INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS, PULAU PINANG
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN KE ILP KUALA LUMPUR DAN ADTEC SHAH ALAM.
BERTARIKH: 18 HINGGA 20 APRIL 2008
DISEDIAKAN OLEH: MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS PULAU PINANG
MAKLUMAT PROGRAM 1. PENGENALAN Kertas kerja dasar ini disediakan bertujuan untuk memberi maklumat lengkap dan seterusnya memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Pengurusan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang (ILPKBPP) berkenaan Program Lawatan Sambil Belajar bagi
Majlis Perwakilan Pelajar dan Perlawanan sukan
persahabatan di ILP Kuala Lumpur dan ADTEC Shah Alam.
Lawatan ini akan diadakan pada 18 hingga 20 April 2008 yang bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) dan ADTEC Shah Alam. Matlamat mengadakan lawatan ini adalah untuk memberikan
pendedahan kepada Majlis
Perwakilan Pelajar dan mengeratkan persahabatan silaturrahim dengan pelajar di ILPKL. Pelajar yang terlibat juga dapat menimba ilmu luar iaitu di Kuala Lumpur.
Selain dari itu, para wakil MPP ILJTM, ILP juga dapat berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar ILPKL dan ADTEC Shah Alam dan dari situlah pelajar ILPKBPP dapat memantapkan lagi kepimpinan mereka sebagai Perwakilan Pelajar. Dengan adanya lawatan ini, ianya dapat melahirkan pelajar , sekaligus pemimpin pelajar yang berpotensi tinggi dan mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran khasnya dan dalam kehidupan amnya.
Justeru , lawatan sambil belajar dan perlawanan sukan
persahabatan (bola sepak , bola jarring dan sepak takraw) ini amat penting dilaksanakan bagi memberikan pendedahan yang maksima kepada para perwakilan MPP dalam mencedok ilmu di tempat orang dan mengeratkan tali silaturrahim.
1. OBJEKTIF PROGRAM 1.1 Memberi pendedahan kepada para perwakilan MPP tentang perjalanan aktiviti
MPP ILPKL dan ADTEC Shah Alam. 1.2 Memotivasikan pelajar serta dapat menolong pelajar dalam melaksankan
pewakilan pelajar di ILPKBPP. 1.3 Memberi ruang kepada pelajar bagi memupuk sikap kerjasama yang erat dengan
pihak lain. 1.4 Mewujudakan suatu aspek perkongsian ilmu dan maklumat sesama pelajar di
tempat lain. 1.5 Membina perhubungan yang positif dalam dua antara ILP dan ILJTM serta
mengenal dan memahami potensi sebagai pemimpin pelajar.
2. MANFAAT 2.1 Membina kemahiran berkomunikasi antara perwakilan (MPP) dengan pihak yang
lain. 2.2 Mengembangkan lagi kebolehan dalam membuat keputusan, mengatasi
masalah serta membina erti hidup. 2.3 Membantu membina semangat menghadapi risiko. 2.4 Menyediakan pelajar menghadapi cabaran dalam hidup.
2.5 Memotivasikan diri pelajar tentang mendekatkan silaturrahim.
3. MATLAMAT 3.1
Memupuk nilai kerjasama dan perkongsian ilmu antara perwakilan pelajar dengan pihak lain dalam meningkatkan prestasi mereka sebagai Majlis Perwakilan Pelajar.
3.2
Menjalin hubungan yang erat antara Perwakilan Pelajar ILPKBPP dengan Perwakilan Pelajar di ILPKL dan ADTEC Shah Alam.
3.3 3.4
Mewujudkan persefahaman yang sihat. Untuk memberi manfaat kepada Majlis Perwakilan Pelajar terhadap persekitaran luar.
3.5
Dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam menjadi pemimpin kepada orang lain.
3.6
Dapat mengembangkan peranan dalam menguruskan sesuatu aktiviti dan program.
4. NAMA PROGRAM
Lawatan Sambil Belajar Dan Perlawanan Sukan Persahabatan.
5. TEMA Perwakilan Pelajar Cemerlang, Institut Terbilang.
6. ANJUARAN Majlis Perwakilan Pelajar Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas. 7. TARIKH 18 hingga 20 April 2008 TEMPAT Institiut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dan ADTEC Shah Alam .
8. PESERTA Majlis Perwakilan Pelajar
Seramai 13 orang
Perserta sukan
Seramai 25 orang
Pengiring peserta sukan (Pengajar)
Seramai JUMLAH
9. PENUTUP
4 orang
Seramai 42 orang
Pelaksanaan
program
lawatan
sambil
belajar
dan
perlawanan
sukan
persahabatan ini adalah sebagai penghargaan kepada semua peserta untuk menimba ilmu dan pengalaman di luar, di samping itu ciri-ciri kepimpinan akan lebih jelas terbentuk serta menyerlahkan lagi kredibiliti kepimpinan yang sedia ada. Adalah diharapkan agar segala perancangan yang dibuat akan dapat kerjasama yang optimum daripada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Biro perhubungan MPP ILPKBPP berharap agar usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat terhadap semua peserta lawatan khususnya dan institut sahaja.
TENTATIF PROGRAM. TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN PERLAWANAN SUKAN PERSAHABATAN (18 HINGGA 20 april 2008) 18 APRIL 2008 8.00 Malam
:Pelajar mula berkumpulan ditempat menunggu bas ILPKBPP.
8.30 Malam
:Taklimat ringkas sebelum bertolak. Bacaan Doa oleh Biro Keagamaan.
8.45 Malam
:Bertolak ke Kuala Lumpur.
19 APRIL 2008 8.00 – 9.00 Pagi
: Bertolak ke ILPKL dari tempat penginapan
9.00 – 10.00 Pg
: Tiba di ILPKL.
10.00 – 1.00 t/hari : Lawatan Persekitaran ILPKL sempena Hari Terbuka dan beramah mesra dengan MPP ILPKL. 1.00 – 2.00 t/hari
: Makan Tengahari. : Solat Zohor berjemaah.
2.00 – 2.45 ptg
: bertolak ke ADTEC Shah Alam.
2.45 – 6.00 ptg
: Perlawanan Sukan Persahabatan dan ramah mesra dengan MPP ADTEC Shah Alam.
6.00 – 10.00 mlm
: Rehat, Makan Malam, solat.
10.00 malam
: Pulang ke tempat penginapan.
20 APRIL 2008 9.00 – 10.00 Pagi
: Minum pagi atau Sarapan Pagi.
10.00 Pagi – 10.00mlm
: Bertolak Pulang Ke ILPKBPP.
10.00 Malam
: Tiba di ILPKBPP. : Bersurai.
PERWAKILAN PELAJAR CEMERLANG, INSTITIUT TERBILANG.
PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT PROAKTIF.
“JAUH PERJALANAN,LUAS PENGETAHUAN” -SEKIAN TERIMA KASIH-