KULIAH 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN BANGSA/NASION MALAYSIA
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK RAS - Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan Austroloid. ETNIK / KAUM - Berkenaan dengan bangsa : Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama
SUKU kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (suku Iban, Kadazan dll) BANGSA / NASION Menurut John Stuart Mill : Bangsa Rumpun manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah & agama.
MASYARAKAT Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
KEBUDAYAAN - Sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir). Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yg lain, namun beberapa aspek yg sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat (seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat. - Perubahan merupakan sifat yg penting bagi sesuatu kebudayaan.
MASYARAKAT MAJMUK - Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. - Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah.
- Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah
ketiadaan / kelemahan azam sosial bersama (common social will) yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.
AKOMODASI / PENYESUAIAN - Satu keadaan atau proses apabila kelompokkelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan. - Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia : Penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.
- Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’
sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompokkelompok etnik berkenaan.
ASIMILASI - Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain. Proses asimilasi bergantung kepada 2 faktor penting: 1. Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka. 2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain. - Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
- Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.
- Di Malaysia – Oleh sebab bilangan kaum Cina yg begitu besar, mereka paling sukar diasimilasikan. Banyak faktor penghalang asimilasi ini (kesan dasar pecah dan perintah penjajah & perbezaan agama, kepercayaan dan budaya)
INTEGRASI - Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. - Pengekalan identiti kepelbagaian dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar pendidikan & bahasa kebangsaan. - Kebudayaan Melayu menjadi teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. Kebudayaan kaum lain yg sesuai boleh dicedok asalkan unsur-unsur kebudayaan tsb tidak bercanggah dengan prinsip Kebudayaan Kebangsaan & Islam sebagai agama rasmi.
AKULTURASI - Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. - Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.
ETNOSENTRISME - Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. - Sesuatu kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah. - Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain. - Selagi manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)
- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting
dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti – dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.
RASISME / RASIALISME - Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. - Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul.
INSTITUSI SOSIAL
- Sebagai konsep utama dalam memahami
masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu. Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dll.
JARAK SOSIAL
- Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg
-
benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompok. Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya.
KELAS SOSIAL - Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan: 1. Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. 2. Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga kerja sahaja
MOBILITI SOSIAL - Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. - Dalam sistem yg lebih terbuka, seperti sistem kelas, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku.
KONTRAK SOSIAL - Merupakan satu persetujuan yg dicapai di antara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak.
-
Cth: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam perlembagaan (kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA • Konsep Nasion / Nation berasal dari Barat. Ia berkait rapat dgn identiti nasional. • Negara : mempunyai 4 elemen penting - Rakyat yg diperintah, wilayah yg dimiliki, kerajaan yg memerintah dan kedaulatan. • Menurut Eric Hobsbawm: sesebuah nasion dikenal pasti melalui 2 sifat asas: 1. Kewarganegaraan - kedaulatan kolektif & penyertaan politik sepunya. 2. Etnisiti : mempunyai ciri-ciri bahasa yg sepunya, sejarah yg sama & identiti budaya yg lebih luas yg dimiliki oleh anggota nasion itu.
•Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan Nasionalisme.
-Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm jiwa sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat asal, adat resam dan merupakan fahaman yg matang serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yg unggul & sah.
• Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya usaha atau kegiatan yg tersusun utk mewujudkan negara berdaulat.
• Nasionalisme adalah fenomena sejagat yg
mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia utk menubuhkan negara, memelihara kedaulatannya & menuntut kesetiaan unggul individu kpd negaranya.
• Negara yg pernah dijajah- memanifestasikan
semangat nasionalisme dgn cara menamatkan penjajahan utk membina negara bangsa yg bebas & berdaulat.
• Negara yg tidak pernah dijajah-menggulingkan
sistem kerajaan tradisional & menggantikannya dgn sistem kerajaan berlandaskan kedaulatan rakyat.
• Konsep Nasion -Negara bangsa. boleh
Pembinaan negara bangsa umumnya disamakan dgn integrasi nasional.
•Kepentingan pembentukan nasion: - untuk memastikan nasion itu terus kekal dalam keadaan sepadu, sejahtera & tenteram. Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion. Pengukuhan negara memerlukan penyertaan dan dukungan komuniti etnik yg memberikan kesetiaannya.
MODEL PEMBENTUKAN NASION Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model Akomodasi Politik / penyelesaian politik. APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ? - Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum. Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak berkongsi ‘satu pengalaman penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau’. - Kesan dasar ‘pecah dan perintah’ oleh British, sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai.
- Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian yg dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar pendidikan & bahasa kebangsaan.
Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2) ‘Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm negara’. - Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
- Komposisi bangsa menjadi asas utk memahami keadaan politik, ekonomi & sosial di Malaysia. - Tidak semua permasalahan masyarakat majmuk boleh diselesaikan semata-mata dgn kaedah penyelesaian politik tetapi juga bergantung kpd faktor-faktor lain seperti kemajuan ekonomi, keadilan sosial & sosiobudaya.
TERAS PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA.
- Malaysia membentuk nasion mengikut acuan sendiri: menggabungkan pendekatan politik, ekonomi & sosial.
- Berpendirian pragmatik - keupayaan membuat penyesuaian, berani membuat keputusan, memiliki pemikiran & sikap pro-aktif serta berwawasan.
- Berdasarkan DEB, DPN, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari.
Usaha pembentukan nasion Malaysia dilaksanakan melalui pelbagai strategi: 1. Kerjasama & perkongsian politik. - Awal kemerdekaan - politik kompromi melalui Parti Perikatan (kerjasama & perkongsian elit pemerintah pelbagai kaum) - Selepas 13 Mei 1969 - formula Perikatan ubah pendekatan. Pendekatan baharu-Barisan Nasional dibentuk - pengukuhan kerjasama & perkongsian politik pelbagai kaum. - Kawalan politik utk kawal politiking yg berlebihan & utk menjamin kestabilan politik.
- Pindaan perlembagaan - cth: menghalang rapat-
rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif pelbagai kaum (kewarganegaraan, bahasa, dasar pendidikan kebangsaan, hak istimewa Melayu, Agama)
- 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan, Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan, DEB) 2. Kerjasama & perkongsian ekonomi. - DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi peringkat kaum. Pencapaiannya mencetuskan peluang kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg saksama di kalangan penduduk.
-
DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan mutlak drp 49.3% (1970) kepada 15% (1990). - Perbezaan pendapatan berkurangan antara penduduk bandar & luar bandar & antara kumpulan etnik. - Peningkatan penyertaan bumiputera dlm kegiatan ekonomi moden, pemilikan harta & melahirkan lebih ramai usahawan. - Adanya program sokongan utk meningkatkan penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi moden.
3. Keadilan sosial. - Kesan drp kerjasama politik & ekonomi pengagihan yg adil & memerangi pemusatan kekayaan segelintir manusia melalui program pembangunan luar bandar. 4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan. - dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia. 5. Kebudayaan Kebangsaan. - keupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup & budaya bersama.
6. Pembangunan kerohanian yg berteraskan nilai-nilai agama, etika & moral. Teras, Model dan usaha membentuk nasion Malaysia berbeza dgn negara lain kerana sejarah, sistem politik, ekonomi & sosial berbeza dgn negara luar. (cth: Asimilasi berjaya dilaksanakan di Indonesia & Thailand tetapi model ini tidak dpt dilaksanakan di Malaysia kerana masalah komposisi penduduk yg berbeza)