Komunikasi Dalam Tradisi Melayu

  • Uploaded by: helmy_90
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komunikasi Dalam Tradisi Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,023
  • Pages: 21
KOMUNIKASI KEMANUSIAAN KMN 3101 SARJANA MUDA PENGURUSAN (POLISI & SEKITARAN SOSIAL) PENSYARAH:PN. ISMA ROSILA BT. ISMAIL

MOHD ANUAR B. RIDZUAN MOHD KAMARUDIN B. SAFIAI SITI NAZIRAH BT. MOHD ZIN MOHD FARHAN B. OMAR NORBAIZURA BT. RAMLIE ZAINORLI BT. MAMAT UK17988 SUHAIRI BIN AHMAD RAZALY

UK17049 UK17578 UK17750 UK17794 UK17844

UK18127

KOMUNIKASI DALAM TRADISI MELAYU

 Idea untuk membentangkan tajuk ini terhasil

setelah kami melawati laman web:http://www.geocities.com/wiramanja01/kertas_kerj a.htm  Tajuk ini telah dibentangkan pada Persidangan Teori dan Pemikiran Melayu Serantau di Gedong Nasional, Tanjung Balai Karimun, Indonesia,  pada 12 – 14 Disember 2002. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Bahagian Pengembangan Sastera Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dengan kerjasama Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura dan Dinas Pendidikan Nasional, Tanjung Balai Karimun, Indonesia.

PENGENALAN Masyarakat Melayu melalui empat tahap adat dalam kitaran kehidupan mereka. Adat bersalin, adat berkhatan, adat perkahwinan dan adat kematian. Mempunyai tatacara komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi dalam tradisi Melayu  lebih menekankan pertuturan bersemuka (interpersonal communication) iaitu berkomunikasi secara dua hala.(Abdul Rahman,1995)

Terbahagi kepada dua jenis:

a) komunikasi lisan verbal -pengucapan melalui suara vocalise -tulisan perkataan nonvocalise yang juga disebut sebagai mesej bahasa (Abdul Rahman,2002) b) komunikasi tanpa lisan nonverbal - melalui alat-alat bunyian, isyarat-isyarat, simbol-simbol, benda-benda yang boleh dipegang atau tidak boleh dipegang material dan nonmaterial - sikap dan emosi seseorang dan lain-lain yang boleh melahirkan makna dan pengertian tertentu

 Amalan adat ini adalah satu proses jasmani

dan rohani yang perlu dilalui oleh wanitawanita yang akan menempuh hari kelahiran anak mereka.(Abdul Rahman,2002)  Proses jasmani dan rohani yang perlu dilakukan oleh seseorang wanita sebelum atau sesudah bersalin dalam masyarakat Melayu ialah amalan adat seperti adat melenggang perut, adat bersalin, adat menanam uri, adat bercukur rambut bayi, Adat berendoi, dan adat dalam pantang.

 Ketika si suami menjemput bidan, 

pengucapan yang digunakan tidak boleh sebarangan.   Adat Perpatih di Rembau:“Saya kemari ini nak melepaskan beban saya kepada mak Bidan, sebab isteri saya dah nak membuang sarat”.   Adat Temenggung di Kuala Kangsar:“Teman kemari nak jemput Tok Bidan sambut orang baru, susah senangnya terserah kepada Tok Bidan ajelah”.

 Jika bidan tersebut tidak dapat hadir kerana

perkara yang tidak boleh dielakkan, maka terpaksalah dicari ganti dengan orang lain iaitu bidan terjun.  Bidan terjun adalah istilah merujuk seseorang yang dijemput secara mendadak.   Pengucapan komunikasi yang sering digunakan untuk menjemput bidan terjun, “Maaflah banyak-banyak kerana terpaksa menjemput Kakak menjadi bidan terjun, sebab Aminah bt Abdullah (sekadar nama pilihan) dah ada aral yang melintang”.    Dalam masyarakat Melayu, setiap perjanjian melalui jemputan sirih pinang bagi tujuan tertentu adalah satu ikrar yang perlu dipatuhi

 Sirih pinang adat itu adalah komunikasi bukan

lisan mempunyai pengertian sangat bermakna kepada kedua belah pihak supaya patuh dan tidak mengingkarinya.  Biasanya bidan akan dibantu oleh dua ataupun tiga orang wanita lain.Wanita-wanita itu selian membantu bidan, mereka juga bertindak menenangkan si ibu berdepan dengan detik-detik kelahiran bayinya.  Pengucapan komunikasi yang sering digunakan ketika si ibu dalam kesakitan dan cemas, “Mengucap banyak-banyak, ingat pada Tuhan.  Beranak ni sakitnya sekejap aje, ikut sunnah Rasul, besar pahalanya”.

 Tangisan pertama setelah bayi itu keluar

daripada rahim ibunya merupakan komunikasi lisan di antara si anak dengan si ibu.  Ketika bayi itu dimandikan, bidan sepanjang masa melafazkan selawat Nabi sehingga selesai tugasnya.Setelah bayi itu dimandikan, bidan menyerahkan bayi kepada si bapa untuk diazankan.    Mengazan ataupun mengkamatkan bayi yang baru dilahirkan, adalah komunikasi awal sebagai pegenalan untuk diperdengarkan kepadanya.

KOMUNIKASI DALAM ADAT BERKHATAN  Sebelum adat berkhatan dijalankan

kebiasaannya si bapa terlebih dahulu bertemu dengan Mudim untuk membuat tempahan.  Mengikut amalan masyarakat Melayu, ketika tempahan dibuat, tepak sirih mesti disertakan sebagai adat pembuka kata sebagaimana dilakukan dalam adat menempah bidan.  Walau bagaimanapun, setiap tempahan dimestikan dengan jemputan mulut iaitu komunikasi lisan diantara orang yang menempah dengan orang yang ditempah.  

 Mengikut adat di Kuala Kangsar, si bapa akan

menyediakan terlebih dahulu sebilah pisau lipat kecil dan kain putih ketika Mudim datang memeriksa anaknya.  Tujuan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu adalah untuk memastikan sama ada kanakkanak itu boleh dikhatankan ataupun sebaliknya.  Jika pisau lipat dan kain putih itu diambil oleh Mudin, itu menandakan bahawa kanak-kanak tersebut boleh dikhatankan.  Ianya juga sebagai isyarat komunikasi tanpa lisan yang difahami oleh si bapa. Jika kanakkanak itu tidak boleh dikhatankan, pisau lipat dan kain putih itu tidak disentuh oleh Mudin.

KOMUNIKASI DALAM ADAT PERKAHWINAN  Dalam adat perkahwinan, setiap upacara yang

dijalankan mempunyai tatacara komunikasi tertentu ketika proses Adat Perkahwinan dijalankan.  Seseorang yang ingin berkahwin iaitu bagi lelaki dan perempuan  akan menjalani proses Perkahwinan pada empat tahap. 1)Adat merisik 2)Adat meminang 3)Adat pertunangan 4)Adat perkahwinan

 Keempat-empat tahap dalam proses Adat

Perkahwinan dijalankan mengikut adat resam Melayu tradisional dimana setiap upacara adat dijalankan mengikut tatacara komunikasi tertentu iaitu menggunakan :1)lambang-lambang, 2)simbol, 3)bahasa isyarat yang boleh memberi makna kepada seseorang mengikut amalan adat masing-masing.

KOMUNIKASI DALAM ADAT KEMATIAN  Dalam masyarakat Melayu, jika seseorang

meninggal dunia, keluarga si mati akan memberitahu jiran tetangga jauh dan dekat, waris-waris dan sahabat-handai.   Masyarakat Melayu menggunakan cara-cara tertentu memberitahu tentang kematian seseorang melalui cara komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.    Komunikasi lisan adalah cara pengucapan mulut, menggunakan telefon dan lainlain.Terbahagi dua:1)menggunakan suara (vocalize)

 Ini bermakna komunikasi lisan (vocalize)

adalah menggunakan pengucapan bersemuka ataupun melalui telefon  Manakala komunikasi lisan cara (nonvocalize) menggunakan bahan-bahan bertulis mempunyai makna dan mesej bahasa seperti telegram dan lain-lain.  Dalam adat kematian masyarakat Melayu menggunakan komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan untuk memberitahu berita kematian dan juga bagi  pengurusan jenazah si mati.

KESIMPULAN  Pertuturan yang berkiasan merupakan sebagai komunikasi lisan untuk menyampaikan maksud yang tersirat dalam kehidupan Masyarakat Melayu.  Kalimah tauhid iaitu mengucap dua kalimah syahadah yang diajarkan kepada seseorang yang akan menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah sebagai komunikasi lisan  yang terakhir diucapkan.  Oleh itu jelas menunjukkan bahawa adat resam telah menjadi khazanah bangsa sejak zaman berzaman.  Walau bagaimanapun seperti adat resam lainnya, sesetengahnya akan mengalami

SUMBER Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 1993. Adat Resam Komunikasi Melayu Tradisional:Satu Pemikiran Semula. Dewan Budaya,Mei:20-21 Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 2002. Komunikasi Budaya: Integrasi Sosial Adat Resam Melayu, UMS. http://www.geocities.com/wiramanja01/ kertas_kerja.htm

SEKIAN TERIMA KASIH

Related Documents