertulis, untuk mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau jadual waktu, dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu

Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid-murid untuk pemeriksaan

7

Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya

Buku rekod guru

8

Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata apelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua pendaftar

Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan

9

Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana salinannya yang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendaklah mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh 30 hari daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar

Jadual waktu perlu dipamirkan

10

Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu

Penalti

11

(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadudal waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebehi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebehi tiga bula atau kedua-duanya

(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebehi lima ribu ringgit Pemansuhan P.U. 451/56 P.U. 105/62

12

Peraturan-Peraturan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah-Kaedah Sekolah Lepas-Rendah (Kursus-Kursus Pengajian) 1962 adalaah dimansuhkan

… To Top JADUAL 1 Mata pelajaran TERAS Peringkat Rendah (a) (b) (c) (d) (e)

Bahasa Kebangsaan Bahasa Inggeris Bahasa Cina, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Cina) Bahasa Tamil, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Tamil) Matematik

(f) (g) (h) (i)

Sains Kajian Tempatan Pendidikan Islam bagi murid menganut agama Islam Pendidikan Moral bagi murid yang tidak menganut agama Islam

JADUAL 2 Mata pelajaran WAJIB Peringkat Rendah (a) (b)

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup

(c) (d)

Pendidikan Seni Pendidikan Muzik

JADUAL 3 Mata pelajaran TAMBAHAN Peringkat Rendah (a) (b)

Bahasa Cina Bahasa Tamil

(c)

Bahasa Arab (Komunikasi)

To Top JADUAL 4 Mata pelajaran bagi KELAS PERALIHAN (a) (b) (c)

Bahasa Kebangsaan Bahasa Inggeris Bahasa Cina / Bahasa Tamil

(f) (g) (h)

Amalan Bahasa Kebangsaan Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani

JADUAL 5 Mata pelajaran TERAS Peringkat Menengah (a) (b) (c) (d)

Bahasa Kebangsaan Bahasa Inggeris Matematik Sains

(e) (f) (g)

Sejarah Pendidikan Islam bagi murid menganut agama Islam Pendidikan Moral bagi murid yang tidak menganut agama Islam

JADUAL 6 Mata pelajaran WAJIB Peringkat Menengah Rendah (a) (b)

Geografi Pendidikan Jaasmani dan Kesihatan

(c) (d)

Kemahiran Hidup Pendidikan Seni / Pendidikan Muzik

To Top JADUAL 7 Mata pelajaran WAJIB Peringkat Menengah Atas (a)

Pendidikan Jaasmani dan Kesihatan

JADUAL 8 Mata pelajaran TAMBAHAN Peringkat Menengah (a) (b)

Bahasa Cina Bahasa Tamil

(c)

Bahasa Arab (Komunikasi)

JADUAL 9 Mata pelajaran ELEKTIF Peringkat Menengah Atas Kumpulan I (Kemanusiaan) (a) (b) (c)

Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris Geografi

(d) (e)

Pendidikan Seni Bahasa Arab Tinggi

Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi) (a) (b) (c) (d) (e) (f)

Prinsip Akaun Ekonomi Asas Perdagangan Sains Pertanian Ekonomi Rumah Tangga Matematik Tambahan

(g) (h) (i) (j) (k) (l)

Pengajian Kejuruteraan Jentera Pengajian Kejuruteraan Awam Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan elektronik Lukisan Kejuruteraan Teknologi Kejuruteraan Rekacipta

Kumpulan III (Sains) (a) (b)

Sains tambahan Fizik

(c) (d)

Kimia Biologi

Kumpulan IV (Pengajian Islam) (a) (b)

Tasawwur Islam Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

(c)

Pendidikan Syariah Islamiah

To Top JADUAL 10 Mata pelajaran Peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Tingkatan Enam (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j)

Pengajian Am Bahasa Melayu Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Inggeris Kesusasteraan Melayu Syariah Usuluddin Sejarah

(l) (m) (n) (o) (p) (q) (r) (s) (t) (u)

Ekonomi Perakaunan Matematik S Matematik T Matematik Lanjutan T Perkomputeran Fizik Kimia Biologi Lukisan

(k)

Geografi

JADUAL 11 Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Sekolah Rendah (Minit)

Mata Pelajaran Bahasa Kebangsaan Bahasa Cina / BahasaTamil Bahasa Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Seni Kemahiran Hidup Kajian Tempatan Perhimpunan Pilihan Guru Besar * JUMLAH

1 450

Sekolah Kebangsaan Tahap I Tahap II 2 3 4 5 6 450 450 300 300 300

Sek Jenis Keb (Cina) dan (Tamil) Tahap I Tahap II 1 2 3 4 5 6 270 270 210 150 150 150

-

-

-

-

-

-

450

450

450

300

300

300

240

240

240

210

210

210

-

-

60

90

90

90

210 180

210 180

210 180

210 150 180

210 150 180

210 150 180

210 150

210 150

210 150

210 150 150

210 150 150

210 150 150

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

90

90

90

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

-

-

-

60

60

60

-

-

-

60

60

60

-

-

-

120

120

120

-

-

-

120

120

120

30 30

30 30

30 30

30 -

30 -

30 -

30 30

30 30

30 30

30 -

30 -

30 -

1 440

1440

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 350 350 350 440 440 440 350 350 350 440 * Nota: Peruntukan masa adalah tertakluk kepada budi bicara guru besar

To Top JADUAL 12 Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Kelas Peralihan (40 Minit suatu Waktu) Mata Pelajaran Bahasa Kebangsaan Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil

Jumlah Waktu 13 5 3 3

Mata Pelajaran Amalan Bahasa Kebangsaan Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani

Jumlah Waktu 11 2 2

JADUAL 13 Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat Menengah Rendah (40 Minit suatu Waktu) Mata Pelajaran Bah Kebangsaan Bah Inggeris Matematik Pend Islam Pend Moral

Jumlah Waktu 6(5+1=Sastera) 5(4+1=Sastera) 5 4[3+1(Amali)+2(Tambahan)] 3

Mata Pelajaran Pend Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Seni Kemahiran Hidup Pendidikan muzik

Jumlah Waktu 2 2 4 2 3

Sejarah Geografi Sains

3 3 5

Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahsa Arab (Komunikasi)

3 6

To Top JADUAL 14 Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat Menengah Atas (40 Minit suatu Waktu) MATA PELAJARAN TERAS Mata Pelajaran Bah Kebangsaan Bah Inggeris Matematik Pend Islam

Jumlah Waktu 6(5+1=Sastera) 5(4+1=Sastera) 5 4[3+1(Amali)]

Mata Pelajaran Pendidikan Moral Sejarah Sains Pend Jasmani dan Kesihatan

Jumlah Waktu 3 3 5 2

MATA PELAJARAN TAMBAHAN Mata Pelajaran Bahasa Cina Bahasa Tamil

Jumlah Waktu 3 3

Mata Pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi)

Jumlah Waktu 6

KUMPULAN I (KEMANUSIAAN) Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Kesus dalam Bahasa Inggeris Geografi

Jumlah Waktu 3 3 3

Mata Pelajaran Pendidikan Seni Bahasa Arab Tinggi

Jumlah Waktu 3 4

KUMPULAN II (VOKASIONAL DAN TEKNOLOGI) Mata Pelajaran Prinsip Akaun Ekonomi Asas Perdagangan Sains Pertanian Ekon Rumah Tangga Matematik Tambahan

Jumlah Waktu 4 3 3 4 4 4

Mata Pelajaran Peng Kej Jentera Peng Kej Awam Peng Kej Elek dan elektronik Lukisan Kejuruteraan Tekn Kejuruteraan Rekacipta

Jumlah Waktu 4 4 4 4 4 4

KUMPULAN III (SAINS) Mata Pelajaran Sains tambahan Fizik

Jumlah Waktu 4 4

Mata Pelajaran Kimia Biologi

Jumlah Waktu 4 4

KUMPULAN IV (PENGAJIAN ISLAM) Mata Pelajaran Tasawwur Islam Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah

Jumlah Waktu 4 4 4

To Top JADUAL 15 Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Tingkatan Enam (40 Minit suatu Waktu) Mata Pelajaran Pengajian Am Bahasa Melayu Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Inggeris Kesus Melayu Syariah Usuluddin Sejarah Geografi

Jumlah Waktu 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8

Mata Pelajaran Ekonomi Perakaunan Matematik S Matematik T Matematik Lanjutan T Perkomputeran Fizik Kimia Biologi Lukisan

Jumlah Waktu 8 8 8 8 8 6+2 (Amali) 6+2 (Amali) 6+2 (Amali) 6+2 (Amali) 8

Dibuat 30 Disember 1997 [KP (PUU) S 10075/07/I/Jld. II; PN. (PU2) 569.] DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, Menteri Pendidikan

Related Documents

T E K A N A N.docx
June 2020 15
K A Z A N I
May 2020 17
M I R A N D A
November 2019 28
I R E L A N D
May 2020 26
I N T E R N A T I O
May 2020 28

More Documents from ""