Kuliah Subuh 8 Nov 2008

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuliah Subuh 8 Nov 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 468
  • Pages: 2
www.zahrein.com Kuliah Subuh Tarikh: 8 Nov 2008 Tempat : Masjid Gelugor Kita kena menangis kerana takutkan Allah S.W.T Dan perkara ini boleh melembutkan hati . Solat adalah perkara yang utama.Kita kena solat mengikut rukun. Dan apabila kita bersolat, kita kena ingat Allah S.W.T.Solat luaran yang tidak ada hati umpama menyembah raja dengan tubuh yang tidak bernyawa. Perkara yang melembutkan hati adalah dengan menangis. Kita kena menangis kerana Allah S.W.T. Jika kita nak check hati kita lembut atau tidak,kita boleh nangis kerana Allah S.W.T. Kita kena khusyuk kepada Allah S.W.T. Khusyuk bermaksud, kita memberi penumpuan kepada Allah S.W.T. Di antara sifat mulia dan terpuji adalah nangis kerana Allah S.W.T. Dalam surah Maryam ayat 58 yang membawa maksud: [58] Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orangorang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. Pada akhirat kelak ada 7 golongan yang dinaungi oleh Allah ketika hari kiamat. Salah satu daripada golongan tersebut adalah, pada ketika bersendirian dia menitis air mata ketika ingat akan Allah S.W.T. Oleh yang demikian , kita kena tanam dalam hati supaya kita menjadi orang yang bertakwa kepada Allah S.W.T. Orang yang beriman, kita dikehendaki selalu menyuburkan keimanan. Ingatlah semua orang akan menangis pada hari kiamat kerana azab yang amat dahsyat. Hanya mata mata yang menangis di dunia sahaja yang tidak akan menangis. Orang yang tidak menangis di akhirat juga adalah mata yang berjihad di jalan Allah S.W.T. Kita kena menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “ Tidak akan menjilat oleh api neraka orangorang yang menangis kerana takutkan Allah S.W.T” Ingatlah orang yang berperang dengan orang yang menangis kerana takutkan Allah S.W.T adalah orang yang dilindugi oleh Allah S.W.T di akhirat. Ingatlah masyarakat kita selamat kerana ada golongan dalam masyarakat takutkan kepada Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah kita menangis kerana takutkan kepada Allah S.W.T. Oleh yang demikian saya menyeru kamu dan diri saya agar kita takut kepada

www.zahrein.com Allah S.W.T. Jangan pula kita riak. Menangis yang meraung-raung akan menyebabkan kira riak. Petua-petua untuk jadikan hati kita menangis: 1. ingat pada hari akhirat 2. ingat gambaran kesusahan pada hari akhirat 3. Jika kita solat, anggap solat kita yang terakhir 4. orang yang ada hati boleh lahirkan menangis kerana takutkan kepada Allah S.W.T. 5. Kita kena ingat salah atau dosa kita. Ingatlah Al-Quran diturunkan untuk ditadabur . Orang yang berilmu boleh lahirkan takut kepada Allah S.W.T. Orang yang bertaubat boleh lahirkan orang yang takut kepada Allah S.W.T. Oleh yang demikian kita kena jauhkan segala kemungkaran Kita kena jadika jiwa yang lembut kerana Allah S.W.T. Wassalam.

Related Documents

Kuliah Subuh 8 Nov 2008
December 2019 13
Kuliah Subuh 1 Nov 2008
December 2019 14
Manif 8 Nov 2008
November 2019 14