Konflik Di Tempat Kerja

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konflik Di Tempat Kerja as PDF for free.

More details

  • Words: 1,133
  • Pages: 6
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D 62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN PROGRAM / PROGRAM

NCS - CORE ABILITIES (Z-009)

TAHAP / LEVEL

L1

NO. DAN TAJUK MODUL 07 - HANDLING PROBLEM / MODULE NO. AND TITLE KEBOLEHAN / ABILITIES 03.07 : RESOLVE INTERPERSONAL CONFLICTS

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE

NO. KOD / CODE NO

AT THE END OF THIS MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE TO:1. IDENTIFY AND HIGHLIGHT PROBLEMS 2. RESPOND APPROPRIATELY TO PEOPLE AND SITUATION 3. RESOLVE INTERPERSONAL CONFLICTS Z-009-1/M07/P(3/3)

Page : 1

of : 6

TAJUK: KONFLIK DI TEMPAT KERJA TUJUAN: Memberi pengetahuan supaya pelatih-pelatih dapat menangani konflik yang mana mungkin berlaku di tempat kerja dan cara-cara mengatasinya. PENERANGAN: Definisi Konflik Konflik, dalam maksud yang mudah dapat dihuraikan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak yang membawa kepada percanggahan. Taquiri dalam Newstrom dan Davis (1977) pula menyatakan konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua atau lebih pihak secara berterusan. Walaupun definisi-definisi konflik yang dinyatakan tersebut memberi pengertian negatif namun terdapat juga konflik yang bermanfaat iaitu konflik yang menyokong matlamat organisasi dan memperbaiki tahap pencapaian organisasi. Ini bermakna konflik tersebut menjadi sumber perubahan yang progresif kepada organisasi. Manakala konflik tidak bermanfaat ialah konflik yang menghalang unsur-unsur positf dalam menuju pencapaian matlamat.

NO. KOD / CODE NO

Z-009-1/M07/P(3/3)

Page : 2

of : 6

Punca-punca Konflik Ada tiga kelompok besar yang disebut sebagai sumber konflik di tempat kerja, iaitu konflik kerana kesalah fahaman ketika berkomunikasi (cara berbual, sikap, dan alat komunikasi misalnya), kerana perbezaan individu (kepentingan, nilai, pengalaman, dan lain-lain), dan kerana pekerjaan (jenis kerja, penggunaan kemudahan tempat kerja, pembahagian tugas, dan sebagainya).

Kebaikan dan Keburukan Konflik Berbahayakah konflik di tempat kerja? Berbagai jawaban pasti muncul seperti berbahaya atau tidak berbahaya. Konflik merupakan sebahagian dari pengalaman hubungan antarpribadi (interpersonal experience). Kerana tidak dapat dihindari, maka sebaiknya konflik dikelola dengan efektif, sehingga dapat bermanfaat dan dapat menciptakan perbedaan serta pembaharuan ke arah yang lebih baik dalam organisasi. Ada pihak mengatakan bahawa konflik itu negatif dan merosak organisasi. Konflik sebenarnya boleh memberikan manfaat kepada organisasi. Sebagai contoh pengembangan konflik yang positif dapat digunakan oleh organisasi bagi memperbaiki kelemahan yang ada. Konflik merupakan sebahagian dari pengalaman hubungan antara peribadi (interpersonal experience). Kerana tidak dapat dihindari, maka sebaiknya konflik dikelola dengan efektif, sehingga dapat bermanfaat dan dapat menciptakan perbezaan serta pembaharuan ke arah yang lebih baik dalam organisasi.

Tindakan Dalam Menangani Konflik Untuk menangani konflik dengan berkesan, kita harus mengetahui kemampuan diri sendiri, dan juga pihak-pihak yang mempunyai konflik. Ada 4 kaedah yang berkesan bagi mengatasinya:-

1. Muhasabah diri sendiri Bagaimana kita biasanya menghadapi konflik? Kaedah apa yang biasanya digunakan? Apa yang menjadi dasar dan persepsi kita. Perkara ini penting untuk dilakukan sehingga kita dapat ‘mengukur kekuatan’ kita.

2. Membuat penilaian terhadap pihak-pihak yang terlibat Sangat penting bagi kita untuk mengetahui pihak-pihak yang terlibat. Kita dapat mengenalpasti kepentingan apa saja yang mereka miliki, bagaimana nilai dan sikap mereka terhadap konflik tersebut dan apa perasaan mereka atas terjadinya konflik. Kesempatan kita untuk berjaya dalam menangani konflik semakin besar jika kita melihat konflik yang terjadi dari semua sudut positif.

Z-009-1/M07/P(3/3)

NO. KOD / CODE NO

Page : 3

of : 6

3. Mengenalpasti punca konflik Seperti dinyatakan di atas konflik tidak muncul begitu saja. Punca konflik sebaiknya dapat dikenalpasti supaya matlamat pengendalian masalah lebih terarah kepada sebab konflik. Oleh itu harus dikenalpasti terlebih dahulu puncanya.

4. Ketahuilah segera pilihan penyelesaian konflik Mengetahui pilihan penyelesaian atau penanganan konflik yang ada dan memilih yang tepat.

Strategi Atau Teknik Penyelesaian Konflik Disamping empat perkara di atas, terdapat lima strategi atau teknik yang boleh digunakan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku seperti yang ditunjukkan dengan lebih jelas dalam Rajah 1 di bawah. Kenneth Thomas, sarjana pengurusan telah menyarankan strategi persaingan, kompromi, pengelakan, penyesuaian dan permuafakatan bagi mencapai matlamat dan perpaduan dalam pasukan.

Rajah 1 : Strategi Mengatasi Konflik

NO. KOD / CODE NO

Z-009-1/M07/P(3/3)

Page : 4

of : 6

1. Persaingan Strategi persaingan selalunya digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan ia mewujudkan situasi menang-kalah kerana kedua-dua pihak yang berkonflik bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing. Keadaan ini berlaku dalam kumpulan yang kurang mementingkan perpaduan dan lebih mengutamakan pencapaian matlamat yang ditetapkan. Teknik ini juga digunakan untuk menjaga status, membuat keputusan dengan cepat, memudahkan situasi dan memuaskan kehendak semula jadi manusia apabila kedua-dua pihak enggan untuk bertolak ansur serta berbincang secara terbuka.

2.

Pengelakan

Isu-isu konflik dipendamkan atau tidak diendahkan buat sementara waktu untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang berlaku. Ahli kumpulan cuba mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan yang rendah dan keinginan untuk mencapai matlamat adalah rendah. Adakalanya isu-isu konflik sengaja diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab tertentu.

3.

Berkompromi

Strategi kompromi pula menggunakan teknik arbitrasi rundingan dan tawar menawar. Strategi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik daripada penyelesaian yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan kepentingan masing-masing untuk menerima faedah bersama yang telah dipersetujui. Ini bermakna berlaku situasi menang- menang. Kebiasaannya teknik ini melalui proses penyelesaian dengan melibatkan orang ketiga yang bertindak sebagai mediator yang menjadi kepercayaan kedua-dua pihak.

4. Penyesuaian Seterusnya strategi penyesuaian yang biasanya bermatlamat untuk memelihara perhubungan dan kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan konflik dengan cepat. Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak yang lebih dominan kerana keadaan perpaduan kumpulan yang tinggi. Teknik ini hanya memuaskan sebelah pihak sahaja dan lazimnya digunakan oleh majikan yang terlalu berkuasa. Ini bermakna kumpulan kerja tersebut mementingkan perpaduan pasukan namun kepentingan mencapai matlamat adalah rendah.

5. Permuafakatan Strategi yang terakhir ialah permuafakatan. Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing dalam situasi menang-menang. Sikap bertolak ansur dan mementingkan pencapaian matlamat serta perpaduan pasukan menjadi keutamaan.

NO. KOD / CODE NO

Z-009-1/M07/P(3/3)

Page : 5

of : 6

Beberapa panduan tentang penyelesaian konflik 1. Mempastikan komunikasi antara pihak yang terlibat sentiasa dikekalkan. 2. Cuba seberapa boleh mendapatkan penyelesaian menang-menang bagi kedua-dua pihak. 3. Gunakan mediator jika konflik tidak dapat diselesaikan oleh pihak-pihak yang bertelingkah. 4. Kenalpasti sifat-sifat agresif, suka mendesak dan pasif supaya konflik boleh cegah dan dihindarkan.

Kesimpulan Setiap organisasi menghadapi konflik yang berlaku dalam urusan seharian. Namun kekerapan dan punca timbulnya konflik perlu dititikberatkan demi menjayakan matlamat organisasi. Walaupun konflik sering dilihat meninggalkan kesan negatif namun ia juga memberi impak positif. Pengawalan konflik ke satu tahap tertentu dapat membantu meningkatkan persefahaman dan keberkesanan kumpulan dan organisasi. Oleh yang demikian konflik yang berlaku perlu diatasi sebaik mungkin dengan mencari penyelesaian yang bersesuaian dengan situasi yang berlaku.

NO. KOD / CODE NO

Z-009-1/M07/P(3/3)

Page : 6

of : 6

SOALAN:

1. Nyatakan definisi konflik. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

2. Nyatakan punca-punca konflik _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

3. Berikan kebaikan dan keburukan konflik di tempat kerja. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

4. Jelaskan kaedah didalam menangani konflik di tempat kerja anda. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

RUJUKAN: 1. http://www.geocities.com/psmintura/artikel/konflik_dalam_organisasi.htm 19/09/200610.20am 2. http://www.glorianet.org/lowongan/tips-47.html 18/09/200610.13pm

Related Documents