Kurikulum

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kurikulum as PDF for free.

More details

  • Words: 489
  • Pages: 3
PENDAHULUAN

Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang dikenalpasti untuk memandu pengajaran guru kepada kumpulan pelajar tertentu. Proses pembelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mempunyai tuntutan yang bersifat teknikal. Oleh yang demikian, penentuan untuk menyusun ciri-ciri kurikulum yang dapat memudahcarakan perlaksanaan pengajaran seperti itu tentulah lebih ideal jika dilakukan oleh golongan profesional. Huraian Sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mengandungi pelbagai aktiviti untuk membentuk keperibadian murid yang celik budaya, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, beberapa nilai dapat diterapkan dalam Pendidikan Seni Visual yang menekankan kepada aspek penghargaan, kepekaan dan keprihatinan dalam mengenalpasti dan menentukan nilai estetik dan etika dalam diri pelajar. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual, ia menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari, dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Dalam proses pemahaman, penghayatan dan kritikan, pelajar didedahkan kepada proses yang menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu tersebut melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar. Dengan ini, pelajar digalakkan supaya dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Objektif Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah adalah bertujuan untuk: •

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan



Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual



Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya



Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti



Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual



Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain



Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa



Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya



Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup

Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.

Pendidikan Seni dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Selaras dengan objektif Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah, salah satu objektif yang perlu dicapai oleh setiap pelajar adalah dengan meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin, serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Dalam mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang seni, seseorang pelajar haruslah bijak melalui penjanaan

idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Dalam pada itu, pelajar dapat berfikir secara kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya dan dapat mengaplikasikannya dengan kaedah yang teratur.

Related Documents

Kurikulum
July 2020 41
Kurikulum
May 2020 51
Kurikulum
October 2019 69
Kurikulum
May 2020 39
Kurikulum
June 2020 36
Kurikulum - Model Kurikulum
November 2019 53