Gaya Melayu Dalam Lukisan

  • Uploaded by: AnuarDan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gaya Melayu Dalam Lukisan as PDF for free.

More details

  • Words: 588
  • Pages: 2
PENGAPLIKASIAN imej tempatan dalam karya seni lukis kontemporari bukanlah perkara baru. Imej yang digunakan itu berkisar dari pelbagai sudut budaya dan tradisi peribumi. Pemilihan imej yang kurang menyeluruh ditambah dengan kombinasi aliran dan gaya Barat begitu ketara dalam karya seni tampak di Malaysia. Menerusi beberapa pameran, citra tempatan memberi ilham bukan sahaja kepada pelukis Melayu sahaja. Bagaimanapun, tiada yang mahu mengakui karya sebegitu bukan dipengaruhi daripada mana-mana aliran atau gaya. Berbeza dengan Anuar Dan, yang mengisytiharkan ‘Melayunisme’ melalui lukisan dan catannya dalam pameran solo selama sebulan di Galeri Pelita Hati, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pameran bertema ‘Khazanah’ itu rasmikan oleh pensyarah, pelukis, penulis dan pengkaji seni budaya Melayu, Prof. Madya Dr. Siti Zainon Ismail. Lima puluh catan dan lukisan yang diperagakan itu barangkali sebagai rangsangan untuk menyatakan tentang jatidiri Melayu. Ini dapat dilihat pada penggunaan warna yang diadaptasi daripada warna kayu sehinggalah kepada kuning keemasan, hasil adunan warna dalam kebudayaan Melayu. Palitan dalam sentuhan warna yang seimbang dan harmoni dengan teknik sapuan berus yang lemah lembut setidak-tidaknya membayangkan pada suatu nilai dalam masyarakat Melayu iaitu bersopan santun dan berbudi mulia. Disini Anuar, cuba menggarapkan pendekatan dan kongsepsinya tanpa pengaruh luar. Dari segi bentuknya, kesan menghilangkan kadar banding teutama pada imej rumah tradisi berjaya membentuk ruang ilusi secara tiga dimensi dengan begitu tiliti dan halus sekali. Hasil karya Anuar yang seolah-olah seperti cetakan yang diwarnakan itu, mengingatkan kepada karya pelukis, Redza Piyadasa. Mungkin beliau tidak ingin mengepikan teknologi bagi diadunkan bersama karya klasik. Cuma malang sekali, tidak dapat melihat hasil satar (stroke) semulajadi dari bakat pelukis itu sendiri secara keseluruhannya. Manakala makna yang ingin disampaikan oleh pelukis adalah jelas kerana karya-karya beliau lebih mirip seperti gambar foto yang yang telah digunakan semula dengan kreativiti dan pemikiran yang tersendiri. Kajian tentang rumah Melayu dengan mengambil kira aspek bentuknya secara teliti seperti paparan ukiran , ombak-ombak, perabung, kisi-kisi dan jejenang boleh menyumbangkan sebagai bahan penyelidikan. Untuk masa-masa depan, Anuar tidak hanya menjadi perakam tetapi membongkar segala yang tersirat dan yang tersurat. Selain rumah, Anuar meletakkan khazanah budaya seperti kendi tembaga India, buyung sayung, acuan kuih baulu Terengganu, seterika Cina, jerangkap burung Kedah, basikal tua, syiling zaman kerajaan Melaka, selipar manik nyonya, Bidalan. Ini ditambah dengan pemakaian tajuk berdasarkan bidalan, pepatah peribahasa Melayu antara lain seperti, buyung pecah tempayan ada, mencurah air ke daun keladi, hidup dikandung adat, mati dikandung tanah juga turut membuktikan kepekaan Anuar kepada gaya Melayu yang diperjuangkannya itu. Judul karya yang diutarakan itu masih memerlukan penantafsiran imej yang lebih relevan. Justeru, Anuar perlu lebih berhati-hati supaya penggarapan kesemua elemen jitu dan munasabah. Karyanya Mendengar Guruh di Langit Air di Tempayan Dicurahkan, sememangnya menarik untuk diteladani. Kelihatan juga figura yang digambarkan secara tepat yang wujud apabila digelapkan latarnya. Mengambil subjek rumah lama, perkakasan tradisional dan warna dalam kebudayaan Melayu, kesan sapuan berus yang bersopan, tajuk dari dari sastera tradisi apakah melayakkan Anuar mengisytiharkan dirinya sebagai gaya Melayu atau Melayunisme? Jika selama ini ramai pelukis di negara ini, baik yang berbangsa Melayu atau sebaliknya melukis dengan citra peribumi, mengapa Melayunisme atau gaya Melayu tidak dinyatakan oleh kurator, pengkritik seni atau pelapur? Bagi Anuar, dia akan terus menyemarakkan gaya Melayu menerusi catan dan lukisan di samping terus menjalankan kajian dengan lebih mendalam. Beliau juga bercadang untuk mengadakan pameran yang lebih besar secara

bergabung dengan pelukis yang berminat sama ada menggunakan imej tempatan, imej Malaysia, imej tradisi, imej peribumi dan imej budaya. Menurutnya, pameran yang besar seperti itu boleh diaturkan di dalam dan di luar negara memartabatkan alam dan tamadun Melayu. Teks semasa pameran solo AnuarDan. Oleh: Solihin Osman sila layari http://www.artmajeur.com/anuardan

Related Documents

Lukisan
June 2020 25
Lukisan
May 2020 34

More Documents from "helmy_90"