Konsep Melayu 2

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Melayu 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,436
  • Pages: 47
Konsep Melayu

Definisi Awal Istilah “Melayu” M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis sekitar tahun 100-150 Masihi. Menurut Gerini, istilah ini diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Perkataan Melayu juga dapat dikesan dalam sebuah kitab Hindu Purba yang berjudul Purana. Dalam kitab tersebut, terdapat perkataan Malaya dvipa.

Menurut para penyelidik, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera, yang merupakan tempat asal bahasa Melayu.

Selain itu, perkataan Melayu ditemui di dalam tulisan China yang bertulis pada zaman Dinasti Tang. Tulisan ini menyatakan bahawa orang Molo-yeu mengirim utusan ke negera China untuk memepersembahkan hasilhasil bumi kepada raja China. Para penyelidik percaya bahawa kerajaan Mo-lo-yeu yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi, Sumatera.

Terdapat lagi dalam tulisan China yang menyebut perkataan Melayu iaitu pada catatan seorang rahib Buddha yang bernama I-Tsing. Beliau menggunakan istilah Mo-lo-yu pada dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Melayu yang berpangkalan di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang. I-Tsing juga menyatakan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar untuk mengajar bahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha.

Menurut pengembara China yang singgah di Nusantara, bahasa yang dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini telah dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan komunikasi. Para penyelidik berpendapat bahawa bahasa K’un-lun ini adalah bahasa Melayu Kuno.

Catatan pengembara China ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno telah digunakan sebagai bahasa pengantaraan atau lingua franca pada

zaman kerajaan Sriwijaya. Bahasa Melayu juga disebut oleh pengembara China sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya.

Tambahan lagi, istilah Melayu juga turut ditemukan tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang bertarikh 1286 M yang ditemukan di Padang Rocore di Sungai Batanghari, Sumatera Selatan.

Di dalam buku Sejarah Melayu pula, Istilah Melayu dikaitkan dengan nama sungai, iaitu Sungai Melayu seperti dalam petikan berikut:

“....... adapun Negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya.....” (Sejarah Melayu, 1977, hlm. 16)

Definisi “Melayu” dari segi Etimologi Zuber Osman berpendapat bahawa perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya yang merupakan kependekan bagi perkataan hima alaya. Perkataan alaya bermaksud “tempat” dan hima alaya bermaksud “tempat bersalji”. Dengan itu, pergunungan Himalaya dikatakan sebagai tempat asal orang Melayu.

Pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat, tercatat perkataan Melayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “Kerajaan

Melayu”. Dengan kata lain, istilah Melayu diambil daripada perkataan Malayapura.

Istilah Melayu juga disebutkan diambil daripada perkataan bahasa Jawa Kuno, mlayu, yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke manamana”. Maksud perkataan ini dikatakan sesuai dengan orang Melayu yang dikatakan berpindah dari Yunan menuju kekawasan Selatan, menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera.

Mohd. Dahlan Mansoer pula berpendapat bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Sungai itu dinamakan demikian keran airnya mengalir dengan amat deras seperti berlari.

Menurut Van der Tuuk pula, istilah Melayu itu bererti “menyeberang”, iaitu merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam.

Harun Aminurrashid menyatakan bahawa istilah Melayu diambil daripada perkataan bahasa Sanskrit iaitu Malaya dan bahasa Tamil iaitu Malai yang bermaksud “tempat tinggi”.

Definisi “Melayu” Berasaskan Bangsa Dalam pengertian yang luas, perkataan Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di kepulauan Melayu. Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga meliputi kawasan Austronesia yang lain iaitu kawasan di sebelah Timur yang merangkumi Keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.

Melalui pengertian yang diberikan oleh UNESCO pada tahun 1972, perkataan Melayu digunakan untuk merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

Di Malaysia, pengertian Melayu menjadi lebih sempit iaitu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153. Seseorang itu

ditakrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.

Salasiah Bahasa

Melayu Berdasarkan rajah salasiah bahasa, bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia yang tergolong dalam filum Austris seperti dalam rajah:

Ada di kalangan pengkaji yang membahagikan rumpun Austronesia kepada rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia) dan rumpun Austronesia Timur (Ocenesia). Rumpun Hesperanesia melahirkan keluarga bahasa Indonesia. Keluarga bahasa ini dibahagikan lagi kepada bahasa subkeluarga bahasa Indonesia Pusat dan Filipina-Formosa.

Kelompok Indonesia Pusat terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa Bumiputera Sarawak (kecuali bahasa Bisaya), bahasa di Kalimantan dan bahasa di Kepulauan Sumatera. Kelompok Filipina-Formosa pula terdiri daripada bahasa di Filaipina, bahasa Bumiputera di Sabah dan bahasa di Brunei (kecuali bahasa Melayu dan bahasa Lun Dayeh).

Daripada rajah salasiah bahasa, bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara dan di bawah subkeluarga Indonesia Pusat. Dalam subkeluarga itu, bahasa Melayu termasuk dalam golongan bahasa Sumatera, bahasa Batak, Aceh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Dari segi perkembangan Bahasa Melayu pula, para pengkaji biasanya membahagikannya kepada empat peringkat iaitu bahasa Melayu Purba, Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden.

Namun, anggapan ini tidak dipersetujui oleh Asmah Haji Omar. Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba sebenarnya berdasarkan skema berikut:

Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

Namun Bahasa Melayu Purba telah berkembang akibat pengaruh Hindu dan menjadi Bahasa Melayu Kuno. Bahasa ini banyak meminjam kosa kata daripada bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu Kuno mengalami peralihan ke bahasa Melayu Klasik kerana dipengaruhi oleh unsur Islam. Kemudian bahasa ini beralih ke bahasa Melayu Moden pada abad ke-19.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu

Ciri-ciri Bahasa Melayu adalah seperti kebanyakan ciri bahasa lain yang ada di dunia ini. Suatu bahasa itu hendaklah mempunyai bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia dan

mempunyai sistem

penyusunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu dan bentuk sintaksis.

Disamping itu, Bahasa Melayu mempunyai bentuk dan tatabahasa tersendiri yang berlainan dengan bahasa yang lain. Tambahan pula, dalam bahasa, tiap-tiap pertuturan membawa maksud bagi penutur dan pendengar.

Bahasa Melayu berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berkomunikasi dengan orang yang berlainan bahasa. Pertembungan ini menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Bahasa ini juga adalah bahasa arbitrari iaitu suatu bunyi yang dilafazkan tidak semestinya sama dengan benda yang dimaksudkan. Selain itu, bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan satu demi satu iaitu dengan pergerakan alat-alat sebutan. Dengan erti kata lain secara linear.

Fungsi Bahasa Melayu

Semasa kerajaan Melayu Melaka, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pentadbiran iaitu bahasa yang digunakan oleh kerajaan dalam urusanurusan rasminya.

Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perdagangan di Melaka dan menjadi alat penyebar ilmu agama Islam pada zaman tersebut. Pada masa sekarang, bahasa Melayu dijadikan bahasa komunikasi di Malaysia.

Oleh kerana di Malaysia mempunyai berbagai bangsa, maka bahasa Melayu Johor digunakan sebagai bahasa perpaduan. Sebelum kemerdekaan, setiap sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan. Namun selepas kemerdekaan, bahasa Melayu dimartabatkan menjadi bahasa ilmu.

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1.

Bibir atas

11.

Tengah lidah

2.

Bibir bawah

12.

Belakang lidah

3.

Gigi atas

13.

Akar lidah

4.

Gigi bawah

14.

Epiglotis

5.

Gusi

15.

Pita suara

6.

Lelangit keras

16.

Rongga tekak

7.

Lelangit lembut

17.

Rongga Hidung

8.

Anak tekak

18.

Rongga mulut

9.

Hujung lidah

19.

Rahang

10.

Hadapan lidah

20.

Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN

Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan

sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga

mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

JENISJENIS BUNYI Bunyi Vokal Bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara yang mana apabila bersuara, pita suara digetarkan dan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut. Dalam Bahasa Melayu, terdapat

enam vokal asli iaitu tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang.

Rajah 1.1

Keratan Rentas lidah sebagai carta vokal bahasa

Melayu Tiga bunyi vokal i, a dan u wujud di awal, tengah dan akhir kata. Vokal e ( e taling), o dan e (e pepet) wujud di awal dan akhir kata. Namun hadir pada akhir kata pinjaman yang bersuku kata terbuka.

Vokal

Awal Kata

Kedudukan Tengah Kata Tengah Kata Akhir Kata (terbuka)

(Tertutup)

i

itu

pisang

pintar

Pari

e

ekor

Lelong

tennis

tauge

a

ayam

Bakul

bakso

Bara

u

Urat

Surat

suntuk

sumbu

o

orang

Borang

rompang

Konco

e[ ]

enau

lesi

lembap

nasionalism e

PENGHASILAN BUNYI VOKAL Vokal Depan Sempit [ i ] Bahagian depan lidah diangkat setinggi-tingginya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara. Bibir dalam keadaan hampar.

Contoh suku kata

Vokal Depan Separuh Sempit [ e ] Bahagian depan diturunkan sepertiga dari kedudukannya untuk mengeluarkan vokal depan sempit. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara. Bibir berada dalam keadaan hampar. Contoh Suku Kata

Vokal Depan Luas [ a ] Bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke balakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang

dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara. Bibir berada dalam keadaan hampar. Contoh Suku Kata

Vocal Belakang Sempit [ u ] Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara. Bibir berada dalam keadaan bundar. Contoh suku kata

Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ] Bahagian balakang lidah diturunkan sepertiga dari kedudukannya untuk mengeluarkan vokal balakang sempit. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara. Bibir berada dalam keadaan bundar. Contoh Suku Kata

Vokal Tengah [ Ə ] Puncak tengah lidah terletak di antara kedudukan untuk mangeluarkan vokal separuh luas dan vokal separuh sempit. Lelangit lembut terangkat ke belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara. Bibir berada dalam keadaan biasa. Contoh Suku Kata

BUNYI KONSONAN Bunyi konsonan pula terdiri daripada bunyi yang bersuara atau tidak bersuara. Bunyi konsonan dibahagikan kepada konsonan asli dan konsonan pinjaman. Cara Sebutan

Daerah Sebutan Bibir

Letupan

p, b

Gigi-Gusi

s

Getaran

r m

Sisian

Konsonan Letupan

Keras

Lembut k, g

Glotis

k[?]

c[c], j[j]

Geseran

Separuh Vokal

Lelangit

t, d

Letusan

Sengauan

Lelangit

n

h

/ny/[ŋ]

l w

y

/ng/[ŋ]

Bunyi letupan terhasil apabila alat sebutan dirapatkan pada mana-mana daerah sebutan. Dalam hal ini, arus udara dari paru-paru yang melalui rongga mulut akan tersekat dan kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta untuk menghasilkan bunyi letupan ( plosif ).

Letupan Dua Bibir Tak Bersuara [ p ] Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Contoh Suku Kata

Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ] Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara. Contoh Suku Kata

Letupan Gigi-Gusi Tak Bersuara [ t ] Hujung lidah ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Contoh Suku Kata

Letupan Gigi-Gusi Bersuara [ d ] Hujung lidah ditemukan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara. Contoh Suku Kata

Letupan Lelangit Lembut Tak Bersuara [ k ] Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara dari paru-paru tersekat pada bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta tanpa manggetarkan pita suara. Contoh Suku Kata

Letupan Lelangit Lembut [ g ] Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara dari paru-paru tersekat pada

bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara. Contoh Suku Kata

Hentian Glotis [ ? ] Pita suara dirapat serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan pita suara. Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Contoh Suku Kata

Konsonan Letusan Konsonan Letusan Lelangit Keras Tak Bersuara [ č ] Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mullut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras. Sekatan udara dilepaskan secara perlahan-lahan tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Letusan Lelangit Keras Bersuara [ j ] Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di

antara depan lidah dan lelangit keras. Sekatan udara dilepaskan secara perlahan-lahan sambil menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Konsonan Geseran

Kosonan Gigi-Gusi Tak Bersuara [ s ] Daun lidah didekatkan ke daerah gigii-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah. Pita suara tidak digetarkan.

Contoh Suku Kata

Geseran Glotis Tak Bersuara [ h ] Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Pita suara direnggangkan luas dan udara dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka seperti keadaan biasa ketika bernafas.

Contoh Suku Kata

Konsonan Geseran

Konsonan Geseran Gigi-Gusi Bersuara [ r ] Hujung lidah dikenakan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Konsonan Sengauan Konsonan sengauan ( nasal ) ialah bunyi yang terhasil apabila lelangit lembut direndahkan dan udara keluar melalui rongga hidung.

Konsonan Dua Bibir Bersuara [ m ]

Bibir baawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Sengauan gigi-gusi Bersuara [ n ] Hujung lidah dirapatkan ke gigi-gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Sengauan Lelangit Keras Bersuara [ ] Depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Lelangit lembut dalam keadaan dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Sengauan Lelangit Lembut Bersuara [ ŋ ] Belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Konsonan Sisian

Konsonan gigi-gusi Bersuara [ l ] Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru

melalui rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Konsonan Separuh Vokal Bunyi konsonan ini terhasil apabila artikulator yang terlibat membuat geluncuran dan penujuan dari satu vokal ke arah vokal yang mengikutinya. Penghasilan yang sama dengan penghasilan bunyi vokal tetapi berlaku sedikit penyempitan pada rongga mulut semasa arus udar keluar melaluinya.

Konsonan Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [ w ] Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.

Contoh Suku Kata

Vokal Separuh Lelangit Keras Bersuara [ y ] Depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.

Contoh Suku Kata

Bunyi Konsonan Pinjaman

Geseran bibir-gigi Tak Bersuara [ f ] Bibir bawah dirapatkan pada gigi atas supaya membuat sempitan. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Geseran Bibir-Gigi Bersuara [ v ] Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya membuat sempitan. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas sambil menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Geseran Gigi Tak Bersuara [ ө ] Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Geseran Gigi Bersuara [ ∂ ] Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paruparu melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Geseran Gigi-Gusi Bersuara [ z ] Daun lidah didekatkan ke daerah gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluakan dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Geseran Lelangit keras-gusi Tak Bersuara [ š ] Daun lidah dirapatkan ke daerah antara lelangit keras dengan gusi untuk membuat sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga

tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah sempitan daun lidah dan lelangit keras-gusi. Pita suara tidak digetarkan.

Contoh Suku Kata

Geseran Lelangit Lembut Tak Bersuara [ x ] Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan belakang lidah. Pita suara tidak digetarkan.

Contoh Suku Kata

Geseran Lelangit Lembut Bersuara [ ] Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan belakang lidah. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

BUNYI DIFTONG Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.

Diftong [ai] Bermula dengan vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Keadaan bibir terhampar.

Contoh Suku Kata

Diftong [au] Bermula dengan vokal depan luas dan digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Keadaan bibir bundar.

Contoh Suku Kata

Diftong [oi] Bermula dengan vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Keadan bibir dari bundar menjadi terhampar.

Contoh Suku Kata

Related Documents

Konsep Melayu 2
October 2019 13
Melayu
June 2020 19
Melayu
June 2020 15