Kualiti Hidup

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kualiti Hidup as PDF for free.

More details

  • Words: 6,415
  • Pages: 25
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 1)

KUALITI HIDUP Pengenalan Secara umumnya, kualiti hidup melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem hidup atau sistem sosial daripada satu keadaan yang yang dianggap tidak memuaskan kepada satu keadaan yang lebih baik. Dengan demikian, kualiti hidup merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi malahan juga melibatkan pelbagai aspek tertentu yang tidak dapat dipisahkan seperti aspek sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar. Namun begitu, aspek yang paling utama dalam memberi kehidupan yang berkualiti kepada manusia secara khasnya mengandungi empat perkara iaitu politik, ekonomi, sosial dan pendidikan (Szalai & Andrews. 1980). Menurut Schmandt dan Bloomberg (1969) maksud kehidupan dari sudut yang lain ialah melibatkan aktiviti seluruh negara termasuk tabiat individu, pembangunan, sumber suka atau tidak suka dan pelbagai lagi. Ringkasnya, kehidupan mengubah setiap perkara dan setiap perwatakan sama ada melibatkan kematian atau kehidupan. Kehidupan juga menunjukkan kepada setiap perkara yang hidup dan juga proses kehidupan serta sifat dalam persekitaran. Namun begitu terdapat beberapa masalah dan kesilapan yang timbul dalam pendefinisian maksud kualiti hidup. Perkara yang lebih penting apabila berbicara mengenai kualiti hidup ialah adakah kita bercakap mengenai kualiti hidup seseorang atau kualiti sesebuah negara. Terdapat juga dilema lain iaitu apakah peringkat kualiti hidup yang tertinggi? Siapa yang bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti hidup itu sendiri? Apakah yang terkandung dalam perkataan kualiti itu sendiri? Adakah ia perlu merangkumi kesihatan yang baik, kekayaan yang melimpah ruah, kekuasaan yang tinggi, kecantikan atau kepandaian?

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 2)

Definisi Kualiti Hidup Penilaian kualiti hidup adalah sesuatu yang sukar dan tidak ada definisi yang umum diterima mengenai kualiti hidup. Pada masa lalu, kebanyakan pengkaji hanya mengira kualiti hidup manusia berdasarkan satu dimensi sahaja seperti kefungsian fizikal, ekonomi atau kefungsian seksual. Tetapi, kebanyakan pengkaji kini cuba untuk menambahkan lagi definisi kualiti hidup (King & Hinds: 2003). Kualiti hidup atau Quality of life (QOL) merupakan jangka waktu deskriptif yang merujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan mereka untuk berfungsi dengan tugas biasa dalam kehidupan (Leplege & Hunt: 1997). Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, kecapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan

dan

menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat (Unit Perancang Ekonomi: 2002). Memahami kualiti hidup pada hari ini adalah penting dalam penjagaan kesihatan di mana sukatan kewangan tidak di ambil kira. Kualiti hidup ialah darjah kesejahteraan hidup yang dirasai oleh seseorang individu atau kumpulan manusia. Kualiti hidup bukanlah konsep yang nyata dan tidak boleh disukat secara terus. Selain itu, kualiti hidup mengandungi dua komponen. Pertama ialah dari aspek fizikal termasuklah kesihatan, diet, perlindungan daripada penyakit dan kesakitan. Komponen kedua ialah psikologi secara semulajadi. Aspek ini termasuklah tekanan, kebimbangan, kepuasan dan keadaan emosi yang negatif atau positif. Ini adalah mustahil untuk meramalkan kualiti hidup khususnya bagi seseorang individu. Gabungan sifat yang ada pada seseorang individu jarang mendorong seseorang individu untuk berpuas hati terhadap orang lain (Eiser & Morse: 2001).

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 3)

Menurut Varni et. al. (2006) kualiti hidup (QOL) boleh ditakrifkan sebagai “as a multidimensional construct that reflects one’s self-perceptions of enjoyment and satisfaction with life”. Mengikut World Health Organization (1993), kualiti hidup didefinisikan sebagai tanggapan individu mengenai posisi kehidupan mereka dalam konteks budaya dan sistem di mana ia berhubung rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban. Lehman (1983) melihat kualiti hidup sebagai deria terhadap pengalaman terbaik yang dialami oleh individu di bawah pengaruh kehidupan masing-masing. Menurut Bigelow et al. (1982), kualiti hidup ialah titik pemisahan di mana ia menyatukan semua faktor dalam kehidupan di mana kita akan mendapati bahawa terdapat kekurangan dan kelebihan dalam keinginan dan kepuasan. Renwick (2006) mengatakan kesejahteraan hidup merupakan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang merasa seronok, bahagia dan merasakan hidupnya amat bermakna. Muhamad Fadhil (2003) dalam bukunya pula menghuraikan kesejahteraan hidup pada hakikatnya adalah usaha untuk mengatasi masalah dan meningkatkan kualiti hidup manusia sehingga berada dalam keadaan hidup yang selamat, sihat dan selesa baik secara fizikal, sosial mahupun psikologi. Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh U. S Deparment of Health and Human Services (1992), kualiti hidup merupakan nilai yang didasarkan kepada jangka masa kehidupan yang dimodifikasikan atau diubah oleh kerosakan, keadaan berfungsi, persepsi dan peluang sosial yang dipengaruhi oleh penyakit, kecederaan, rawatan dan polisi. Mereka juga mencadangkan bahawa penilaian umumnya menyumbang ke arah kualiti hidup. Contohnya kefungsian fizikal, kefungsian emosi atau psikologikal, kefungsian sosial, rungutan fisiologi dan somatik serta laporan global tentang kualiti hidup.

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 4)

Ferran’s (1990) memberi pandangan bahawa kualiti hidup mempunyai beberapa konsep atau isu yang boleh dikenalpasti dan dibahagikan kepada lima kategori. Kategori-kategori ini memfokuskan kepada (i) keupayaan untuk hidup dalam kehidupan yang biasa, (ii) kegembiraan atau kepuasan, (iii) pencapaian ke arah matlamat, (iv) keupayaan untuk mendorong ke arah kehidupan sosial yang lebih berguna dan (v) kemampuan fizikal dan mental. Kajian yang dilakukan oleh Grant et al. (1994) menekankan keperluan kepada definisi pelbagai dimensi untuk kualiti hidup. Kajian ini talah mengenalpasti kualiti hidup terdiri daripada empat dimensi atau domain iaitu (i) kesejahteraan fizikal, (ii) kesejahteraan psikologi, (iii) kesejahteraan sosial dan (iv) kesejahteraan agama. Menurut satu sumber yang dipetik daripada sebuah laman web, kualiti hidup ialah “ a term used to measure well-being. Well-being describes how well people feel about their environment, and collectively these feelings can be thought of as quality of life. To assess quality of life, indicators are used to represent the most important aspects of a person’s life (called domains), which include, for example, housing, education, employment and household finances. Indicators are used to measure complex phenomena (such as quality of life) and can only provide us with an indication of the actual quality of life. The individual indicators (and their domains) were categorized into three broad groups called the social environment, economic environment and physical environment. The indicator data were compiled, transformed and analyzed to generate three quality of life maps for each environment, and then combined in a fourth map to show the overall quality of life”. (anon: 2004) Siti Fatimah (2005) pula menjelaskan konsep kesejahteraan hidup atau kualiti hidup ini bukan semata-mata diukur dengan nilaian material sahaja seperti pemilikan rumah, kenderaan, taraf pendidikan yang tinggi tetapi ianya juga merangkumi aspekaspek yang tidak berbentuk material seperti perasaan kasih sayang, kemesraan, rasa belas kasihan antara individu dan sentiasa berlapang dada.

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 5)

Kualiti Hidup dalam Konteks Kerja Sosial Kualiti hidup dalam konteks kerja sosial turut menekankan tentang kesihatan remaja yang menjadi fokus yang utama dalam Kementerian Kesihatan dan analisis polisi sosial dan pengkaji tingkahlaku. Salah satu sebabnya ialah kesedaran tentang perbezaan antara kumpulan umur, mortaliti, dan kadar morbiditi untuk meraka yang berumur 10-25 tahun di negara barat (Rapheal: 1996). Terdapat empat perspektif dalam kesihatan remaja iaitu transisi ke alam dewasa , coping dan kesejahteraan, ketiadaan mortaliti dan morbiditi dan cara hidup yang sihat untuk mengelakkan daripada tingkahlaku yang berisiko. Empat perspektif ini menunjukkan fokus penyelidikan terhadap remaja (Rapheal: 1996). 1)

Kesihatan remaja sebagai transisi kejayaan

Havighurst (1953) menyatakan “The developmental task approach identifies task that allow advancement to higher level of development” terdapat sembilan garis kasar dapat dinyatakan di mana setiap satu memerlukan perolehan tentang beberapa kemahiran, pengetahuan, fungsi dan tingkahlaku. Tugas perkembangan mungkin berbeza di antara tempat dan masa bersejarah, mencapai tahap berdikari, menyesuaikan diri kepada kematangan seksual, membina hubungan kerjasama dengan rakan-rakan, menyediakan perkerjaan yang bermakna dan mencapai dan mencapai set kepercayaan asas yang kuat dan nilai asas yang muncul. The development task approach ini mempengaruhi remaja. 2)

Kesihatan remaja sebagai keadaan untk menangani (coping) dan kesejahteraan.

Ia juga penting untuk memfokuskan kepada remaja sebagai sesuatu yang penting dalam diri remaja. Pengkaji telah menyatakan cara remaja menangani masalah dan sebelumnya ini termasuklah praktis pemerihalan kanak-kanak, ibu bapa dan rakan-rakan, yang berkerja dan tidak bekerja dan juga kegagalan bersekolah (Conger: 1991) coping adalah penting semasa remaja kerana masa tersebut berlakunya perubahan yang cepat pada keadaan personaliti yang melibatkan bermulanya akil baligh dan keupayaan kognitif

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 6)

yang spesifik dan persekitaran sosial menyebabkan penukaran tanggungjawab dan pertukaran sekolah. 3)

Kesihatan remaja sebagai absence fizikal dan mental.

Definisi tradisional kesihatan memfokuskan kepada persekitaran dan memberi tumpuan terhadap petunjuk mortaliti dan morbaliti. Definisi tersebut mencadangkan remaja menunjukkan terdapat hubungan segmen kesihatan dengan populasi (Majlis Carnegie dalam Renwick et al: 1996). 4)

Kesihatan remaja sebagai sebagai kesihatan tingkah laku.

Perkembangan definisi tentang kesihatan fizikal dan mental termasuklah pemkembangan kesihatan-penambahan tingkah laku dan mengelakkan tingkah laku berisiko. Tujuh isu kesihatan yang utama untuk golongan muda telah dikenalpasti: penggunaan tembakau, alkohol, keselamatan jalan raya, kesihatan seksual, aktiviti fizikal, nutrisi dan healthy weight serta isu bunuh diri dan kesihatan mental (Schabas: 1992). Perkara utama yang biasanya dibangkitkan dalam permasalahan HIV dan AIDS memfokuskan kepada rawatan dan penyembuhan penyakit ini. Jumlah penduduk dunia yang dijangkiti HIV bertambah dari masa ke masa secara berterusan dan mendadak (All & Fried: 1994). Rawatan yang maju di Eropah dan Amerika Utara menunjukkan jangka hayat bagi pengidap HIV ialah dalam lingkungan 10 tahun (Mann et al,.: 1994). Perkembangan ini diiringi dengan peningkatan kesedaran tentang kualiti hidup oleh mereka yang mengidap HIV (Friedland, Renwick & McColl: in press). Isu kualiti hidup adalah penting dan pengidap HIV positif perlu bergaul dengan masyarakat bagi memperbaiki kefungsian sistem imun mereka (Goodkin et al: 1992). Faktor terbesar yang biasanya mempengaruhi kualiti hidup adalah seperti strategi penyelesaian dan sokongan sosial. Pengetahuan tentang hubungan antara kualiti hidup, penyelesaian dan sokongan sosial membolehkan pengidap HIV mempunyai lebih kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan intervensi pemulihan yang memfokuskan kepada nilai kualiti hidup pesakit HIV (Renwick & Friedland: 1996).

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 7)

Dalam isu kualiti hidup, penghidap HIV akan berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti. Pengidap HIV tidak tahu bila, apa dan bagaimana keadaan dan tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Mereka akan berhadapan dengan kemungkinan kematian yang sebenar pada usia yang muda (All & Fried: 1994). Kehilangan berganda dan keperluan untuk penyesuaian yang sedang berlaku adalah biasa bagi penghidap HIV. Akibat daripada infeksi HIV, mereka akan kehilangan gaya hidup dan cara hidup (pekerjaan, rumah dan insurans) (Rabkin et al.: 1993). Dalam kehidupan manusia, tekanan adalah pengalaman biasa dalam kehidupan harian. Namun, bagi mereka yang mengidap penyakit serius atau mereka yang cacat, tekanan akan memburukkan lagi keadaan mereka. Individu yang mengidap HIV akan berdepan dengan tekanan yang berganda. Sokongan sosial dapat menjadi penampan kepada kesan negatif tekanan terhadap kesihatan (Cobb: 1976), walaupun tekanan itu wujud bersama- sama penyakit kronik (DiMatteo & Hays: 1981). Lennon et al. (1990) menyatakan sokongan sosial yang memadai menjadi pengantara kepada kesan-kesan tekanan yang mendatangkan masalah kepada individu yang mengidap HIV kerana penyakit mereka seringkali memberi kesan buruk kepada jaringan sosial dan sumber sokongan mereka. Pola sokongan yang berbeza mungkin digabungkan dengan aspek yang berbeza dalam kualiti hidup. Contohnya kesihatan dan komponen-komponen kualiti hidup mungkin memberikan pengaruh positif berdasarkan jenis dan tahap sokongan dari menerima kepuasan dengan komponen-komponen hidup. Tedapat beberapa jenis sokongan sosial yang dikenalpasti seperti informasi, emosi dan instrumental (Friedland, Renwick & McColl, in press). Intervensi sokongan sosial telah digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki kesudahan seseorang yang berdepan dengan kecatatan dan penyakit kronik. Namun, hasilnya tidak selalunya berjaya (Cwikel & Israel: 1987). Coping merupakan sumber lain seperti sokongan sosial yang memberi kesan positif terhadap kesihatan dan kualiti hidup. Menurut Fleishman & Fogel (1994), different coping strategies are associated with different outcomes for person with HIV.

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 8)

Para pengkaji ini melaporkan positive coping behaviors adalah bergantung kepada tahap tekanan yang rendah. Folkman et al. (1993) menunjukkan individu yang boleh menangani masalah mempunyai tahap kemurungan yang rendah. Coping merupakan faktor yang bernilai dalam tujuan intervensi untuk mengekalkan dan nilai kualiti hidup Selain itu, dalam konteks kerja sosial turut membincangkan kualiti hidup di kalangan orang kurang upaya yang menjadi mangsa penderaan seksual. Bagi individu yang menjadi mangsa pelbagai pola tingkah laku deviant seperti penderaan seksual dan pemulihan ia adalah sukar dan sesetengah kes tersebut sukar untuk diselesaikan. Penderaan seksual boleh menggalakkan marginality kerana mangsa penderaan seksual merasakan mereka sukar untuk berintegrasi dalam masyarakat dan sukar menikmati pengalaman berbanding mereka yang tidak pernah menjadi mangsa (Nagler: 1996). Mereka yang telah menjadi mangsa eksploitasi seksual mungkin berpengalaman dalam pola hidup yang panjang yang boleh disifatkan sebagai anomie (Durkheimian: 1951). Kesan yang rumit dalam anomie digambarkan dalam pelbagai cara untuk membentuk dan menetapkan hubungan kepercayaan, terutamanya dengan mereka yang berlainan jantina, atau dengan mereka yang sama jantina. Sesetengah mangsa yang pernah menjadi magsa penderaan berhadapan dengan kesusuhan untuk memperolehi pendidikan dan pekerjaan. Sesetengah mangsa pula mendapati ia sukar mencuba untuk terus bekerja kerana mereka percaya bahawa tiada siapa yang boleh dipercayai. Ada mangsa juga merasakan sukar untuk membina hubungan jangka panjang. Jika hubungan dibina, mereka cenderung untuk keluar dari sesebuah hubungan tersebut (Nagler: 1996). Kebanyakan mangsa yang menjadi mangsa keganasan pada usia muda akan mendapati mereka sukar berhadapan dengan masyarakat dan persekitaran, pengalaman pendidikan dan pekerjaan yang tidak stabil dan tidak berupaya untuk menjalinkan hubungan yang tetap. Mereka juga enggan mendakwa orang yang melakukan kejahatan terhadap mereka (Nagler: 1996).

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 9)

Model kualiti hidup 1)

Model kualiti hidup yang baru memfokuskan kepada proses penyesuaian

komuniti, program intervensi, interaksi persekitaran indivividu.atau program peningkatan atau evaluasi (Parmenter: 1988). Model dan tafsiran yang digunakan menunjukkan kepada kualiti hidup individu yang mempunyai hubungan yang signifikan kepada tiga domain kehidupan yang utama termasuklah rumah dan tempat tinggal komuniti, sekolah dan pekerjaan, kesihatan serta kesejahteraan. Ketiga-tiga faktor ini boleh dilihat seperti rajah 1.0 di bawah: Rumah dan komuniti bermasyarakat

Kepuasan

Mencapai kualiti hidup

kepuasan

Sekolah atau tempat kerja

kepuasan

kesihatan dan kesejahteraan (fizikal dan mental)

Rajah 1.0 : Model Kualiti Hidup

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 10)

Dalam model tersebut kepuasan menjadi penghubung kepada setiap domain dan individu yang terlibat. Kepentingan terhadap model ini ialah ia membantu menunjukkan arah kepada pemikiran dan membantu membawa ke arah perubahan yang berlaku di dalam sesuatu sistem, model yang ditunjukkan oleh gambar rajah juga memberi satu kepastian kepada individu yang berada ditengah-tengah sistem untuk memperoleh kualiti hidup yang sempurna. Sebelum kita dapat menghuraikan bagaimana sistem itu dilihat kita mestilah terlebih dahulu melihat kepastian kualiti hidup itu dari segi sejarah dan persepktif yang lain (Schalock: 1994).

Subjectively perceived quality of life

Critical attributes

Satisfaction

Happiness Antecedents: Life domain categories (Ferrans & Powers, 1985) Health and functioning Socioeconomic Psychological/ spiritual Family Consequences

Development of potential

Self- actualization

Rajah 1.1: Model of Subjectively perceived quality of life

2)

Terdapat dua model kualiti hidup yang telah dibuat dimana ia dibina secara

konseptual tetapi tidak pernah diuji secara saintifik. Oleson (1990) menggunakan konsep atau prosedur-prosedur analisis untuk membina model untuk mencapai kualiti hidup. Rajah 1.1 menunjukkan model yang digunakan tersebut. Beliau telah mengenalpasti

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 11)

sifat-sifat yang kritikal dalam perasaan kepuasan dan kegembiraan.

Beliau telah

mengaplikasikan domain kehidupan kepada beberapa katogeri iaitu kesihatan dan kefungsiannya, psikologi, kepercayaan serta keluarga telah mengenal pasti akibat kepada kualiti hidup sebagai satu sapek pembangunan dalam pontensi dan keyakinan diri. Kualiti hidup boleh dikonsepkan sebagai pengalaman kognitif yang dimanifestasikan oleh kepuasan domain yang hidup. Ia juga mempunyai pengalaman yang dapat memberi kesan terhadap perasaan kegembiraan.

Personal background factors

Health-related factors

Social/ cultural/ environmental factor

Cognitive processing activities perceived meaning of life

Quality of life

Life satisfaction in various domains.

Self-concept Psycological well-being.

Health functioning Physical well-being

Socioeconimic factors Social well-being.

Rajah 1.2: Conceptual model of quality of life

Zhan (1992) juga telah membina model kualiti hidup bersama-sama dengan Camebell, Cantrail, Ferrans dan lain-lain. Mereka mendefinisikan kualiti hidup sebagai satu darjah untuk mengenalpasti pengalaman hidup dan kepuasan yang dialaminya. Zhan menggambarkan konsep ini tidak boleh disempurnakan pengkurannya samada menggunakan pendekatan subjektif atau objektif. Beliau menggambarkan dimensi kualiti

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 12)

hidup sebagai satu faktor yang melibatkan kepuasan. Menurut model ini kualiti hidup juga dipengaruhi oleh latar belakang seseorang individu, kesihatan, situasi sosial dan sebagainya. Makna kualiti hidup datang daripada interaksi antara seseorang individu dengan persekitarannya. Model-model ini memerlukan percubaan di mana ia perlu disesuaikan kepada keadaan persekitaran, populasi klien dan sebagainya. Di dalam model teoritikal kulaiti hidup, konsep-konsep yang digunakan seperti simptom tekanan, perubahan kefungsian dan adaptasi kognitif telah dikenalpasti sebagai medium penghubung. Seorang penulis telah mengatakan di dalam suatu kajian iaitu kualiti hidup boleh didefinisikan sebagai satu keluasan di mana tahap kepuasan seseorang individu adalah berkadar positif dengan kesejahteraan, percubaan terhadap model terhadap tersebut telah berjaya dilakukan dengan sempurna dengan membandingkan keputusan di antara “myocardial infarction dan malignant melanoma”. Setiap konsep dan teori telah diukur dan diuji dua hingga empat kali untuk memperoleh keputusan yang empirikal berdasarkan kepada dimensi konsep. Ia juga telah diuji berdasarkan tahap sesitiviti, veliabiliti dan validiti. Seterusnya keputusan ini memberikan bukti yang kukuh untuk menyokong hubungan diantara teori dan petunjuk yang menunjukkan tiada perbezaan signifikan diantara subjek “myocardial infarction dan malignant melanoma”. Contoh lain yang menggunakan model kajian kualiti boleh juga dilihat dalam penyelidikan oleh Burckhardt (1985) dimana menerokai kesan kesakitan terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan. Beliau menggunakan rangka kerja kognitif untuk membina model yang melibatkan demografi dan faktor-faktor sosial yang telah dikaji secara tidak langsung menerusi kaedah psikologikal. 3)

Model orang tua yang diasaskan oleh Baltes dan Baltes (1990) menyediakan satu

rangka yang berguna dalam memahami proses penuaan dan bagaimana kualiti hidup seseorang memberi kesan kepadanya. Pendekatan yang dikemukan oleh beliau amat berguna kerana ia mengetengahkan tiga sebab iaitu (ii) modelnya amat berpengaruh, (ii) kajian ini berasakan metodologi rigorous studies dan (iii) model ini telah menjadi satu model yang berguna dalam pelbagai kajian tentang warga tua dan kesan terhadap

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 13)

gangguan yang wujud (Baltes dan Baltes :1986). Baltes dan Baltes (1990), menyenaraikan sejumlah saranan berkenaan dengan penuaan . pertama ialah terdapat perbezaan diantaraan penuaan normal, optimal dan sakit. Kedua warga tua banyak banyak menyimpan pemendaman perasaan. Ketiga pula pengetahuan yang berdasarkan pragmatik boleh mengimbangi kemerosotan usia dalam mekanisme kognitif. Sokongan terhadap saranan ini dapat dilihat dalam latihan dan kajian-kajian bahawa warga tua memiliki kapasiti yang tersimpan Baltes dan Baltes (1990), di mana ia boleh dilihat sebagai alat untuk memperbaiki fungsinya. Apabila ia disediakan dengan gangguan, latihan atau galakan, purata warga tua mampu meningkatkan fungsi memori mereka (Kliegl et.al 1989), dapat belajar untuk berfungsi dengan lebih berdikari (Baltes dan Baltes :1986), atau meningkatkan kapasiti mereka untuk menerima pembelajaran baru. Baltes dan Baltes (1990) dalam buku terbarunya merumuskan bukti-bukti tentang perbezaan tentang jenis-jenis penuaan keterdapatan untuk simpanan (yang menyumbang kepada perbezaan di antara kefungsian terhadap sederhana dan optimum) dan kesan terhadap latihan yang berorientasikan psikologi dan intervensi terhadap fungsi-fungsi kognitif umum (Schaie : 1990). Kemahiran memori dan kawalan diri. Yang paling penting adalah pekerjaan yang mengenalpasti bahawa intervensi yang minimum memfokuskan kepada peningkatan kawalan penerimaan dan mungkin memberi kesan mendalam terhadap kadar kematian dan pemikiran yang tidak sihat di kalangan warga tua yang pernah menjadi penghuni pertubuhan kebajikan diri (Brandstadter et. al :1990).

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 14)

Komponen-komponen kualiti hidup Komponen kualiti hidup terdiri daripada tiga perkara utama iaitu “being”, “belonging” dan “becoming”. Komponen-komponen ini pula terdiri daripada sembilan sub komponen. Komponen being terdiri daripada sub komponen fizikal, psikologikal dan spiritual. Manakala komponen belonging terdiri daripada sub komponen fizikal, sosial dan komuniti. Komponen becoming pula terdiri daripada sub komponen praktikal, masa lapang dan pertumbuhan (Renwick & Brown: 1996). Being Komponen being merangkumi aspek-aspek asas sebagai seorang individu. Physical being merangkumi kesihatan fizikal termasuklah nutrisi dan keseimbangan. Ia juga berkaitan dengan mobiliti fizikal dan ketangkasan seperti kebersihan diri dan kekemasan. Psychological being adalah perasaan individu, kognisi dan penilaian individu tentang diri sendiri. Ia memfokuskan kepada penghargaan kendiri, kawalan diri dan bagaimana seseorang individu itu berhadapan dengan kebimbangan serta permulaan tingkah laku positif. Spiritual being berkenaan nilai-nilai peribadi seseorang dan standard untuk hidup, kepercayaan agama (yang mana boleh atau tidak boleh dipercayai secara semulajadinya) yang melangkaui pengalaman kehidupan seharian (contohnya melalui alam semula jadi dan muzik), meraikan peristiwa tertentu dalam hidup seperti hari lahir, kesyukuran dan sambutan kebudayaan dan keagamaan (Renwick & Brown: 1996).

Belonging Physical belonging merujuk kepada hubungan seseorang dengan persekitarannya (jiranjiran, tempat kerja, serta komuniti yang lebih besar). Sub komponen ini termasuklah perasaan mereka apabila berada di rumah dalam persekitaran itu.

Selain itu, sub

komponen ini merangkumi kebebasan individu untuk mempamerkan apa yang dimilikinya (aset berharga) dengan selamat. Individu itu juga berkehendakan masa untuk diri sendiri dalam persekitarannya. Social belonging adalah tentang hubungan individu itu dengan persekitarannya. Ia mefokuskan kepada perhubungan yang bermakna contohnya hubungan dengan pasangan, keluarga, rakan sekerja, jiran-jiran dan individu-

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 15)

individu lain yang sebangsa dan seagama. Community belonging adalah tentang rangkaian atau hubungan yang dimiliki oleh individu itu dengan sumber-sumber asas yang tersedia untuk ahli-ahli komuniti dan masyarakat tersebut. Ini termasuklah maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik, pekerjaan, pendidikan, program-program rekreasi, perkhidmatan kesihatan dan sosial serta aktivitiaktiviti sosial (Renwick & Brown: 1996). Becoming Practical becoming adalah berkenaan dengan sesuatu yang praktikal iaitu aktiviti harian seperti mengemas rumah, kerja-kerja sukarela,mengambil dan memberi perkhidmatan seperti perkhidmatan sosial dan kesihatan. Leisure becoming merujuk kepada masa lapang dan aktiviti rekreasi yang tidak semestinya mempunyai nilai instrumental yang ketara. Aktiviti-aktiviti sebagai biasanya untuk merehatkan fikiran, mengurangkan tekanan dan sebagai suatu “rekreasi” supaya dapat memberi keseimbangan antara pekerjaan dan aktiviti-aktiviti riadah dalam kehidupan. Ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti yang mempunyai hubungan dalam jangka masa yang pendek (contohnya membuat sosialisasi, hal-hal di taman permainan atau rekreasi atau permainan tenis). Sama juga seperti juga seperti aktiviti yang memerlukan jangka panjang contohnya bercuti. Growth becoming dalam aktiviti-aktiviti ini dapat memberi kesan atau impak kepada pembangunan individu di dalam kemahiran dan pengetahuan, samada ia melibatkan aktiviti formal dan tidak formal seperti pendidikan dan pembelajaran. Hal ini termasuk juga mempelajari maklumat baru, meningkatkan kemahiran yang sedia ada atau mempelajari sesuatu yang baru dan mengadaptasikan perubahan dalam kehidupan mereka (Renwick & Brown: 1996). Antara komponen indeks kualiti hidup manusia ialah contohnya dari segi politik, kualiti hidup seseorang individu banyak ditentukan oleh kekuatan politik yang dimiliki oleh sesebuah negara itu sendiri. Hal ini kerana ahli politikus yang bijak mestilah merencanakan dengan baik dan sempurna hubungan dengan masyarakat luar negara atau antarabangsa. Jika tersilap, mungkin akan berlaku pelbagai sekatan sama ada dari segi ekonomi atau politik (Zautra & Goodheart: 1979).

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 16)

Aspek ekonomi juga merupakan komponen kualiti hidup yang memberi peluang kepada setiap individu dalam meningkatkan kualiti hidup masing-masing supaya lebih selesa. Hal ini melibatkan pekerjaan yang baik, status kehidupan dan sebagainya (Oliver et al: 1996). Pendapatan kasar atau pendapatan per kapita telah digunakan sebagai proksi bagi mencerminkan kebajikan atau taraf hidup. Pendapatan membolehkan individu menampung perbelanjaan bagi diri serta keluarga mereka manakala agihan pendapatan pula menggambarkan kesaksamaan dan pengagihan sumber ekonomi (Unit Perancang Ekonomi: 1999). Komponen pekerjaan atau status ini memberi ganjaran kepada individu melalui pemilikan tempat kediaman, kenderaan, pakaian, makanan dan sebagainya. Sistem pendidikan merupakan alat utama bagi penyampaian pengetahuan dan budaya dari satu generasi ke generasi yang lain. Ia menyediakan asas bagi pembentukan dan peningkatan teknologi yang diperlukan untuk mengekal serta memperbaiki kualiti hidup (Unit Perancang Ekonomi: 1999). Pendidikan juga mencerminkan kepada taraf dan status yang baik. Hal ini kerana pendidikan dapat mengubah seseorang itu daripada jahil kepada berilmu. Seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan mampu mengubah dirinya atau status ekonomi diri kepada yang lebih baik. Apabila seseorang itu mampu mengubah kehidupannya, maka kualiti hidupnya akan meningkat dan terus maju seiring dengan pertambahan ilmunya (Oliver et al: 1996). Komponen penyertaan sosial dapat menggambarkan komitmen dan kesediaan orang ramai untuk terlibat dalam aktiviti sosial, politik, keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan (Unit Perancang Ekonomi: 1999). Sebagai pengganti kepada kekurangan tersebut, terdapat beberapa aspek yang dijadikan sebagai kayu ukur terhadap tahap kualiti hidup. Pengukuran ini memfokuskan kepada banyak perkara yang melibatkan kehidupan yang disifatkan sebagai lebih sensitif untuk berubah (Oliver et al: 1996). Contohnya, Sheldon and Moore (1968) telah melihat kepada aspek demografi dan trend populasi iaitu tenaga buruh dan pekerja, pengetahuan dan kronologi, keadaan semulajadi dan tahap aktiviti politik oleh kerajaan dan warganegara, perubahan dalam kehidupan keluarga,

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 17)

penglibatan dalam aktiviti keagamaan, penggunaan masa lapang, status kehidupan dan akademi, stratifikasi sosial dan sebagainya. Komponen kesihatan yang merangkumi kesejahteraan jasmani dan mental membolehkan manusia bekerja dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat (Unit Perancang Ekonomi: 1993). Konsep kesihatan telah dibincangkan daripada pelbagai perspektif. Terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi definisi kesihatan berdasarkan kepada konteks sosial dan politik. Definisi yang terbaik ialah yang dikeluarkan oleh WHO (1993) iaitu “keadaan yang melibatkan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial serta tidak mempunyai penyakit”. Sebenarnya terdapat satu kajian yang menujukkan bahawa kualiti hidup dan promosi kesihatan berbanding dengan kualiti kehidupan dan kesihatan. Hal ini adalah satu fakta yang dikeluarkan oleh ‘offawa charter for health promotion’ yang menggunakan konsep kualiti hidup iaitu “kesihatan yang baik adalah…… “Satu dimensi yang penting dalam kualiti hidup (WHO: 1993) terdapat pengecualian dalam kajian yang dijalankan oleh Green dan Kreuter (1991). Dalam model promosi kesihatan ini kualiti hidup ini ialah sebahagian daripada diagnosis sosial (Green & Kreuter: 1991). Komponen pendidikan telah menyumbang dengan ketara kepada kemajuan kualiti hidup di mana indeksnya telah menngkat sebanyak 18.4 mata di antara tahun 1990 dan tahun 2000. Kadar celik huruf, kadar penyertaan peringkat sekolah menengah, kadar penyertaan universiti, nisbah guru dan pelajar di sekolah rendah dan menengah telah digunakan dalam pengiraan indeks ini. Lebih banyak institusi pengajian tinggi telah ditawarkan berikutan tertubuhnya universiti-universiti swasta dengan terlaksananya Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, 1996 (Unit Perancang Ekonomi:2002). Kompenan alam sekitar mempunyai kesan langsung ke atas kesejahteraan penduduk. Pencemaran udara dan air serta kawasan hutan adalah antara petunjuk kualiti alam sekitar (Unit Perancang Ekonomi: 1999). Dalam tempoh 1990 hingga 2000 kualiti alam sekitar yang diukur melalui indeks kualiti udara, kualiti air dan kawasan berhutan hampir tidak berubah pada 100.2 mata. Tahap kualiti udara adalah sederhana dan baik.

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 18)

Penggunaan teknologi lebih bersih daripada kilang serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang berkesan telah menyumbang ke arah kualiti udara yang lebih bersih (Unit Perancang Ekonomi:2002). Kompenan kehidupan berkeluarga iaitu unit keluarga mewakili institusi utama dalam struktur sosial dan berfungsi memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan psikologi individu dan sebagainya (Unit Perancang Ekonomi: 1999). Kualiti kehidupan keluarga adalah diukur dari segi kadar penceraian, kadar jenayah juvana, kadar kelahiran kasar dan saiz purata isi rumah. Indeks kehidupan keluarga telah meningkat sebanyak 3.6 mata di antara tahun 1990 dan tahun 2000 memberi gambaran positif terhadap institusi yang menyediakan keselamatan ekonomi, sosial dan fizikal. Kehisupan berkualiti juga dinilai berdasarkan kepada bilangan penceraian setiap seribu penduduk dan saiz isi rumah, telah bertambah dengan baik (Unit Perancang Ekonomi: 2002). Menurut Kagawa-Singer dan Chung (1994) menyatakan budaya sebagai tingkah laku yang baik untuk memastikan manusia berada pada kedudukan baik dalam jaringan sosial, melengkapi masyarakat dengan tujuan dalam kehidupan dan mempromosikan kesejahteraan mereka. Budaya penting untuk menentukan kualiti hidup semasa ia mendefinisikan tujuan dan preskripsi untuk hidup agar lebih bermakna samada sakit atau sihat. Budaya adalah pokok utama dalam kehidupan manusia, ia menyediakan dua fungsi iaitu (1) menentukan cara hidup kepada sekumpulan manusia untuk memastikan perjalanan hidup mereka sejahtera (2) Budaya berfungsi menyediakan kepercayaan dan nilai-nilai serta memberi makna dan tujuan kehidupan. Tiap budaya dibentuk untuk memenuhi tiga keperluan universal. (i) keselamatan, (ii) kesedaran integriti dan makna atau tujuan dalam kehidupan, dan (iii) kesedaran untuk dipunyai sebagai ahli integriti dalam salah satu jalinan sosial. Setiap budaya mempunyai set kepercayaan nilai-nilai dan praktis yang unik terhadap setiap identiti kumpulan dan biasanya tidak “isomophic” dengan kumpulan budaya yang lain.

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 19)

Selain itu, komponen lain yang penting ialah perumahan iaitu rumah yang merupakan keperluan asas sosial untuk kehidupan yang sempurna, memberi keselamatan dan perlindungan kepada keluarga. Menurut Baker & Intagliata (1982) terdapat elemen asas yang menentukan tahap kualiti dalam kehidupan. Hal ini memberi pengaruh yang sangat besar terhadap pemikiran dan cara untuk meningkatkan kualiti dalam hidup. Elemen yang pertama ialah memberi keselesaan dan bukannya memberi rawatan. Kebanyakan individu tidak menyedari kemampuan untuk memperoleh tahap kesempurnaan. Oleh itu individuindividu seperti ini mestilah disedarkan dan diberikan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan yang lebih berkualiti. Elemen yang kedua ialah sesuatu perancangan yang rumit memerlukan kaedah atau pengukuran yang rumit juga. Contohnya, seseorang pesakit yang didiagnosis sebagai pesakit psikiatrik dan mempunyai keadaan atau personaliti yang rumit maka cara rawatan yang paling diperlukan untuk memberi kualiti hidup yang lebih baik adalah bersifat rumit juga (Baker & Intagliata: 1982). Konsep kualiti hidup juga melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik. Dengan demikian, komponen kualiti hidup merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi meliputi juga aspek lain seperti sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar (Unit Perancang Ekonomi: 1999). Perubahan dalam kualiti hidup membayangkan perubahan dalam kuantiti. Metodologi kajian yang digunakan lebih cenderung ke arah yang melibatkan data dan analisis perkembangan semasa. Perkembangan kepada petunjuk kesihatan zaman juga bermula dengan kaedah ini. Petunjuk sosial adalah berbeza daripada satu negara dengan negara yang lain berdasarkan kepada acuan masing-masing. Seorang penulis pada abad ke-18 iaitu Sir Francis Eden dan Patrick Colquhan telah menulis mengenai negara yang miskin. Kesan terhadap ketidakseimbangan pendapatan telah menyebabkan pelbagai masalah kemiskinan, kesihatan dan pelajaran (Oliver et al: 1996).

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 20)

Penutup Kualiti hidup meliputi segala keperluan hidup manusia dalam aspek kepuasan terhadap kebendaan, kesihatan, pendidikan, keselamatan, kepuasan keselesaan tempat tinggal dalam persekitaran yang bersih dan masyarakat yang bebas dari permasalahan, dan juga keseronokan kenikmatan dari segi estetika dan kerohanian. Kebanyakan pengkaji menghuraikan jaminan dalam kualiti hidup sepatutnya memfokuskan kepada tiga faktor iaitu keinginan individu, struktur program dan perkembangan program. Albin (1992) telah membincangkan lima prinsip utama yang menunjukkan bagaimana pengurusan perkhidmatan

terhadap manusia telah memberi tindak balas

terhadap kualiti hidup. Hal ini telah membolehkan struktur pengurusan program berkesan iaitu dalam cara yang signifikan. Keadaan objektif kehidupan seseorang individu adalah bergantung kepada kualiti hidup. Kelima-lima prinsip ini mengandungi berapa aspek iaitu membina misi ke arah meningkatkan kualiti, membina obses dan kualiti, menubuhkan satu unit dengan tujuan tertentu, meningkatkan kembali tenaga buruh supaya bekerja untuk mencapai visi dan misi dan juga menggunakan pendekatan yang sistematik untuk mencari untuk meningkatkan perlaksanaan. Selain itu, analisis kualiti hidup adalah penting untuk penyelidikan sosial, emosi dan kesan-kesan fizikal rawatan dan proses penyakit dalam kehidupan seharian manusia. Analisis kesan-kesan rawatan atau penyakit dari perspektif pesakit dan menentukan keperluan sosial, emosi dan sokongan fizikal semasa sakit dan keperluan lain (Leplege & Hunt: 1997). Ringkasnya, kualiti hidup berkait dengan kesejahteraan am penduduk. Bagi kerajaan termasuk kerajaan tempatan tanggungjawab meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik dengan memastikan keperluan infrastruktur utiliti dan kemudahan masyarakat, institusi untuk pertubuhan sosial dan urus tadbir yang membenarkan hak individu untuk bersuara dan membuat pilihan pada tahap yang sesuai diwujudkan secukupnya.

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 21)

Rujukan Albin, J.M. 1992. Quality Improvement in employment and other human services: Managing for quality through change. Baltimore: Brookes. All, A.C. & Fried, J.H. 1994. Psychosocial issues surrounding HIV infection that affect rehabilition. Journal of Rehabilition 60: 8-12. Anon. 2004. The Atlas of Canada: Quality of Life. http://www.The atlas of Canadaquality of life.html. [4 april 2008]. Baker, F. & Intagliata, J. 1982. Quality of life in the evaluation of community support systems. Evaluation and Programme Planning 5: 69-79. Baltes, M. & Baltes, P. 1986. The Psychology of control and Aging. New Jersey: Lawrance Erlbaum. Baltes, P. & Baltes, M. 1990. Succesful aging: Perspective from the Social Sciences. New York: Cambridge University Press. Bigelow, D. A., Broadsky, G,. Stewart, L. & Olson, M. 1982. Dlm. The concept and measurement of quality of life as a dependent variable in evaluation of mental health services. Bigelow, D. A., Broadsky, G,. Stewart, L. (pnyt.). Innovative approach to mental health evaluation. New York: Academic Press. Brandstadter, J., & Baltes- Gotz, B. :1990. Personal Control Over Development and Quality of Life Perspective in Adulthood. Dlm P. Baltes & M. Baltes (pnyt). Successful Aging: Perspective from the Social Sciences. New York: Cambridge University Press. Burckhardt, C.S. 1985. The impact of arthrities on Quality of Life. Nursing Research 34(1): 11-16. Cobb, S. 1976. Social Support as a Moderater of Life Stress. Psychosomatic medicine 38: 300-314. Conger, J.J. 1991. Adolescence and Youth : psychological development in a changing world. Ed. Ke-4. New York: HarperCollins. Cwikel, J. & Israel, B. 1987. Examining mechanism of social Support and social Networks: A review of Health- Related Intervention Studies. Public Health Reviews 15(3): 159-193.

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 22)

DiMatteo, M.R. & Hays, R. 1981. Social Support in serious illness. Dlm. B.H. Gottlieb. (pnyt.). Social Networks and Social Support. Beverly Hills, CA: Sage. Durkheimian, E. 1951. Suicide-A study in Sociology. New York: Macmillan. Eiser, C., & Morse, R. 2001. A review of measures of quality of life for children with chronic illness. Archives of Disease in Childhood 84 (3): 205-211. Ferrans, C. C. 1990. Quality of life: Conceptual issues. Seminars in Oncolody Nursing 6: 248-254. Fleishman, J. & Fogel, B.1994. Coping and Depressive symptoms among people with AIDS. Health Psychology 13: 156-169. Folkman, S., Chesney, M., Pollack, L. & Coattes, T. 1993. Stress, coping, and depressive among mood in Human Immunodeficiency Virus-Positive and –Negative Gay men in San Francisco. Journal of nervous and Mental disease 181: 409-416. Friedland, J., Renwick, R. & McColl, M. in press. Coping and Social Support as determinants of quality of life in HIV/ AIDS. AIDS Care. Goodkin, K., Blaney, N. T., Feaster, D., Fletcher, M.A., Baum, M.K., Mantero- Atienza, E., Klimas, N.G.,Millon, C., Szapocznik, J.& Eisdorfer, C. 1992. Active coping style is associated with natural killer cell cytotoxicity in asymptomatic HIV-1 Seropositive Homosexsual men. Journal of psychosomatic research 36(7): 635650. Grant, M., Ferrell, B. R., & Sakurai, C. 1994. Defining the spiritul dimension of quality of life assessment in bone marrow transplant survivors. Oncolody Nursing Forum 21 (2): 376-388. Green, L.W. & Kreuter, M.W. 1991. Health Promotion Planning: An education and environmental Approach. Mountain View, CA: Mayfield. Halpern, A.S., Nave, G., Close, D.W. & Wilson, D. 1986. An empirical Analysis of the Dimensions of Community adjustment for Adults with Mental Retardation in Semi- Independent Living Programs. Australia and New Zealand Journal of Developmental Disabilities 12 (3): 147-157. Havighurst, R.J. 1953. Human Development and Education. New York: Longmans, Green.

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 23)

King, C. R. & Hinds, P. S. 2003. Quality of life:From nursing and patient perspectives. Ed. Ke-2. Boston: Jones and Bartlett Publishers. Kliegl, R,. Smith, J. & Baltes, P. B.1989. Testing the Limits and the Study of Adults Age Difference In Cognitive Plasticity of a mnemomic skill. Developmental Psychology 25: 247-256. Lehman, A. F. 1983. The well-being of chronic mental patients: assessing their quality of life. Archives of general Psychiatry 40 (4): 369-73. Lennon, M.C., Martin, J.L. & Dean,L. 1990. The Influence of Social Support on AIDS – related Gref reaction among Gay Men. Social Science Medicine 31: 477- 484. Leplege, A. & Hunt, S. 1997. The problem of quality of life in medicine. JAMA 278: 47-50. Mann, J. Tarantola, D. & Netter, T. 1994. AIDS in tha World: A Global Report. Cambridge, MA: Harvard University Press. Muhamad Fadhil Nurdin. 2003. Penilaian dampak pembangunan ke arah kesejahteraan masyarakat: Penilaian dampak sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor. Nagler, M. 1996. Quality of Life of People with Disabilities Who Have experienced Sexaul Abuse. Dlm. Renwick, R., Brown, I & Nagler, M. (pnyt.). Quality of life in Health Promotion and Rehabilition: Conceptual Approaches, Issues and Applications. Thousand: International Education and professional Publisher. Oleson, M. 1990. Subjectively perceived quality of life Image. Journal of Nursing scholarship 22(3): 187-190. Oliver, J., Huwley, P., Bridges, K. & Hadi Muhammad. 1996. Quality of life and Mental Health Services. London: Routledge. Parmenter, T.R. 1988. An analysis of the dimensions of Quality of life for people with psysical disabilities. Dlm. R. Brown. (pnyt.). Quality of life for handicapped people. London: Croom Helm. Rabkin, J., Remien, R., Katoff, L. & Williams, J. 1993. Resilience in Adversity among long –term survivors of AIDS. Hospital and community psychiatry 44(2):162-67. Rapheal. D. 1996.Quality of Life of Older adult: Toward the Optimization of The aging process. Dlm. Renwick, R., Brown, I & Nagler, M. (pnyt.). Quality of life in

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 24)

Health Promotion and Rehabilition: Conceptual Approaches, Issues and Applications. Thousand: International Education and professional Publisher. Renwick, R. & Brown, I. 1996. The Centre for Health Promotion’s Conceptual Approach to Quality of Life: Being, Belonging and Becoming. Dlm. Renwick, R., Brown, I & Nagler, M. (pnyt.). Quality of life in Health Promotion and Rehabilition: Conceptual Approaches, Issues and Applications. Thousand: International Education and professional Publisher. Renwick, R. & Friedland, J.1996. Quality of life Experienced by a sample of adults with HIV. Dlm. Renwick, R., Brown, I & Nagler, M. (pnyt.). Quality of life in Health Promotion and Rehabilition: Conceptual Approaches, Issues and Applications. Thousand: International Education and professional Publisher. Renwick, R. 2006. The quality life model. http://www.utoronto.ca/qol/conceptshtm [25 Mac 2008]. Schabas, R. 1992. Opportunities for Health. Ontario, Canada: Ministry of Health. Schaie, K.W. 1990. The Optimization of Cognitive Functioning in Old Age: Predications Based on Cohort-Sequential and Longitudinal data. Dlm. P. Baltes and M. Baltes (pnyt). Successful Aging : Perspective From the Social Science. New York: Cambridge University Press. Schmandt, H.J. & Bloomberg, W. Jr.1969. The Quality of Urban Life: Urban Affair Annual Reviews. Beverly Hills: Sage Publications Inc. Schalock, R.L. 1994. Promoting Quality through quality enhancement Techniques ang outcome base evaluation. Journal on developmental disabilities 3(2): 1-16. Sheldon, E. B. & Moore , W. E. 1968. (pnyt.). Indicators of Social Change: Concepts and Measurements. New York: Rusell Sage Foundation. Siti

Fatimah

Abdul

Rahman.

2006.

Kriteria

kualiti

hidup

berkeluarga.

http://www.ikim.gov.my/bm/paparmedia.php?key=781 [25 Mac 2008]. Szalai, A. & Andrews, F.M. 1980. The Qualiy of life: Comparative studies. USA: Sage Studies in International Sociology 20. Unit Perancang Ekonomi. 1999. Usaha ke arah peningkatan kualiti hidup: Kualiti hidup Malaysia 99. Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 25)

Unit Perancang Ekonomi. 2002. Kualiti hidup Malaysia 2002. Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. Varni, J. W., Burnwinkle, T. M., & Seid, M. 2006. The PedsQL 4.0 as a school population health measure: Feasibility, reliability and validity. Quality of Life Research 15: 203–215. WHO. 1993. WHO-QOL Study protocol: The development of the World Health Organization quality of life assessment instrument. Geneva: World

Health

Organization. Zautra, A. & Goodheart, D. 1979. Quality of Life indicators:a review of the literature. CommunityMental Health Review 4 (1): 2-10. Zhan, L. 1992. Quality of life: Copceptual and measurement issues. Journal of Advanced Nursing 17: 795-800.

Related Documents

Kualiti Hidup
April 2020 29
Apakah Kualiti
May 2020 31
Penerapan Kualiti
October 2019 43
Hidup
May 2020 41
Hidup
November 2019 56