PENGANTAR PENDIDIKAN KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal pada 1988; kemudiannya ditukar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) sebagai usaha menaik taraf sistem pendidikan di Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
KONSEP FPK Merujuk 3 ideologi : Rukunegara; Dasar Ekonomi Baru (1971); Dasar Pendidikan Kebangsaan (1996).
Gabungan matlamat, dasar dan amalanamalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Konsep Falsafah Pendidikan Guru menekankan tiga aspek utama iaitu: KETUHANAN : Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. KEMASYARAKATAN : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. KENDIRI : Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia
KETUHAN AN
KENDI RI
KEMASYARAK ATAN