Komsas Tingkatan 2.docx

  • Uploaded by: 刘莉玲
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komsas Tingkatan 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 14,587
  • Pages: 59
PUISI TRADITIONAL: PANTUN NASIHAT Pantun Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.

Maksud Pantun Rangkap 1 Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih- lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.

Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa pagan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan?

Rangkap 2 Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali.

Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbul jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan.

Rangkap 3 Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan.

Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan.

Rangkap 4 Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara.

Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain.

Rangkap 5 Seseorang isteri hendaklah mengelakkan diri daripada memarahi suami yang sedang letih kerana dikhuatiri dia akan mencari perempuan lain. Rangkap 6 Hendaklah beradat ketika hidup di dunia dan bahasa itu tidak dapat dijual beli.

Anak Cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke lubuk lnderagiri; Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri.

Rangkap 7 Para perantau dinasihatkan agar pandai membawa diri di tempat orang.

1. Tema Nasihat yang dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan. Pelanggaran norma dalam masyarakat akan membawa keburukan dalam kehidupan. 2. Persoalan a. Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. b. Melakukan perbuatan haram akan membawa kemudaratan. c. Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan. d. Berhati-hati mengucapkan tutur kata kerana jika tersilap berkata-kata buruk padahnya. e. Persefahaman antara suami dengan isteri mampu menjamin kebahagiaan rumah tangga. f.

Budi bahasa amat penting dalam hidup bermasyarakat. 1

g. Adat orang merantau mestilah pandai membawa diri di tempat orang.

3. Bentuk a. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap. b. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama iaitu empat baris satu rangkap. c. Ada pembayang dan maksudnya. d. Jumlah suku kata dalam pantun ini antara tujuh hingga sebelas suku kata. e. Pantun ini berbentuk terikat.

4. Unsur Bunyi (a) Asonansi. Contohnya, • Batang kapas bertimbal jalan (perulangan vokal a); • Hangus bertih berwarna (perulangan vokal e); (b) Aliterasi. Contohnya, • Buat baik berpada-pada (perulangan konsonan b); • Hidup di dunia biar beradat (perulangan konsonan d).

5. Gaya Bahasa Anafora (perulangan kata pada awal baris).

Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.

Inversi.

Buat jahat jangan sekali;

Penggunaan unsur alam.

buah peria; padi; kapas; panas; hujan; pulau;

Repetisi.

buah peria (rangkap 1, baris 1 dan 2)

Simile.

Bagai panas mengandung hujan.

2

6. Nilai dan Pengajaran Nilai Nilai baik hati.

Pengajaran Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.

Nilai rasional.

Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang haram supaya hidup kita tidak binasa.

Nilai ketabahan

Kita hendaklah tidak terlalu bersedih dengan dugaan yang menimpa diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri.

Nilai berhati-hati.

Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata supaya diri kita terhindar daripada sebarang bencana.

3

PUISI TRADITIONAL: PANTUN ALAM REMAJA

1.

Pantun Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati, Melihat ibu sudah pulang.

Maksud rangkap Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut ke Pulangan ibu ke rumah.

Dibawa itik pulang petang, Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang, Hati cemas menjadi hilang.

Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.

Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang.

Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

Hanyut batang berlilit kumpai, Terdampar di ujung Tanjung Jati; Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua berbesar hati.

Kepulangan ayah dan ibu ke merupakan detik yang menggembirakan bagi anak-anak.

Ramai orang bersorak-sorak, Menepuk gendang dengan rebana; Alang besarnya hati awak, Mendapat baju dengan celana.

Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

Mahulah kami hendak melapun, Lapun dibawa orang menjaja; Jangan marah kami berpantun, Budak kecil biasa manja.

Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anakanak yang gemar berpantun kerana anakanak yang masih kecil dan ingin bermanja.

rumah paling

Tema Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

2. Persoalan a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagian kepada anak- anak. b) Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di rumah. c) Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyarnbut kepulangan ibu bapa mereka pulang beketia. d) Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat rnengeratkan hubungan antara adikberadik. e) Pernberian hadiah daripada ibu bapa dapat mennembirakan hati anak-anak.

4

3. Bentuk Pantun a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap. b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.Contohnya,  rangkap 1: empat baris,  rangkap 2: empat baris,  rangkap 3: empat baris,  rangkap 4: empat baris,  rangkap 5: empat baris,  rangkap 6: empat baris,  rangkap 7: empat baris (c) Ada pembayang dan maksudnya. (d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya, Kita menyanyi adik-beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata) (e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan celana (10 suku kata) (f) Pantun ini berbentuk terikat. 4. Unsur Bunyi a) Asonansi. Contohnya, • Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a) Menpuk gendang dengan rebana (perulangan vokal e); b) Aliterasi Contohnya, • Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b) Dibawa itik pulang petang (perulangan konsonan p). c) Rima akhirnya terikat Contohnya, • rangkap 1: abab; • rangkap 2: aaaa; • rangkap 3: abab; • rangkap 4: abab; rangkap 5: abab; • rangkap 6: abab; • rangkap 7: abab. 5.

Gaya Bahasa Lisan (a) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan. (b) Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak. (c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam kinantan; ranting; dan kumpai. (d) Peribahasa. Contohnya, besar hati. (e) Repetisi. Contohnya, • kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)

6.

Nilai (a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin kebahagiaan keluarga. (b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anak. (c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan hati penerima. (d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu bergurau senda merupakan sikap yang terpuji. (e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam kalangan anggota keluarga.

5

7. Pengajaran (a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga. (b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak. (c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga. (d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan sewaktu bergurau senda. (e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.

6

PUISI TRADITIONAL: PANTUN KIASAN Pantun Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.

Maksud Pantun Rangkap 1: Perbuatan membazir adalah suatu amalan yang merugikan.

Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang.

Rangkap 2: Orang yang merantau selalunya akan merendah diri apabila berada di tempat orang.

Tebang gelam tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung.

Rangkap 3: Sebelum menginginkan sesuatu yang dianggap mustahil, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan diri kita lebih dahulu.

Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu.

Rangkap 4: Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung.

Rangkap 5: Sikap seseorang yang sombong dengan kebolehan diri serta memandang rendah lernadap orang lain.

Air surut memungut bayam, Sayur diisi ke dalam kantung; Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung.

Rangkap 6: Jangan suka membesar-besarkan kejayaan yang tidak seberapa.

Anak punai anak merbah, Hinggap di tonggak mencari sarang; Anak sungai lagi berubah, Inikan pula hatinya orang.

Rangkap 7: Pendirian manusia sering berubah-ubah.

Rotan siput rotan berlingkar, Anak itik patah kakinya; Hujan ribut gunung terbakar, Embun setitik padam apinya.

Rangkap 8: Perasaan marah akan segera hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam diri.

Raut bilah pembatang taut, Kail berada dalam raga; Tidak sudah seluang melaut, Akhirnya balik ke tepi juga.

Rangkap 9: Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asalnya semula.

Sangkut terendak dekat beranda, Orang Papua anyam tak sudah; Jika tidak ada berita, Masakan tempua bersarang rendah.

Rangkap 10: Setiap perkara yang berlaku dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya.

7

akan

Bunga geti bergulai temenung, Di hari raya memakan tapai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.

Rangkap 11: Menginginkan sesuatu yang besar tetapi tidak mempunyai keupayaan.

Suasa bertahil emas berbungkal, Tetapi intan tiada sesaga; Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga.

Rangkap 12: Jika pengetahuan sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak pengetahuannya.

Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada.

Rangkap 13: Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.

Hari hujan puyuh mendengut, Mendengut marl sepanjang jalan; Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang.

Rangkap 14: Jika semasa masih muda sudah malas, apatah lagi setelah usia tua; sedangkan semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah. Rangkap 15: Seseorang yang inginkan sesuatu di luar kemampuannya.

Berilah saya pisau raut, Hendak meraut bingkai tudung; Gila apakah ikan di laut, Mengidamkan umpan di kaki gunung. Laksana gadis Menteri Bogor, Bijak membilang ayam betina; Nyawa menangis di pintu kubur, Hendak pulang ke dalam dunia. Hilir berderap mudik berderap, Patah galah haluan perahu; Sungguh laksana bunga dedap, Cantik merah tidak berbau.

Rangkap 16: Orang yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat. Rangkap 17: Seseorang yang mempunyai rupa paras yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.

1.

Tema Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.

2.

Persoalan (a) Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat. (b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang. (c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri. (d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya. (e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

8

(f) Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan. (g) Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga. (h) Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa, begitu juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah. (i) Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa. (j) Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa. 3.

Bentuk (a) Pantun ini terdiri daripada tujuh belas rangkap. (b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

4.

Unsur bunyi (a) Asonansi. Contohnya, Alas nikah raja Melayu

(perulangan vokal a);

Limau Bentan ditepi tingkap

(perulangan vokal e);

Hujan ribut gunung terbakar (perulangan vokal i);

(b) Aliterasi. Contohnya, Buah bacang masak serangkai (perulangan konsonan b); Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan konsonan d);

5.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Hiperbola.

Contoh • Hujan ribut gunung terbakar, • Embun setitik padam apinya.

Inversi

• Ikan busuk jangan dibuang; • Gila apakah ikan di laut.

Penggunaan unsur alam.

ikan;burung dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga;

9

6.

Peribahasa

• Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung;

Personifikasi

•nyawa menangis di pintu kubur.

Repetisi

• tikar (rangkap 1, baris 1);

Sinkope

• Kilat memancar hujan tak lalu;

Simile

• Macam melukut di tepi gantang;

Nilai dan Pengajaran

1.

Nilai Nilai berjimat cermat

2.

Nilai kesabaran

3.

Nilai berbudi bahasa

4.

Nilai merendah diri

5.

Nilai keinsafan.

Pengajaran mengelakkan diri

Kita mestilah daripada melakukan pembaziran. Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan kemarahan dalam diri. Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita akan dipandang mulia oleh masyarakat. Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat orang. Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.

10

PUISI TRADITIONAL: PANTUN BUDI

1.

Pantun Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hat terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung.

Maksud pantun Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa.

Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.

Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang.

Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.

Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai menari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; lndah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.

Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.

Padang Temu Padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata.

Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.

Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.

Tema Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.

2.

Persoalan

a.

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

b.

Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.

c.

Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata. 11

d.

Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.

e.

Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.

f.

Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.

3.

Bentuk

a.

Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.

b.

Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya, • setiap rangkap empat baris;

c.

Ada pembayang dan maksudnya.

d.

Jumlah suku kata 4 hingga 7.

e.

Pantun jenis terikat.

4.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Anafora (ulangan perkataan di hadapan) Penggunaan unsur alam Peribahasa. Personifikasi. Repetisi. Responsi (perulangan perkataan yang sama di tengah ayat).

Contoh Yang kurik kundi, Yang merah saga, Yang baik air; laut; tanjung; bunga melati;batu. Bagai cincin dengan permata Bijak bertemu dengan jauhari. budi (rangkap 1, baris 4) Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.

5. Nilai dan Pengajaran Nilai Nilai berbudi bahasa. Nilai mengenang jasa. Nilaikebijaksanaan

Pengajaran Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasaagar sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita. Kita disarankan supaya menjadi golongan yang bijaksana agar dapat membantu untuk membangunkan bangsa dan negara.

12

PANTUN ALAM REMAJA Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati, Melihat ibu sudah pulang. Dibawa itik pulang petang, Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang, Hati cemas menjadi hilang. Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang. Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Hanyut batang berlilit kumpai, Terdampar di ujung Tanjung Jati; Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua berbesar hati. Ramai orang bersorak-sorak, Menepuk gendang dengan rebana; Alang besarnya hati awak, Mendapat baju dengan celana. Mahulah kami hendak melapun, Lapun dibawa orang menjaja; Jangan marah kami berpantun, Budak kecil biasa manja.

13

1. Maksud pantun

Rangkap 1 2 3 4 5 6 7

Maksud Pantun Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah. Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah. Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah. Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama. Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan masa yang paling menggembirakan bagi anak-anak. Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira. Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil biasanya manja.

2. Tema Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah. 3. Persoalan Persoalan tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak. Persoalan anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah. Persoalan kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka pulang bekerja. Persoalan aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan antara adik-beradik. Persoalan pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-anak. 4. Bentuk Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. 5. Unsur Bunyi Asonansi. Contohnya: Tidak terkatakan besar hati (vokal = a) Aliterasi Contohnya: Hanyut batang berlilit kumpai (konsonan = n)

14

6. Gaya Bahasa Kata ganda Contoh: adik-beradik Penggunaan unsur alam Contoh: kumbang jati; itik; rumput; Peribahasa Contoh: besar hati Repetisi Contoh: kita 7. Nilai dan Pengajaran Nilai Nilai kasih sayang. Nilai bertanggungjawab. Nilai baik hati Nilai pemaaf Nilai hormatmenghormati

Pengajaran Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anakanak. Kita haruslah bersikap baik hati untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga. Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan sewaktu bergurau senda. Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.

15

PANTUN KASIH SAYANG Pantun Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak di dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi kupandang rendah. Anak udang meniti batang, Berasa dahan terlmpai; Melihat bulan di pagar bintang, Bagaikan rasa hendak dicapai. Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. Bila masa dipanggil maut, Cinta tidak berharga lagi; Asam di darat ikan di laut, Sampai masa berjumpa lagi.

Maksud pantun Rangkap 1: Wajah (muka) seseorang kelihatan berseriseri(bersinar) kerana senyumannya yang menawan. Rangkap 2: Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap perhitungan, harapan tidak kesampaian. Rangkap 3: Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita yang cantik serta tiada bandingannya. Rangkap 4: Menggunakan muslihat(tipu helah) untuk memikat anak gadis(anak perempuan) orang.

Rangkap 5: Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh akan bertemu juga akhirnya.

1. Tema Kasih sayang antara teruna dengan dara. Namun begitu, untuk mencapai impian supaya dapat hidup bersama-sama kadangkala kita terpaksa menempuh berbagai-bagai halangan seperti perbezaan darjat atau perpisahan.

a) b) c) d)

a) b) c) d) e)

2. Persoalan Perwatakan yang menarik akan menyebabkan kita disukai oleh ramai orang. Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar dianggap mustahil kerana adanya kekurangan diri Sanggup berpura-pura untuk mencapai sesuatu tujuan. Perpisahan yang berlaku tidak semestinya terpisah untuk selama-lamanya kerana pada suatu hari nanti pasti akan bertemu semula. 3. Bentuk Pantun ini terdiri daripada lima rangkap. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya, :setiap rangkap empat baris; Ada pembayang dan maksudnya. Jumlah suku kata 4 hingga 7. Pantun jenis terikat.

16

4. Unsur Bunyi (a) Asonansi. Contohnya, • Kandis terletak dalam puan (perulangan vokal a) (b) Aliterasi. Contohnya, • Asam didarat ikan di laut. (perulangan konsonan d) (c) Rima akhir : rangkap 1: abab; rangkap 2: abab; rangkap 3: abab; rangkap 4: abcb; rangkap 5: abab; 5. Gaya Bahasa Gaya Bahasa

Contoh jalan-jalan; singgah-menyinggah; buah mengkudu; kandis; Anak udang meniti batang. kandis (rangkap 1, baris 1 dan 2); • Bagaikan rasa hendak dicapai.

Kata ganda. Penggunaan unsur alam Personifikasi. Repetisi. Simile

6. Nilai dan Pengajaran Nilai Nilai kasih sayang. Nilai rasional. Nilai keikhlasan.

Pengajaran Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain. Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan.

17

PUISI TRADITIONAL: Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) Syair Tamatlah kitab dikarang orang, akalnya pendek ilmunya kurang, daripada sangat hajatku gerang, diperbuat juga sebarang-barang . Melepaskan hati yang terbuku, pengajaran kepada sekalian anakku, mudah-mudahan betul tingkah dan laku, perangai yang baik biar terpaku. Dengarkan tuan ayahanda berperi, kepada anakanda muda bestari, nasihat kebajikan ayahanda beri, amalkan jangan malas dan ngeri. Ayuhai anakanda muda remaja, jika anakanda menjadi raja, hati yang betul hendaklah disahaja, serta rajin pada bekerja. Kerja kebajikan janganlah malas, zahir dan batin janganlah culas, jernihkan hati hendaklah ikhlas, seperti air di dalam gelas. Menuntut ilmu janganlah segan, ilmu yang benar jangan yang bukan, iaitu ilmu yang kebajikan, di kitab ini sudah disebutkan. Hendaklah anakanda mengaji selalu, dari yang lain lebihkan dulu, had syarak janganlah dilalu, tidaklah anakanda beroleh malu. Segala perbuatan dengan berilmu, maka kebajikan boleh bertemu, jika sebarang-barang diramu, akhirnya anakanda jatuh tersemu

Ilmu itu benar faedahnya, membezakan hak dengan batilnya, mengetahui rakyat benar salahnya, supaya dihukumkan dengan adilnya.

Maksud Syair Rangkap 1: Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan SYAIR NASIHAT (Penghujung Thamarat at-Muhimmah) Rangkap 2: Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia. Rangkap 3: Ayah menasihati anaknya agar tidak bersikap malas. Rangkap 4: Menurut ayahnya lagi, jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja. Rangkap 5: Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat kebajikan. Pada masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih. Rangkap 6: Ayah menasihati anaknya supaya tidak malas untuk menuntut ilmu. Ilmu yang drtuntut itu mestilah ilmu yang betul seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Rangkap 7: Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan hal ini perlu diberi keutamaan daripada hal yang lain. Hukum syarak pula tidak boleh dilanggar kerana akan menyebabkannya mendapat malu. Rangkap 8: Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan. Rangkap 9: Ilmu itu banyak manfaatnya kerana dengan ilmu, perkara yang benar dengan perkara yang tidak benar dapat dibezakan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengetahui sama ada rakyat benar atau salah dan dapat menjatuhkan hukuman yang adil kepada mereka. 18

Jika ilmu tidak diendah, sebab anakanda capak permudah, rakyat datang membawa gundah, anakanda tercengang tunduk tengadah

Terkadang duduk mendiamkan diri, sepatah tidak mengeluarkan peri, penat duduk bangkit berdiri, lalu masuk ke dalam purl.

Rangkap 10: Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu dianggap remeh, hal ini tentu akan membawa masalah kepada anaknya jika menjadi pemerintah. Jika ada rakyat yang datang untuk menyatakan masalah, anaknya tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana tiadanya ilmu pengetahuan. Rangkap 11: Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan hukuman dan tidak mahu pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah SWT. Rangkap 12: Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata apa-apa. Setelah penat duduk dan bangun, anaknya itu akan menyembunyikan diri di dalam istana.

Orang berdakwa duduk menanti, serta dengan bersakit hati, hairan takjub tidak mengerti, sebab bicaranya belum pasti.

Rangkap 13: Orang yang ingin mendapatkan pengadilan akan menjadi marah kerana perbicaraan belum pasti dapat dilakukan.

Terkadang dihukumkan dengan biladah, bukannya syarak bukannya 'adah, ambil lekas jalan yang mudah, supaya jangan berhati gundah.

Rangkap 14: Sebarang hukuman tidak boleh diambil mudah. Jalan yang terbaik ialah kembali merujuk kepada hukum syarak untuk mendapatkan ketenangan hati.

Jika demikian apa jadinya, hukum tak betul dengan jalannya, di hadapan majlis diterimanya, di belakang kelak diumpatnya.

Rangkap 15: Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum, maka pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.

Jika yang benar kita hukumkan, di belakang jangan kita hiraukan, umpat dan puji kita biarkan, kepada Allah kita syaksikan.

Rangkap 16: Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum Allah SWT, maka kejian dan pujian rakyat bawahan tidak perlulah dihiraukan oleh mereka.

Fasal 1 Jika anakanda jadi menteri, orang berilmu anakanda hampiri, lawan mesyuarat lawan berperi, supaya pekerjaan jadi ugahari Hendaklah periksa adabnya wazir, di dalam kitab sudah terukir,

Rangkap 17: Ayah berpesan lagi, jika anaknya menjadi menteri, dia digalakkan untuk berdamping dengan orang yang berilmu supaya dapat memudahkan segala kerjanya. Rangkap 18:

Hendak menghukumkan tiada tahu, hendak diam hati tak mahu, berpeluk tubuh tangan ke bahu, mengeluh mengucap mengata Allahu.

19

hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, supaya jangan jadi tergelincir.

Ketua haruslah memerhatikan tingkah laku pegawai bawahannya supaya penyelewengan tidak berlaku.

1. Tema Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika anaknya dilantik sebagai raja atau menteri supaya dapat memimpin negara dengan jujur dan ikhlas. 2. Persoalan (a) Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan. (b) Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, dan saksama ketika menjalankan tugas. (c) Kerja kebajikan yang dilakukan harus dibuat dengan penuh keikhlasan. (d) Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. (e) Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan supaya tiada kesilapan ketika menjatuhkan hukuman. (f) Hukuman yang dijalankan mengikut hukum syarak akan menenangkan hati pemimpin. (g) Ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap pemimpin. (h) Apabila pemimpin bergaul dengan orang yang berilmu, maka segala kerja akan menjadi mudah. (i) Tugas pemimpin adalah untuk memantau setiap tugas yang diamanahkan kepada orang bawahan agar tidak berlaku penyelewengan. 3. Bentuk (a) Syair ini terdiri daripada lapan belas rangkap. (b) Semua baris merupakan maksud. (c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. (d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata. Contohnya, diperbuat juga sebarang-barang ilmu yang benar jangan yang bukan (e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga suku kata. Contohnya, had syarak jangan dilalu pengajaran kepada sekalian anakku Syair ini berbentuk terikat. 4. Unsur Bunyi (a) Asonansi. Contohnya, • Ayuhai anakanda muda remaja(perulangan vokal a) (b) Aliterasi. Contohnya, • maka kebajikan boleh bertemu. (perulangan konsonan m) (c) Rima akhir : rangkap 1: aaaa; rangkap 2: aaaa; rangkap 3: aaaa; rangkap 4: aaaa; rangkap 5: aaaa; rangkap 6: aaaa; rangkap 7: aaaa; rangkap 8: aaaa; rangkap 9: aaaa; 20

rangkap 10: aaaa; rangkap 11: aaaa; rangkap 12: aaaa; rangkap 13: aaaa; rangkap 14: aaaa; rangkap 15: aaaa; rangkap 16: aaaa;

5. Gaya Bahasa Gaya Bahasa Anafora (perulangan pada awal perkataan) Inversi

Contoh Hendak menghukumkan tiada tabu, hendak diam hati tak mahu, nasihat kebajikan ayahanda beri;

Kata ganda Penggunaan bahasa Arab

sebarang-barang; ikhlas; syarak; batil; Allahu; biladah; `adah; Allah seperti air di dalam gelas. seperti air di dalam gelas.

Simile Sinkope

6. Nilai dan Pengajaran Nilai Nilai keadilan. Nilai berilmu Nilai keikhlasan Nilai tawakal ( berserah diri)

Pengajaran Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat. Seseorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan urusan pentadbiran. Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan. Kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah SWT setelah membuat apa-apa keputusan berdasarkan syariat.

21

SAJAK ROTI: AHMAD SYAHRUL WAHID

Dari cerobong dapur asap berjelaga berkepul terkecur liur harum berbau juadah tersohor. Perut yang lapar selera kian meggelepar menanti roti dibakar rangup dan segar terhidang seumpama permaidani terhampar. Kalau roti di depan mata nafsu makan pun bergelora berkeping-keping menggegar selera perut pun kenyang terasa tenang bersendawa.

Bagi pemilik iman di dada sendawa itu tidak sempurna masih ada beban di bahu mereka warga miskin belum terbela masih merintih lapar dahaga. Bila begitu selamanya kalimah syukur pun jelas tertera di hati sanubari warga dunia melangit damai dirasa percikan iman segar berwarna. 1. Maksud sajak Rangkap 1 2 3 4 5

Maksud Sajak Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana baunya yang harum. Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar. Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar. Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan. Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.

2. Tema Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.

22

3. Persoalan Persoalan bau roti yang harum apabila dibakar membangkitkan selera. Persoalan manusia tidak dapat menahan nafsu makan ketika lapar. Persoalan manusia akan makan makanan yang sedap sehingga kenyang dan sendawa. Persoalan orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang. Persoalan bersyukur ketika mendapat sesuatu kebaikan. 4. Bentuk Sajak ini terdiri daripada lima rangkap. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Rangkap 1: 4 baris Rangkap 2: 5 baris Rangkap 3: 5 baris Rangkap 4: 5 baris Rangkap 5: 5 baris Jumlah suku kata dalam sajak ini antara 2 hingga 6 patah kata. Sajak ini berbentuk bebas. 5. Unsur Bunyi Asonansi. Contohnya selera kian meggelepar (vokal = a) Aliterasi Contohnya: Bila begitu selamanya (konsonan = b) 6. Gaya Bahasa Hiperbola Contoh: nafsu makan pun bergelora Inversi Contoh: harum berbau juadah tersohor. Metafora Contoh: percikan iman. Simile Contoh: terhidang seumpama permaidani terhampar. 7. Nilai dan Pengajaran Nilai Nilai kesabaran Nilai kesyukuran Nilai keimanan

Pengajaran Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu. Kita mestilah bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan. Kita haruslah melatih diri agar menjadi orang yang beriman.

23

PUISI MODEN: SAJAK DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA "Dia mencipta manusia. Rangkap 1: Mengajarnya pandai berbicara." (Al-Quran, 55:3-4 )

Tuhan yang menciptakan manusia. Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan menerima kenyataan.

Engkau beri kami kata-kata

Rangkap 2:

dan akal untuk mengucapkannya.

Tuhan telah mengurniakan manusia kebijaksanaan untuk berbicara tentang apa-apa yang tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur dalam pelbagai bahasa mengikut tempat dan zaman yang berbeza.

Kami pindahkan makna, dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman

Engkau beri kami kata-kata dan akal untuk mengucapkannya. Kami pindahkan makna, dari tempat ke tempat,

Rangkap 3: Tuhan menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan menghuni serata alam untuk mencari rezeki.

dari zaman ke zaman Kata-kata yang berselerakan langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan dan pohon, adalah persekitaran. Seperti kami memetik buah-buahan

Rangkap 4: Unsur-unsur alam menjadi dalil(bukti) bagi mengesakan(percaya tuhan itu satu) Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita memperbaiki persepsi kehidupan.

kami sunting istilah iman, daripada kitab-kitab silam, mentakrif tanda alam, dan menjernihkan tafsiran. Kata-kata mengembangkan pengalaman, terbentang di semesta alam, memaknakan kewujudan.

Rangkap 5: Percakapan atau ungkapan yang dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.

1. Tema sajak: Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan. Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia berkembang dan generasi ke generasi dan dari satu tempat ke satu tempat. 24

1.

2. Persoalan: Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah. Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan untuk berbicara.

2.

Persoalan kepentingan bahasa kepada manusia. Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa sehingga bahasa berbeza mengikut tempat dan zaman.

3.

Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran mereka ke seluruh alam.

4.

Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.

5.

Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan. Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama manusia dan hubungan dengan pencipta

1. 2.

3.

4.

5. 6.

3. Bentuk: Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,: • rangkap 1: lima baris; • rangkap 2: lima baris; • rangkap 3: sembilan baris; • rangkap 4: tiga baris. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga empat patah kata. Contohnya, adalah persekitaran (2 patah kata) dan akal untuk mengucapkannya (4 patah kata) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara tujuh hingga tiga belas suku kata. Contohnya, Kami pindahkan makna (7 suku kata) Seperti kami memetik buah-buahan (13 suku kata) Sajak ini berbentuk bebas. Nada keagamaan. 4. Unsur bunyi:

1.

Asonansi. Contohnya, • Kami pindahkan makna (perulangan vokal a); 2. Aliterasi. Contohnya, • Engkau beri kami kata-kata (perulangan konsonan k);

25

5. Gaya Bahasa Gaya Bahasa Hiperbola Penggunaan unsur alam. Anafora (perulangan kata pada awal baris). Repetisi.

Contoh terbentang di semesta alam. samudera; pulau-pulau; pantai-pantai; dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman. perkataan kata-kata

6.Nilai dan Pengajaran Nilai

Pengajaran

Nilai kesungguhan

Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa.

Nilai keberanian

Kita hendaklah berani pergi ke tempat yang jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.

Nilai rajin

kita mestilah rajin membaca dan mengkaji kitab-kitab lama untuk memperoleh ilmu.

26

PUISI MODEN : SAJAK KUCARI DAMAI DI SINI (A. HAMID JEMAIN) Kucari damai di sini Rangkap 1: di tanah subur makmur dan merdeka yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi membebat perasaan kehidupan dengan sejarah persaudaraan mengikat naluri kemanusiaan.

Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya makmur dan merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada antara kenyataan dengan impian. Hal ini demikian kerana wujudnya perasaan tidak puas hati antara rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negative itu perlu diubati dengan bersangka baik iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan sebagai dasar untuk membina rasa kemanusiaan.

Kucari damai di sini

Rangkap 2:

cinta dan jati diri

Penyajak menyatakan bahawa kedamain juga dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan kepribadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih mengasihi perlu dididik dalam diri manusia.

bersemarak di laman sukma dengan kasih sayang bersemadi di naluri. Di sini damainya badai moga gemilang sepanjang zaman menjadi catatan sejarah kebanggaan untuk generasi masa depan.

Rangkap 3: Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita mempunyai masalah, kita masih boleh berdamai dan hidup dengan aman. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai berkekelan. Segala masalah perlu diselesaikan dengan bijaksana supaya kejayaan tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang.

1. Tema sajak: Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara. Contoh: Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya kasih sayang yang ikhlas dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut masih dapat diselesaikan. Negara ini menjadi kebanggaan rakyat hinggalah ke generasi yang akan datang. 2. Persoalan: 1. Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya. 2.

Persoalan negara kita ialah negara aman yang aman dan makmur

3.

Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.

4.

Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang. 27

5. 1. 2.

3. 4.

5. 6.

Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang. 3. Bentuk: Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,: • rangkap 1: enam baris; • rangkap 2: lima baris; • rangkap 3: empat baris; Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata. Contohnya, dengan sejarah persaudaraan Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga lapan belas suku kata. Contohnya, dengan kasih sayang yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi Sajak ini berbentuk bebas. Nada patriotik. 4. Unsur bunyi:

1.

Asonansi. Contohnya, • bersemarak di laman sukma (perulangan vokal a); 2. Aliterasi. Contohnya, • mengikat naluri kemanusiaan. (perulangan konsonan n); 5. Gaya Bahasa Gaya Bahasa Hiperbola

Contoh membebat perasaan kehidupan

Penggunaan unsur alam. Repetisi.

tanah Kucari damai di sini

6. Nilai dan Pengajaran Nilai

Pengajaran

Nilai kedamaian

Kita hendaklah berusaha untuk medapatkan dan mengekalkan kedamaian.

Nilai patriotisme

Kita hendaklah mencintai negara yang merdeka ini.

Nilai hormat-menghormati

Kita mestilah saling hormat-menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain.

28

PUISI MODEN : SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR KARYA MAHWA MOHAMED Sehelai kelopakmu gugur; Rangkap 1: adalah titis air mata bonda yang luruh dalam lipatan usia.

Merenung pada malam yang kematian angina

Maksud Sajak Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.

Rangkap 2:

pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan merasakan bahawa segala-galanya telah musnah. Dia merasakan bahawa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga merasakan bahawa segala-galanya telah musnah dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki keadaan tersebut.

Sekuntum mawar

Rangkap 3:

bukan melontar harum indahmu

Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak akan membiarkan diri mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.

pada laut yang kematian ombak seperti telah menutup pintu kehidupan ini menjadi sepi dan lara

di hujung lembah tapi mengangkat seri mahkotamu ke puncak iman.

1.Tema sajak: Anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika seseorang gadis telah tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama keluarganya turut tercemar.

2. Persoalan: 1. Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar. 2. Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya sudah tidak bermakna lagi. 3. Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu. 4. Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.

29

3. Bentuk: (a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. (b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya, • rangkap 1: tiga baris; • rangkap 2: enam baris; • rangkap 3: lima baris. (c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga enam patah kata. Contohnya, Sekuntum mawar (2 patah kata) Merenung pada malam yang kematian angin (6 patah kata) (d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suk kata. Contohnya, di hujung lembah (5 suku kata) (e) Sajak ini berbentuk bebas.

4. Unsur bunyi: 1. Asonansi. Contohnya, • adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a); 2. Aliterasi. Contohnya, • seperti telah menutup. (perulangan konsonan t); 5. Gaya Bahasa Gaya Bahasa Sinkope Penggunaan unsur alam. Simile

Contoh pada kemusnahan yang tak pernah dipinta. malam; angin; laut; seperti telah menutup.

6. Nilai dan Pengajaran Nilai

Pengajaran

Nilai kasih sayang

Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.

Nilai berwaspada.

Kita hendaklah menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam kehidupan. .

Nilai kesedaran.

Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.

30

PROSA TRADISIONAL: PELANDUK MENGAJAR MEMERANG 1. Sinopsis Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap seperti manusia. Manakala, Nabi Sulaiman pula mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri daripada seorang manusia, seekor jin bernama Afrit, seekor unggas, seekor landak, dan seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang paling bijak diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk yang digelar sebagai Syah Alam di Rimba ialah yang paling terkenal. Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau kawasan pemerintahannya dan menemui lubang tempat tinggal memerang. Anak-anak memerang yang sebanyak tujuh ekor sedang bermain-main di sekitar lubang tersebut. Syah Alam di Rimba menghampiri mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak memerang itu memberitahu Syah Alam di Rimba bahawa ibu bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan mereka. Syah Alam di Rimba berasa runsing(risau) kerana ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman bahawa memerang menganiaya mereka. Pada waktu itu, ditakdirkan Allah burung berbunyi dengan bersahut-sahutan dan Syah Alam di Rimba laluberpencak silat menyerang anak-anak memerang. Anak-anak memerang itu mengalami kecederaan parah, lalu mati kesemuanya. Setelah hari menjelang petang, pasangan suami isteri memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati. Hanya bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba sahaja yang ditemukan di sekitar kawasan itu. Ibu memerang menangis kerana terlalu sedih. Pada malam itu, pasangan memerang itu berbincang untuk bertemu dengan Nabi Sulaiman pada keesokan harinya bagi memaklumkan perkara tersebut. Keesokan harinya selepas makan, pasangan memerang itu pun pergi untuk berjumpa dengan Nabi Sulaiman. Ketika itu, baginda sedang bersemayam di atas takhta di hadapan sekalian menteri, hulubalang rakyatnya yang tidak terkira bilangannya. Mereka datang dengan menerima pelbagai aduan untuk diselesaikan oleh baginda Nabi Sulaiman. Apabila tiba gilirannya, pasangan memerang itu pun beri ampun sembah dan menceritakan perihal diri mereka yang dianiaya Perdana Menteri Syah Alam di Rimba. Anakanak mereka telah di bunuh oleh Syah Alam di Rimba semasa mereka berdua keluar mencari makan. Setelah mendengar aduan itu, Nabi Sulaiman termenung seketika berasa hairan dengan perbuatan Syah Alam di Rimba itu. Baginda memerintahkan supaya unggas belatuk memanggil Syah Alam di lalu perintah itu disampaikan dengan segera. Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanyakan kebenaran aduan pasangan memerang itu serta sebab berbuat demikian. Syah Alam di Rimba segera memohon ampun kepada Nabi Sulaiman dan menceritakan hal yang sebenar. Ketika dia berjumpa dengan anak-anak memerang itu, dia terdengar Sang Bubut bersiul dengan bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Dia menyangka

31

bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan musuh lalu membuka silat dan tanpa sedar dia telah mencederakan anak-anak memerang. Selepas mendengar penjelasan Syah Alam di Rimba, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang Bubut. Apabila Sang Bubut datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Bubut memalu gendang perang tanpa menunggu perintah baginda terlebih dahulu. Sang Bubut memberi alasan bahawa dia ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan membawa pedang yang telah tercabut. Dia menyangka bahawa ada musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu Bubut memalu gendang dengan sekuat hatinya supaya dapat didengar oleh para hulubalang. Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang Biawak. Apabila Sang Biawak datang, baginda bertanya kebenaran dakwaan Sang Bubut. Jika benar, baginda ingin tahu akan Sang Biawak membawa pedang tanpa sarung. Sang Biawak menyatakan bahawa dia membawa pedang tanpa sarung kerana dia terlihat Labi-labi membawa perisai. Pada sangkaannya, ada musuh yang hendak menyerang baginda. Setelah itu, Sang Labi-labi pula dititahkan untuk menghadap Nabi Sulaiman. Perkara itu ditanyakan pula kepada Sang Labi-labi. Sang Labi-ilabi mendakwa bahawa dia berbuat demikian setelah melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Dia juga menyangka bahawa ada musuh besar yang datang menyerang. Maka, Sang Udang pun dipanggil supaya datang menghadap baginda. Setelah ditanya, Sang Udang memberi alasan bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan dengan masalah yang besar. Dia menyangka bahawa masalah itu berkaitan dengan musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman menitahkan pula unggas belatuk memanggil Sang Sebarau. Belatuk menemui Sang Sebarau di tengah jalan yang kebetulan mahu berjumpa dengan Nabi Sulaiman juga. Setelah Sang Sebarau datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Sang Sebarau berikat pinggang;sehingga melengkung seperti orang dalam kesusahan. Sang Sebarau mengangkat sembah, lalu menyatakan bahawa dia memang mahu berjumpa dengan baginda bagi mengadukan hal dirinya.

Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga serta kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah dirinya seekor saja. Sang Sebarau berasa sangat sedih dengan keadaannya itu dan memohon agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan menjatuhkan hukuman kepada Sang Memerang. Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu, baginda berasa sangat murka terhadap Sang Memerang suami isteri. Sang Memerang memohon ampun dan mengakui akan kesalahan mereka itu. Nabi Sulaiman menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi menebus nyawa anak-anak dan kaum keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang Memerang.

32

1. Tema Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain. Hal ini digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak-anak Sang Sebarau. Sebagai balasannya, dengan takdir Allah Subhanahuwataala, an anak Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam di Rimba ketika Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan gendang perang yang dilakukan oleh Sang Bubut. 2. Persoalan (a) Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak lain. Contohnya, Sang Memerang telah makan semua anak Sang Sebarau sehingga hanya Sang Sebarau yang tinggal dalam keadaan bersusah hati. (b) Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang berkuasa. Contohnya, Sang Memerang membuat pengaduan kepada pihak yang berkuasa, iaitu Nabi Allah Sulaiman tentang peristiwa kematian anak-anaknya disebabkan perbuatan Syah Alam di Rimba. (c) Pengadilan memerlukan saksi. Contohnya, Nabi Allah Sulaiman memanggil semua rakyat yang terlibat dengan hal yang menyebabkan kematian anak-anak Sang Memerang. (d) Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, Syah Alam di Rimba bijak mencari jalan penyelesaian untuk memberikan kesedaran kepada Sang Memerang. (e) Bercakap benar di hadapan pemerintah. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman. (f) Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh. 3. Plot 3.1

PERMULAAN Syah Alam di Rimba bertemu dengan anak-anak memerang. Kemudian, dia terdengar bunyi paluan gendang perang lalu membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang terbunuh. Ibu bapa memerang pulang dan mendapati anak-anak mereka sudah mati.

3.2

PERKEMBANGAN Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian anak-anak mereka akibat perbuatan Syah Alam di Rimba. Baginda memanggil Menteri Syah Alam di Rimba untuk

33

mendapatkan penjelasan. Selepas itu, baginda memanggil Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau untuk mencari punca yang sebenarnya. 3.3

KLIMAKS Sang Sebarau menceritakan perbuatan jahat pasangan memerang terhadap kaum keluarganya. Nabi Sulaiman berasa sangat murka terhadap Sang Memerang.

3.4

PELERAIAN Sang Memerang memohon maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Akhirnya, Nabi Sulaiman memberi kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.

4. Teknik Plot (a) Dialog. Contohnya, • "Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?" [hlm. 35] • "Hai Syah Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai penghadapan." [hlm. 38] • (b) Monolog dalaman. Contohnya, • Fikir Syah Alam di Rimba, "Itulah akan memerang ini, selalu saja ia membuat aniaya atas ikan-ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu, baiklah aku perbuat pakatan pula dengan dia." [hlm. 36] (c) Pemerian. Contohnya, • Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak buah di dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang ternpat memerang, ada anaknya tujuh ekor. [hlm. 35] 5. Latar 5.1 Latar Ternpat (a) Hutan rimba. Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke kawasan wilayah pemerintahannya. (b) Lubang. Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang. (c) Kota istana. Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana. (d) Lubuk. Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam lubuk. 5.2 Latar Masa (a) Pada zaman dahulu. Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada zaman dahulu. (b) Siang. Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.

34

(c) Petang. Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu petang. (d) Malam. Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam. 5.3 Latar Masyarakat (a) Masyarakat binatang yang tinggal di rimba. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Sebarau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di rimba. (b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib yang menimpa ikan-ikan tersebut. c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman. (d) Masyarakat yang patuh akan pemerintah. Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah di lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau. (e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah. Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh. (f) Masyarakat yang cepat bertindak. Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang lain untuk datang menghadap baginda. (g) Masyarakat yang mengaku kesilapan diri. Contohnya, mak dan bapa memerang telah membuat pengakuan tentang kesalahan yang dilakukan di hadapan Nabi Allah Sulaiman. (h) Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah. Contohnya, Syah Alam di Rimba dan Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

35

6. Watak dan Perwatakan 6.1 Pelanduk atau Syah Alam di Rimba (a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri. (b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana kebijaksanaannya. (c) Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang. (d) Pandai bersilat. (e) Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat akan kehidupan rakyatnya. (f) Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman. (g) Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang masalah. (h) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman. 6.2 Memerang atau Sang Memerang (a) Mempunyai tujuh orang anak. (b) Menjadikan ikan sebagai makanan. (b) Tamak terutamanya dalam hal makanan. (c) Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan untuk anak-anak. (d) Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain. (e) Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah. (f) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau. 6.3 Nabi Allah Sulaiman (a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan binatang. (b) Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan baginda. (c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya. (d) Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan. (e) Pemerintah yang adil. (f) Tegas dalam membuat keputusan. 7. Gaya Bahasa Gaya Bahasa Ayat pendek Ayat panjang

Penggunaan bahasa Arab Penggunaan bahasa istana Penggunaan bahasa klasik Sinkope Repetisi

Contoh Seketika lagi hari pun siang Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan akan anak-anaknya itu. Allah Subhanahuwataala bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah • tuanku • beta • Hatta Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlarilari; Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang Udang pun bersama membawa perisai itu, 36

8. Nilai dan Pengajaran Nilai Nilai prihatin Nilai patuh akan pemimpin Nilai keadilan Nilai bertanggungjawab Nilai kejujuran

Pengajaran Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap kehidupan rakyat Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab. Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.

37

CERPEN: BANJIR DI MATA EMAK KARYA CHE SOO ISMAIL 1.

Sinopsis Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana" (saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu. Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat hari empat malam tanpa henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar, apatah pulang untuk menjenguknya. "Saya" berasa sangat cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada Mak Piah. "Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab pangilan "saya". Mak Piah meminta "saya" yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada "saya"agar menjaga anak dan suaminya baik-balk. "Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat melepaskan rindu terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah merindui anakanaknya. "Saya" merindui emaknya. "Saya" menemukan alamat Mak Piah di dalam buku panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan "saya" dengan ceria. Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah memberitahu "saya" bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya yang kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. "Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk "saya" selepas mendengar kata-kata "saya" itu. "Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang masak dan menyuruh "saya" menghantar makanan itu. "Saya" mengangguk sambil tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong dan menanggung dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan "saya" menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang "saya bawa ke dalam peti sejuk. "Saya" memohon izin untuk pulang dan

38

berjanji untuk mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan salam kepada anaknya, Nana. Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari. Setelah sihat, "saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon emaknya kerana emaknya mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap emaknya selama ini.

2.

Tema Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui anakanaknya yang telah beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk pulang menjenguknya. Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan perhatian. "Saya" pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak "saya" telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya. Pertemuan "saya" dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang menimpa Mak Piah meraih simpati "saya" untuk mendekati Mak Piah. Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk "saya" melepaskan rindu terhadap emaknya.

3. Persoalan (a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak. Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang menjenguknya. (b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorang. Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya. (c) Kasih ibu tidak berbelah bagi. Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya. (d) Menyesal kemudian tiada gunanya. Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat. Emak mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.

39

(e) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan pasangan masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat terhadap ibu mereka. Mereka lebih mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu mereka sendiri. (f) Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang. Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah dan berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga banjir surut.

4.

Plot Binaan 4.1 Plot (a) Permulaan — Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi tersalah menekan nombor telefon lalu panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada "saya" yang disangka anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini demikian kerana banjir telah naik ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya. (b) Perkembangan — "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak berjawab. "Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Akhirnya Mak Piah menjawab panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja. "Saya" tidak sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah memikirkan keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai ke paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah mengingatkan dia akan emaknya. Hal ini menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. Perasaan dan keinginan "saya" hendak berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya" mendapatkan alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya"datang ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan kiriman daripada anak perempuannya, Nana. (c) Klimaks — Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah diserang demam panas selama lima hari. Setelah sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah masuk ke dalam rumah Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa keluar. "Saya" mengikut jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan. (d) Peleraian — Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk dan membantu emak mereka semasa banjir. Emak mereka meninggal dunia setelah kepalanya cedera kerana terjatuh semasa hendak membersihkan rumah selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.

40

4.2 Teknik Plot. Teknik Plot (a) Dialog

(b) Pemerian.

c) Saspens

Contohnya, • "Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. Banjir dah sampaii ke paras dada ..." [hlm. 51]

• Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau sedikit kesempatan untuk menerangkan bahawa saya bukanlah Nana, kembali menujah-nujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi. [hlm. 52] Pada permulaan cerita, pembaca tertanyatanya pemilik suara tua yang sedang bercakap dengan watak "saya" melalui telefon. Contohnya, • Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan, tidak juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang rusuh di hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju jejari saya salah menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang sesetengahnya tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan dengan penghargaan dan pesanan. [hlm. 51]

5.

Latar 5.1 Latar Tempat (a) Kampung.

(b) Rumah "saya". ( c ) Rumah Mak Piah. (d) Tanah perkuburan.

Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat berlakunya kejadian banjir. Tempat "saya" membuat panggilan telefon ke rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak Piah yang tinggal keseorangan. Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.

41

5.2 Latar Masa (a) Empat hari empat malam. (b) Ketika banjir.

(d) Lima hari. (e) Selepas banjir.

(f) Waktu pagi.

Contohnya, hujan turun selama empat hari empat malam. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan kerana banjir yang melanda kampung Mak Piah sudah sampai ke paras dada. Contohnya, watak "saya" demam selama lima hari. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan kepalanya cedera ketika membersihkan rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah meninggal dunia selepas kejadian banjir melanda kampungnya. Contohnya, watak "saya" mendapatkan nombor telefon rumah temannya, iaitu Ameera pada waktu pagi.

5.3 Latar Masyarakat (a) Masyarakat kampung.

Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah merupakan masyarakat yang tinggal di kampung. Contohnya, watak "saya" sangat mengambil berat tentang keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan. Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan emak mereka hidup keseorangan di rumah usang tanpa bertanya khabar atau menjenguknya walaupun Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah emaknya. Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan sangat merindui anaknya, Nana serta mengharapkan Nana sekeluarga berada dalam keadaan baik.. Contohnya, watak "saya" sangat merindui emaknya yang telah meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan itu. Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat walaupun keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.

(b) Masyarakat yang prihatin.

(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

(d) Masyarakat yang mementingkan kasih sayang.

(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya.

(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama.

42

6.

Watak dan Perwatakan 6.1 "Saya" (a) Anak yatim piatu. (b) Seorang yang sensitif. (c) Seorang yang prihatin. (d) Seorang yang mudah bersimpati. (e) Seorang yang merindui ibunya. (f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah. (g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat kebahagiaan Mak Piah. 6.2 Mak Piah (a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung. (b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan. (c) Seorang yang peramah. (d) Seorang yang takut akan ular. (e) Seorang yang pengasih dan penyayang. (f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan. (g) Seorang yang kurang pendengaran. (h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya. 6.3 Nana (a) Anak bongsu Mak Piah. (b) Seorang yang takut kepada suami. (c) Seorang yang tidak bertanggungjawab. (d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya. (e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan emaknya.

7.

Gaya Bahasa Gaya Bahasa (a) Pengarang menggunakan ayat pendek. (b) ayat panjang.

(c) Penggunaan bahasa Arab. (d) Metafora

Contoh Contohnya, • "Dah tu, macam mana?" • "Mak takut ular." • "Mari kita makan! " • Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu putus dalam hujan yang sudah empat hari em pat malam lebat dan renyai menyilih ganti. [hlm. 52] Contohnya, • Ya Allah • zuhur • assalamualaikum • Alhamduldlah • insya-Allah • jenazah • Arwah Contohnya, • Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda teruja menyalam perkenalan. [hlm. 54] • ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm. 54] • Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir[hlm.551]

43

( e ) Personifikasi

( f ) Peribahasa ( g ) Sinkope

( h )Repetisi

8.

Contohnya, • ... banjir kali ini telah menelan dua nyawa. [hlm. 521 • Getar suaranya menggegarkan perasaan. [him. 52] • ... rindu yang mencengkam sukma ini,... [hlm. 54] Contohnya, • isihati Contohnya, • Orang jual ikan dah tiga hari takdatang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. [hlm. 51] • Abang kau tu, duduk saja dekat tapi takmenjenguk langsung tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51] • • Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar lagi? Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon "anak" ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami? Atausememangnya dia keliru, antara pemanggil dengan orang yang dipanggil, siapa yang dikenakan bayaran? [him. 53] • Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! [hlm. 53]

Nilai dan Pengajaran Nilai Pengajaran ( a) Kasih Kita mestilah menghargai kasih sayang sayang ibu bapa terhadap anakanak mereka.

(b) Keprihatinan.

(c) Baik hati.

(d) Simpati.

Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia. Kita hendaklah sikap baik hati dengan membantu golongan warga emas. Kita hendaklah bersimpati kepada golongan yang susah.

44

Contoh Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anak-anaknya. "Saya" sanggup mengharungi banjir untuk melihat keadaan hidup Mak Piah yang tinggal seorang diri. "saya" membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang telah terputus bekalan makanan akibat kejadian banjir. "saya" berasa simpati dengan keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan serta keadaan Mak Piah yang terlalu merindui anakanaknya.

CERPEN: TALIA DAN RAKSASA QADQAD KARYA ZANIFFA AZZURA ABDULLAH 1.

Sinopsis Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal jauh di kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu Talia sedang bermainmain di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah bertemu dengan seekor katak raksasa yang telah tercedera di bahagian tepi kepalanya. Luka itu kelihatan seperti dilibas gergaji. Oleh sebab timbul rasa kasihan, Talia telah merawat katak raksasa tersebut dengan menggunakan pucuk daun dalut. Dengan bantuan Talia, raksasa tersebut telah pulih dan terus menghilang di dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap bahawa cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan ayah Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan oleh katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka semua baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu. Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera meninggalkan rumah mereka. Dodo mendukung Talia. lsterinya, Misa pula membawa Jini di dalam bakul sandang. Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih yang disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo memberitahu lelaki itu tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu memarahi Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar memandang mereka dengan kehairanan. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan Binjah tentang keadaan di kern balak timur yang kacaubilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi cedera. Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak telah menimpa sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Mandur kem balak berkenaan telah menetak semua katak raksasa yang terperangkap itu. Tindakan tersebut membawa padah kepada pembalak-pembalak di kern berkenaan. Sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan pekerja termasuk Sidek masuk ke dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip memandang Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu Dodo melompat turun. Ratusan katak raksasa yang lain mengikuti jejak Qadqad itu berundur. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia membuat rumusan 45

kononnya katak raksasa takut akan tanah berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar. Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka dengan menaiki sebuah kenderaan. Mereka tiba di kawasan perkampungan orang asli tersebut. Mereka mendengar suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor katak raksasa tersebut muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya terus melarikan diri dari tempat tersebut. Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah pondok musnah terbakar. Puluhan mayat manusia dan bangkai Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap. 2.

Tema Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia dengan alam semula jadi. Manusia bandar yang rakus dan tamak telah memusnahkan alam semula jadi demi mengaut keuntungan semata-mata. Hutan belantara ditarah untuk pembalakan manakala bukit diruntuhkan untuk dijadikan kawasan perlombongan sehingga memusnahkan habitat flora dan fauna. Kehidupan orang ash yang aman dan harmoni turut terancam.

3. Persoalan (a) Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera, akhirnya telah diselamatkan oleh raksasa tersebut sewaktu perkampungan mereka hendak dimusnahkan oleh Binjah. (b) Kasih sayang terhadap keluarga. Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota keluarganya dan sanggup ditembak oleh Binjah semata-mata untuk menyelamatkan anggota keluarganya. (c) Sikap tamak segelintir manusia. Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana hendak melombong di perkampungan orang asli tetapi akhirnya terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad. 46

(d) Kesusahan masyarakat orang ash yang tinggal di kawasan pedalaman. Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen kereta untuk mendapatkan rawatan anaknya, Jini yang sedang sakit di bandar. (e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan. Contohnya, sifat Talia yang baik hati dan merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera telah menyebabkan haiwan tersebut membantu kampungnya daripada dimusnahkan oleh Binjah. 4.

Plot Binaan 4.1 Plot a) Permulaan —Talia telah bertembung dengan seekor Raksasa Qadqad sewaktu bermain di pinggir huma berhampiran dengan hutan di lereng Bukit Ungu. Talia terlihat seekor binatang aneh yang menyerupai seekor katak tercedera. Dia telah mengambil pucuk daun dalut untuk merawat binatang tersebut. Binatang aneh tersebut diberi nama Qadqad oleh penduduk kampung kerana bunyinya yang menyerupai bunyi seekor katak. (b) Perkembangan — Peristiwa Dodo bersama-sama dengan isterinya, Misa dan anakanaknya, Talia dan Jini pergi ke stesen kereta api untuk merawat Jini yang sedang demam di bandar. Di pertengahan jalan, mereka telah bertembung dengan Sidek, pemandu kereta api dan Binjah yang bertugas mengawas bijih yang disorong keluar dari bangunan untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Mereka telah digertak oleh Binjah kerana cuba menaiki kereta api tersebut secara percuma. Secara tiba-tiba, Binjah dan pekerja lombong telah diserang oleh Raksasa Qadqad. Binjah berasa hairan kerana Talia dan keluarganya terselamat daripada serangan tersebut. Sidek telah menemani Dodo mendapatkan rawatan untuk Jini di hospital. Kemudian, mereka membuat laporan di balai polis tentang Binjah dai pengikutnya yang menyerang kampung mereka. (c) Klimaks — Binjah dan para pengikutnya telah membawa jentera berat unto memusnahkan perkampungan orang ash tersebut kerana ingin mengaut hasil buminya. Dodo yang cuba mempertahankan kampung tersebut telah terkena tembakan pada lengan kirinya yang dilepaskan oleh Binjah. (d) Peleraian — Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan'i dan telah menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak pengikutnya yang telah terkorban termasuk Binjah sendiri. Akhirnya, penduduk di perkampungan orang ash itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

47

4.2 Teknik Plot. Teknik Plot (a) Dialog

(b) Pemerian.

c) Imbas kembali

5.

Contohnya, • "Ini bukan demam biasa," kata Dodo. "Kita perlu bawa ke hospital." [hlm. 61] • "Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad sekarang berleluasa di hutan di seluruh negeri. Kata Tuan Binjah, sesiapa yang dapat mengawal tanah ungu, pasti kayaraya!" [hlm. 64] Makhluk itu mengerang, mempamerkan taring. Cecair hijau likat meleleh dari lekuk tajam di bahagian sisi kepalanya, persis luka akibat dilibas gergaj • Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem balak menetak mati kesemua yang terperangkap itu. Tindakannya itulah yang menjerut manusia lain dengan hukuman mati. [hlm. 62]

Latar 5.1 Latar Tempat (a) Kawasan Bukit Ungu.

Tempat tinggal Talia dan keluarganya serta ahli sukunya. Tempat Talia bertemu dengan anak Raksasa Qadqad Tempat Dodo berbincang dengan isterinya, Misa untuk membawa anak mereka, Jini yang sedang demam ke hospital. Tempat Dodo dan keluarganya diherdik oleh Binjah Tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa Qadqad Tempat Dodo membawa anaknya, Jini mendapatkan rawatan dan tempat pekerja lombong yang cedera mendapatkan rawatan. Tempat Sidek membawa Dodo membuat laporan tentang rancangan Binjah untuk melombong di Bukit Ungu.

(b) ) Kawasan hutan berhampiran dengan lereng Bukit Ungu bersempadan huma ( c ) Rumah Dodo.

(d) Stesen kereta api. (e) Kawasan perlombongan. ( f ) Hospital.

(f) Balai polis

48

5.2 Latar Masa (a) Waktu siang.

. (b) Waktu tengah hari.

(c) Tiga hari. (d) Waktu matahari tergelincir.

5.3 Latar Masyarakat (a) Masyarakat orang asli

(b) Masyarakat bandar yang tamak dan kejam.

(c) Masyarakat yang berkonflik dengan alam semula jadi.

(d) Masyarakat yang penyayang.

(e) Masyarakat yang kejam dan zalim.

Contohnya, Talia berjumpa dengan anak Raksasa Qadqad yang tercedera pada waktu siang Contohnya, penduduk orang asli di Bukit Ungu dapat mendengar bunyi kereta api datang dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar. Contohnya, Jini mendapat rawatan di hospital selama tiga hari. Contohnya, Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki ke kawasan Bukit Ungu untuk memastikan bahawa keadaan di situ sudah selamat.

Contohnya, anggota keluarga Talia dan sukunya merupakan masyarakat orang asli yang berpindah-randah, bertani, dan tinggal di kawasan hutan. Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan menghalau orang asli untuk mendapatkan kawasan lombong di Bukit Ungu. Contohnya, Binjah telah menebang balak dengan sesuka hati dan ingin melakukan kerja perlombongan di Bukit Ungu sehingga mendorong Raksasa Qadqad menyerang mereka. Contohnya, Dodo amat menyayangi anakanak dan isterinya sehingga sanggup menerima tembakan untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka. Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan membakar pondok orang asli yang terletak berhampiran dengan Bukit Ungu.

49

6.

Watak dan Perwatakan 6.1 "Talia (a) Seorang budak perempuan kecil keturunan orang asli. (b) Anak kepada Dodo dan Misa. (c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong. (d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad. (e) Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera. (f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya. (g) Menghormati ibu dan bapanya. 6.2 Raksasa Qadqad (a) Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar. (b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala. (c) Mempunyai taring. (d) Mampu meloncat tinggi. (e) Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau. (f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu. (g) Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung mereka. (h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya. (i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat. 6.3 Dodo (a) Ayah kepada Talia dan Jini. (b) Isterinya bernama Misa. (c) Seorang yang penyayang kerana sanggup mempertahankan keluarga dan kampungnya daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya. (d) Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya yang sedang demam untuk mendapatkan rawatan di hospital. (e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota keluarganya. 6.4 Binjah (a) Seorang saudagar yang tamak kerana cuba memusnahkan kampung orang asli untuk mendapatkan hasil buminya. (b) Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup menyerang dan membakar rumah orang asli. (c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi. (d) Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad. 6.5 Sidek (a) Bekerja dengan Binjah. (b) Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital. (c) Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah yang mahu memusnahkan kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu. (d) Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba memusnahkan kampung mereka.

50

6.6 Tuk Sibat (a) Ketua suku kaum orang asli. (b) Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah yang ingin memusnahkan kampungnya. (c) Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang mengganggu tempat tinggal sukunya. 7.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa (a) Pengarang menggunakan ayat pendek. (b)Ayat panjang.

(c) Kata Ganda

(dPersonifikasi

(e) Inversi

(f) Sinkope

(g)Repetisi

(h) Simile

Contoh Contohnya, • "Kita ke bandar" ujar Dodo. • "Nak ke mana?" Contohnya, • Talia sedang bermain sendirian di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu apabila dia terdengar rengekan ganjil. [hlm. 58] • Walaupun belum semusim berkampung di situ, semua orang dapat melihat betapa gemuknya padi mereka, seolaholah buminya berkhasiat ajaib. [hlm. 60] Contohnya, • "Apa tumpang-tumpang? Kau fakir kereta api ni untuk bersuka ria?" [hlm. 62] • ... Jentera-jentera berat yang menumbangkan pokokpokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan. [hlm. 65] Contohnya, • ... lingkaran reben hijau kuning itu kembali ditelan hutan belantara. [hlm. 63] • Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki [hlm. 67] • Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi. [hlm. 61] • ... Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan mereka ke hospital bersama-sama dengan pekerja lombong yang cedera. [hlm. 64] Contohnya, • "Kami ada padi saja." • "Kalau begitu, melombong di pinggir hutan sajatanahnya ungu juga," saran Dodo. [hlm. 64] • "... Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu," ujar Sidek, menyambung cerita. [hlm. 64] • • "Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ..." • "Tanah. Talia main tanah tadi," sambut Dodo, bingung. Contohnya, • "Gempal macam disumbat air"... • ... bagaikan cincin melingkari gunung

51

8.

Nilai dan Pengajaran Nilai Pengajaran Contoh ( a) Baik hati Kita haruslah bersimpati dengan Contohnya, Talia menolong dan semua makhluk yang berada di merawat anak Raksasa Qadqad sekeliling kita. yang tercedera pada bahagian kepalanya.

(b) Kasih sayang

(c) Keberanian.

(d) Kegigihan.

(e) Tolongmenolong.

Kita mestilah menyayangi anggota Contohnya, Dodo amat keluarga supaya mereka dapat menyayangi keluarganya. Dia hidup dengan selamat dan selesa. sanggup bersusah payah menghantar anaknya, Jini ke hospital yang terletak di bandar untuk mendapatkan rawatan. Kita harus berani Contohnya, Dodo berani mempertahankan hak kita menentang kekejaman Binjah yang walaupun terpaksa mengorbankan ingin merampas kawasan tempat diri. tinggal sukunya. Sebagai ketua yang Contohnya, Tuk Sibat gigih bertanggungjawab, kita mestilah berusaha untuk mempertahankan mempertahankan hak anak-anak perkampungan sukunya daripada buah kita daripada dirampas oleh dirampas oleh Binjah. pihak luar Kita haruslah memberikan Tolong-menolong. Contohnya, pertolongan kepada orang yang Sidek memberikan pertolongan sedang berada dalam kesusahan. kepada keluarga Dodo dengan menumpangkan mereka pulang dari bandar menggunakan kereta api yang dipandunya.

52

DRAMA: MAHKAMAH 1.

Sinopsis

Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Hakim memerintahkan pegawai memanggil Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Tertuduh I, Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua. Pendakwa raya membaca pertuduhan, bahawa Bulat bin Leper telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali, berumur 99 tahun, di Taman Gagak Putih. Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela telah dipanggil masuk untuk membela Bulat bin Leper. Selepas perbicaraan dijalankan, Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Kemudian, seorang nenek yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu. Nenek itu tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu patah dan dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Bulat bin Leper bertegas bahawa dia tidak mahu mengaku salah. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang cuba mendesak anak guamnya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut, Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang. Kulit pisang tersebut dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak. Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam bela lagi, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah itu sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik dan perkara itu merupakan suatu contoh yang baik. Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Namun begitu, seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga menyebabkan kulit pisang itu tercampak keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing terlalu letih, matanya menjadi kabur dan berpinarpinar. Kambing itu tidak nampak akan kulit pisang sehingga terkaislah kulit pisang itu ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu jatuh, kemudian meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Sebaliknya, kambing itu yang bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja tanpa syarat. Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakawa raya. Peguam bela menyatakan bahawa binatang peliharaan mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku, maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Berdasarkan kenyataan tersebut, hakim telah membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membacakan pertuduhan terhadap 53

Tertuduh II, iaitu Akikino-komokotoko (Akinomoto). Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Hakim mohon pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut. Pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut dengan menggunakan bahasa lnggeris seperti yang tercatat di dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World. Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan seharusnya digunakan dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak semula dan dia mahu memelihara anak beruk itu. Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya. . Keadilan dan kebenaran itu mesti ditegakkan dengan apa-apa cara sekalipun tanpa mengira bangsa, warna kulit, kepercayaan, pangkat, kedudukan, dan sebagainya.

2.

Tema Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan.

3. Persoalan (a) Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela dirinya. Namun begitu, demi keadilan, peguam bela telah disediakan. Bulat bin Leper ialah orang miskin. Dia telah menggunakan khidmat peguam bela untuk membela dirinya di mahkamah. (b) Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun. Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan. (c) Kehidupan golongan yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menegakkan keadilan dan kebenaran sama seperti kehidupan golongan biasa. Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang biasa. Selain itu, hakim juga gemar akan colek kelubi dan pisang. (d) Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah. Tertuduh II dikenakan denda supaya menjaga anak beruk yang baru lahir itu sehingga mencapai umur akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya. (e) Isu bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih belum meluas lagi. Hakim sendiri masih bercakap dalam bahasa Melayu dengan bunyi Inggeris

54

4. Plot Binaan 4.1 Plot (a) Permulaan — Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat bin Leper. Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur, 99 tahun di Taman Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku tidak bersalah. Peguam bela percuma dipanggil untuk membela Bulat bin Leper. Mereka diberi masa untuk berunding selama seminit. (b) Perkembangan — Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itumeninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. (c) Klimaks —Tertuduh II (Akikino-komokotoko, ringkasnya Akinomoto) dipanggil masuk. Akinomoto mengangkat sumpah. Dia berbicara dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milli( kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam bahasa InggerisAkinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Setelah pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu, Tertuduh II dapat memahami kestuduhan tersebut. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Namun begitu, dia turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu semula kepada yang berhak dan mahu memelihara anaknya. (d) Peleraian — Setelah hakim mempertimbangkan kes tersebut dengan adil dan saksama, hakim niemerintahkan Akinomoto supaya memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya pula, dia perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh dan dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.

55

4.2 Teknik Plot. Teknik Plot (a) Dialog

(b) Pemerian.

5.

Contohnya, HAKIM: Siapa nama kamu? TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan.

PENDAKWA RAYA dan PEGAWAI MAHKAMAH berdiri. TUAN HAKIM masuk (dengan iringan muzik) lalu mengambil tempat.

Latar

5.1 Latar Tempat (a) Mahkamah (b) Taman Gagak Putih.

( c ) Stor JKK Ulu Dungun

5.2 Latar Masa (a) Waktu pagi . (b) 20 Mac 1988

(c) Januari 1988

(d) 1 minit

(e) 2 minit

Tempat berlangsungnya sidang perbicaraan Tempat Bulat bin Leper makan sebiji pisang berangan dan tempat Mek Teh bin Jali berjoging. Tempat Tertuduh II mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia

sidang perbicaraan itu dijalankan pada waktu pagi. Tertuduh II telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun pada 20 Mac 1988 Tarikh Januari 1988 kematian Mek Teh bin Jali dan waktu Bulat bin Leper berada di Taman Gagak Putih. Hakim memberikan tempoh seminit kepada peguam bela dan Tertuduh I untuk berunding. Mahkamah mengambil masa untuk berehat selama dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh masa untuk pendakwa raya merujuk kamus.

56

5.3 Latar Masyarakat (a) Masyarakat intelektual. (b) Masyarakat yang hidup miskin

(c) Masyarakat yang baik hati.

(d) Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan. (e) Masyarakat yang tetap pendirian

6.

Hakim, pendakwa raya, dan peguam bela merupakan masyarakat intelektual. Tertuduh I merupakan masyarakat yang miskin kerana dia tiada wang untuk mengupah peguam bagi membela dirinya di mahkamah. Peguam bela bersungguh-sungguh mempertahankan Tertuduh I agar anak guamnya itu terlepas daripada pertuduhan yang dihadapinya. Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu Bulat bin Leper dipaksa oleh pendakwa raya untuk mengaku bersalah tetapi dia tetap tidak mengaku bersalah.

Watak dan Perwatakan

6.1 Hakim (a) Seorang golongan intelektual. (b) seorang yang pandai bergurau. (c) Seorang yang menggunakan bahasa Melayu tetapi dengan bunyi Inggeris. (d) Seorang yang adil dan saksama. (e) Seroang yang menjalankan amanah dengan baik.

6.2 Pendakwa raya (a) Golongan intelektual. (b) Seorang yang tegas dengan hujahnya (c) Seorang yang menjalankan tugasnya dengan bertanggungjawab (d) Seorang yang terburu-buru ketika berhujah.

6.3 Peguam bela (a) Seorang yang tegas ketika menjalankan tugas. (b) Seorang yang berfikiran rasional ketika menjalankan tugas. (c) Seorang yang sanggup berkhidmat dengan percuma untuk orang-orang susah. (d) Seorang yang berkeyakinan ketika membicarakan hujah. 57

(e) Gemar menonton gusti.

6.4 Tertuduh I (Bulat bin Leper) (a) Orang miskin. (b) Seorang yang dituduh terlibat dengan kes kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh. (c) Seorang yang berani berhadapan dengan hakim dan pendakwa raya. (d) Seorang yang bertanggungjawab kerana membuang kulit pisang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak berkuasa. e) Seorang yang tetap pendirian bahawa dirinya tidak bersalah. (f) Seorang yang berbudi bahasa.

6.5 Tertuduh II (Akikino-komokotoko) (a) Dipanggil Akinomoto. (b) Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia. (c) Seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi boleh memahaminya. (d) Seorang yang prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu. (e) Seorang yang Dddapati bersalah dan dikenakan hukuman menjaga anak beruk sehingga akil baligh serta memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya Gaya Bahasa (a) Pengarang menggunakan dialog pendek Dialog panjang

(c) Diksi Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang berlaku di mahkamah (d)Bahasa Inggeris (e)Sinkope (f) Repetisi

Contoh PEGAWAI: Sudah, tuan. • HAKIM: Kenapa lambat? HAKIM: Ya, peguam bela ini pelanggan kamu Bulat bin Leper, telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua secara tidak sengaja pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, di Taman Gagak Putih. Kata-kata tersebut seperti hakim, pendakwa raya, peguam bela, penterjemah, Tertuduh I, Tertuduh II, kandang, bersumpah, tuduhan, mensabitkan, anak guam, kad kuning, dan sebagainya. (

The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysians World HAKIM: Oh, itu tak jadi masalah kita ada peguam percuma. PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya, Bulat bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Kalau Bulat tidak membuang

58

7.

Nilai dan Pengajaran Nilai Pengajaran (a) Keadilan. Kita hendaklah adil membuat keputusan.

(b) Tanggungjawab (c) Ketegasan. (d) Keyakinan

(e) Keprihatinan

Contoh dalam Hakim membuat keputusan terhadap tertuduh dengan adil dan saksama

Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak menimbulkan keraguan. Kita hendaklah prihatin terhadap keadaan haiwan yang berada di sekeliling kita.

59

Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah. Hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh. Peguam bela begitu yakin ketika berhujah untuk menyelamatkan Tertuduh I daripada pertuduhan yang dihadapinya. Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk subsidi yang sedang hamil itu.

Related Documents

Komsas Tingkatan 2.docx
November 2019 15
Komsas
May 2020 14
Komsas
May 2020 15
Komsas
November 2019 20