Sbdkl Mesej & Nilai

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sbdkl Mesej & Nilai as PDF for free.

More details

  • Words: 371
  • Pages: 8
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR MESEJ;

• Mesej dikenali sebagai pesanan, amanat atau pengajaran yang berisi pandangan moral, nasihat atau pesanan yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Antara mesej yang terdapat dalam novel ini ialah;

• Bersopan santun ketika berkunjung ke rumah orang; Cth; Mahani yang berkunjung ke rumah Cik Puan Tipah bersopan santun dan menghormati Cik Puan Tipah sebagai tuan rumah.

• Janganlah mengamalkan judi;

Sebagai orang islam kita tidak boleh berjudi kerana haram di sisi agama. Cth; Sudin yang berjudi tanpa memikirkan larangan daripada agama islam.

•Jangan terlalu memandang rendah kepada orang lain.

Sebagai seorang manusia,kita hendaklah mengenali terlebih dahulu seseorang itu sebelum menganggap yang bukan-bukan kepadanya. Cth; Sudin yang memandang rendah terhadap Ali yang sedang membersihkan kawasan di Jeram Medang.

Orang melayu hendaklah aktif dan berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan; •

Sebagai orang melayu kita hendaklah menceburkan diri dalam dunia perniagan supaya dapat mengubah nasib disamping dapat mengubah pandangan kaum lain terhadap bangsa melayu. Cth; Tan Sri Syed Aris merupakan salah seorang bangsa Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan.

•Jangan mudah percaya dengan kata-kata orang lain;

Kita tidak boleh terlalu percayai orang lain, sebelum mempercayai kata-kata tersebut kita mestilah menyiasat terlebih dahulu. Cth; Imam Saad bulat-bulat mempercayai kata-kata orang kampung tentang anaknya, Sudin yang menyuruh Gayah melarikan diri.

•Jangan suka menganiaya orang lain;

Kita tidak boleh menganiaya orang lain kerana ini ialah perbuatan yang tidak baik dan dimurkai oleh Allah. Cth; tindakan Mat Akil menganiaya pasangan penganting baru, iaitu Sudin dan Gayah dengan membuang najisnya di atas katil pengantin.

NILAI;

Terdapat nilai kemanusian, kemasyarakatan, keagamaan dan moral, dalam novel ini yang berfungsi sebagai pengetahuan dan wajar dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Nilai kemanusiaan; • Pemurah-Lebai Maarup telah mewakafkan tanah pusakanya untuk didirikan surau walaupun dia tahu akan mendapat wang yang banyak sekiranya tanah itu dijual kepada syarikat Lembah Tualang.

Nilai Kemasyarakatan;

Masyarakat yang mementingkan kekeluargaan;

• Ini dapat dilihat melalui watak Tuk Empat Dahlan yang mengambil berat tentang Mat Akil setelah kedua ibu bapanya meninggal.

Nilai Keagamaan dan moral; Bertaubat; • Kehidupan En.Muhammad yang sibuk mengejar kemewahan telah berubah setelah mendekati masyarakat Kampung Pulai. Dia telah insaf kerana kelalaiannya tidak menunaikan sembahyang dan tidak mendekati tuhan, dia juga telah meninggalkan perbuatan minum arak,menipu,menganiaya orang.

SEKIAN TERIMA KASIH…

Related Documents

Sbdkl Mesej & Nilai
June 2020 10
Nilai
June 2020 87
Nilai
November 2019 94
Nilai
June 2020 70