KONSEP ILMU Definisi Ilmu Dari segi Bahasa : Berasal dari perkataan Arab "Alima" yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Menurut Bahasa Inggeris pula ilmu umumnya diertikan sebagai sains. Perkataan ilmu pada hakikatnya seringkali dikaitkan atau sinonim dengan pengetahuan. Ini kerana pada hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai erti yang sama walaupun mungkin berbeza dari segi penggunaannya. Perkataan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan masalah-masalah yang lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan hanyalah untuk masalah umum sahaja. Ilmu dari segi Istilah : Segala pengatahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dab batiniah. Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar dariapda takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata. Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dekenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu Al-Quran, Syariah, Synnah, Iman, Ilmu Kerohanian, Hikmah, Makrifat, Pemikiran, Sains dan Pendidikan. Ilmu merupakan teras dalam sistem agama Islam dan menduduki tempat yang tertinggi. Penekanan kepada ilmu dalam ajaran Islam jelas terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Penekanan kepada pembacaan sebagai aset terpenting dalam usaha menimba keilmuan dan pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia sebagaimana wahyu yang terawal yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Ilmu pengetahuan merupakan prasyarat terpenting bagi pembangunan bangsa yang kuat dan dihormati. Setiap perkara di dunia ini mestilah disandarkan kepada ilmu seperti iman dan perkara keagamaan, ekonomi,politik, sosial, perpaduan dan sebagainya. Iman atau amalan tanpa ilmu ibarat sebuah bangunan di atas pasir atau sarang labah-labah. Apabila datang ribut yang kuat maka akan binasalah ia. Ilmu pengetahuan juga adalah asas pembentukan sesebuah tamadun manakala akhlak pula adalah pengutuh atau pengukuh yang berperanan mengekalkan kekuatan pembangunan bangsa, negara atau sebuah tamadun.
Kepentingan Ilmu Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke arah kemuliaan dan
kebahagiaan hiudp di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa. Ia juga trbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu. Dengan ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. Pelbagai jenis ilmu yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. Orang yang berilmu dapat mendekatkan didrinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju kebahagian di akhirat. Di antara kepentingan-kepentingan ilmu dapat dijelaskan di sini ialah : a) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (alFathur:ayat 28) b) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9) c) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 ) d) dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah ( sama ada ibadah umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khlifah Allah di muka bumi.
Kedudukan Ilmu Islam amat menggalakkan umatnya menuntut pengetahuan walau dengan apa jua cara dan keadaan sekalipun. tiada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga sekarang yang dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengentahuan. Hal ini dapat dibuktikan apabila wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w yang menitikberatkan ilmu pengetahuan. Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1 - 5 yang bermaksud : " Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekelian makhluk). Ia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya". Kesimpulan dari ayat tersebut :a) Allah s.w.t menyuruh manusia membaca yang membawa proses pengenalan, pengamatan, pengingatan dan pemikiran (ransangan akal).
b) Allah s.w.t memerintah manusia supaya berfikir tentang kejadian alam yang mana segala tanda-tanda yang ada pada kejadian alam adalah sumber ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dikatikan dengan Islam kerana Islam adalah agama yang mementingkan ilmu pengetahuan malah Islam mewajibkan supaya umatnya menuntut ilmu. Antara dalil-dalil yang menekankan kewajipan menuntut ilmu : a) Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam" b) sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad". c) sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"
Ilmu pengetahuan juga dikaitkan dengan ibadah kerana menuntut ilmu merupakan ibadah yang diber ganjaran oleh Allah s.w.t. Banyak dalil dari al_quran dan hadith yang menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu antaranya :a) Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke Syurga". b) sabda Rasullalah yang bermaksud : " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah pertanyaan, dari itu bertanyalah! sesungguhnya setiap kali ada yang bertanya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu : yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar dan yang mengintai mereka." c) Sabda Rasullah yang bermaksud : " Sekiranya anda keluar ada waktu pagi untuk memepelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anada solat 100 rakaat". d) Firman Allah yang bermaksud :" Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat".
Pembahagian Ilmu Mengikut perspektif Islam pembahagian ilmu ebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa segi iaitu :
a) Dari segi kewajipan menuntut ilmu ( menurut Imam al-Ghazali ) i) Ilmu Fardhu Ain : iaitu kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat Islam yang baligh dan berakal supaya mengetahui dan mempelajarinya bagi memenuhi tuntutan agama. Contoh : Ilmuilmu yang berkaitan dengan ibadah wajip atau kepercayaan (Aqidah). Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang berkaitan dengan perkara yang berupa kepercayaan dan perbuatan yang mesti dilakukan atau ditinggalkan.
ii) Ilmu Fardhu Kifayah : Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat islam. Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat Islam. Ilmu fardhu kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya contohnya : Ilmu Kedoktoran, pengurusan, teknologi dan sebagainya. Segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka menuntutnya pun wajip ke atas mereka kerana ilmu-ilmu tersebut terlalu banyak dan terlalu luas bidangnya. Kewajipan tersebut diserahkan kepada seluruh umat Islam secara bergotong-royong atau pembahagian tugas di antara mereka.
b) Dari segi hubungannya dengan Syariat. i) Ilmu Syariat : Terbahagi kepada 4 iaitu : a. Ilmu Usul : iaitu ilmu yang asas tentang al-Quran, Sunnah Ijma' ata peninggalan sahabat. b. Ilmu Furu' : iaitu ilmu yang diluaskan daripada Ilmu usul contohnya : Fiqh, Faraid dan sebagainya. c. Ilmu Muqaddimah atau pengantar : iaitu Ilmu yang berupa alat untuk memahami al-Quran dan Sunnah contohnya : Belajar mengenal huruf jawi atau tulisan arab. d. Ilmu Penyempurnaan : Ilmu yang bertujuan untuk menyempurnakan lagi ilmu al-Quran dan Hadith contohnya : Ilmu Tajwid, Tafsir dan sebagainya. ii ) Ilmu Bukan Syariat : ianya terbahagi kepada 2 iaitu : a. Ilmu yang terpuji : sama seperti ilmu fardhu kifayah contohnya : Matematik, Sains Ekonomi , Pertanian dsb. b. Ilmu yang tercela : ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan dan perpecahan malah mendapat kebencian Allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan sebagainya.
c) Dari segi Cara Memperolehinya i. Ilmu kasbi : Ilmu yang dieperolehi dariapda usaha aiatu melalui proses pembelajaran. Contohnya : Ilmusains, Matematik dan sebagainya. ii. Ilmu Ladunni atau Wahbi : Ilmu pemberian langsung dari Allah s.w.t melalui Wahyu atau ilham. Cohtohnya : Ilmu para Nabi dan Rasul.
d) Dari segi Sumber : i. Ilmu Aqli : Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal. Contoh : Matematik, Sains dan sebagainya. ii, Ilmu Naqli : Ilmu yang diperolehi melalui ayat atau wahyu. Cohtoh : Al-Quran atau Hadith.
Sumber-Sumber Ilmu
1. Wahyu Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau oleh akal manusia.
2. Pancaindera Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan seumber pengatahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulnag. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu galgal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matathari kelihatankecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya. 3. Akal Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran mutlak namun memadia untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran hakiki. 4. Intuisi atau Ilham. Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang
sendiri. di dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.
Peranan Ilmu dalam Merealisasikan Tugas Khalifah Ilmu merupakan suatu alat yang penting untuk menjalankan tugas sebagai halifah. Ilmu yang dititikberakan di dalam Islam aitu Ilmu Fardhu Ain kerana ilmu tersebut menusia dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna. Di samping itu setiap manusia perlu mempelajari ilmu Fardhu Kifayah yang berhubung dengan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kedua-dua ilmu ini penting demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Ilmu berperanan merealisasikan tugas manusia sebagai khlifah kerana dengan ilmu manusia dapat melaksankan tanggunjawab-tanggungjawab seperti berikut : a) Tanggungjawab terhadap Allah iaitu dengan beribadah kepadaNya. b) Tanggungjawab terhadap diri iaitu dengan memeliharan hak-hak Diri, Agama, Maruah, akal dan harta. c) Tanggunjawab terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara. d) Tanggungjawab terhadap Alam iaitu amanah kekhalifahan untuk memakmurkan bumi serta lingkungan hidup ini. Alam yang dimaksudkan adalah segala kejadian yang ada di muka bumi ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batu, sungai, langit dan sebagainya.
Hubungan Ilmu, Iman dan Amal Ilmu merupakan hak dan milik Allah s.w.t yang dikurniakan sebahagian sahaja dari ilmuNya kepada manusia bagi membolehkannya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi. Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang dapat membawa manusia untuk mengenali khaliqNya. MakrifatuLlah ialah sumber bagi segala ilmu dan pengetahuan yang dipunyai oleh manusia demi menghampirkan diri kepada Allah s.w.t ( Taqarrub Illahiah) untuk membolehkan manusia mencapai kesempurnaan tujuan kewujudannya iaitu untuk memperhambakan diri dan beribadat kepada Allah, meningkatkan ketaqwaan dan mengukuhkan keimanan manusia terhadap Allah s.w.t memperbanyakkan ibadat dan mempertingkatkan amalan soleh. Ilmu, Iman dan amal mempunyai hubungan antara satu sama lain. Sebagaimana yang telah diketahui ilmu adalah teras agama Islam yang menduduki tempat yang tertinggi.
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang dapat mengenali dan mendekatkan manusia kepada Allah. Ilmu yang dapat menunjukkan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Akhirnya dengan ilmu tersebut dapat melahirkan keimanan terhadap Allah s.w.t sebgaimana yang akan kita bincangkan dalam bab 2 nanti. Apabila wujud dan meningkatnya keimanan terhadap Allah kerana ilmu tadi, maka lahirlah rasa ketaatan yang mana naluri keimanannya sentiasa ingin melaksankan segala perintah yang diturnkan oleh Allah yang berupa segala perbuatan yang melibarkan ibadat serta amalanamalan soleh. Ilmu adalah asas manakala amal adalah hasil atau natijah daripada ilmu. berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muaz menyatakan " ilmu adalah merupakan iman manakala amal merupakan ma'mumnya (pengikutnya)". Di sinilah hubungan dan peranan antara ilmu, iman dan amal yang mana dapat disimpulkan bahawa " Amal tidak akan lahir tanpanya, Iman terhadap allah dan Iman tidak akan lahir tanpa ilmu yang dapat mendekatkan diri seseorang hambanya kepada Allah s.w.t".