TAJUK KHUTBAH ;- LARANGAN MEROKOK Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Budaya merokok sudah lama menjadi fenomena yang biasa dalm masyarakat kita. Dari petani dan nelayan sehingga kumpulan professional dan pemimpin politik terlibat dalam gejala ini. Seolah-olah, budaya ini sudah menjadi sebahagian dari keperluan hidup masyarakat manusia hari ini, tanpa mengira bangsa, agama, Negara dan usia. Namun, apa yang pasti, keburukan dan bahaya rokok tidak dapat dinafikan lagi. Bukanlah sukar untuk memahami tetang keburukan dan bahaya rokok sehingga pada setiap kotak rokok kita akan dapt peringatan dari kerajan Malaysia iaitu, "Merokok Membahayakan Kesihatan." Di sesetangah Negara pula, catatan itu lebih terus terang ungkapan amaran: "Merokok Menyebabkan Sakit Jantung dan Kerosakan Paru-paru." Menurut Kementerian Kesihatan, di Malysia sahaja, merokok menyumbang kepada lebih sepuluh ribu kematian setahun, 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser tekak, kanser pundi kencing, kerosakan buah pinggang dan kanser perut dan 50% lagi kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Bahkan menurut kajian, lebih 100 000 perokok dimasukkan ke hospital kerjaan di seluruh nagra akibat sakit jantung, kanser dan pelbagai penyakit kronik. Lebih malang lagi, negara menggalami kerugian bagi menanggung kos rawatn dan kehilangan produktiviti. Hakikatnya, merokok merupakan amalan yang amat merbahaya dan memudaratkan diri manusia. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahyakan dan boleh membawa maut. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap sedutan itu merupakan satu sedutan maut. Hasil kajian yang telah dilakukan menyatakan di dalam rokok mengandungi bahan radioaktif dan baha-bahan yang digunakan di dalam cat, bahan untuk pencuci lantai, ubat gigi, racun serangga, racun anai-anai, gas beracun yang digunakan "dibilik gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman maut dan banyak lagi. Bahan utama yang paling berbahaya dalam rokok adalah tar, nikotin dan karbon monosida yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Semua golongan, samada ulama', guru, ahli ekonomi, pakar motivasi, apatahlagi doctor perubatan sepakat menyatakan aspek negative perbuatan merokok. Tiada siapa yang memuji dan mempertahankan kelebihan merokok selain dari penanam tembakau dan pengusaha kilang rokok. Namun, cukup menghairankan kerana jumlah perokok tidak pula berkurangan, tetapi semakin bertambah. Diperingkat sekolah lagi, remaja kita sentiasa berjinak-jinak dan menjadi pelapis perokok baru. Hari ini, lebih membimbangkan remaja perempuan pun sudah ramai terlibat dalam gejala merokok. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Lantaran bahaya dan keburukan rokok inilah, Jabatn Mufti Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa pada tahun 1997 tentang pengharaman rokok. Keputusan itu dibuat berdasarkan bahaya rokok terhadap kesihatan dan larangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 195: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya." (Al-Baqarah ayat 195)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah setengah perokok hanya menganggap perbuatan itu sebagai Makruh. Justeru, Mimbar Jumat pada hari ini mengajak sidang Jumaat sekelian agar memperhalusi kaedah Usul Fiqh bahawa: Hukum Berubah Kerana Perubahan Zamn.
Kita sewajarnya menyedari perbezaan antara zaman rokok diharamkan sebagai Makruh dengan zaman kita hari ini. Perbezaan itu melibatkan soal maklumat dan teknologi yang sudah berubah. Ketika dihukumkan rokok sebagai Makruh, bahaya tentang rokok belum diketahui oleh manusia umum. Hukum Makruh itu dikeluarkan berdasarkan bahaya rokok yang kurang enak dan menganggu orang lain termasuk ketika solat. Hukum ini dikiaskan kepada hokum orang memakan bawang putih kemudian mendatangi solat berjemaah. Sebaliknya pada hari ini, rokok bukan sahaja diketahui menyebabkan bau yang tidak enak, bahkan sebab-sebab untuk menolak keharusan merokok sudah bertambah. Antaranya adalah: Pertama: Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan bahawa ia menyebabkan kerosakan pada paru-paru- dan menyebabkan risiko kanser. Justeru, apabila soal bau sudah bertukar kepada bahaya, maka hukum ke atas perbuatan merokok menjadi lebih berat iaitu Haram. Kedua: Proses penyediaan rokok juga sudah berubah. Proses penanaman tembakau, pengeringan dan pembuatan rokok melibatkan penggunaan pelbagai jenis racun dan bahaya kimia yang turut menjejaskan kesihatan perokok. Kandungan yang terdiri daripada tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser. Begitu juga bahan nikotin adalah seperti najis dadah, bertindak balas di dalam otak dan mampunyai kesan kepada sistem tubuh yang menjadi punca utama penagihan. Justeru, ia menambahkan lagi sebab untuk rokok dihukumkan Haram. Ketiga: Tindakan kerajaan menaikkan cukai rokok untuk mengurangkan perokok dan kos teknologi penyediaan rokok berbanding zaman dahulu telah menyebabkan aktiviti merokok menelan belanja yang agak besar. Justeru, ia mencetuskan sebab ketiga bagi pengharaman rokok iaitu pembaziarn. Keempat: Pula berkaitan dengan soal ekonomi dan hubungan sesama muslim. Syarikat-syarikat besar rokok di dunia diketahui turut menyumbang dana yang besar kepada aktiviti keganasan yang dilakukan ke atas umat Islam, khususnya oleh rejim Israel di Palestin. Ini bererti, sebahagian dari wang yang digunakan oleh pembeli rokok akan disumbangkan kepada kerajan yang melakukan jenahaya perang ke atas rakyat umum di kalangan umat Islam sendiri. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Apa yang menjadi penghalang untuk meninggalkan budaya merokok ini adalah soal ketagihan yang lebih mudah terjerumus ke arah penyalahgunaan dadah. Sebagai muslim, kita sewajarnya berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi tuntutan agama dengan meninggalkan tabiat merokok walaupun sukar dilakukan oleh individu perokok ke arah meninggalkan perbuatan yang sia-sia ini. Antara langkah-langkah segera yang perlu diambil oleh perokok dan perokok tegar untuk berhenti daripada tabiat buruk tersebut adalh: -
Dapatakan sokongan dan dorongan daripada rakan, isteri atau bantuan tenaga professional.
-
Mendapatkan khidmat kaunseling.
Sibukkan diri kepada kerja-kerja atau kegiatan yang berfaedah agar dapat melengah-lengahkan keinginan untuk merokok. -
Menjalankan ibadah puasa dan meneruskan tabiat tidak merokok sepanjang bulan Ramadhan.
-
Buangkan semua peralatan untuk merokok yang terdapat di rumah dan lain-lain lagi.
Justeru, mimbar Jumaat menyeru sekelian lagi kepada setiap perokok lelaki mahupun perempuan, dewasa mahupun remaja, miskin mahupun kaya, marilah kita tekadkan azam dan mula melakukan sesuatu tindakan ke arah meninggalkan perkara yang dilarang oleh agama ini. Marilah kita berfikir secara serius untuk membuat satu perubahan besar dalam hidup kita. Janganlah juga kita berputus asa dengan menganggap bahawa kita sudah terlambat dan tergolong di kalangan mangsa ketagihan yang berpanjangan.
Cukuplah masa panjang yang telah kita lalui sebagi perokok. Kita wajar renungkan semula sebab-sebab pengharaman rokok yang diputuskan oleh para ulama' bahawa bukan untuk menghalang kebebasan kita, tetapi ia diputuskan demi mebaikan kita sebagi individu yang prihatin terhadap masyarakat disekeliling kita. "Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya." (Al-Baqarah ayat 172)