Kurikulum

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kurikulum as PDF for free.

More details

  • Words: 1,127
  • Pages: 7
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembanng potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. OBJEKTIF Pendidikan prasekolah membolehkan murid: 1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. 2. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembang kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi. 3.Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. 4. menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. 6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. 8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial . 9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik ; dan 10. mempunyai daya kreativiti dan estatika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu : i. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu - memberi fokus kepada penyuburandari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki: • • • • • •

Kepercayaan kepada Tuhan Ilmu pengetahuan Kemahiran asas Akhlak mulia Emosi yang stabil kesihatan dan kecerdasan

ii. Pembelajaran yang menggembirakan - memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.

iii. Pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian . Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. iv. Pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperolehan dan pemindahan pengetahuan , nilai murni dan kemahiran . Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke akhir hayat. Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu . Komponen tersebut adalah seperti beriku: • • • • • •

Bahasa dan Komunikasi Perkembangan Kognitif Kerohanian dan Moral Perkembangan Sosioemosi Perkembangan Fizikal dan Kreativiti dan Estatika

Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan. Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP) ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran ( outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut: • • • • • •

Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi Kemahiran berfikir Berakhlak mulia dan beretika Berkeyakinan dan berdisiplin Sihat dan cergas dan imaginatif, kreatif dan ekspresif.

Berbekalkan kecekapan dan kemahiran di atas, murid sudah bersedia untuk ke sekolah rendah

Pengisian aktiviti pembelajaran Peralatan dan perabot yang disediakan mengambilkira keperluan fizikal dan emosi kanakkanak, berwarna warni dan berkualiti !

KOMPONEN KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI IPKS BAHASA DAN KOMUNIKASI - kemahiran berbahasa, mendengar, bertutur, membaca dan menulis . Murid diajar konsep menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir melalui pelbagai aktiviti yang terancang. Bahasa yang dipelajari ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. • • • •

kemahiran mendengar - membezakan bunyi kemahiran membaca- mengucap apa-apa yang ditulis kemahiran bertutur- menyebut bunyi dan perkataan dengan betul kemahiran menulis - kemahiran motor halus untuk membolehkan mereka menulis perkataan dengan betul.

Prasekolah Bestari menyediakan kurikulum yang seimbang kepada kanak-kanak selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KOMPPONEN KOGNITIF - Mengikut Jean Piaget kognitif seseorang individulah yang menentukan perkembanagan seluruh aspek yang lain dalam diri kanak-kanak . Komponen kognitif meliputi matapelajaran awal sains dan awal matematik . • • • • •

konsep ruang, pengelasan, konsep nombor, experimen sains menyelesaikan masalah memerhati membanding

Kanak-kanak Prasekolah Bestari didedahkan dengan pelbagai aktiviti 'hands on' sebagai satu

• • •

membeza mengukur meramal dan membuat inferens

PENDIDIKAN ISLAM - menekankan ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan asas yang perlu difahami oleh setiap kanak-kanak muslim. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Aspek Pendidikan Islam meliputi: • • • • • •

cara pembelajaran melalui pengalaman yang bermakna. Gambar menunjukkan kanak-kanak berada di makmal komputer IPKS mendapat didikan penggunaan asas komputer daripada pelatih Prasekolah semester 5 .

akidah fardu ain akhlak Al -Quran dan Hadis Sirak Rasulullah S.A.W tulisan jawi

PENDIDIKAN MORAL - aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan untuk diamalkan setiap hari dalam kehidupan • • • • •

perkembangan diri diri dan keluarga diri dan masyarakat diri dengan alam sekitar diri dengan negara

PERKEMBANAGN SOSIOEMOSI - penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. seorang kanakkanak perlulah mempunyai variasi emosi sesuai dengan tahap umur dan amalan kehidupan seharian. KOMPONEN FIZIKAL - menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan fizikal kanak- kanak yang seimbang dan sihat dari aspek psikomotor, kesihatan dan keselamatan. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan supaya amalan cara hidup yang sihat diamalakan sehingga mereka dewasa kelak. Aspek utama : • • • •

perkembangan motor halus perkembangan motor kasar kesihatan keselamatan

Interaksi meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak

KOMPONEN KREATIVITI DAN ESTATIKA- memberi fokus terhadap perkembangan kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Kanak-kanak dilibatkan dengan pelbagai aktiviti yang bersifat seni iaitu lukisan, lukisan, muzik, nyanyian, drama dan puisi. Semua ini diajar supaya kanak- kanak mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dan mengenali pelbagai cita rasa sendiri. Aspek utama: • • • • •

persekitaran dan keindahan alam lukisan dan kraf muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif drama dan puisi warisan budaya

playing are children's way of life..dont take it away from them .... .. .. ...the senses are the source of all intelectual growth and that intellectual development is, therefore, dependent upon the training of the senses. ..by Montessori

Related Documents

Kurikulum
July 2020 41
Kurikulum
May 2020 51
Kurikulum
October 2019 69
Kurikulum
May 2020 39
Kurikulum
June 2020 36
Kurikulum - Model Kurikulum
November 2019 53