Latihan Topikal Bab 12: Petempatan 1. Petempatan awal di dunia mungkin sekali di ... I. Lembangan Sungai Nil II. Lembangan Sungai Mekong III. Lembangan Sungai Chang Jiang IV. Lembangan Sungai Indus A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 2. Antara berikut, yang manakah merupakan petempatan awal di dunia? I. Tamadun Gurun Thar II. Tamadun Hwang He III. Tamadun Mesir Purba IV. Tamadun Mesopotamia A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 3. Mengapakah petempatan awal dibina di lembah sungai? I. Selamat daripada serangan binatang buas II. Mudah memperoleh sumber protein III. Tanih aluvium yang subur IV. Kemudahan pengairan A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
1
4. Antara berikut, yang manakah lokasi petempatan awal di Malaysia? I. Muara sungai II. Gua III. Pinggir pantai IV. Rancangan pembangunan tanah A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 5. Petempatan awal di Gua Niah dan Gua Cha lebih banyak dipengaruhi oleh faktor ... A. petempatan penduduk padat B. tanah yang subur C. kawasan lapang D. keselamatan 6. Petempatan di sekitar Delta Sungai Hwang He di China banyak didorong oleh faktor ... A. perhubungan pedalaman B. kesuburan tanih bagi tanaman padi C. mengelakkan bencana alam D. keselamatan daripada binatang buas 7. Antara berikut, manakah pernyataan yang benar tentang faktor petempatan awal? I. Semua petempatan awal selamat II. Semua petempatan awal di kawasan tanah lapang III. Petempatan awal dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi IV. Petempatan awal manusia dipengaruhi oleh kerajaan A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV
2
8. Faktor utama yang mempengaruhi petempatan awal ialah... I. berhampiran sumber air II. dataran sungai yang rata III. kawasan berhutan tebal IV. kedudukan yang strategik A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 9. Petempatan FELDA diwujudkan oleh kerajaan bagi... A. menternak haiwan B. keselamatan penduduk C. menguruskan industri berat D. meningkatkan taraf hidup penduduk Delta Rajang Delta Kelantan 10. Kedua-dua lokasi di atas ialah petempatan di kawasan... A. perlombongan B. pembalakan C. pertanian D. perusahaan 11. Apakah jenis pola petempatan yang terdapat di kedua-dua lokasi di atas? A. Berpusat B. Berjajar C. Berkelompok D. Berselerak 12. Antara berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan pola petempatan berjajar? A. Pinggir pantai B. Permatang C. Sepanjang jalan kereta api D. Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 3
13. Kawasan berpenduduk padat seperti pusat bandar mempunyai pola petempatan jenis... A. berjajar B. berpusat C. berselerak D. berkelompok 14. Antara berikut, manakah ciri-ciri petempatan berpusat yang benar? I. Susunan bangunan yang rapat II. Susunan bangunan yang kemas III.Terdapat di pekan dan bandar IV.Tersusun di tebing sungai A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 15. Faktor yang membezakan petempatan bandar dan luar bandar ialah... I. saiz penduduk II. jenis kegiatan ekonomi III. kepadatan penduduk IV. taraf hidup A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 16. Kawasan bandar mempunyai jumlah penduduk yang... A. ramai B. sedikit C. sederhana padat D. jarang 17. Petempatan di luar bandar mempunyai ... A. kepadatan penduduk yang rendah B. kepadatan penduduk yang tinggi C. kepadatan penduduk yang sederhana 4
D. kepadatan penduduk yang tidak menentu 18. Apakah ciri-ciri petempatan luar bandar di Malaysia? I. Penduduk kurang II. Kegiatan ekonomi terhad III. Bilangan bangunan banyak IV. Kepadatan penduduk tinggi A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 19. Petempatan luar bandar terdiri daripada... I. kawasan yang dimajukan II. kawasan taman III. kawasan kampung IV. kawasan pekan A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 20. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan luar bandar? I. Bentuk muka bumi II. Sumber air III. Tanih IV. Sejarah A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 21. Mengapakah kebanyakan petemp[atan luar bandar terletak di kawasan tanah pamah? I. Sesuai untuk pertanian II. Memudahkan pembinaan petempatan III. Banyak sumber mineral 5
IV. Bebas daripada banjir A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 22. Mengapakah kawasan tanah tinggi di Malaysia mempunyai petempatan luar bandar? A. Penduduk suka tinggal di dalam hutan B. Sesuai untuk penanaman hawa sederhana C. Sungai sebagai jalan perhubungan yang utama D. Penduduk suka memungut hasil hutan 23. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan-kesan pembukaan kawasan FELDA? I. Wujud petempatan baru II. Kawasan pertanian bertambah III. Kadar pengangguran meningkat IV. Kadar kemiskinan menurun A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 24. Ciri yang menentukan pola petempatan ialah ... A. susunan bangunan B. lokasi bangunan C. kegiatan ekonomi penduduk D. taraf hidup penduduk 25. Kawasan berpenduduk di pusat bandar lebih cenderung membentuk pola petempatan ... A. berselerak B. berjajar C. berpusat D. berkelompok
6
*Rumah tersusun atur dan kemas. *Pelan perancangan
26. Pernyataan di atas menepati bagi ciri-ciri pola petempatan di ... A. kebun kecil B. bandar baru C. pinggir pantai D. pinggir belukar
*Tidak disusun *Jarak antara rumah jauh *Rumah papan 27. Ciri-ciri di atas menerangkan pola petempatan ... A. berselerak B. berjajar C. berpusat D. berkelompok 28. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi petempatan luar bandar di Malaysia? I. Pangkalan perahu tambang II. Pengeluar hasil padi III. Pusat pentadbiran kampung IV. Pusat perdagangan A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Petempatan di tanah rancangan FELDA adalah berfungsi sebagai kawasan ... A. pelancongan B. perindustrian C. pembuatan D. pertanian 7
30. Antara berikut, manakah aktiviti yang berkaitan dengan kawasan penduduk desa? I. Industri berasaskan kraf tangan II. Pengeluaran tanaman kontan III. Pemborong dan pengeksport IV. Memungut hasil hutan dan pertanian A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 31. Petempatan adalah tempat ... I. hutan II. berpaya III. kediaman manusia IV. aktiviti ekonomi dilaksanakan A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 32. Tempat-tempat tarikan pelancong yang berasaskan kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan dikenali sebagai... A. pelancongan B. peranginan C. eko-pelancongan D. agro-pelancongan
SOALAN TAMAT
8