Konsep Wira Dalam Kesusasteraan Melayu

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Wira Dalam Kesusasteraan Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,858
  • Pages: 10
Pendahuluan Persoalan wira dalam kesusasteraan Melayu kerap dibincangkan oleh para pengkaji kesusasteraan. Wira ialah manusia yang dikenali gagah perkasa dan berwibawa. Menurut Kamus Dewan (1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1465) mendefinisikan wira itu pahlawan dan lelaki. Manakala Glosori Istilah Kesusasteraan (1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 359) pula mentafsirkan wira sebagai watak lelaki atau perempuan yang menjadi tumpuan dalam sebuah karya kesusasteraan. Istilah ini digunakan pada watak-watak yang menjadi perhatian utama para pembaca dan penonton. Istilah wira ini juga dapat dianggap sebagai suatu keunggulan sejarah. Menurut Huzainga, “…a historical life-ideal maybe defined as any concept of excellence man projects into the past”. Beberapa istilah wira telah digunakan dalam kesusasteraan seperti sateria, pahlawan, pendekar, pejuang, tokoh dan srikandi. Menurut Shaharuddin, terdapat dua jenis manusia yang disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu iaitu wira-wira feudal dan wira-wira jenis kebendaan. Kedua-dua konsep wira ini bertentangan dengan nilainilai Islam dan kemanusiaan sejagat tetapi diagung-agungkan oleh golongan elit dan terdidik Melayu sebagai contoh-contoh yang elok ditiru oleh orang-orang Melayu. Penelitian pada buku-buku kesusasteraan ini menunjukkan bahawa tokoh-tokoh feudal yang itu telah diangkat sebagai wira. Tokoh-tokoh zaman kesultanan Melaka seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Fatimah, dan Bendahara Tun Perak mendapat perhatian dalam kesusasteraan ini, dan diketengahkan sebagai watak-watak ideal atau taraf kecemerlangan yang dianggap tinggi dan terpuji.

Terdapat beberapa aspek pemikiran yang disampaikan oleh pengarang untuk menghasilkan sesuatu karya. Seperti Usman Awang sebagai contoh, bahasa yang digunakan beliau penuh dengan tanda-tanda bertujuan untuk mengajak peminat mencari makna-makna tersirat, disamping memahami budaya sosial. Ia menggunakan pendekatan semiotik iaitu sebagai salah satu syarat untuk memahami budaya dan mengkajinya bagi mempertingkatkan angapan sistem makna sosial yang dikongsi bersama (Barley 1983: 398; Mana Sikana 1990: 23-4). Selain itu, idea-idea dalam sastera yang disampaikan oleh pengarang secara implisit menerusi penggunaan simbol, bahasa taip atau bentuk drama, alirannya, perwatakannya dan upacara-upacara tertentu. Drama yang menggunakan banyak dialog atau bahasa juga dikaji melalui pendekatan semiotik. Ini kerana pendekatan semiotik begitu peka dengan kehidupan manusia seharian yang kaya dengan pelbagai sistem perlambangan sama ada sahih atau kabur. Para pengkaji membuat penelitian dengan menjadikan Untuk melihat sesebuah karya, semiotik perlu dijadikan alat kerana kemungkinan adanya sistem yang tersendiri melalui penggunaan sistem tanda atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya berkenaan. Cara yang paling baik untuk menganalisis sesebuah karya melalui pendekatan semiotik adalah dengan berlandaskan kepada konteks adanya sistem tersebut dalam setiap karya yang ingin dikaji (Mana Sikana 1990 : 28). Kita akan melihat hal-hal yang paradoks dan kontradiksi serta stail pengarang yang tersendiri. Hal-hal ini hampir sejajar dengan teori Emberto Eko yang meletakkan lambang sebagai subtance-effect, hasil mainan dua sistem perbezaan yang berlainan ataupun sebagai alat untuk berdusta (Emberto Eco 1980). Melalui semiotik juga, kita dapat melihat cara pengarang mengaitkan sesuatu konsep dengan pemkiran atau gagasan idea pengarangnya. Di sinilah kepentingan semiotik digunakan untuk

menentukan

stail

pengarang

memaparkan

realiti

dalam

sesebuah

teks

dan

meghubungkannya dengan persoalan budaya dan masyarakat di mana ruang dan dunia pengarang yang berada. Objektif kajian ini akan membincangkan tentang cara pengarang mentafsir sesuatu ikon dan pola masyarakat, sesuai dengan struktur dan bahasa drama yang puitik dan moden. Selain itu, ia mengkaji bagaimana cara sesuatu cerita itu disampaikan kepada orang Melayu pada waktu itu supaya dapat diterima dengan sepenuhnya. Di samping itu, kita dapat menambah ilmu pengetahuan serta mengenalpasti ciri-ciri wira yang terdapat dalam drama ini. Batasan kajian adalah pengkaji ingin mendekati sesuatu teks sastera dengan menggunakan pendekatan semiotik. Ia membincangkan tentang usaha pengarang yang mahu mentafsir sesuatu ikon dan pola masyarakat, sesuai dengan struktur dan bahasa drama yang puitik dan moden. Dalam hal ini, pengkaji akan menggunakan tiga buah drama iaitu ‘Matinya Seorang Pahlawan, Tamu di Bukit Kenny dan, Uda dan Dara’ oleh Usman Awang sebagai bahan rujukan.

Konsep wira dalam drama Matinya Seorang Pahlawan Melalui drama Matinya Seorang Pahlawan dipaparkan konflik Hang Tuah dengan Hang Jebat untuk menunjukkan bahawa pengarang cuba mentafsir kembali konsep setia dan derhaka yang difahami oleh manusia feudal. Salah satu tekniknya yang menarik ialah transformasi daripada feudalisme kepada modenisme. Usman Awang berjaya memaparkannya melalui kekuatan bahasanya.Menerusi pendekatan semiotik ,,percubaan ini sangat menarik kerana pengarangnya berjaya mengetengahkan konsep setia dan derhaka dan juga antara feudalisme dan modenisme. Lebih jelas lagi Usman Awang telah mempertikaikan nilai sosial masa lalu dengan meletakkan satu tafsiran baru dalam konteks sosial masa kini. Justeru itu wira dalam drama Matinya Seorang Pahlawan ialah Hang Jebat yang diberkan nilai moden atas keberaniannya menentang tradisi feudalisme dan mengingatkan sesuatu yang baru yang menyimpang daripada kebiasaan masyarakatnya. Usman Awang turut memasukkan adegan pertikaman di antara Jebat dan Tuah dan diselang-seli dengan pertikaman lidah di antara kedua-duanya dengan konsep setia dan derhaka sebagai satu lambang pertikaman falsafah. Matinya Seorang Pahlawan didominankan oleh pelbagai system tanda yang diwakili oleh tokoh-tokoh Hang Tuah dan Hang Jebat yang mempertikaikan soal keadilan dan kebenaran, maksud setia dan derhak,erti kawan dan lawan,dan yang kalah dengan yang menang. Dalam drama Matinya Seorang Pahlawan adalah simbol manusia yang berprinsip yang mempunyai semangat kesetiaan dan ikatan persahabatan yang kental serta tidak gental dengan sebarang bentuk tekanan. Hal ini seperti mana yang diungkapkan dalam dialog di bawah;

Hang Jebat: Tapi taat setiamu itu menyebabkan aku ketawa dan betapa anehnya kurasakan sekarang ketika orang yang menitahkan kematianmu kau junjung dengan segala kerelaan; seperti kau menjunjung titahnya sekarang untuk membunuh orang yang membela kematianmu. Hang Tuah: Mengapa tidak? Aku telah dititahkan sebab Yang di-Pertuan menghendaki kematian dan darah harus mengalir dari tubuhmu supaya kematian itu datang nanti. Sikap kesetiaan dan keperwiraan Tuah yang diungkapkan melalui frasa taat setiamu, seperti kau menjunjung titahnya dan darah harus mengalir dari tubuhmu adalah gambaran jelas bahawa demi taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada raja, Tuah sanggup menjunjung titah untuk membunuh sahabatnya sendiri. Kesetiaan Tuah tidak ada usul periksa ,sedangkan kesetiaan Jebat

banyak persoalannya. Justeru itu, apabila

berhadapan dengan pejuang keadilan yang dihantui oleh perasaan, Hang Tuah tetap teguh dengan keyakinan dan sikapnya untuk membela sistem pemerintahan yang tetap mempertahankan raja ,walaupun maksud keadilan raja itu boleh dipertikaikan. Hang Tuah telah menjadi lambang kepahlawanan bangsa Melayu dan dalam penulisan drama ini, ia menjadi tumpuan Usman Awang untuk menceritakan kegagahannya. Hang Tuah telah menjadi tokoh wira yang dipuja zaman berzaman. Ketokohan ini turut dikongsi oleh Kassim Ahmad yang berpendapat; Hang Tuah telah dikenali oleh sebab keberanian dan kepahlawanan yang luar biasa. Sifat-sifat dirinya yang selalu memainkan peranan yang penting.Dia tidak takut kepada apa-apapun dan tidak menolak sesuatu cabaran untuk berlawan. Telah menjadi satu pegangannya yang dia tidak tunduk kepada sebarang ugutan,mahupun yang dibuatnya sendiri (Perwatakan Dalam Hikayat Hang Tuah 1973;hlm.46)

Hang Tuah melambangkan kekuatan bangsa Melayu dan merupakan satu simbol dari penjelmaan sifat-sifat keperwiraan bangsa Melayu dan ia dianggap sebagai daya aspirasi rakyat seluruhnya. Hal seperti ini digambarkan dalam perbualan drama Matinya Seorang Pahlawan di bawah; Hang Tuah: Hai Jebat, cemar sekali perbuatanmu melangkahi adat dan peraturan; yang mesti dimuliakan oleh raja kerana kita adalah hamba yang berlutut di bawah kebesarannya. Turunlah sekarang supaya engkau membayar menunaikan hutang yang engkau sangkutkan atas darah dan airmata dan sifat derhaka mencemarkan negeri dan bangsa Usman Awang menggambarkan tentang Hang Tuah seorang wira yang ideal dengan imej taat setianya dan seluruh jiwa raganya dicurahkan kepada sultan. Melalui ungkapan

kerana kita adalah hamba dan yang berlutut di bawah kebesarannya jelas

menunjukkan kepaduan dan kebulatan taat setia Hang Tuah kepada rajanya ,meskipun mengetahui dia telah terfitnah. Hang Tuah muncul sebagai pahlawan gagah berani,taat seia dan menjunjung perintah.Dapat dikatakan bahawa keperwiraannya hasil daripada pancaran ketaatsetiaan seorang hamba kepada tuannya. Seorang tuan mempunyai kuasa yang tidak boleh diganggu-gugat.Kuasanya mutlak dan hak.Berdiri atas daulatnya dan duduk di bawah cemaranya.Hang Tuah adalah tokoh perwira bagi sebuah masyarakat feudalismenya. Apabila

menggambarkan kebijaksanaan pula,Usman Awang menggunakan

pemilihan diksi atau kata-kata yang tepat. Hang Tuah dengan muslihatnya berjaya merampas kembali Keris Taming Sari dan berhasil mengalahkan Hang Jebat. Dalam konteks ini,keperwiraan diungkapkan…

Hang Jebat: Hai,Tuah! Engkau laksamana terbilang dan tak pernah kutahu kau akan mencuri menyambar kerana kau pahlawan dan seorang pendekar harum berani dan gagah serta berani maka sekarang kau sanggup menipu mencuri dan merampas hartaku? Hang Tuah: Ingat Jebat, Taming Sari ini kepunyaanku, kurnia dari Seri Betara Majapahit yang selalu merestu maka kuambil milik ini darimu Usman Awang menggunakan frasa Engkau laksamana terbilang tak pernah kutahu kau akan mencuri menyambar dan kau sanggup menipu mencuri dan merampas hartaku? ini memperlihatkan akan kebijaksanaan Hang Tuah memperdaya Hang Jebat untuk mendapatkan kembali haknya. Malah kebijaksanaan itu tidak disedari atau dikeetahui langsung oleh Hang Jebat. Tanda atau petanda yang diungkapkan melalui frasa kurnia dari Seri Betara Majapahit yang selalu merestu pula menggambarkan betapa kebijaksanaan Hang Tuah sehingga diberi restu oleh Seri Betara Majapahit untuk menggunakan keris Taming Sari. Jelas sekali keperwiraan Hang Tuah masyhur di seluruh Nusantara . Kelebihan-kelebihan yang disandarkan kepada Tuah sebenarnya hendak menggambarkan kelebihan-kelebihan bangsa itu sendiri. Ketika menulis kata-kata pendahuluan buku Laksaman Hang Tuah karya Abdul Samad Ahmad,Za’ba turut menyatakan; Walaupun cerita Hang Tuah tidak semestinya sejarah tetapi tidak syak lagi keperwiraan Hang Tuah memang ada dan usaha menghidupkannya kembali kisah keperwiraan Hang Tuah dapat dianggap sebagai hendak menghidupkan semula kemegahan bangsa Melayu zaman dahulu kala.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, drama yang dikaji ini menggambarkan perbezaan kelas antara golongan masyarakat di negara ini dan dengan tegas golongan masyarakat Melayu kebanyakannya berada di tahap yang paling rendah. Wira dalam karya-karya drama yang dikaji merupakan tokoh-tokoh masyarakat yang berani menentang sistem sosialnya. Jika mereka gagal membawa perubahan kerana perjuangannya tidak diterima oleh masyarakat yang telah didominasikan dengan fahaman-fahaman sempit tentang prinsip-prinsip kemanusiaan seperti keadilan dan kebenaran, Usman Awang tetap memenangkan mereka ini dengan cara melahirkan tokohtokoh lain untuk meneruskan perjuangan dan idealismenya itu. Ini terjadi kepada Hang Tuah, Uda dan Tun Kudu. Andainya pengertian wira didasarkan pada fahaman tradisi tetapi berbeza pula dengan tokoh wira dalam pemikiran Usman Awang. Di sini jelaslah bahawa sasterawan ini sekaligus menentang tradisi kesusasteraan Melayu kerana yang paling penting dalam konteks masyarakat masa kini ialah humanisme sosialnya. Berdasarkan simbol dan lambang-lambang yang digunakan dalam drama “Uda dan Dara“ itu, kelihatan pengarangnay seperti memenangkan golongan marhaen iaitu petani yang tertindas. Gambaran seperti ini merupakan manifestasi perjuangan kaum politeriat dalam satu revolusi sosial.

BIBLIOGRAFI ________.1988. “Laporan Panel Anugerah Sastera 1983“ dalam Drama-drama Pilihan Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Napiah. 1987. Drama Moden Malaysia. Perkembangan dan Perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halijah Rahmat. 2006. Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Selangor: Dewana Sdn. Bhd. Mana Sikana. 1990. Matinya Seorang Pahlawan. Selangor: Penerbit Karyawan. Othman Puteh. 1994. Teks Cerminan Nilai Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Perubahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. S. Nathesan. 2001. Makna dalam Bahasa Melayu. 2001. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Aisah Murad. 1993. Konsep Wira dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Usman Awang. 1994. Tamu di Bukit Kenny. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Yusuf. Julai 2002. Unsur Ketesiratan dalam Novel-novel Melayu. Dewan Bahasa. Indirawati Zahid. Ogos 2003. Semantik Leksikal: Penjenisan dan Hubungan Makna. Dewan Bahasa dan Pustaka.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BBK 3212 KRITIKAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU TAJUK

:

KONSEP WIRA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

NAMA AHLI KUMPULAN : ANIZA BT. MALIK

B 9244

MAZIDAH BT. MOHAMAD ZALIHAN

B 9242

NOR HAFIZAH BT. JAMALUDIN

B 9144

NURMARIA BT. ARSHAD

B 9145

NAMA PENSYARAH : DR. NIK RAFIDAH BT. NIK MUHAMAD AFFENDI SEMESTER :

6

TARIKH HANTAR : 4 SEPTEMBER 2008

Related Documents