LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4 TAJUK KEPERCAYAAN GURUPEMBENTANGAN GURU SAINS BERAGAMA ISLAM TENTANG EPISTEMOLOGI DAN FALSAFAH SAINS: SATU TIPOLOGI NAMA RABIATUL-ADAWIAH AHM PEMBENTANG AD RASHID SESI SELARI/ 4D4 POSTER TEMA TARIKH/ HARI 20 MEI 2009 MASA 3.00-3.20 PM BILIK/TEMPAT SRI MAHANG PENGERUSI MOHD KHALED BIN MOHAMED NASIR PENCATAT SITI RAFEQAH BINTI SAMSUNANWAR
INTISARI PEMBENTANGAN: 1. Secara umum kajian ini bertujuan meneliti dan mengenal pasti aliran kepercayaan di kalangan guruguru Sains Muslim tentang epistemologi dan falsafah sains. 2. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan iaitu menggunakan set Soal Selidik Kepercayaan Guru dalam proses pengumpulan data. Sampel terdiri daripada 372 orang guru dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), yang mengajar mata pelajaran Sains, iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Sains KBSM, Matematik dan Kejuruteraan. 3. Hasil kajian dikategorikan kepada 4 aliran kepercayaan, iaitu 52.4% merupakan responden yang tinggi kepercayaan terhadap epistemologi Islam dan falsafah sains Islam serta tinggi kepercayaan terhadap epistemologi Barat dan falsafah sains moden, 22.3% rendah kepercayaan terhadap epistemologi Islam dan falsafah sains Islam serta rendah kepercayaan terhadap epistemologi Barat dan falsafah sains moden, 16.1% tinggi kepercayaan terhadap epistemologi Islam dan falsafah sains Islam tetapi
rendah kepercayaan terhadap epistemologi Barat dan falsafah sains moden dan akhir sekali 9.1% rendah kepercayaan terhadap epistemologi Islam dan falsafah sains Islam tetapi tinggi kepercayaan terhadap epistemologi Barat dan falsafah sains moden.
INTISARI PERBINCANGAN (SOAL-JAWAB) 1. Soalan (oleh Rosli Sahat, IPGM Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak) Apakah wujud perbezaan persekitaran antara guru SBP dan guru SMKA? Jawapan: Ya, terdapat perbezaan dari segi persekitaran antara guru SBP dan guru SMKA. Guru SMKA mengajar dalam persekitaran yang menekankan budaya hidup dan amalan seharian Islam manakala guru SBP sebaliknya. Tahap pembelajaran dan pemikiran murid turut menyumbang kepad tahap pengajaran dan pemikiran guru, secara tidak langsung.
2. Soalan (oleh Mohd Khaled Mohamed Nasir, Tuan Pengerusi) Apakah kepentingan falsafah dalam kehidupan manusia? Jawapan: Falsafah sangat penting dalam kehidupan manusia. Dengan berpegang kepada falsafah, kita boleh merancang tujuan dan matlamat hidup, seterusnya menentukan tahap pencapaian dalam kehidupan.