Laporan Perbincangan Hasil Simulasi Pengajaran Mikro 1.0
Pengenalan pengajaran mikro Syed Ismail Syed Mustapa, Mohd Noor Ahmad dan Rozman Rosely (2017) memetik
kata-kata Allen dan Eve (1998) yang mengatakan bahawa pengajaran mikro merupakan suatu sistem kawalan secara praktis dengan menumpukan kepada latihan khusus ke arah mempertingkatkan kemahiran tingkah laku untuk mengajar dalam situasi yang terkawal. Mengikut Mok S.S. (2003), sebelum seseorang menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Oleh yang demikian, pengajaran mikro merupakan platform kepada semua siswa guru untuk melengkapkan diri dengan ilmu pedagogi pengajaran untuk menghasilkan satu situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar yang bermakna dan bermanfaat. 2.0
Sesi pengajaran mikro Bagi menjalankan pengajaran mikro, kumpulan kami yang dianggotai seramai tiga
orang ahli dengan bantuan ahli kumpulan lain sebagai murid telah mengadakan simulasi pengajaran mikro pada 31 Januari 2019. Pada simulasi pengajaran mikro kumpulan kami telah memilih kemahiran peneguhan dan pengukuhan untuk subjek Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Tahun 4. Berdasarkan standard pembelajaran 1.3.2 memahami dan menyebut perkataan-perkataan yang didengar dalam cerita, kami telah memilih tema pertanian dan penternakan yang bertajuk Berbudi pada Tanah. Kemahiran fokus semasa sesi ini adalah kemahiran mendengar. Langkah pelaksanaan kemahiran ini adalah secara permainan kecil yang dipanggil Angin Bertiup yang mana memerlukan murid untuk menukar tempat duduk dengan murid lain yang mendapat watak yang sama. Seterusnya berlaku beberapa sesi soal jawab antara guru dengan murid berkaitan watak yang diterima. 3.0
Kekuatan Penglibatan aktif murid merupakan salah satu kekuatan sesi pengajaran mikro ini.
Hal ini didorong dengan arahan yang jelas oleh guru dan demonstrasi cara permainan yang ditunjukkan sebelum bermulanya permainan. Ini bertujuan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berjalan dengan lancar. Pendekatan yang dipilih oleh guru iaitu permainan sebagai aktiviti pengukuhan adalah sangat tepat kerana murid mendapat pengalaman pembelajaran secara langsung dan sekali gus akan meningkatkan ingatan murid tentang pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, permainan yang melibatkan pergerakan anggota badan secara tidak langsung bertindak sebagai terapi fisio yang dapat membantu otot-otot kasar dan halus berfungsi dengan baik kerana terdapat murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai masalah otot yang menghadkan pergerakan mereka. 1
Pembelajaran kontekstual dan tema yang dekat dengan diri murid yang digunakan semasa sesi pengajaran mikro ini membolehkan murid memahami isi pengajaran dengan lebih mudah. Hal ini kerana, murid-murid sudah mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan pengajaran yang sedang dijalankan dan seterusnya mampu membuat perkaitan dengan topik yang diajarkan pada hari berkenaan. Elemen merentas kurikulum yang diselitkan semasa sesi pengajaran mikro membolehkan murid untuk menguasai lebih banyak ilmu, kemahiran dan nilai dalam satu-satu masa. Inisiatif ini mampu melahirkan individu yang lengkap dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4.0
Kelemahan Sedikit kelemahan yang terdapat di dalam simulasi pengajaran mikro ini adalah
terdapat aktiviti yang tidak seiring dengan kemahiran fokus. Kemahiran menulis dan membaca telah dimasukkan di dalam aktiviti tersebut walaupun kemahiran fokus adalah kemahiran mendengar. Apabila sesuatu kemahiran tersebut dicampuradukkan, murid tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran fokus yang telah ditetapkan dan seterusnya penyebab mengapa objektif pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya. Selain itu, bahan bantu mengajar yang hanya memiliki tulisan sahaja tidak terlalu kondusif untuk digunakan. Banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan gambaran visual sebelum, semasa dan selepas membaca sesuatu bahan bahan bantu mengajar akan dapat meningkatkan kefahaman (Gambrell & Bales, 1986; Sadoski & Paivio, 2001). Kegagalan menyediakan bahan bantu mengajar yang kondusif untuk kegunaan murid-murid menyukarkan murid-murid untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Hal ini kerana terdapat murid Pendidikan Khas yang tidak dapat mengambarkan dan membayangkan secara abstrak apa yang diperkataan dan ditulis kecuali mereka telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang berkaitan. Hal ini menurut Mohd. Baharudin Othman dan Mohd. Khairie Ahmad (2004), komunikasi bukan lisan merupakan satu bentuk mesej yang penting kerana boleh menafsir emosi, personaliti, tujuan dan dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian sesuatu mesej serta berfungsi sebagai pelengkap kepada komunikasi lisan. Melalui sesi pengajaran mikro ini, dapat diperhatikan bahawa guru kurang mempraktikkan bahasa tubuh yang sesuai dalam membantu merangsang murid untuk terlibat aktif dalam sesi PdPc. Nada suara guru yang tidak tegas menyebabkan murid-murid tidak fokus dalam pembelajaran. 5.0
Cadangan penambaikan
2
Berdasarkan kelemahan yang telah dikenal pasti, sebagai bakal guru, penyelesaian yang jitu harus difikirkan dan dilaksanakan supaya sesi pengajaran yang sebenar dapat memberi manfaat kepada murid-murid. Oleh yang demikian, semasa membina Rancangan Pengajaran Harian, aktiviti yang hendak dipilih perlu selaras dengan kemahiran fokus dan objektif yang telah ditetapkan. Misalnya, bagi kemahiran mendengar, aktiviti yang memerlukan respon daripada murid adalah penting kerana daripada respon tersebut, barulah guru dapat mengenalpasti bahawa murid tersebut faham atau tidak dengan arahan atau maklumat yang disampaikan. Bantu bantu mengajar merupakan sesuatu yang penting untuk memastikan murid faham akan maklumat yang ingin disampaikan. dapatan kajian Jasmi, K. A. (et al., 2011) dan Ilias, M. F. (et al., 2013) menunjukkan bahawa penggunaan BBM oleh guru mampu membuatkan
pelajar
fokus
kepada
pengajaran
sewaktu
proses
pengajaran
dan
pembelajaran (PdP) Bagi murid-murid Pendidikan Khas, sebaiknya bahan bantu mengajar yang digunakan hendaklah memaksimumkan semua pancaindera mereka kerana sebilangan murid Pendidikan Khas mempunyai masalah dalam pendengaran mahupun penglihatan. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar yang digunakan hendaklah memiliki gambar dan tulisan yang besar dan murdah dibaca. 6.0
Penutup Guru perlu mengetahui pelbagai model, kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran, dan berusaha menggunakannya mengikut keadaan dan kesesuaian (Reece, 1997; Norasmah, 2000; Zamri, 2004). Ini penting bagi merancang sesi PdPc yang membantu mencapai objektif yang ditetapkan. Jadi, seseorang guru itu perlulah mengetahui kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hal ini supaya guru dapat membuat penambahbaikan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping dapat membantu melancarkan aktiviti yang dirancang. Dengan adanya kekuatan dan kelemahan serta cadangan penambahbaikan yang telah dianalisis, sesi pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan lebih teratur dan terancang serta dapat mencapai objektif yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru.
3
Rujukan Mok S.S. (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI : Komponen 3 :Profesionalisme Keguruan Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mustapa, S. I. (2017). Persediaan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Mohd. Baharudin Othman dan Mohd. Khairie Ahmad. (2004). Pengantar komunikasi. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Gambrell, L. B., & Bales, R.1986. Mental imagery and the comprehension-monitoring performance of fourth and fifth grade poor readers. Reading Research Quarterly, 21(4), 454-464. Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 3(1), 2011. 59-74. Reece. I. 1997.Teaching training and learning, BE Pubs., London.
4