KURSUS KEPEMIMPINAN WAJA DIRI PENGAWAS SEKOLAH SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN TAHUN 2007 1. PENDAHULUAN Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membantu dalam pengurusan disiplin pelajar. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah bercadang mengadakan satu kursus kepemimpinan terhadap pengawas-pengawas sekolah yang dilantik ini. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang pentingnya kepimpinan yang dedikasi dan fleksibel. Ianya dirancang untuk meningkatkan tahap pengetahuan tentang bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan mampu untuk mentadbir sesebuah organisasi atau pasukan dan menambahkan motivasi dalaman dan luaran para peserta sepanjang program ini dilangsungkan serta sebagai salah satu usaha melahirkan warga Malaysia yang berwawasan. 2. RASIONAL Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas perlu diberi latihan kepimpinan supaya mereka: 2.1. mahir menguruskan masa dengan berkesan; 2.2. mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pengawas; 2.3. mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah. 3. MATLAMAT Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang ciri-ciri pemimpin yang cemerlang dan mentadbir sesebuah organisasi atau individu serta melahirkan generasi remaja yang berdikari, berkarisma serta mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi dalam usaha membina ketahanan diri untuk mengharungi arus globalisasi yang semakin mencabar. 4. OBJEKTIF 4.1. Meningkatkan pengetahuan tentang aspek kepimpinan dan kepemimpinan yang diperlukan sebagai seorang pemimpin pelajar;
4.2. Membina jati diri yang berpaksikan kepada penguasaan pelbagai kemahiran termasuk kemahiran asertif, komunikasi interpersonal, menangani tekanan dan pengamalan nilai murni; 4.3. Mengenalpasti aspek-aspek diri untuk membantu menjana perkembangan konsep kendiri dan meningkatkan harga diri sebagai seorang pemimpin pelajar; 4.4. Pengetahuan tentang pengurusan masa, organisasi dan pengurusan sumber manusia yang ada hubungkait dengan kepemimpinan Badan Pengawas sekolah;
4.5. Menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam usaha memahami fenomena konsep kendiri yang rendah dan perlakuan agresif rakan remaja yang dipimpin; 4.6. Kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi denga rakan sebaya agar mereka dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang berguna dari aspek kepemimpinan. 5. KUMPULAN SASARAN Semua pengawas sekolah yang dilantik. 6. PELAKSANAAN PROGRAM 6.1. Tarikh : 6.2. Hari
10hb Mac – 12hb Mac 2007
: Sabtu , Ahad & Isnin.
6.3. Tempat : SMK. Dr. Burhanuddin, Taiping dan Bukit Larut Taiping. 7. KAEDAH PELAKSANAAN 7.1. Ceramah 7.2. Bengkel 7.3. LDK 7.4. Riadah
8. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat
: En. Mohd. Hashim Bin Ahmad (Pengetua SMART)
Pengerusi
: Pn. Normah Binti Kamaruddin (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 1
: En. Mohd. Radzi Bin Ismail
(Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 2
: En. Amin Zaki Bin Mohamad Yusuf (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Penyelaras Program : En. Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling) Setiausaha
: Encik Ahmad Hilmi Bin Sabuki (Guru Badan Pengawas Sekolah)
Pen. Setiausaha
: Puan Umi Hanom Bt. Umar
AJK-AJK
En. Norizal Bin Fatahum YM. Pn. Raja Sarina Bt. Raja Seman En. Mohd. Aziz Bin Harun En. Mohd. Khuzaimi Bin Mohd. Nordin Pn. Arbaiyah Bt. Basiran
9. KEWANGAN Bil. 1 2 3 1 2 3 4 5 6
SUMBER KEWANGAN Yuran Penyertaan Peserta 100 orang @ RM35.00 Peruntukan Bimbingan & Kaunseling Sumbangan PIBG JUMLAH PERBELANJAAN Makan & Minum Peserta 100 orang @ RM25.00 (3hari 2 malam) Penginapan (Asrama ) RM5 x 2mlm x 100 orang Pengangkutan ( Sewa bas sekolah) pergi balik RM900.00 x 2 bas Bahan Edaran Kursus (Fail, bahan bercetak) Peralatan Kursus (tag nama, tali, ubat-ubatan, fotografi) Banner & Publisiti JUMLAH BESAR
Jumlah (RM) RM3500.00 RM 800.00 RM 1500.00 RM5800.00 RM 2500.00 RM1000.00 RM1800.00 RM 200.00 RM 200.00 RM 100.00 RM5800.00
10. JADUAL PELAKSANAAN MASA/ TARIKH 5.30 pg 6.00 pg
10 MAC/ SABTU
11 MAC / AHAD Bangun dan Persiapan Diri
12 MAC/ ISNIN Bangun dan Persiapan Diri
Solat Subuh dan Kuliah subuh/
Solat Subuh dan Kuliah
Kuliah Moral
subuh/Kuliah Moral
7.00 pg 8.00 pg 8.30 pg
Bertolak ke MRSM Taiping dari SMART/ Pendaftaran &
10.30 pg 11.00 pg
Pengurusan Penginapan
Bertolak ke Bukit Larut Sarapan pagi
Senaman Pagi Sarapan pagi
BAKUN
Agape Love
REHAT
REHAT
Taklimat Kursus/ Penilaian & Majlis Penutup
Majlis Suai Kenal Bersama
Pemimpin Hebat
1.00 tgh
Fasilitator Makan Tengahari & Solat
(LDK) Makan Tengahari,
Makan Tengahari, Solat Zohor
2.30 ptg
Zohor Ice Breaking & Team
Solat Zohor Siapa Saya?
dan Bertolak pulang ke SMART
4.30 ptg
Building Minum Petang
Inventori Tajma Minum Petang
5.15 ptg 6.30 ptg
Solat Asar RIADAH Makan malam
Solat Asar RIADAH Makan malam
7.15 ptg
dan Persiapan Diri Solat Maghrib, Kuliah
dan Persiapan Diri Solat Maghrib,
Maghrib/Kuliah Moral
Kuliah Maghrib/Kuliah Moral,
dan Solat Isyak 9.15 mlm
dan Solat Isyak Sistem BP & Pengurusan BP
PAC 11.15 ptg Minum malam
Minum Malam
Tidur
Tidur
11.30 mlm
11. PENUTUP Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pengawas untuk membantu meningkatkan lagi keberkesanan mutu disiplin sekolah sehingga dapat melahirkan insan yang Berilmu, Berakhlak dan Berwawasan