Kuliah 3: Teori Perubahan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuliah 3: Teori Perubahan as PDF for free.

More details

  • Words: 319
  • Pages: 2
Kuliah 3: Teori Perubahan Oleh: Dr. Mohd Izham bin Mohd Hamzah Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan A) Konsep Perubahan dalam Pendidikan  Pendidikan merupakan satu bidang yang menjadi faktor utama dalam menyediakan manusia untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.  Perubahan sentiasa berlaku dalam pendidikan dan tidak dapat dielakkan mengikut keadaan semasa dan kemajuan yang dicapai oleh sesebuah negara.  Oleh itu, perubahan lebih bercirikan pendidikan berbanding kestabilan (Oliver, 1996).  Kadangkala, perubahan akan menyebabkan ketidakpastian kepada seseorang individu.  Ketidakpastian ini seharusnya dielakkan kerana akan memberi kesan buruk pada masa depan generasi akan datang.  Jadi, pendidikan adalah bidang yang unik dan dinamik kerana berlaku perubahan dari segi pertambahan pengetahuan melalui kajian-kajian yang dijalankan. B) Jenis-jenis Perubahan Terdapat 4 jenis perubahan menurut Dessler, 1995, iaitu; 1) Perubahan ke arah peningkatan •

Perubahan yang memberi kesan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam sesebuah organisasi.



Contohnya; - perubahan dalam struktur organisasi. - pengenalan kepada penggunaan teknologi baru. - usaha meningkatkan produktiviti staf melalui program-program pembangunan staf.



Dalam bidang pendidikan, teknologi berperanan tidak hanya sebagai ‘alat’ malah sebagai pengupaya (pemudahcara/pembantu) dalam pelaksanaan tugasan harian. Jadi, teknologi bukanlah satu ‘peristiwa’ yang mana hanya digunakan pada waktuwaktu tertentu sahaja.

2) Perubahan strategik organisasi •

Perubahan ini melibatkan keseluruhan sesebuah organisasi.



Contohnya; - menstruktur semula sesebuah organisasi dan strategi yang digunakan. - pembentukan semula tugas, peranan dan tanggungjawab staf mengikut kesesuaian dan kebolehan bagi mencapai objektif organisasi.

3) Perubahan reaktif •

Perubahan ini berlaku hasil tindak balas secara langsung atau desakan daripada pelanggan dan pihak berkepentingan.



Contohnya; - kesedaran dan kepekaan pelanggan serta pihak berkepentingan terhadap sesuatu isu yang timbul, menyebabkan sesebuah organisasi melakukan perubahan.

4) Perubahan akibat daripada jangkaan •

Perubahan akibat daripada kesedaran pihak pengurusan yang memikirkan tentang perlunya perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan.



Perubahan tersebut penting bagi; a. Menghadapi pesaing baru. b. Sebagai persiapan menghadapi perubahan kehendak pelanggan. c. Perlunya perubahan apabila muncul teknologi baru dalam sesebuah organisasi.

Related Documents

Kuliah 3
June 2020 19
Kuliah 3
April 2020 25
Kuliah 3
May 2020 23