PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH _
LAPORAN PRESTASI AKADEMIK DAN TINGKAHLAKU PELAJAR TINGKATAN 5 PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH. Tarikh: 3 March, 2009
BIL
NAMA
NAMA SEKOLAH
KELAS
1 Nur Suraya Binti . Abdul Halim
Sek. Men. Keb Tat Beng
503
Normy Bt Yusuf
2 Syarina Binti Yusof .
Sek. Men. Keb Tat Beng
504
Mohd Sani Bin Ibrahim
3 Saadiah Binti Khalid .
Sek. Men. Keb Tat Beng
504
Mohd Sani Bin Ibrahim
4 Siti Amiza Binti . Mokhtar
Sek. Men. Keb Tat Beng
504
Mohd Sani Bin Ibrahim
5 Siti Anizah Binti . Mokhtar
Sek. Men. Keb Tat Beng
504
Mohd Sani Bin Ibrahim
6 Nur Mas Idayu Binti . Ramli
Sek. Men. Keb Tat Beng
505
Cik Usha
SABK Maahad Tarbiah Islamiah
5 Marjan
7 Siti Khalijah Binti . Sarif
GURU KELAS
Hamidah Bt Jamaluddin
Berikut adalah laporan prestasi akademik dan tingkahlaku bagi setiap pelajar Tingkatan 5 yang diperoleh dalam sesi temuramah dengan setiap guru kelas bagi setiap pelajar.
1.
Nur Suraya Binti Abdul Halim
Suraya adalah seorang pelajar yang rajin belajar. Suraya mempunyai sifat belajar dan ingin tahu sesuatu pembelajaran yang Suraya tidak faham. Biasanya Suraya akan mengambil langkah bertanya kepada kawan sebelum Suraya merujuk kepada guru yang mengajar. Suraya juga akan mengangkat tangan untuk bertanya kepada guru di depan semasa pembelajaran tetapi jarang dilakukannya kerana Suraya lebih suka dan selesa bertanya dengan rakan-rakannya. Suraya memberi perhatian yang sepenuhnya semasa pembelajaran berlangsung.
______________________________________________________________________________________ _______ NO. 1, KAMPUNG JARUM MAS, SUNGAI NYIOR, 34800, TRONG, TAIPING, PERAK. TEL :05-854 4170
PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH _
Suraya akan berada di kelas dan tidak merayau –rayau di sekitar sekolah semasa pembelajaran berlangsung dan akan masuk ke kelas tepat pada waktunya tanpa berlengah-lengah terutama selepas rehat. Suraya juga tidak akan ponteng kelas mahupun sekolah tanpa alasan dan Suraya juga tidak akan mencari alasan untuk tidak menghadirkan diri. Suraya juga tidak pernah lambat ke sekolah dan pulang pada waktunya. Suraya mempunyai kelemahan di dalam penguasaan bahasa inggeris yang menyebabkan Suraya gagal di dalam mata pelajaran bahasa inggeris, matematik dan sains yang sememangnya diajar dalam bahasa inggeris. Keputusannya tahun lepas sangat mendukacitakan iaitu gagal bagi ketiga-tiga subjek tersebut. Walau bagaimanapun Suraya dapat menguasai bahasa Malaysia dengan baik dan mendapat gred A dalam peperiksaan tahunan tahun lepas. Mata pelajaran yang lain seperti sivik, agama dan sejarah tiada masalah untuk Suraya ikuti dimana Suraya sendiri perlu memberi penekanan dan perhatian yang lebih ke atas subjek tersebut.
2.
Syarina Binti Yusof
Syarina adalah seorang pelajar yang berdisiplin dan tidak banyak karenah. Syarina memegang jawatan di sekolahnya sebagai pengawas sekolah. Walaupun berjawatan pelajarannya tidaklah memberangsangkan. Syarina mempunyai kelemahan dalam penguasaan bahasa inggeris yang menyebabkan Syarina tidak dapat menguasai mata pelajaran matematik, sains dan bahasa inggeris itu sendiri. Keputusan Syarina tahun lepas untuk ketiga- tiga subjek tersebut amatlah teruk dan dikategorikan gagal. Walau bagaimanapun Syarina tiada masalah untuk skor A bagi subjek bahasa Malaysia seperti tahun-tahun lepas dan hanya perlu mengekalkannya sahaja. Bagi mata pelajaran lain, dia harus memberi penekanan dan perhatian yang lebih untuk skor A pada peperiksaan seterusnya. Syarina tidak pernah datang lewat ke sekolah walaupun menaiki basikal. Syarina tidak akan ponteng sekolah tanpa alasan. Di sekolah, Syarina akan berada di kelas pada waktu pembelajaran dan pandai membahagikan masa untuk bertugas sebagai pengawas dan pelajar. Di dalam kelas, Syarina lebih suka mendiamkan diri dan memberi perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran. Syarina lebih suka bertanya kepada kawan daripada merujuk terus kepada guru yang mengajar jika Syarina tidak faham. Walaupun begitu , Syarina ada menunjukkan minat untuk mengetahui sesuatu dan cuba memahaminya daripada kawankawannya. ______________________________________________________________________________________ _______ NO. 1, KAMPUNG JARUM MAS, SUNGAI NYIOR, 34800, TRONG, TAIPING, PERAK. TEL :05-854 4170
PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH _
3.
Saadiah Binti Khalid
Saadiah adalah seorang pelajar yang bertanggungjawab dan tiada masalah disiplin. Saadiah memegang jawatan penolong ketua kelas dimana guru dan para pelajar yang lain memberi kepercayaan kepadanya untuk melaksanakan tugas tersebut. Saadiah datang ke sekolah dengan berbasikal bersama Syarina dan tidak pernah datang lewat ke sekolah walaupun terpaksa berkayuh seorang diri jika Syarina tidak hadir ke sekolah. Di sekolah Saadiah tidak akan ponteng kelas dan akan berada di kelas tepat pada waktunya untuk mengikuti pembelajaran. Saadiah akan memberi perhatian sepenuhnya dan lebih suka mendiamkan diri semasa pembelajaran berlangsung. Semua kerja sekolah yang diberikan akan cuba disiapkan dan akan bertanya kepada guru atau kawan jika dia tidak faham. Saadiah mempunyai kelemahan dalam penguasaan bahasa inggeris, matematik dan sains di mana dikategorikan gagal. Untuk subjek tersebut Saadiah lebih suka mendiamkan diri dan tidak yakin untuk bertanya kepada guru seandainya Saadiah tidak faham kerana dari mula Saadiah tidak dapat memahaminya. Perkara ini berlanjutan sehingga Saadiah di Tingkatan 5. Walaupun sangat lemah untuk ketiga-tiga subjek ini, Saadiah berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelas tahun lepas dengan A1 untuk subjek bahasa Malaysia dan peratusan keseluruhan subjek berada pada gred C. Saadiah perlu memberi lebih perhatian untuk subjek yang lain supaya Saadiah boleh memperbaiki pencapaian akademiknya.
4. Siti Amiza Binti Mokhtar (kembar)
dan Siti Anizah Binti Mokhtar
Dua beradik kembar ini berada di dalam kelas yang sama. Mereka langsung tidak menonjol di dalam kelas atau sekolah kerana berperwatakan pasif dan pendiam. Mereka tidak pegang apa-apa jawatan di dalam kelas atau sekolah. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas dan tidak pernah terlepas bas. Mereka juga tidak suka ponteng sekolah dan ponteng kelas. Mereka akan berada di dalam kelas tepat pada waktunya. Jika ada waktu terluang di dalam kelas mereka lebih suka duduk di tempat masing-masing daripada merayau-rayau Mereka sering bersama ke mana sahaja mereka pergi. Mereka suka menghabiskan masa bersama. Mereka memberi perhatian sepenuhnya di dalam kelas dan lebih suka berbincang sesama sendiri tentang pelajaran ______________________________________________________________________________________ _______ NO. 1, KAMPUNG JARUM MAS, SUNGAI NYIOR, 34800, TRONG, TAIPING, PERAK. TEL :05-854 4170
PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH _
atau perkara lain. Mereka jarang bercampur dengan kawan-kawan yang lain dan lebih suka membuat hal sendiri. Apabila guru bertanya mereka menjawab faham tetapi hakikatnya mereka tidak paham. Mereka akan bertanya kepada rakan mereka untuk memahaminya. Walau bagaimanapun kerja sekolah yang diberikan akan cuba disiapkan sebelum dihantar. Mereka tiada masalah dalam mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Malaysia. Mereka hanya perlu memberi lebih perhatian dan penekanan untuk skor A. Bahasa Malaysia mereka berdua agak cemerlang pada tahun lepas iaitu gred A2. Mereka menghadapi masalah di dalam penguasaan bahasa inggeris yang menyebabkan mereka gagal dalam subjek sains, matematik dan bahasa inggeris itu sendiri.
5.
Nur Mas Idayu Binti Ramli
Di dalam kelas Mas memberi perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran dan akan bertanya terus kepada gurunya jika Mas tidak memahami sesuatu yang diajar. Mas berani untuk bertanya dan akan cuba untuk memahami sesuatu. Pemahaman Mas agak lambat sedikit di mana Mas perlu diterangkan beberapa kali, barulah Mas boleh menangkapnya. Walau bagaimanapun Mas ada usaha untuk cuba memahaminya. Kerja sekolah yang diberikan pasti akan disiapkan walaupun Mas tidak faham. Mas akan bertanya kepada kawan sekali lagi walaupun sudah bertanya kepada guru kerana pemahamannya yang agak lambat. Kadangkadang Mas akan meniru sahaja kerja sekolah daripada kawan-kawannya tanpa cuba memahami pembelajaran tersebut. Mas tidak suka ponteng sekolah tanpa alasan dan akan berada di dalam kelas pada waktu pembelajaran berlangsung. Mas tidak suka merayau-merayau di luar kelas atau melengah-lengahkan masa untuk mengikuti pembelajaran. Keputusan akademik Mas tahun lepas agak kurang memuaskan di mana Mas tidak Berjaya untuk skor A dalam mana-mana mata pelajaran sekalipun. Subjek bahasa inggeris, sains dan matematik sentiasa gagal dan tidak pernah lulus. Mungkin kerana ianya diajar di dalam bahasa inggeris dan Mas menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa tersebut.
6.
Siti Khadijah Binti Sarif
Tahap pencapaian akademik Khalijah adalah lebih kurang sama dengan Mas. Khalijah agak lambat sedikit untuk menangkap sesuatu pembelajaran yang diajar. Khalijah perlu diterangkan berkali-kali untuk memahaminya. ______________________________________________________________________________________ _______ NO. 1, KAMPUNG JARUM MAS, SUNGAI NYIOR, 34800, TRONG, TAIPING, PERAK. TEL :05-854 4170
PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH _
Khalijah agak pendiam dan pasif orangnya di mana Khalijah tidak akan bertanya jika Khalijah tidak faham. Bila ditanya barulah Khalijah bersuara. Khalijah akan berada di tempatnya sahaja dan akan melakukan kerjanya tanpa mempedulikan orang lain. Kerja sekolah yang diberi jika tidak faham Khalijah akan meniru buku kawannya dan kurang bertanya kepada kawan untuk cuba memahami pembelajaran. Khalijah bersikap endah tidak endah atau acuh tidak acuh sahaja tentang pelajarannya. Khalijah juga seperti yang lain-lain menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa inggeris yang menyebabkan Khalijah gagal dalam ketiga-tiga subjek yang diajar dalam bahasa inggeris iaitu matematik, sains, bahasa inggeris itu sendiri. Walau bagaimanapun Khalijah agak cemerlang dalam subjek pendidikan islam. Hanya khalijah seorang sahaja bersama adiknya yang bersekolah di sekolah Maahad Tarbiah Islamiah. Khalijah perlu didedahkan tentang kepentingan pelajaran supaya dia mengambil berat tentang pembelajarannya.
Kesimpulan Secara keseluruhannya semua pelajar tingkatan 5 menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa inggeris yang menyebabkan mereka gagal dalam ketiga-tiga subjek penting matematik, sains, dan bahasa inggeris. Kebanyakan mereka menunjukkan minat untuk belajar. Mereka kurang pendedahan, perhatian dan penekanan ke atas subjek yang masing-masing lemah. Mereka perlukan motivasi untuk membuka minda dan pandangan mereka supaya menanam minat ingin tahu dan rajin belajar. Mereka perlu lebihkan usaha dan kerja dalam membuat banyak latihan serta yakin dan berani untuk bertanya. Untuk mengajar mereka menguasai bahasa inggeris dalam waktu terdekat ini agak terlambat kerana mereka sudah di tingkatan 5. Lagipun pelajaran bahasa inggeris ini sudah diajar sejak mereka sekolah rendah lagi. Mungkin kerana keadaan hidup mereka sendiri yang serba kekurangan dan suasana di sekeliling mereka yang di dalam kelompok melayu menyebabkan mereka tiada minat untuk mempelajari bahasa inggeris. Walau bagaimanapun pihak pengajar masih boleh berusaha untuk mengajar mereka memahami bahasa inggeris. Mereka perlu ada minat ______________________________________________________________________________________ _______ NO. 1, KAMPUNG JARUM MAS, SUNGAI NYIOR, 34800, TRONG, TAIPING, PERAK. TEL :05-854 4170
PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH _
dan keseronokan untuk belajar bahasa inggeris bekerjasama antara satu sama lain.
dan perlu
saling
Dalam masa yang singkat ini adalah lebih bagus pihak pengajar mendedahkan mereka kepada soalan-soalan ‘spot’ yang biasa keluar dalam peperiksaan. Contohnya dalam subjek matematik, pihak pengajar boleh mengkaji dan meneliti soalan-soalan matematik yang biasa keluar di dalam peperiksaan SPM. Cuba dedahkan para pelajar tentang kaedah dan kehendak soalan yang senang dan mudah bagi mereka untuk memahami dan menyelesaikannya. Mungkin dengan cara ini target untuk para pelajar mendapat sekurang-kurangnya LULUS di dalam ketiga-tiga subjek ini dapat dicapai. Kesungguhan daripada pelajar itu sendiri penting untuk mereka mencapai kemajuan dan kejayaan untuk masa depan mereka.
Laporan dibuat oleh:- -Tutor TKO Utara-
______________________________________________________________________________________ _______ NO. 1, KAMPUNG JARUM MAS, SUNGAI NYIOR, 34800, TRONG, TAIPING, PERAK. TEL :05-854 4170