Kurikulum - Model Kurikulum

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kurikulum - Model Kurikulum as PDF for free.

More details

  • Words: 1,852
  • Pages: 8
1. Kurikulum

Kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada 'laluan dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan 'laluan atau laluan-lauan'. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu 'apa itu persekolahan'. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran. o

Frank Bobbit (1918), dalam buku 'The Curriculum' menghuraikan kurikulum sebagai : 1. keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, terumpu kepada perkembangan kebolehan individu atau 2. satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap dan menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliau menekankan kepada pemupukan perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.

o

John Dewey (1902,halaman 5) dalam bukunya 'The Child and The Curriculum' merujuk istilah kurikulum sebagai “pengajian di sekolah dengan mengambil kira kandungan dari masa lampau hingga masa kini'. Pembentukan kurikulum menekankan kepetingn dan keperluan masyarakat. Beliau selanjutnya menghuraikan konsep ini dalam bukunya 'Democracy and Education' (1916, halaman 125). Dewey menyatakan bahawa skema kurikulum harus mengambil kira penyesuaian pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti; ia harus membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Di sini, elemen rekonstruksionism social dapat dikesan dengan melihat kea rah mana keperluan masyarakat diletakkan sebagai objektif utama, tanpa menafikan kepentingan individu.

Diantara lain definisi kurikulum adalah seperti berikut : • •



urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga, T & Magel, C., 2001) isi kandungan dan proses formal dan tidak formal yang mana pelajar memperolehi ilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta menghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doll, R. 1996) pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan

• •



pengalaman di sekolah, bagi pertumbuhan dalm hal kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu di ambil oleh guru dan pelajar untuk pembelajaran; bagaimana dan dimana kurikulum dilaksanakan (Dillard & Laidig, 1998) Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulum boleh didefinisikan sebagai :

Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek : 1. sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2. kurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform



Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan) 1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai :

'program pendidikanyang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan' 2. Konsep Umum Kurikulum Konsep kurikulum dapat dijelaskan dengan lebih baik lagi melalui cara bagaimana sekolah menjawab sembilan soalan kurikulum yang berikut ini : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Apakah yang harus diajar ? Kepada siapa ia harus diajar ? Mengapa ia harus diajar ? Bagaimana ia harus diajar ? Bila (berapa lama dan bagaimana susunannya?) harus ia diajar? Bagaimana kita harus tahu bahawa pembelajaran telah berlaku? Apakah sumber yang akan digunakan (buku teks, bahan, video dll)? 8. Dalam keadaan bagaimanakah kurikulum akan dilaksanakan? Apakah kumpulan (kooperatif, homogenous, individu) yang akan digunakan?

9. Apakah aspek situasi bilik darjah (susunan meja kerusi,ekologi bilik darjah) yang akan

digambarkan dalam kurikulum? 3. Jenis-Jenis Kurikulum Apakah jenis kurikulum yang anda tahu ? Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan tersembunyi. 1. Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya

matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan rancangan eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983) 2. Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum ”tak rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal”. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid. Jadi apakah peranan anda sebagai guru dalam kurikulum tersembunyi? Anda harus berupaya untuk mengenalpasti aspek-aspek kurikulum tersembunyi, terutamanya kemungkinan ketidakfungsiaan potensi atau pengalaman pembelajaran negatif dan di mana-mana kemungkinanan untuk mengawal dan memperbaiki situasi.

Huraian ringkas yang berikut membolehkan anda membezakan antara pelbagai jenis kurikulum. •





Kurikulum Bertulis/Yang Dihasratkan o kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti Kurikulum Kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Pra-Sekolah Kurikulum Cadangan o kurikulum yang dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar Kurikulum Masa Depan - merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan kelamahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat

- pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan memurnikan bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis - pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pmikiran kritikal, kreatif dan futurisitik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan -

3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini :

-kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi -kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan -bahan, pengalaman dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum •



Kurikulum Sokongan o kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk menyokong atau menyampaikan Kurikulum Tersembunyi -

terletak diluar konteks pengajaran rasmi, belajar secara implisit

- mengandungi peraturan tak bertulis. Konvensi, adat resam, nilai budaya yang dikenali sebagai sekolah, sperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur - dibentuk oleh faktor seperti sosioekonomi dan latar belakang pengalaman dan murid • •

Kurikulum Yang Di Ajar o kurikulum yang dapat di lihat ketika memerhati pengajaran guru Kurikulum Yang Di Uji - set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru , ujian dibina di peringka daerah dan ujian piawaian



Kurikulum Yang Di Alami/Di Pelajari - semua perubahan pada nilai, persepsi dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil daripada pengalaman persekolahan

Hubungan kurikulum boleh dijelaskan melalui rajah yang berkaitan dengan lapisan kurikulum 4. Model Kurikulum Terdapat pelbagai model kurikulum yang dibincangkan oleh Raplh Tyler (1949), Hilda Taba (1966) , Stenhouse (1975) dan Stake (1976). a) Model Perkembangan Tyler Berdasarkan 4 persoalan asas i)

Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?

ii) Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin dapat mencapai tujuan tersebut ? iii) Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara berkesan? iv) Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai atau sebaliknya? Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan sebenar pendidikan bukanlah untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tetapi untuk membawa perubahan signifikan dalam pola tingkah laku murid. Adalah penting untuk mengenal pasti bahawa sebarang pernyataan objektif sekolah adalah merupakan pernyataan perubahan yang berlaku dikalangan murid Adalah sistematik dan memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah laku dan menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian dapat disusun dan hasilannya boleh dinilai.

b) Model Perkembangan Taba Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak Pendekatan bawah keatas (bottoms-up) terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama. Peraturan tertentu untuk membina kurikulum dan guru harus membantu dalam proses perkembangannya

7 langkah dalam perkembangan kurikulum adalah : i)

mendiagnosis keperluan

ii)

pembentukan objektif iii)

pemilihan kandungan

iv)

pengurusan kandungan

v)

pemilihan pengalaman pembelajaran

vi)

pengelolaan aktiviti pembelajaran

vii)

penilaian

c) Model Perkembangan Stenhouse Kurikulum sebagai satu proses Kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu. Kurikulum adalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian. Proses yang aktif dan dihubungkaitkan dengan set penaakulan praktikal Aristotle Cubaan penyampaian prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam satu bentuk terbuka untuk penilitian kritis dan boleh diterjemahkan kebentuk prakital Perlu penyediaan asas untuk merancang sesuatu kursus , mengkaji secara emperikal dan mempertimbangkan alasan secara praktikal. Ia harus menawarkan : a) Perancangan -

prinsip pemilihan kandungan - apa yang perlu diajar dan dipelajari

- prinsip perkembangan startegi pengajaran - bagaimana ia dipelajari dan diajar -

prinsip membuat keputusan tentang urutan

- panduan untuk guru bagi kesesuaian untuk melaksanakan kurikulum dalam pelbagai konteks -

maklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks yang berbeza

Justifikasi : bermatlamatkan mudah diakses untuk diteliti dan dikritik. Melihat Kurikulum sebagai sesuatu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran. Hasil kurikulum ini adalah hasil perkembangan kandungan dan cara daripada kerjasama antara guru dan murid. Pembelajaran adalah berpusatkan murid dengan fokusnya adalah interaksi ; proses pembelajaran merupakan fokus utama guru 5. Faktor Mempengaruhi Pembentukan dan Perubahan Kurikulum

6. Hubungan Kurikulum dengan Manajemen Pendidikan. Hubungan manajemen pendidikan dengan kurikulum sangat berkaitan erat satu dengan yang lainnya. Dimana Kurikulum merupakan inti dari bidang pendidikan dan memiliki pengaruh terhadap seluruh kegiatan pendidikan. Mengingat pentingnya kurikulum dalam pendidikan dan kehidupan manusia, maka penyusunan kurikulum tidak dapat dilakukan secara sembarangan. Penyusunan kurikulum membutuhkan landasan-landasan yang kuat, yang didasarkan pada hasil-hasil pemikiran dan penelitian yang mendalam. Penyusunan kurikulum yang tidak didasarkan pada landasan yang kuat dapat berakibat fatal terhadap kegagalan pendidikan itu sendiri. Dengan sendirinya, akan berkibat pula terhadap kegagalan proses pengembangan manusia. Sedangkan Menajemen Pendidikan merupakan serangkaian proses pengelolaan komponen pendidikan disekolah. Sedangkan kuikulum pendidikan merupakan bagian dari Manajemen Pendidikan dimana kurikulum berfungsi sebagai rancangan Pembelajaran. Dengan demikian hubungtan antara manajemen pendidikan dengan kuurikulum sangat berkaitan satu sama lain Sebagai contohnya: Seorang guru yang akan mengembangkan kurikulum dituntut menguasai manajemen pengembangan kurikulum. Dalam mengembangkan kurikulum, setidaknya guru akan menemui delapan problem. Pertama, bagaimana membatasi ruang lingkup atau keluasan materi. Kedua, bagaimana mengaitkan relevansi materi dengan kompetensi yang dibutuhkan. Ketiga, bagaimana memilih materi agar ada keseimbangan untuk peserta didik maju dan yang lamban belajar, keseimbangan antara tuntutan pembangunan daerah dan nasional. Keempat, bagaimana mengintegrasikan materi yang satu dengan materi lainnya sehingga tidak terjadi duplikasi. a. Rumusan Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses , merupakan putaran asas yan mengandungi : menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan.

Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Dibawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat digabungkan untuk membentuk kurikulum formal.

Related Documents

Kurikulum - Model Kurikulum
November 2019 53
Kurikulum
July 2020 41
Kurikulum
May 2020 51
Kurikulum
October 2019 69
Kurikulum
May 2020 39
Kurikulum
June 2020 36