Lawatan ke MPOB Unit Kimia KMPk sesi 2009/10 Pada hari Khamis 16 Julai 2009 satu lawatan sambil belajar ke MPOB, Bangi, Selangor DE telah diadakan. Lawatan ini telah disertai seramai 30 orang pelajar dan 6 orang pensyarah pengiring termasuklah Puan Ketua Unit iaitu Pn Hamisah Abu Rashid sebagai ketua lawatan. Pelajar yang mengikuti lawatan ini dipilih berdasarkan keputusan cemerlang mereka dalam kuiz kimia satu. Semua peserta lawatan ini bertolak menggunakan bas kolej pada pukul 7.00 pagi dan tiba di MPOB 11.15 pagi. En Jamil sebagai wakil dari pihak MPOB telah menyambut kedatangan kami. Tujuan lawatan ini adalah sebagai pendedahan awal kepada pelajar matrik KMPk bidang tugas seorang ahli kimia dan apakah produk yang dihasilkan oleh MPOB dari buah kelapa sawit. Lawatan bertolak pulang pada pukul 2.30 petang dan sampai di KMPk pukul 6.15 petang. Walau pun penat, terpancar kepuasan di dalam diri setiap pelajar kerana dapat melihat lebih dekat lagi fungsi dan peranan MPOB. Adalah diharapkan yang lawatan akademik seperti ini dapat diadakan setiap sesi. Disediakan oleh : Mohamad Shehdi b Ragiun
Menikmati minum pagi yang disediakan sebaik sahaja sampai di MPOB
1
Sesi taklimat dari pihak MPOB yang disampaikan oleh Dr Ismail Ab. Raman pegawai penyelidik kanan AOTD, MPOB
Peserta lawatan sedang mengambil hidangan makan tengah hari yang disediakan oleh pihak MPOB 2
Puan Ketua Unit iaitu Pn Hamisah Abu Rashid menyampaikan cenderamata kepada wakil pihak MPOB En Jamil
Bangunan AOTD, MPOB 3
Bergambar di hadapan plak perasmian bangunan AOTD, MPOB
Bergambar kenangan sebelum bertolak pulang
4