Kursus Induksi - Panduan Pen Gurus An Pejabat

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kursus Induksi - Panduan Pen Gurus An Pejabat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,629
  • Pages: 5
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5/2007 HAMMAD FARHI MOHD SAUDI

PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT

TIMBALAN PENDAFTAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 1

2

Keseluruhan kandungan PP 5/2007 adalah mengandungi sepuluh (10) Bahagian/Tajuk serta dua (2) lampiran iaitu:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 (PP 5/2007) bertarikh 30 April 2007 dikeluarkan dengan tujuan untuk menguatkuasakan pemakaian Panduan Pengurusan Pejabat bagi menggantikan Arahan Perkhidmatan (AP) yang digunapakai sekarang yang mana telah dikeluarkan pada 1 Mac 1974. Pengeluaran PP 5/2007 diharap dapat membantu agensi awam melaksanakan urusan pentadbiran pejabat dengan lebih cekap, teratur dan berkesan.

i. Lampiran A

- Panduan Pengurusan Pejabat;

ii. Lampiran B

- Senarai Pekeliling, Surat Pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa berkaitan dengan Panduan Pengurusan Pejabat

3

4

Kandungan Ringkasan Panduan Pengurusan Pejabat mengikut Bahagian/Tajuk adalah seperti berikut:

Rasional kepada pengeluaran Panduan Pengurusan Pejabat yang mana berteraskan AP adalah seperti berikut: i.

memasukkan dasar baru sesuai dengan perubahan dalam perkhidmatan awam dan perkembangan persekitaran dan teknologi terkini;

ii.

memberi penjelasan mengenai sesuatu peraturan dengan lebih tersusun dari segi penggunaan bahasa, maksud dan isi kandungan; dan

Menjelaskan tanggungjawab Ketua Jabatan dalam pengurusan pejabat yang meliputi penyemakan fungsi jabatan, penilaian aktiviti dan senarai tugas, kebersihan dan keselamatan ruang pejabat.

iii.

memberi penekanan terhadap kepentingan sistem penyampaian perkhidmatan dan integriti dalam perkhidmatan awam.

Peruntukan baru dalam Bahagian ini adalah penekanan kepada pematuhan undang-undang, kemudahan komunikasi dan program kebajikan.

Bahagian 1: Pengurusan Am Pejabat

5

6

1

Tanggungjawab Ketua Jabatan: (a) menyedia dan mempamerkan Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Slogan Q, Piagam Pelanggan dan carta organisasi peringkat jabatan, bahagian, cawangan dan seterusnya sehingga ke peringkat struktur organisasi yang lebih rendah, mengikut kesesuaian; (b) memastikan semua pegawai memahami dan menghayati Visi, Misi, Objektif, Fungsi, Slogan Q, Piagam Pelanggan Jabatan dan tanggungjawab pegawai terutama kepada mereka yang baru ditempatkan di jabatan itu; (c) menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) jabatan dan memastikan setiap pegawai mempunyai SKT masingmasing; (d) memaklumkan kepada semua pegawai mengenai kepentingan pematuhan kepada peraturan-peraturan berkaitan dengan pengurusan sumber manusia (seperti urusan perkhidmatan, tatatertib dan kemajuan kerjaya), pengurusan kewangan dan peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;

(e) mengutamakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam pengurusan pejabat; (f) menggalakkan perhubungan yang sihat di antara pegawai dan menyediakan suasana bekerja yang harmonis; (g) menggunakan aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia jabatan; (h) menyedia dan melaksanakan program kualiti jabatan; dan (i) mewujud dan memperkukuhkan mekanisme kerjasama antara sektor awam dan swasta.

7

8

Rekod Kehadiran

Bahagian 2: Pentadbiran Sumber Manusia

A.

Setiap jabatan hendaklah menyelenggara rekod kehadiran pegawai. Setiap pegawai bertanggungjawab untuk merekodkan waktu mereka sampai dan waktu mereka meninggalkan pejabat mengikut mana-mana kaedah yang diguna pakai oleh jabatan. Setiap kaedah yang diguna pakai hendaklah mampu memantau kehadiran pegawai dengan berkesan.

Menjelaskan keperluan rekod kehadiran, rekod perkhidmatan, penilaian prestasi, sijil penghargaan dan pewartaan.

(USIM memantau kehadiran staf melalui MY AKRAB)

Peruntukan baru dalam Bahagian ini adalah pemupukan budaya kerja positif, pembangunan modal insan dan pengurusan maklumat sumber manusia secara elektronik.

B.

Jadual tugas yang mengandungi maklumat pegawai yang bercuti, berkursus dan bertugas di luar pejabat hendaklah sentiasa dikemas kini dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

9

10

Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Secara Elektronik

Pembangunan Modal Insan Ketua Jabatan bertanggungjawab membangunkan sumber manusia supaya berpotensi dan berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Matlamat ini boleh dicapai melalui tindakan berikut: (a)

merancang dan mengelola program latihan yang sesuai di dalam dan di luar jabatan;

(b)

membantu menyediakan laluan kerjaya (career path) dan perancangan pelan penggantian (succession plan);

(c)

merancang dan melaksanakan pusingan kerja mengikut tempoh yang sesuai dalam pelbagai bidang; dan

(d)

memberi pendedahan yang bersesuaian kepada pegawai bagi mendapatkan pengetahuan dan pengalaman kerja di organisasi yang lain iaitu termasuk agensi swasta, agensi antarabangsa dan negara asing.

11

Maklumat sumber manusia secara elektronik hendaklah dilaksanakan selaras dengan arahan dan garis panduan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab melaksanakan sistem maklumat sumber manusia secara elektronik melalui tindakan-tindakan berikut: (a) (b) (c) (d)

dilaksanakan selaras dengan arahan Kerajaan; diselaraskan di peringkat Jabatan/ Bahagian/ Cawangan/ Unit yang menguruskan sumber manusia; menyediakan pegawai yang mencukupi bagi melaksanakannya dengan cekap dan berkesan. menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi latihan pengguna, pengemaskinian data, peningkatan dan pertambahan peralatan serta bayaran caj rangkaian;

12

2

(e) (f)

(g) (h) (i) (j)

memastikan semua maklumat yang diperlukan sentiasa dikemas kini; memastikan semua pegawai mengikuti program latihan aplikasi sistem. Pegawai tertentu yang telah mendapat latihan aplikasi sistem berkaitan dilantik sebagai jurulatih bagi membantu melaksanakan program latihan di jabatan; melantik Pentadbir Sistem untuk mengkonfigurasi aliran kerja dan peringkat capaian mengikut peranan yang ditetapkan; memastikan semua aspek keselamatan yang meliputi perkakasan, perisian komputer dan rangkaian mengikut piawai yang ditetapkan oleh Kerajaan; mewujudkan meja bantuan (help desk) di peringkat jabatan untuk menangani dan menguruskan masalah pelaksanaannya; dan menguruskan inventori perkakasan yang telah dibekalkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Bahagian 3: Keperibadian dan Ketrampilan

13

14

Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua pegawai menghayati nilai-nilai murni untuk meningkatkan keutuhan jabatan yang antara lainnya seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k)

Berintegriti; Berkebolehan untuk mengawal emosi; Berkebolehan untuk bertindak secara bijaksana dan berhemah; Mempunyai pendekatan yang fleksibel tetapi tegas; Mempunyai keazaman dan kegigihan; Mempunyai sifat-sifat amanah, jujur dan kebolehpercayaan; Bersedia berkhidmat untuk kepentingan awam dan negara; Mempunyai sifat keberanian dan sanggup menerima cabaran; Berpegang teguh kepada prinsip-prinsip akauntabiliti; Berfikiran Positif; dan Mempunyai kestabilan dalam kehidupan berkeluarga, peribadi dan kerjaya.

Bahagian ini merupakan bahagian baru. Peruntukan ini menjelaskan kepentingan aspek keperibadian dan ketrampilan yang meliputi cara berpakaian, cara bekerja, adab sopan semasa menjalankan tugas, kepentingan mengawal emosi, sikap keterbukaan, bijaksana dan berhemah serta berfikiran positif. Bahagian ini juga menekankan soal disiplin dan tata kelakuan pegawai awam serta keperluan mematuhi Aku Janji.

Bahagian 4: Pengurusan Perhubungan Pelanggan Bahagian ini merupakan bahagian baru. Peruntukan ini mengkehendaki Ketua Jabatan sentiasa memberi penekanan terhadap perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan. Aspek-aspek yang dijelaskan adalah keperluan memberi layanan mesra dan adil kepada pelanggan, pengurangan karenah birokrasi, penyediaan kemudahan perkhidmatan pelanggan dan piagam pelanggan. Di samping itu, forum seperti Hari Bersama Pelanggan, pengurusan aduan awam dan pengurusan media perlu diadakan oleh Ketua Jabatan bagi mewujudkan interaksi berkesan antara pelanggan dan jabatan.

15

Bahagian 5:

Sistem Penyampaian Perkhidmatan

16

Peranan Ketua Jabatan

Peruntukan ini menekankan kepentingan sistem penyampaian perkhidmatan dengan menambah baik perkhidmatan kaunter dan telefon, keperluan mempermudahkan sistem dan prosedur kerja, borang permohonan, menyemak semula keperluan lesen atau permit serta mempelbagaikan saluran pembayaran pungutan hasil.

a. mengadakan perkhidmatan kaunter yang sesuai, mesra pelanggan dan menepati peraturan yang ditetapkan; b. meningkatkan kualiti layanan perkhidmatan telefon; c. mengadakan sistem dan prosedur kerja yang teratur, jelas dan difahami oleh semua pegawai di jabatan serta mengemas kini sistem dan prosedur kerja; d. menggubal Manual Prosedur Kerja yang komprehensif bagi jabatannya; dan e. memastikan setiap pegawai mempunyai Fail Meja yang lengkap dan kemas kini.

17

18

Bahagian ini merupakan bahagian baru.

3

Bahagian 6:

Bahagian 7: Pengurusan Fail

Urusan Surat Kerajaan

Bahagian ini menjelaskan kepentingan pengurusan fail, kaedah pengkelasan fail, kaedah Simpan Dalam Perhatian dan keperluan mengadakan Timbul.

Bahagian ini memperincikan cara penyediaan surat rasmi kerajaan, kaedah pendaftaran dan pengedaran surat serta pengurusan surat terperingkat.

Peruntukan baru yang dimasukkan adalah sistem pengurusan dokumen dan rekod elektronik dan pembangunan sistem aplikasi komputer.

19

Sistem Pengurusan Dokumen Dan Rekod Elektronik Selaras dengan perkembangan ICT, jabatan dan agensi digalakkan membangunkan aplikasi bagi menguruskan maklumat dan rekod di jabatan masing-masing. Sistem pengurusan maklumat dan rekod elektronik membolehkan penyimpanan dan capaian maklumat dan rekod secara maya (virtual). Pembangunan Sistem Aplikasi Berkomputer Jabatan dan agensi hendaklah mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara semasa membangunkan sistem aplikasi berkomputer bagi memastikan rekod elektronik yang diwujudkan, disenggara dan dilupus mengikut piawaian kearkiban.

20

Bahagian 8: Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam Bahagian ini menjelaskan peranan Ketua Jabatan dalam penyelenggaraan, pemeliharaan dan pelupusan rekod awam. Peruntukan baru yang dimasukkan adalah penyediaan jadual pelupusan rekod, keperluan back-up rekod penting dan keperluan Ketua Jabatan menyediakan pelan menyelamat dan pemulihan rekod akibat bencana.

21

Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod (JPR)

22

Program Rekod Penting

Ketua Jabatan dan Ketua Agensi hendaklah menyediakan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian (functional records) Jabatan dan mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara. Bagi kumpulan Rekod Urusan Am (housekeeping records) tindakan pelupusan hendaklah mengikut JPR Am yang disediakan oleh Jabatan Arkib Negara.

Ketua Jabatan dan Ketua Agensi hendaklah mengenal pasti Rekod Penting (Vital Records) dan membuat perancangan untuk memelihara rekod tersebut. Salinan keselamatan (backup copies) bagi rekod-rekod yang telah dikenalpasti sebagai Rekod Penting hendaklah dibuat dan disimpan di lokasi berasingan. Jabatan dan agensi boleh mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Jabatan Arkib Negara bagi penyediaan Program Rekod Penting Jabatan.

23

24

4

Bahagian 9:

Pelan Tindakan Bencana Ketua Jabatan dan Ketua Agensi hendaklah menyediakan Pelan Tindakan Bencana yang meliputi aspek-aspek persediaan menghadapi bencana dan tindakan pemulihan rekod akibat bencana. Jabatan dan agensi boleh mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Jabatan Arkib Negara untuk menyediakan Pelan Tindakan Bencana bagi pemeliharaan dan pemuliharaan rekod awam.

Pengurusan Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Bahagian ini merupakan bahagian baru. Peruntukan ini menjelaskan setiap jabatan perlu mewujudkan pelan strategik teknologi maklumat, perolehan perkakasan dan perisian, rangka keselamatan teknologi maklumat, perisian, pembangunan sistem aplikasi dan laman web jabatan. Ia juga menekankan keperluan penggunaan perkhidmatan internet dan emel sebagai salah satu daripada saluran komunikasi.

25

Kemudahan Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) adalah penting sebagai mekanisme sokongan dalam memudahkan pelaksanaan kerja/tugas di pejabat. Kini terdapat pelbagai bentuk perkhidmatan ICT yang boleh digunakan oleh jabatan. Pengurusan secara elektronik ini meliputi perkara-perkara berikut:

26

Bahagian 10: Inventori dan Bekalan Pejabat Bahagian ini menjelaskan keperluan Ketua Jabatan untuk mematuhi peraturan yang berkuat kuasa berhubung dengan urusan perolehan bekalan pejabat, kawalan penggunaan, penyimpanan, penyelenggaraan, pemeriksaan dan pelupusan.

(a) (b) (c) (d)

pelan strategik teknologi maklumat; perolehan perkakasan dan perisian; rangka dan keselamatan teknologi maklumat; penggunaan perkhidmatan; (i) internet; (ii) emel; (e) perisian; (f) pembangunan sistem aplikasi; (g) laman web; dan (h) faktor-faktor lain yang bersesuaian.

27

28

SEKIAN………..

29

5

Related Documents