Lelaki Di Akhir Zaman Ini

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lelaki Di Akhir Zaman Ini as PDF for free.

More details

  • Words: 227
  • Pages: 2
Lelaki di akhir zaman ini... Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya Keberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang benar-benar takut pada Ilahi Sentiasa mendambakan kasih Ilahi Yang ada hanya mengharapkan kasih insani Yang melalaikan orang dan diri sendiri Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Sukar untuk kutemui Ahli profesional yang bertaqwa Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka Yang hidupnya lebih berat dari barat Ibadah dan amal terasa amat berat Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat Yang sanggup bersusah dan penat Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada

Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat Syahid yang sentiasa menjadi matlamat Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat Dan melupakan kehidupan akhirat Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Sukar untuk kutemui Yang sentiasa bermunajat dan berzikir Sentiasa bertafakkur dan berfikir Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir Namun kutetap berfikir.. pasti masih ada lagi Lelaki diakhir zaman ini Seperti yang kufikir.. -nukilan wardah hayati-

Related Documents

Lelaki Di Akhir Zaman Ini
November 2019 54
Lelaki Ini
May 2020 37
3 Watak Di Akhir Zaman
November 2019 38
Ijtihad Zaman Ini
November 2019 24

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31