SUKAN DAN REKREASI Rekreasi membawa maksud aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan. Rekreasi terbahagi kepada 2, iaitu Rekreasi dalam dan Rekreasi luar. Ford (1981) pula mendefinisikan rekreasi sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Manakala Hammerman et.at (1985) telah mendefinisikan sukan rekreasi sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Akhir sekali, Knapp (1981) menyatakan bahawa sukan rekreasi sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. diubahsuai
selaras
dengan
matlamat
”humanization
Sukan rekreasi telah og
education”
iaitu
perkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan yang sama dengan aspek jasmani. Sukan rekreasi adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu.
KEPENTINGAN SUKAN REKREASI
Sukan Rekreasi penting dalam✔ Pembentukan personaliti yang baik ✔ Modal insan negara kelas pertama ✔ Aktiviti rekreasi akan membantu terhadap pembangunan mentaliti dan kualiti
masyarakat. ✔ Membentuk satu gaya hidup yang sihat ✔ Bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira kaum. ✔ Membina nilai kepimpinan dalam diri seseorang supaya individu itu dapat menjadi seorang mepimpin yang baik dan berwibawa/ ✔ Memperoleh dan memperkembangkan bakat, melakukan aktiviti dengan tahap kecekapan fizikal dan keyakinan diri yang tinggi. ✔ Meningkatkan semangat kesukanan sesama individu. ✔ Membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat.
KEPENTINGAN SUKAN REKREASI DALAM KURIKULUM
Sukan rekreasi memain peranan yang penting dalam merealisasi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu komponen penting
dalam sukatan
Pendidikan Jasmani.
Denganya adanya sukan rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat.
Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila seseorang itu mula melibakan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok.
Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. Contohnya apabila individu A berasa marah atau hatinya tidak tenteram , pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi dia pasti dapat menenangkan fikirnya dan membuat keputusan yang baik untuk menyelesaikan masalahnya.
Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah. Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula, Seseorang individu boleh mempelajari nilai nilai murni secara tidak langsungnya apabila mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.
Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya member banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di IPTA.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM SUKAN DAN REKREASI
Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan
terhadap sesuatu perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini.
Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua orang sejak di bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka terhadap kepentingan alam sekitar kita. Hal ini kerana isu alam sekitar sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera. Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak murid melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran.
Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius.
Selain itu, pendidikan konservasi utama untuk menanamkan semangat
dalam sukan rekrasi juga menjadi alat
untu menjaga alam sekitar dan sekaligus
menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya.
Pendek kata, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememang sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam
menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau
PERKHEMAHAN Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. Selain itu, aktiviti perkhemahan juga merupakan diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan
para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada
kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan Seterusnya,
diri masing – masing.
perkhemahan
yang
dilaksanakan
secara
sistematik
dan
bersepadu, secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan
kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing – masing.
Misalnya dengan
menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja
dapat pengetahuan tentang flora dan fauna, tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar
KRITERIA PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN
1. Tanah atau tapak yang rata. Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan
pemasangan
khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut. Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun.
2. Berhampiran punca air. Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih. Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih. Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tiada pencemaran.
3.Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.
4. Jauh daripada dahan mati. Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan. Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan tersebut.
5. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.
Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting
untuk
mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang jika berkhemah di pantai.
6. Mudah untuk mendapatkan bantuan. Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada
keadaan
tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang atau mudah dihubungi.
Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah
dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan.
7. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk memasak perlu diambil kira. Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu rantingranting mati, tapak perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk mendapatkan bahan tersebut.
8. Keselamatan kawasan perkhemahan. Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting. Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar. 9. Denai Binatang Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.
JENIS-JENIS PERKHEMAHAN Khemah merupakan tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu. Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin. Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: • Rigde tent
• Frame tent • Dome tent • Bell tent
Ridge tent • Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. • Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat
Dome tent • Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. • Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya
.
Frame tent • Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. • Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
Bell tent • Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. • Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.
Shelter • Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi • Boleh melindungi daripada serangga,panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk. • Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya
Jenis-jenis Shelter
1.Phonco-Lean-To Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja Pastikan shelter tidak menghala arah angin
2.Phonco Tent • Mudah dibina.
• Diikat diantara dua pokok • Shelter tertutup pada dua bahagian,kiri dan kanan.
3. One man Shelter • Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. • Saiz yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.
PELAN LOKASI PERKHEMAHAN
DAPUR & DEWAN MAKAN
KHEMAH PELAJAR LELAKI
KHEMAH PELAJAR PEREMPUAN
PINTU
PETUNJUK: TANDAS
TONG SAMPAH
BILIK RAWATAN AMPAIAN
TIANG BENDERA
Lokasi perkhemahan perlulah berada di tempat yang selamat dan strategik. Tapak perkhemahan haruslah dilengkapi dengan khemah, tandas, bilik rawatan, dapur/ dewan makan, pagar untuk keselamatan dan sebagainya. Khemah pelajar lelaki haruslah didirikin berasingan dan jauh daripada khemah pelajar perempuan. Sekitar kawasan perkhemahan perlulah sentiasa bersih dan teratur.
CARA PENJAGAAN KHEMAH
Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang/ pancang. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan susah untuk di buka. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul2 kering Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah. Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri didalam khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak di ingini berlaku.