www.zahrein.com Kuliah subuh Tarikh: 25 January 2009 Tempat : Masjid Sg Nibong Besar Apabila kita menghadiri kuliah di masjid. Sebenarnya kita menghadiri majlis ilmu. Kita hasrus mendoakan kita sentiasa di buka hati pintu oleh Allah S.W.T. Ilmu dapat membeezakan hak dan batil. Akal hendaklah berpandukan kepada ilmu. Tanpa ilmu kita akan sesat. Ingat memperingati memberi faedah. Surah Al-israa ayat (70-72). [70] Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. [71] (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun. [72] Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya Allah memuliakan bani adam. Allah mencipta manusia sebaik-baik manusia. Surah AtTin (ayat 1-4) 1] Demi buah Tiin dan Zaitun, [2] Dan Gunung Tursina, [3] Serta negeri (Makkah) yang aman ini, [4] Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Manusia dikurniakan akal.Manusia adalah seperti binatang jika kita kita lalai dari tanggungjawab. Kita mempunyai akal. Kita diberi kelebihan, sebab itu kita mulia dari makhluk yang lain. Kita berbeza dengan makhluk yang lain. 1. Rupa manusia cantik.Jika dibandingkan dengan binatang,ciptaan manusia adalah ciptaan terbaik.
www.zahrein.com 2. Rupa tidak menentukan ketakwaan. 3. Manusia dapat berdiri dengan cantik. 4. Cara manusia makan tidak sama dengan haiwan. Orang yang lalai terhadap Allah adalah orang yang lalai kepada ayat-ayat Allah S.W.T. Sehodoh-hodoh binatang, ia tidak pernah derhaka kepada Allah S.W.T. Makhluk Allah tidak pernah derhaka kepada Allah S.W.T. Manusia derhaka dan sentiasa merungut. Ingatlah, Allah menciptakan manusia , takkan kita nak menderhaka kepada Allah S.W.T. Dengan akal fikiran, kita dapat membezakan baik dan buruk. Kita mulia disebabkan ilmu dan akal fikiran. Jika kita tidak menggunakan ilmu fikiran kita, jatuh mertabat kita. Allah menguji kita dengan peristiwa Palestin.Allah S.W.T menyuruh kita agar kita sentiasa pegang kepada AlQuran dan Assunnah. Puak Yahudi dan Nasrani suka buat kerosakan di atas muka bumi.Puak Yahudi dan nasrani tidak suka kepada agama islam. Ingatlah orang Islam adalah bersaudara. Apabila dengan bukan orang islam , kita kena bertegas dalam bidang agama. Yahudi sifatnya sama dalam AlQuran. Janganlah kita bersikap sombing dengan orang bukan islam. Kita kena jadikan islam ini agama yang sejati. Hanya dengan meramaikan rumah Allah, kita boleh menyelamatakan umat islam.Sepatutnya, rumah Allah dipenuhi jika ada isu palestin.Kita kena meningkatkan kesedaran agama. Allah muliakan Nabi Adam A.S kerana ia diberi ilmu dan dan akal. Allah beri kita akal, hendaklah kita gunakan sebaik-baiknya.Janganlah kita menderhaka kepada Allah S.W.T, hakikatnya kita manusia dan hendaklah kita beramal.Kita kena boycott barangan yahudi . Hendaklah kita Bantu Islam dengan banyak membeli produk islam. Wassalam.