Laporan_akhir_hp_kreatif_dan_inovatif.docx

  • Uploaded by: Haluyah Maimon
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan_akhir_hp_kreatif_dan_inovatif.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,387
  • Pages: 6
LAPORAN AKHIR HP KREATIF DAN INOVATIF MIMIE ASMIEDAH BINTI AZMI A146427 FAKULTI UNDANG-UNDANG

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

PERJALANAN PROGRAM Program Intervensi Kesedaran dan Kepimpinan Orang Asli ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam bermula dari 16, 17 sehingga 18 Mei 2014 dan bertempat di Lurah Bilut, Raub, Pahang dengan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) . Dianggarkan seramai 200 orang daripada perkampungan Orang Asli tersebut telah menyertai Program Intervensi ini yang terdiri daripada penduduk kampong tersebut. Saya telah diberi tanggungjawab bagi menggalas tugas sebagai AJK Kebajikan dan Kerohanian. Secara dasarnya, di dalam jawatan ini saya bertindak sebagai AJK yang membantu dari sudut pengumpulan sumbangan dan kebajikan peserta dan rakan AJK dari unit yang lain. Berikut adalah ringkasan bagi perjalanan program. 16 Mei 2014 Urusetia bertolak ke perkampungan Orang Asli di Lurah Bilut, Pahang pada pukul 3.30 petang dan sampai di sana dalam anggaran pukul 6.15 petang. Pada hari ini belum lagi berlangsung aktiviti untuk Program Intervensi melainkan untuk melihat lokasi dewan, memunggah barang-barang aktiviti dan membersihkan diri di tempat penginapan. Pada jam 8.00 malam, semua urusetia turun ke dewan untuk makan malam. Sebelum pulang berehat, semua AJK diminta untuk berkumpul dan diberi taklimat ringkas oleh ketua projek dan ketua pengarah program berkenaan dengan perjalanan program pada keesokan harinya. Setelah selesai, semua urusetia pulang berehat.

17 Mei 2014 Pada jam 8.00 pagi, semua urusetia yang akan bertugas menikmati sarapan yang telah disediakan sebelum tugas-tugas program bermula. Program pada hari ini dimulakan dengan Majlis Perasmian Program Intervensi Kesedaran dan Kepimpinan Orang Asli oleh Prof. Dr. Rohimi pada jam 10.30 pagi. Seterusnya, pada jam 11.00 pagi, diadakan jualan dan penyampaian sumbangan daripada insan-insan prihatin serta minum pagi bagi penduduk Orang Asli yang hadir dan juga untuk urusetia.

Pada jam 11.30 pagi, slot 1 berlangsung yang diberikan oleh Puan Asma, wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) memberikan pengetahuan mengenai hak-hak yang sepatutnya diperoleh oleh Orang Asli. Beliau menerangkan tentang pentingnya pendidikan terhadap kanak-kanak dan juga mengenai peluang pekerjaan. Dalam masa yang sama, terdapat booth dibuka untuk pertanyaan mengenai pekerjaan yang kosong atau yang hendak diceburi oleh mereka yang berminat. Seterusnya, penduduk Orang Asli yang hadir dijemput menjamu makan tengah hari pada pukul 12.40 tengah hari. Setelah itu urusetia juga menikmati juadah tengah hari. Urusetia Program Intervensi Kesedaran dan Kepimpinan Orang Asli seterusnya menunaikan solat Zuhur di surau berdekatan Pada jam satu petang, hujan turun dengan lebatnya menyebabkan kami menangguhkan aktiviti yang dijadualkan pada pukul 2 petang kepada 3 petang, supaya peserta orang asli di kawasan tersebut dapat datang setelah hujan beransur. Slot 2 ini merupakan slot perkongsian Ikon Orang Asli yang telah berjaya menuntut ilmu sehingga ke menara gading, untuk menyuntik semangat remaja dan kanak-kanak orang asli untuk menyambung pelajaran juga mendedahkan bahawa ilmu itu dapat mengubah nasib mereka. Empat orang daripada ikon tersebut merupakan pelajar yang sedang menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala seorang lagi merupakan

Penolong Pengarah di Sektor Bahasa & Kesusasteraan, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Encik Johari. Slot 3 merupakan aktiviti permainan atau sukaneka untuk kanak-kanak Orang Asli pada pukul 4.00 petang. Mereka dibahagikan kepada lapan kumpulan, di mana satu kumpulan mempunyai lapan orang peserta. Setiap kumpulan diberikan sebuah kotak yang di dalamnya mempunyai dua keping kertas A4 keras berwarna putih, sebiji gunting, dua biji double tape. Mereka dikehendaki mencipta sesuatu daripada semua bahan yang diberikan. Setiap kumpulan mempunyai dua orang fasilitator yang memantau. Melalui kreativiti mereka, ada yang mencipta rumah, kereta, roket dan sebagainya. Selepas siap dalam masa yang telah diberikan iaitu 20 minit, wakil kumpulan atau ketua kumpulan dikehendaki untuk membentangkan hasil rekaan mereka. Kumpulan dengan ciptaan paling kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang. Seterusnya, minum petang disediakan untuk penduduk dan juga urusetia. Slot 4 merupakan explorace, kanak-kanak orang asli dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dibimbing oleh dua orang urusetia untuk setiap kumpulan. Terdapat empat check point yang juga dijaga oleh dua orang urusetia, iaitu aktiviti pecah belon, kerusi muzik, bola beracun dan futsal. Setelah eksplorasi berakhir, semua urusetia atau fasi berkumpul di padang bersama dengan orang-

orang kampung yang terdiri daripada orang tua, muda, remaja dan kanak-kanak untuk bermain pertandingan persahabatan, tarik tali. Pada pukul 6.45 petang, semua urusetia dan peserta-peserta orang asli berkumpul di dewan untuk penyampaian hadiah. Pada waktu malam tiada aktiviti, urusetia dibenarkan balik ke penginapan di surau dan sebahagiannya di dewan untuk membersihkan diri dan makan malam. 18 Mei 2014

Kami turun untuk aktiviti gotong-royong membersihkan surau dan kawasan dewan pada pukul 8.00 pagi. Setelah itu, kami bersarapan dan urusetia yang bertugas iaitu jawatankuasa jamuan membahagikan makanan kepada kanak-kanak orang asli yang hadir dan menjemput ibu bapa mereka untuk bersarapan.

Selepas sarapan, satu acara cabutan bertuah diadakan untuk kanak-kanak yang hadir pada majlis penutup. Hadiah disumbangkan oleh Dr. Rohimi iaitu buku mewarna dan pensil warna. Slot tersebut memeriahkan lagi majlis penutup yang diadakan selepas itu.

Slot terakhir merupakan majlis penutup untuk Program Intervensi Kesedaran dan Kepimpinan Orang Asli, yang dirasmikan oleh Dr. Rohimi merupakan pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM pada pukul 10.00 pagi.

Akhir sekali, kami bertolak pulang ke UKM pada pukul 11.30 pagi dengan diiringi oleh penduduk orang asli terutamanya kanak-kanak yang bersalam dan mengucapkan terima kasih. InsyaAllah jika diberi peluang lagi, Program Intervensi Kesedaran dan Kepimpinan Orang Asli II bakal menyusul .

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK PROGRAM INTERVENSI KESEDARAN DAN KEPIMPINAN ORANG ASLI

1. Susunan aktiviti-aktiviti melibatkan orang asli lebih teratur 2. Tempat penginapan yang lebih kondusif yang selesa dan selamat. 3. Mengadakan pembentangan berbentuk animasi atau LCD agar lebih menarik perhatian mereka. 4. Slot-slot yang lebih menarik dan tidak terlalu general sukar untuk mereka fahami. 5. Mengadakan pertandingan mewarna kerana kanak-kanak orang asli mencadangkannya HASIL KOMUNIKASI

Terdapat dua jenis komunikasi iatu komunikasi berbentuk dalaman dan luaran. Komunikasi dalaman melibatkan saya dan rakan unit saya Liana Bt Azenan dimana kami sering berbincang mengenai perancangan terutama sekali urusan surat-menyurat. Ia memerlukan banyak perjumpaan dan perbincangan kerana banyak yang perlu diperbaiki. Selain tu, jika mempunyai keperluan, kami akan berkomunikasi melalui manfaat teknologi sepeti Facebook dsb.

Selanjutnya, komunikasi luaran. Ia melibatkan saya dan juga peserta (masyarakat orang asli), serta para pensyarah di fakulti. Saya telah diamanahkan untuk mengumpulkan barang sumbangan, jadi ia memerlukan banyak komunikasi dua hala antara saya dan pensyarah. Ia memerlukan beberapa kali bagi saya berjumpa pensyrah atas faktor jadual penysrah yang agak sibuk namun persefahaman dan kerjasama pensyarah amar membantu saya. Bahasa badan juga mata penting kerana ia dapat menunjukkan sama asa kita bersungguh-sungguh atau tidak dalam melaksanakan pekerjaan itu.

Ketika di Perkampungan orang asli, kami telah melaksanakan jadual. Disini, saya berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi dan merapatkan jurang bahasa antara masyarakat, Ternyata, bahasa bukan masalah yang menyekat kami daripada berkomunikasi di mana terdapat sesi tawar menawar antara saya da n pembeli. Penggunaan bahasa yang mudah amat penting agar mesej yang disampaikan dapat diterima.

Antara komunikasi yang kurang berjaya adalah di mana saya dan rakan unit lain berdepan dengan salah faham tentang tugasan kami walaubagaimanapun masalah ini berjaya diatasi. Hal ini kerana kami berkomunikasi melalui e-mail jadi terdapat salah faham. Ternyata, komunikasi secara berhadapan adalah lebih baik.

HASIL KREATIF DAN INOVATIF

Lanjutan dari perkara di atas, telah berlaku hasil kreatif dan inovatif di dalam program ini. Hasil sumbangan yang saya dan unit saya lakukan, kami berjaya mengumpulkan kira-kira 10 buah beg bungkusan pakaian dan juga barang sumbangan yang lain seperti beg, buku dan sebagainya. Dengan berpegangkan objektif utama program, saya telah melakukan jualan semula pakaian tersebut krpada komuniti. Kebiasaannya, pakaian tersebut akan diberikan begitu sahaja, namun kami merasakan barangan tersebut tidak akan memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Hal ini kerana, masayarakat orang asli yang kami dekati mempunyai masalah pengganguran yang serius, kami mahu mereka lebih menghargai nilai wang dan berusaha untuk mendapatkannya. Malah, kami menjual pakaian tersebut hanya dalam nilai 10 dan 20 sen sahaja. Kesedaran penduduk tentang keperluan pekerjaan diberi keutamaan . Saya merasakan ini adalah hasil idea kreatif yang telah berlaku.

Kemudian, saya telah ditugaskan sebagai pemudah cara (PC) bagi acara yang dilakukan. Antara yang mendapat kesan inovatif adalah satu acara di mana kami bersama-sama adik-adik orang asli dikehendaki untuk mencipta sesuatu menggunakan kotak. Kami telah berbincang dan mencipta sebuah rumah. Namun begitu, saya bertindak memberi idea dan olahan dan adik-adik orang asli telah melakukan bahagian pelaksanaan. Hal ini kerana, kami mahu mereka mencipta sesuatu yang inovasi.

Akhir kata, pengalaman ini sangat berharga saya dan ilmu sepanjang di program ini akan saya aplikasikan pada masa akan datang. Insyaallah.

Mimie Asmiedah Binti Azmi, A146427

More Documents from "Haluyah Maimon"