KRIM KARAMEL Sumber: Noorma’s Kitchen Bahan-bahan 1 cawan susu cair 1 biji telur 1 keping roti gardenia 5 sudu besar gula *Kisar semua bahan ini hingga sebati Untuk gula hangus 3 sudu besar gula 6 sudu besar air masak Cara-cara 1. Mula2 buat gula hangus dulu. Masukkan 3 sudu besar air bersama 3 sudu besar gula dan masak atas api perlahan hingga warna coklat. Ketepikan dan masukkan 3 sudu besar air masak. Kacau dan ketepikan. 2. Sediakan pengukus dan tunggu hingga air mendidih. 3. Dalam loyang, masukkan gula hangus tadi kemudian tuang pula adunan susu yg dh dikisar tadi. 4. Kukus selama 20 minit 5. Sejukkan sebelum dihidangkan.