www.zahrein.com Kuliah SUBUH Tarikh: 15 February Tempat : Masjid Sg Nibong Besar Semua orang bertanggungjawab menjadi pejuang islam. Takrif Islam meliputi : 1.Syahadah 2.Solat 3.Zakat 4. Puasa pada bulan ramadhan 5.Haji bagi yang berkemampuan. Islam juga bermaksud patuh, tunduk dan menyerah diri kepada Allah Yang Maha Esa. Allah menghina golongan yahudi kerana mereka menghina Al-Quran. Manusia dikehendaki memelihara nafsu dan akal. Semua makhluk Allah patuh dan berserah diri terhadap Allah S.W.T. Agama disisi Allah S.W.T adalah islam. Barangsiapa yang tidak menjadikan Islam sebagai pegagannya, amal perbuatannya tidak diterima.Ia dianggap Yahudi. Dunia adalah penjara bagi mukmin. Tegahan Allah hendaklah kita tinggalkan. Agama islam hendaklah kita patuh dengan menyeluruh. Kemuliaan kita ini adalah dengan islam. Apabila kita menolak islam, kita akan dihina. Pengertian islam ini memudahkan kita menyeru orang memeluk islam. Islam ialah system yang umum dang undang2 yang sempurna bagi seluruh kehidupan. Islam adalah kehidupan sepanjang zaman. Kita kena menerima islam secara total. Kita tidak boleh menolak yang lain dalam islam. Al-Quran adalah iktibar bagi manusia menjadi panduan. Tanda-tanda manusia mendapat kehinaan, kita tidak menerima islam secara menyeluruh. Jika kita ingin menjadi manusia yang baik, hendaklah kita buat perkara makruh dan mencegah perkara mungkar. Orang marah jika kita cegah mungkar, Allah suruh kita sampaikan apa yang diwahyukan. Allah akan jaga kita, jika kita perjuangkan islam. Kita hendaklah mati kerana mempertahankan islam. Janganlah jadi manusia yang zalim, apa yang nabi ucap adalah syariat. Islam adalah jawapan yang benar dan sahih. Islam dari 3 perkara: 1.dari mana kita datang 2. Kenapa kita dijadikan 3. Kemana kita selepas ini Manusia lebih baik daripada iblis kerana ia diperbuat daripada tanah dan ditiupkan roh, Alam dunia adalah alam mengumpulkan amalan2 kita. Wassalam.