Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah 2005

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah 2005 as PDF for free.

More details

  • Words: 714
  • Pages: 4
KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN 1. PENDAHULUAN Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membantu dalam pengurusan disiplin pelajar. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah bercadang mengadakan satu kursus kepemimpinan terhadap pengawas-pengawas sekolah yang dilantik ini. Kursus ini perlu diadakan untuk memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman di samping mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka dalam menjalankan tugas sebagai pengawas dengan berkesan dan bertanggung jawab. 2. RASIONAL Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas perlu diberi latihan kepimpinan supaya mereka: 2.1. mahir menguruskan masa dengan berkesan; 2.2. mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pengawas; 2.3. mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah. 3. MATLAMAT Selepas kursus nanti, pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seterusnya dapat membantu pihak sekolah dalam pengawasan disiplin pelajar. 4. OBJEKTIF 4.1. Meningkatkan pengetahuan tentang aspek kepimpinan dan kepemimpinan yang diperlukan sebagai seorang pemimpin pelajar; 4.2. Membina jati diri yang berpaksikan kepada penguasaan pelbagai kemahiran termasuk kemahiran asertif, komunikasi interpersonal, menangani tekanan dan pengamalan nilai murni; 4.3. Mengenalpasti aspek-aspek diri untuk membantu menjana perkembangan konsep kendiri dan meningkatkan harga diri sebagai seorang pemimpin pelajar; 4.4. Pengetahuan tentang pengurusan masa, organisasi dan pengurusan sumber manusia yang ada hubungkait dengan kepemimpinan Badan Pengawas sekolah; 4.5. Menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam usaha memahami fenomena konsep kendiri yang rendah dan perlakuan agresif rakan remaja yang dipimpin; 4.6. Kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi denga rakan sebaya agar mereka dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang berguna dari aspek kepemimpinan.

5. KUMPULAN SASARAN Semua pengawas sekolah yang dilantik. 6. PELAKSANAAN PROGRAM 6.1. Tarikh : 17, 18 & 19 Februari 2006 6.2. Hari : Jumaat hingga Ahad 6.3. Tempat : SMK. Abdul Rahman Talib, Teluk Intan 7. KAEDAH PELAKSANAAN 7.1. 7.2. 7.3. 7.4.

Ceramah Bengkel LDK Riadah

8. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat

: Tn. Hj. Mat Noh Bin Supaat (Pengetua SMART)

Pengerusi

: Pn. Samsiah Bt. Raji (Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1

: En. Mohd. Radzi Bin Ismail (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2

: En. Amin Zaki Bin Mohamad Yusuf (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras Program : En. Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling) Setiausaha

: Pn. Raja Sarina Bt. Raja Seman (Guru Badan Pengawas Sekolah)

AJK-AJK Encik Mohd. Khuzaimi Bin Nordin En. Roshaimmi Bin Mohamad En. Ahmad Puad Bin Esa En. Ahmad Hilmi Bin Sabuki En. Za’aimuddin Bin Hussain Cik Nor Izzah Bt. Md. Nadzar Pn. Zunairah Bt. Zakaria Cik Tengku Roshafizan Bt. Raja Omar En. Zainal Abidin Bin Abu Yamin

9. KEWANGAN Bil. 1 2 3 4

Sumber Kewangan Yuran Penyertaan Peserta 70 orang @ RM5.00 Wang SUWA

Jumlah (RM) RM350.00 RM 400.00

Sumbangan PIBG

RM 1000.00 RM3200.00

JUMLAH BESAR Perbelanjaan 1 2 3

Makan & Minum Tambang bas Pergi & Balik (2 bas) Peralatan Kursus (ubat-ubatan, fotografi,) JUMLAH BESAR

RM 2200.00 RM 800.00 RM 200.00 RM3200.00

10. Jadual /Tentatif Program Hari/Tarikh Hari Pertama (Jumaat)

Masa 4.00ptg5.00ptg

Aktiviti Pendaftaran/Penempatan & Taklimat Solat Asar

Hari Kedua Sabtu

5.00ptg5.30ptg 6.15ptg7.15mlm. 7.15mlm.9.15mlm. 9.15mlm.11.15mlm. 11.15mlm11.30mlm 11.30mlm5.30pg. 5.30pg.7.00pg. 7.00pg.7.50pg. 7.50pg.9.00pg. 9.00pg.10.30pg. 10.30pg.10.45pg. 10.45pg.12.30tgh.

Senaman pagi

12.30tgh.2.00ptg 2.00ptg. – 3.00ptg.

Makan Tengahari/Rehat/Solat Zohor

Bersih diri/ Makan Malam Solat Maghrib/Kuliah/Solat Isyak Ucapan PIBG: Harapan PIBG Terhadap Pengawas Minum Malam Light Off Bersih diri/Solat Subuh/Kuliah

Sarapan pagi/Bersih diri Ceramah 1 – Kepimpinan/Definisi Minum pagi Ceramah 2 – Gaya Kepimpinan dan Komunikasi

Ceramah 3 - Teknik Membuat Keputusan/Asertif

Hari Ketiga (Ahad)

3.00ptg.4.45ptg. 4.45ptg.5.00ptg. 5.00ptg. 5.30ptg. 5.30ptg.6.30ptg. 6.30ptg.7.15mlm. 7.15mlm.9.15mlm. 9.15mlm.11.15mlm. 11.15mlm11.30mlm 11.30mlm5.30pg. 5.30pg.7.00pg. 7.00pg.7.50pg. 7.50pg.9.00pg. 9.00pg.10.00pg. 10.00pg.10.15pg. 10.15pg.11.15tgh. 11.15tgh.12.00tgh 12.00tgh. – 12.30ptg. 12.30ptg.2.00ptg.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Minum petang Solat Asar Penilaian LDK Makan Malam Solat Maghrib/Kuliah/Solat Isyak Ceramah 4 – Sistem BP Minum Malam Light Off Bersih diri/Solat Subuh/Kuliah Senaman pagi Sarapan pagi/Bersih diri Bengkel Pengurusan & Tindakan Minum pagi Bengkel Peraturan Sekolah/Tugasan Gotong Royong Makan Tengahari Penilaian/PerasmianPenutup/ Penyampaian Sijil/Solat Zohor/Pulang

11. PENUTUP Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pengawas untuk membantu meningkatkan lagi keberkesanan mutu disiplin sekolah sehingga dapat melahirkan insan yang Berilmu, Berakhlak dan Berwawasan

Related Documents