Laman Utamawebmasterchatemelpapan Mesej

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laman Utamawebmasterchatemelpapan Mesej as PDF for free.

More details

  • Words: 370
  • Pages: 2
LAMAN UTAMA WEBMASTER CHAT EMEL PAPAN MESEJ MAKLUMAT

PERMAINAN JARINGAN

FORUM

BUKU PELAWAT

Peranan Remaja Dalam Mengekalkan Kemerdekaan Negara Malaysia

Merdeka adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita terutamanya kepada para perajurit yang terlibat secara langsung dalam peperangan untuk menuntut kemerdekaan.Keberanian dan kecekalan mereka perlulah kita hargai.Sifat kepahlawanan mereka telah memberi kebebasan kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang tercinta ini.Sekarang,telah tiba masanya untuk kita pula menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan negara ini.

Kedaulatan negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya anak-anak kita dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki sekarang.Janganlah kita yang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini untuk dinikmati generasi masa hadapan.Para remaja adalah di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini.kita seharusnya berbangga kerana dapat menetap di negara bertuah yang dipanggil Malaysia.Untuk mencerminkan perasaan cinta kepada negara sendiri,remaja perlulah menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Para remaja perlulah bersemangat setia kepada negara supaya pengekalan kemerdekaan negara dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan yang berkobar-kobar.Di antara cara untuk remaja mengekalkan kemerdekaan negara adalah dengan menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu

masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.

Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara, remaja perlulah lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Para remaja haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak mereka.Kita juga mesti berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin kedaulatan negara.

Related Documents

Laman Kampus
May 2020 37
Laman Utama
November 2019 33
Kit Laman
June 2020 20
Membina Laman Web
May 2020 26
Sbdkl Mesej & Nilai
June 2020 10