Laporan Lawatan Ke Pusat Serenti Jeli

  • Uploaded by: Muhammad Na'im
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Lawatan Ke Pusat Serenti Jeli as PDF for free.

More details

  • Words: 526
  • Pages: 3
Laporan Lawatan ke Pusat Serenti Jeli, Kelantan Pada 25 Ogos 2008 seramai 99 orang pelajar Diploma Kejururawatan Tahun 1 telah mengikuti lawatan ke Pusat Serenti di Jeli, Kelantan. Lawatan ini diiringi oleh beberapa orang pengajar Diploma Kejururawatan iaitu Pn. Fadhilah Husin, Pn. Hasni Embong, Pn. Mas Nor Masaloni Ibrahim, Pn. Low Kim Lian dan Pn. Zuraida Yusoff. Para pelajar diminta berkumpul di hadapan perkarangan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) pada pkul 7.45 pagi. Sebanyak 3 buah bas telah disediakan untuk lawatan ini. Tepat pukul 8.00 para pelajar telah berangkat ke destinasi yang mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam. Setelah sampai di lokasi yang dituju kami di jemput ke Bilik Mesyuarat Pusat Serenti untuk mendengar taklimat oleh Timbalan Komandan, Wan Jalani bin Wan Ismail. Di sana beliau telah menerang dan memberikan maklumat yang amat berguna tentang Pusat Serenti Jeli ini. Pusat serenti ini terletak di Kg. Kuala Long, Batu Melintang, Jeli, Kelantan iaitu berada di antara Lebuh raya Timur Barat dan Sungai Pergau di atas tanah rezab negeri Kelantan. Pusat serenti ini berkeluasan 20.23 hektar (50 ekar) yang meliputi bangunan pentadbiran, asrama pelatih, kawasan rekreasi, detox, padang kawat, kawasan pertanian dan penternakan. Kawasan ini telah diwartakan pada 9 April 1987 dalam akta (P.U.(B) 190). Ia mula dibina pada 7 Oktober 1987 dengan menggunakan tenaga penghuni Pusat Serenti Perlop, Sg. Siput, Perak. Pembinaan melibatkan 2 orang pegawai, 2 orang Pengawal Keselamatan dan 30 orang penghuni. Penghuni pusat di sini adalah berasal daripada golongan penagih tegar. Jumlah penghuni di sini sejak Jan 2007 – 24 Ogos 2008 adalah seramai 361 orang. Walau bagaimanapun, sehari sebelum kami mengadakan lawatan ini seramai 9 orang pelatih baru telah dimasukkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penghuni di sini seramai 370 orang. Melalui lawatan ini, para pelajar perlu menyelesaikan beberapa objektif yang telah diberikan oleh Pn. Fadhilah sewaktu berada sepanjang di pusat serenti ini. Antara objektif terbabit ialah a) mengenal pasti jenis-jenis penagihan dadah dan golongan yang terlibat dengan penagihan dadah. b) menerangkan punca-punca yang dikenal pasti mendorong penglibatan remaja di dalam penagihan dadah. c) menerangkan aktiviti pemulihan yang dilakukan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) d) mengadakan temu bual ringkas dengan penghuni pusat yang dipilih untuk memahami permasalahan sebenar yang dialami oleh remaja hari ini.

Jenis Penagihan Dadah & Golongan yang Terlibat Melalui taklimat yang telah diberikan, kami telah dapat mengenal pasti jenis-jenis penagihan dadah dan golongan yang terlibat dengan penagihan dadah. Dadah jenis Morphine adalah dadah yang mencatatkan bilangan paling ramai di sini iaitu seramai 316. Bilangan penagihan dadah ke dua tertinggi ialah dadah jenis Heroin iaitu seramai 36 orang. Penagih dadah jenis Syabu pula seramai 5 orang manakala penagih dadah jenis pil kuda hanya seramai 3 orang. Jenis penagihan dadah yang paling sedikit ialah dadah jenis Ganja iaitu seorang. Golongan yang dikenal pasti terlibat dengan penagihan dadah adalah bermula dari golongan remaja sehingga golongan warga emas. Para pelatih yang menjalani pemulihan di sini berusia di antara lingkungan 15 tahun sehingga 59 tahun. Kaum Melayu merupakan penghuni majoriti di sini. Bilangan mereka adalah seramai 265 orang. Kaum Cina pula merupakan bilangan ke dua teramai di sini iaitu seramai 50 orang diikuti kaum India seramai 44 orang.

Punca Remaja Terlibat di dalam Penagihan Dadah

Related Documents


More Documents from ""

May 2020 16
Arabi
April 2020 27
The Basics Of Food Safety
October 2019 28
Life 101
May 2020 9
Template Alamat Surat.docx
November 2019 15