Komunikasi Dalam Islam

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komunikasi Dalam Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 777
  • Pages: 6
KOMUNIKASI DALAM ISLAM. KONSEP DAN PERANAN.

PRAKATA Assalamualaikum w.b.h.

Syukur kehadrat Allah s.w.t., selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w., kaum kerabat, para sahabat serta pejuang-pejuang Islam dari zaman silam hinggalah ke akhir zaman. Terlebih dahulu kami ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Taala yang kerana kekuatan serta inayah-Nya maka dapat kami selesaikan usaha menyiapkan tugasan ini.

PENDAHULUAN Kita sedia maklum bahawa manusia adalah mahluk ciptaan Allah yang paling kompleks. Bukan sahaja manusia dilengkapi akal dan nafsu, malah manusia juga disyaratkan dengan keperluan untuk bersosial. Dengan kata lain manusia tidak dapat hidup sendirian. Dalam hidup, manusia sentiasa perlukan orang lain. Untuk memenuhi segala peringkat keperluannya manusia perlukan sumbangan daripada manusia lain. Umpamanya untuk makan, yakni peringkat keperluan yang paling asas pun manusia perlukan orang lain. Petani

umpamanya meskipun sudah mempunyai beras dan sayur, masih memerlukan nelayan yang dapat memberikannya ikan. Dia memerlukan penternak yang boleh memberinya ternakan. Begitulah seterusnya dalam usaha meneruskan kehidupan manusia tidak mungkin boleh mengerjakan segala-galnya tanpa kehadiran orang lain. Malah untuk senyum pun kita memerlukan orang lain. Maka apabila orang lain hadir dalam hidup kita, kita perlu berhubung dengan mereka. Kita perlu menyatakan kepada mereka apa yang kita perlukan dan apa yang tidak kita perlukan daripada mereka. Kita perlu memujuk dan mempengaruhi mereka untuk bertindak seperti mana yang kita hajati. Maka di sinilah keperluan komunikasi tidak dinafikan lagi. Komunikasi digunakan untuk menyatakan hasrat. Manusia berkomunikasi di mana sahaja terdapatnya aktiviti. Komunikasi berlaku dalam diri manusia, sesama ahli keluarga, denagn sahabat, dengan jiran tetangga, di tempat kerja, di tempat menuntut ilmu, di tempat laluan dan jalanan, di tempat bersiar serta bersantai dan seterusnya. Keperluan berkomunikasi bagi manusia samalah dengan keperluan-keperluan lain seperti makan dan tidur. Manusia mungkin mati jika tidak makan atau lemah jika tidak tidur. Manusia mungkin tidak mati jasadnya jika tidak berkomunikasi tetapi akan mati akalnya. Mereka yang dipencilkan daripada masyarakat seperti disumbat ke penjara misalnya, akan menjadi manusia yang tidak normal setelah beberapa lama tidak berkomunikasi dengan orang lain. Dalam konteks dakwah Islamiah, komunikasi baik lisan mahupun bukan lisan merupakan satu bakat dan kebolehan yang harus dipelajari demi menyempurnakan mesej dan dakwah Islamiah itu sendiri. Lebih-lebih lagi dalm dunia moden hari ini, yang mana manusia lebih banyak melihat daripada hanya mendengar. Jadi jelas bahawa komunikasi itu satu keperluan. Tetapi ia bukanlah satu kemahiran yang boleh diperoleh secara semulajadi. Ada orang boleh berkomunikasi denagn berkesan dan ada yang tidak. Banyak mesej yang tidak sampai seperti yang dihasratkan dan adapula yang disalahertikan. Justeru komunikasi perlu dipelajari agar dapat difahami dan garis panduan yang betul perlu diamalkan agar dapat dibentuk kemahirannya.

OBJEKTIF

ISI KANDUNGAN

RUMUSAN Memang jelas bahawa ilmu komunikasi merupakan satu bidang yang amat penting kepada umat manusia terutamanya kepada individu muslim. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang secara langsung yang berkecimpung di dalam dakwah Islamiah secara sepenuh masa. Namun yang besar yang terletak dihadapan kita ialah tidak ramai dikalangan umat Islam termasuk para intelek dan ulama yang melihat hakikat ini secara lebih objektif. Sebaliknya mereka merasakan ilmu komunikasi adalah bakat yang tidak perlu dipelajari. Oleh kerana itu, berlakulah kecelaruan dalam berkomunikasi di kalangan manusia. Implikasinya, dakwah Islamiah sendiri akan terencat akibat kecuaian pendukungnya sendiri. Bila kita membicarakan tentang komunikasi, maka yang kita maksudkan bukan sekadar komunikasi lisan semata-mata atau sebaliknya, malah kedua-dua aspek lisan dan bukan lisan perlu diambil perhatian agar tidak berlaku salah tafsir atau tanggapan dikalangan mad’u terhadap sesuatu mesej yang hendak disampaikan. Oleh sebab pentingnya komunikasi dalam kehidupan manusia, maka sudah tiba masanya ia dijadikan subjek wajib sejak dari bangku sekolah lagi. Buat masa ini komunikasi hanya dijadikan sebahagian kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah rendah dan menengah di negara kita. Jesteru murid-murid tidak diperkenalkan secara formal kepada prinsip-prinsip

berkomunikasi yang betul apabila mereka berkomunikasi dengan guru, sesama rakan mahupun ketika berada di rumah. Komunikasi hanya menjadi subjek formal apabila pelajar memasuki institusi pengajian tinggi. Perlu diingat kini pengajian di menara gading hanya mengambil masa selama tiga tahun di peringkat ijazah pertama. Soalnya mampukah masa sesingkat ini mampu membentuk kemahiran dan keterampilan berkomunikasi di kalangan graduan yang bakal mengemudi negara kita yang tercinta ini? Di kebanyakan negara maju subjek komunikasi diperkenalkan sejak dari bangku sekolah lagi dan kemudian disambung di institut pengajian tinggi. Dengan itu kemahiran berkomunikasi sempat dibentuk dan prinsipnya dapat diterap kerana tempoh pembelajaran yang lebih panjang dan dimulakan lebih awal, iaitu ketika pelajar itu masih muda.

BIBLIOGRAFI 1. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, 2001. Santun Komunikasi. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustka. 2. Amin Hazya, 2006. Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Perintis Book Sdn. Bhd. 3. Maimunah osman, 2000. Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN). 4. Samsuddin A Rahim, 2003. Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents