Laporan Lawatan Ke Sungai Lembing.docx

  • Uploaded by: Nalamaran Thanarasa
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Lawatan Ke Sungai Lembing.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,406
  • Pages: 5
NALAMARAN THANARASA Laporan Lawatan ke Sungai Lembing, Kuantan Sebelum Saya Nalamaran a/l Thanarasa, guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester enam telah melalui dan mempelajari kursus kokurikulum – Persatuan yang berkod WAJ 3131. Selaras dengan itu, kami kelas Pengajian Tamil dipilih untuk menubuhkan Persatuan Pendidikan Alam Sekitar dan Puan Thirumagal menjadi guru penasihat kepada persatuan kami. Bagi mengurusakan segala hal ewhal yang berkaitan dengan persatuan ini kami menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pengerusi,setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa. Pemilihan ini dijalankan melalui proses pengundian oleh ahli kelas saya. Selepas pemilihan ahli jawatankuasa, kami telah berbincang tentang beberapa isu yang berkaitan dengan persatuan. Antaranya adalah tujuan dan objektif persatuan, yuran kutipan, aktiviti-aktiviti persatuan dan garis panduan persatuan, Selepas itu, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat jawatankuasa bagi merancang aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan sepanjang semester ini. Antara aktiviti yang telah dikemukakan adalah seperti menanam anak pokok dan melabel pokok di sekitar kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Aktiviti utama yang telah dirancang adalah membuat lawatan ke Sungai Lembing, Kuantan. Bagi tujuan mengadakan lawatan, sebuah jawatankuasa pengurusan lawatan ke Sungai Lembing telah ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut telah diketuai oleh Indra a/p Thamilarasan. Saya diberi tugasan sebagai ajk aktiviti bagi lawatan ini. Sehubungan dengan itu, saya telah menghubungi En Rizal, pemandu pelancongan bagi lawatan ini untuk membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan. Selain itu, saya telah memaklumkan kepada peserta lain tentang persiapan awal yang perlu dibuat sebelum lawatan seperti membawa air , lampu suluh , pakaian yang mencukupi, dan ubat yang diperlukan.

NALAMARAN THANARASA Semasa (HARI PERTAMA) (RABU 5.10.2015 ) Pada 7 October 2015, seramai 22 guru pelatih daripada Persatuan Pendidikan Alam Sekitar dan 14 guru pelatih daripada Persatuan Pencinta Alam telah mengadakan lawatan ke Sungai Lembing, Kuantan. Rombongan ini turut disertai oleh dua orang pensyarah pembimbing iaitu En. Ghazali Ismail dan Pn. Aminah Yusof. Kami dikehendaki berkumpul di Dataran Bestari pada pukul 7.30 pagi. Sebelum bertolak kami diminta untuk memakan sarapan pagi di Kantin. Kemudian kami berkumpul semula untuk mendengar taklimat oleh Cikgu Malik, sebelum kami menaiki bas yang disewa khas. Tepat pada pukul 8.15 pagi, bas bertolak dari Dataran Bestari, Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis menuju Ke bandar Kuantan. Masa perjalanan dari Kuala Lipis ke Sungai Lembing, Kuantan adalah sebanyak 5 jam. Bas berhenti di kawasan rumah rehat di Temerloh bagi berehat. Selepas itu bas meneruskan perjalananya ke bandar Kuantan. Pada pukul 1.00 tengahari bas berhenti di sebuah pusat membeli-bela. Di sana kami membeli makanan tengahari dan barang-barang keperluan yang diperlukan sepanjang lawatan. Selepas itu, bas bergerak ke Cottage Green Peace, di Sungai Lembing, Kuantan untuk melapor diri. Pada pukul 4.00 petang, seramai 36 guru pelatih dengan 2 orang guru pelatih selamat tiba di kawasan Cottage Green Peace, di Sungai Lembing, Kuantan. Sejurus tiba di sana, kami berjumpa dengan pemandu pelancong kami iaitu, En. Rizal untuk melapor diri dan membincang tentang pengurusan penginapan. Selepas itu, kami diminta untuk melakukan pengurusan diri di bilik penginapan yang diberikan. Pada pukul 8.30 petang, kami dibekalkan makanan malam. Selepas itu, kami diberi taklimat tentang aktiviti- aktiviti yang bakal dilakukan pada keesokan hari. Taklimat tersebut diberikan oleh En. Rizal. Beliau juga menyatakan dan menegaskan aspek keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang lawatan ini. Pada pukul 10.00 malam, kami berbincang dan mengingatkan peranan setiap individu sepanjang lawatan ini seperti mengambil gambar,

menguruskan

aktiviti,

menguruskan

bahagian

makanan,

dan

menguruskan

pengankutan. Pada pukul 10.30 malam, semua peserta lawatan diminta ke bilik penginapan masing-masing untuk tidur dan melakukan persiapan diri.

NALAMARAN THANARASA (HARI KEDUA) (RABU 6.10.2015 ) Pada pukul 5.00 pagi, semua peserta lawatan bangun dan melakukan pengurusan diri. Selepas itu,kami diberikan sarapan pagi bagi memastikan kami mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti. Selepas menghabiskan sarapan pagi, kami menuju ke Air Terjun Pelangi melalui tiga kenderaan Hilux. Dalam perjalanan ke Air Terjun Pelangi, kami berhenti di Bukit Matahari untuk menyaksikan penerbitan matahari. Peserta lawatan dibenarkan untuk mengambil gambar di sana sebelum bertolak ke Air Terjun Pelangi. Sepanjang perjalanan ke Air terjun Pelangi kami bernyanyi dan bersorak untuk menghilangkan rasa kepenatan. Laluan perjalanan itu dipenuhi dengan pasir, jalan yang bukit dan dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan yang hijau. Selepas 30 minits, kami telah sampai di kawasan yang berdekatan dengan ke Air Terjun Pelangi dan kami diminta untuk berjalan kaki kerana kawasan tersebut dipisahkan oleh sungai. Kami merentasi sungai dengan bantuan tali yang diikat antara dua tebing. Selepas merentasi sungai, kami melalui kawasan hutan yang dipenuhi dengan kawasan pokok dan batu yang besar. Perjalanan melalui kawsan hutan ini mengambil masa sebanyak 30 minits. Pada pukul 10.00 pagi, kami sampai di kawasan Air Terjun Pelangi. Selepas sampai di kawasan yang berdekatan dengan Air Terjun Pelangi, kami melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti bermandi-manda, berenang, menaik batu dan bermain dalam air. Kepenatan melalui kawasan hutan itu hilang apabila kami sampai dan menikmati saat-saat di Air Terjun Pelangi. Lepas itu, kami menikmati makanan yang telah disediakan oleh pemandu pelancong yang bersama kami seperti mee

dan air milo. Ia mengurangkan kepenatan kami dan

membuatkan kami bertenaga kembali. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan kecantikan yang dipenuhi oleh Air Terjun Pelangi. Pada pukul 12.00 tengahari, kami beredar dari kawasan tersebut dan menuju ke kawasan penginapan kami bagi menguruskan pengurusan diri. Pada pukul 1.00 tengahari, kami mengambil makanan tengahari kami. Pada pukul 3.00 petang, kami dibawa kepada bandar Sungai Lembing untuk bersiar-siar dan melawat beberapa kawasan. Antara kawasan yang dilawati adalah seperti Rumah Kristal, Muzim Sungai Lembing dan Jambatan Gantung Sungai Lembing. Perkara yang menarik dalam lawatan ini adalah kami bergerak dengan mengayuh

NALAMARAN THANARASA dengan basikal sewa. Ia menjadi pengalaman yang manis kepada kami untuk mengayuh basikal selepas beberapa tahun. Mula-mulanya kami melawat muzim Sungai Lembing. Muzium Sungai Lembing dikatakan mula dibuka kepada pengunjung pada 2001. Luas kawasan muzium ini 2.235 hektar. Bangunan ini asalnya sebuah banglo pengurus dari Eropah yang tinggal di sini. Muzium ini menghadap Sungai Kenau. Senibina muzim ini kelihatan mempunyai senibina kolonial. Muzim tersebut memiliki lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan ia pasti mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia. Susunan dan aturan bahan pameran kelihatan agak menarik walaupun agak banyak bahan yang telah dipamerkan. Kunjungan kami ke Sungai Lembing boleh dikatakan tidak akan lengkap sekiranya tidak melawat Rumah Kristal. Rumah ini telah menempatkan koleksi lebih 3,000 jenis batu Kristal. Rumah itu yang terletak di hujung Kampung Sungai Rimau, dimiliki oleh Lee Yon yang berumur 69 yang merupakan bekas pekerja kuari. Menceritakan koleksinya itu, Encik.Yon berkata, minat mengumpul batu Kristal ini muncul pada tahun 1950an apabila beliau berkerja sebagai pekerja kuari di sebuah kuari di Panching. Rumah tersebut dipenuhi dengan 3000 koleksi batu Kristal yang terdiri daripada pelbagai saiz, jenis, warna. Kawasan bandar Sungai Lembing pula diwarnai denagn bangunan-bangunan lama yang diperbuat daripada kayu yang masih berdiri utuh di tengah-tengah pekan. Alam sekeliling Pekan Sungai Lembing masih dikekalkan sebagaimana asalnya sebagai bahan warisan dan dijadikan sebagai muzium hidup yang terus dapat disaksikan hingga hari ini. Itu tanggapan yang saya dapati apabila bersiar-siar di kawasan Pekan Sungai Lembing. Pada pukul 5.00 petang, kami balik ke kawasan penginapan dan membersihkan diri kami. Pada pukul 8.00 malam, kami menimati BBQ yang telah disediakan oleh pihak pemandu pelancong sebagai makanan malam. Ia juga dikatakan sebagai tanda kemeriahan lawatan hari tersebut. Selepas itu, kami telah melakukan beberapa perbincangan tentang aktiviti hari terakhir terutamanya tentang proses balik ke Institut Pendidikan Guru. Pada pukul 10.00 malam, semua peserta lawatan balik ke bilik penginapan masing-masing untuk tidur.

NALAMARAN THANARASA (HARI KETIGA) (RABU 7.10.2015 ) Pada pukul 5.00 pagi, semua peseta lawatan bangun dan melakukan pengurusan diri. Selepas itu, kami dibawa ke Bukit Panorama untuk melihat matahari terbit. Sebelum sampai ke puncak Bukit Panorama tersebut, kami terpaksa melalui beberapa halangan seperti tangga yang kecil, laluan batu-bata dan laluan yang panjang. . Ia dikatakan sebagai perjalanan yang amat memenatkan kerana ketinggian puncak Bukit Panorama tersebut adalah 1200 meter. Tetapi, Kami berasa amat gembira apabila mendapat peluang untuk melihat kejadian matahari terbit di atas puncak bukit tersebut yang memiliki pemandangan alam semula jadi yang menyejukkan

mata. Selepas itu, kami pulang ke kawasan penginapan untuk mengambil

sarapan pagi serta membersihkan diri. Pada pukul 1.00 tenghari, kami mengadakan sesi refleksi daripada wakil setiap persatuan. Sesi tersebut dijalankan oleh pensyarah pembimbing yang mengiring perserta lawatan. Selepas itu, suatu ucaapan penghargaan telah diuacapkan oleh pengerusi Jawatankuasa

lawatan

kepada

pihak

pengurusan

penginapan

dan

pihak

pengurus

pelancongan. Pada pukul 2.00 tengahari, kami telah beredar dari kawasan penginapan menuju ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Selepas 5 jam perjalanan, kami selamat sampai di kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Related Documents


More Documents from "Muhammad Na'im"

Lampiran & Divider.docx
November 2019 8
Rujukan.docx
November 2019 12
Arahan Kawad Kaki Asas.docx
November 2019 27