1.0 Pengenalan Menurut Heward (2003), kanak – kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak – kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) mentakrifkan bermasalah pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh paa akar professional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa murid masalah pembelajaran merupakan individu yang mempunyai tahap keupayaan belajar yang terhad bergantung kepada tahap ketidakupayaan individu. 2.0 Latar belakang Bagi menyelesaikan tugasan laporan kajian kes, Murid A telah dipilih. Murid A (Muhammad Isna Fitri Aqhari Bin Mohd Zanurin) ialah seorang murid lelaki berumur 12 tahun yang belajar di dalam kelas 4 Darussalam iaitu kelas pertama bagi murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Murid A berasal daripada keluarga yang kurang kemampuan dan tinggal di Rumah Budi iaitu salah sebuah rumah anak yatim di daerah tersebut. Ayah murid tersebut telah meninggal dunia. Murid A seorang pengawas di sekolah. Murid A yang telah disahkan mengalami masalah kognitif dengan disleksia. Murid tersebut diserapkan ke dalam pendidikan khas melalui Program Outreach Pemulihan Khas 2015. Berdasarkan perolehan data tahap keupayaan murid tersebut bagi domain ketidakupayaan fungsi kognitif berada pada tahap teruk dan ketidakupayaan kawalan tingkah laku berada pada tahap ringan. 3.0 Kekuatan Merujuk pemerhatian yang telah dilakukan, murid A merupakan seorang pengawas di sekolah dan sentiasa berpakaian kemas ke sekolah. Dapat diperhatikan bahawa murid A adalah contoh terbaik di kalangan murid-murid masalah pembelajaran yang lain dalam aspek penampilan diri. Selain itu, murid A sering melibatkan diri dalam persembahan seperti ketika Sambutan Hari Guru, Perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Hal ini kerana, murid A meminati seni pergerakan. Murid A akan fokus ketika PdPc jika sesi tersebut melibatkan aktiviti yang memerlukannya bergerak berbanding hanya mendengar semata-mata penerangan daripada guru. Di samping itu, murid A turut meminati bidang perkebunan. Setiap kali aktiviti perkebunan dijalankan, murid A akan terlibat secara langsung dan aktif. Murid A bertindak dalam
pembahagian tugas kepada murid-murid yang lain. Murid A banyak membantu dalam menjayakan projek perkebunan di sekolah tersebut. 4.0 Kelemahan Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, murid A mengalami kesukaran dalam menyelesaikan tugasan dan mendorong murid tersebut untuk melakukan masalah tingkah laku. Misalnya, murid A banyak menunjukkan tingkah laku hiperaktif terutamanya apabila bersama kawan rapatnya. Murid A sering bangun dari tempat duduknya di dalam kelas sama ada untuk mengganggu rakan, sering menggoyangkan badan, menendang meja dan mengetuk pensil pada meja. Selain itu, murid A merupakan seorang yang pasif ketika sesi Pdpc, tidak memberi respon dan suka menggoyangkan badan ketika di dalam kelas. Murid A kurang berkomunikasi secara lisan tetapi lebih kepada gerak badan. Murid A tidak mempunyai masalah untuk bergaul kerana dia selesa berbual dengan rakan-rakannya tetapi ada kalanya bersikap agresif seperti merampas pemadam daripada rakannya. Tulisan tangan Murid A juga tidak kemas. Hal ini kerana murid A gagal memegang pensil dengan cara yang betul. Hal ini terbukti merujuk kepada tulisan yang bersaiz tidak menentu dan memiliki ruang antara huruf yang tidak konsisten seperti terlalu jauh antara dua suku kata. Tonus otot yang lemah yang kurang memberikan perhatian ketika guru mengajar merupakan antara punca kegagalan Murid A dalam kemahiran tulisan terutamanya memegang pensil. 5.0 Cadangan aktiviti terapi yang boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Mosby (2001) mendefinisikan terapi sebagai suatu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Murid-murid keperluan khas masalah pembelajaran memerlukan terapi dan antara salah satu keperluannya ialah bertujuan merangsang murid-murid untuk bertindak balas positif terhadap sesuatu perkara dan meningkatkan perkembangan fungsi emosi, mental, fizikal dan sosial murid-murid. Terapi penting dalam mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi. Secara tidak langsung ia membantu dalam merangsang pertuturan dan komunikasi yang sememangnya penting dalam kemahiran sosial murid-murid. Setelah meneliti latar belakang dan minat murid A, terapi pergerakan kreatif adalah yang paling sesuai diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pergerakan kreatif merupakan proses pelahiran gabungan antara intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria secara simbolik melalui pergerakan. Terdapat tiga aspek dalam pergerakan kreatif iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Menurut Buku Panduan Guru bertajuk
Pergerakan Kreatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) pergerakan kreatif mempunyai 10 tema dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu antaranya kesedaran tubuh badan, penyesuaian terhadap kawan, bentuk-bentuk pergerakan dan kesedaran ruang. Aktiviti pergerakan berkumpulan dan berpasangan sesuai dilaksanakan ke atas murid A. Ketika set induksi guru boleh menerapkan aktiviti nyanyian dan gerakan kreatif. Misalnya dalam mempelajari tajuk nombor. Guru menayangkan video lagu pengenalan nombor dan murid perlu menggerakkan anggota badan bagi menunjukkan simbol nombor. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dalam diri murid. Selain itu, aktiviti terapi ini sesuai kerana dapat membantu murid A menangani masalah emosi yang dialaminya. ini mampu meningkatkan minat murid A dalam PdPc kerana melibatkan pergerakan, muzik dan seni kreatif. Sesi PdPc akan menjadi lebih menarik. Bagi menangani masalah memegang pensil, terapi yang sesuai diterapkan ketika sesi PdPc ialah terapi cara kerja. Turner, Foster dan Johnson (2002) mendefinisikan terapi cara kerja sebagai latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Aktiviti seperti menggunting kertas, melipat origami, membentuk play dough dan mengambil objek kecil menggunakan penyepit dapat merangsang deria-deria rasa dan neuron yang terlibat agar dapat berfungsi dengan lebih baik. Contohnya ketika aktiviti dalam mata pelajaran Matematik di mana murid-murid perlu mengira jumlah lidi yang digunakan ketika membentuk segiempat sama. Murid perlu memegang lidi tersebut dengan menggunakan penyepit. Ini merupakan salah satu aktiviti yang menerapkan unsur terapi cara kerja yang secara tidak langsung merangsang deria sentuhan dalam diri murid. 6.0 Penutup Terapi-terapi yang dicadangkan di atas boleh diaplikasikan oleh guru-guru bagi membantu meningkatkan kemahiran murid-murid ketika sesi pengajaran dan pemudahcaraan berlangsung. Murid-murid berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai. Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini dengan memaksimumkan keupayaan mereka.
Rujukan Kamus Perubatan Mosby’s (2001), Galgotia Pub. Ltd: New Delhi. Bermain Meningkatkan Kemahiran Menulis. (2017, May 30). Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/bermain-meningkatkan-kemahiran-menulis/ Esa, N., & Lah, S. C. (n.d.). Kelestarian dan Dinamisme Kearifan Tempatan Dalam Pendidikan (Penerbit USM). Penang, Malaysia: Penerbit USM.
Hunt, N., & Marshall, K. (2012). Exceptional Children and Youth. Boston, MA: Cengage Learning.
Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. PTS Professional.
Kurikulum, P. P. (1997). Buku panduan guru pergerakan kreatif.
Radomski, M. V., & Latham, C. A. (2008). Occupational Therapy for Physical Dysfunction. Philadelphia, PA: Lippincott Williams & Wilkins.
Lampiran