Kuliah 3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuliah 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,002
  • Pages: 5
Kuliah Minggu 3 4 Mei 2009 Normahidayu Binti Mohd Nordin P 48642 Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan Konsep Perubahan Dalam Pendidikan -

Bidang pendidikan suatu bidang yang dinamik dan bukan statik kerana terdapatnya perkembangan ilmu dari semasa ke semasa dan menjadi faktor paling utama untuk meyediakan manusia menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Menurut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan iaitu :1) 2) 3) 4)

perubahan ke arah peningkatan perubahan strategik organisasi perubahan reaktif perubahan akibat daripada jangkaan

1) Perubahan ke arah peningkatan Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu di dalam sesebuah organisasi seperti berlakunya perubahan dalam struktur organisasi dan mengadakan program-program untuk kakitangan untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti kakitangan sesebuah organisasi. 2)

Perubahan strategik organisasi Perubahan ini melibatkan keseluruhan organisasi seperti mendefinisikan semula peranan organisasi, perubahan nilai teras organisasi, pembentukan semula visi dan juga mendefinisikan semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran. Tugas dan jawatankuasa boleh dibubarkan jika tidak berfungsi dengan baik.

3) Perubahan reaktif Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan. Kepekaan pelanggan dan pihak berkepentingan terhadap persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan. Contoh,walaupun pelajar mendapat A dalam subjek Bahasa Inggeris tetapi gagal berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tersebut. Adakah disebabkan oleh kegagalan sistem pembelajaran?

4) Perubahan akibat daripada jangkaan Perubahan ini bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperolehi kebaikan kompetitif. Antara sebab berlakunya perubahan adalah:- penciptaan teknologi baru yang memerlukan organisasi berubah - perubahan dalam trend tenaga kerja - persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan

Evolusi

Revolusi

Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang perlahan dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo

Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan dalam jangka masa yang pantas

Perubahan adalah kompleks

Perubahan itu multidimensi Sebarang keputusan yang diambil untuk melakukan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan iaitu mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi:1) Tujuan perubahan 2) Unit perubahan 3) Sifat perubahan 4) Magnitud perubahan 5) Skop perubahan 6) Jangka masa perubahan

1. Tujuan Perubahan

Perubahan dirancang untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu seperti untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem suatu organisasi. Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan:1) Perubahan peringkat pertama - perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan. - Untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem tanpa mengubahnya. 2) Perubahan peringkat kedua - melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek satu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut. (Barrot & Raybould 1998)

2. Unit Perubahan

- merujuk kepada fokus utama suatu perubahan yang dirancang. - Unit-unit perubahan terdiri daripada individu (guru), kumpulan/pasukan (Panitia), jabatan, organisasi, sistem organisasi (PPD), komuniti (masyarakat, PIBG)

3. Sifat Perubahan

- dalam mengimplementasi perubahan, unit perubahan akan berganjak daripada individu ( unit yang kecil) kepada organisasi (unit yang lebih besar)

Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (individu) perlu dilakukan terlebih dahulu. Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap dan tingkahlakunya sekali.

5. Skop Perubahan

4. Magnitud Perubahan

- merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan. -

istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik & dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.

- Chambers (1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasil yang menarik tetapi sukar diimplementasi manakala perubahan dalam skala kecil lebih mudah diimplentasi tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan. -skop terhadap sejauh mana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian. -Hall dan Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenal pasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

6. Jangka Masa Perubahan

- Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara. - Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenal pasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya:1. Perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam. Sikap & amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput. 2. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal. 3. Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal. - Chambers (1977) mengatakan bahawa perubahan itu berbentuk kitaran di mana setiap kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun. - Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan.

Penggabungan Roger - Proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti. -Masalah atau keperluan ini mungkin pen berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang. - penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen & ciptaan yang banyak. Seterusnya menghasilkan inovasi. -Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul. - Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan

Rand Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada tahun 1973 – 1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan (Berman & McLaughlin 1978) - Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan. - Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis. - Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah : 1. Daya usaha ( Initiation ) 2. Implementasi -

Kanter 1998 -menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Ada 4 tugas inovasi : 1 .Penjanaan Idea 2. Membina Idea 3. Realisasi Idea 4. Pemindahan Idea

Modelmodel Perubahan

Acot -Model ini berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT), kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah. -Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransuransur. -5 langkah perubahan 1. Kemasukan ( Entry ) 2. Memilih ( Adoption) 3. Menyesuaikan ( Adaptation ) 4. Penggunaan ( Appropriation ) 5. Mereka cipta ( Invention )

Related Documents

Kuliah 3
June 2020 19
Kuliah 3
April 2020 25
Kuliah 3
May 2020 23
Kuliah 3
April 2020 23
Bgi Kuliah 3+4
June 2020 14
Kuliah Sem4 2008-3
May 2020 28