MATLAMAT Matlamat bab ini ialah untuk mendedahkan para pelajar mengenal sejarah dunia Islam moden yang tidak mendapat liputan lengkap dalam kurikulum sejarah dan tamadun Islam di peringkat sekolah dan pengajian tinggi iaitu dunia Islam abad ke-19. Unit bab ini dibahagikan seperti berikut:
12.1
Pendahuluan
12.2
Persoalan Timur
12.3
Pembaharuan Ketenteraan 12.3.1 Sultan Selim III 12.3.2 Penjajahan Perancis 12.3.3 Muhammad Ali 12.3.4 Sultan Mahmud II
12.4
Tanzimat 12.4.1 Kandungan Piagam 12.4.2 Piagam Hatt-i-Humayun 12.4.3 Kesan Tanzimat
12.5
Kesimpulan Soalan latihan Bacaan
OBJEKTIF
•
Meninjau faktor awal kelemahan dunia Islam
•
Mengkaji campur tangan kuasa Barat di dunia Islam
•
Mendedahkan sejarah modernisasi dunia Islam
•
Mengenalpasti kesan dan implikasi penjajahan Barat dan gerakan modernisasi
DUNIA ISLAM ABAD KE-19
12.1
Pendahuluan
Dunia Islam mula mengorak langkah ke arah pembaharuan pada akhir abad ke-18 sebagai reaksi mengatasi masalah kepincangan dan kelemahan dalaman dan luaran dalam dunia Islam. Kesedaran ke arah memperkuatkan dunia Islam dalam menghadapi bahaya dari dunia luar sudah lama wujud, khasnya apabila Dawlah Uthmaniyah mula mengalami kekalahan dalam menghadapi Eropah khasnya Austria pada akhir abad ke-17 lagi. Dakwaan kegagalan tentera Uthmaniyah menduduki kota Vienna pada tahun 1683 setelah berjaya mengepungnya selama enam puluh hari sebagai titik tolak kepada sejarah kebangkitan kuasa Eropah mempunyai asas yang boleh diterima. Ini kerana peristiwa ini membuktikan bahawa dunia Eropah mampu mempertahankan diri sendiri dari ancaman Uthmaniyah. Bahkan sebaliknya sekiranya Vienna dapat dikuasai oleh orang Islam ia akan mengubah sejarah dunia Eropah keseluruhannya. Andaian ini tidak keterlaluan berasaskan kemenangan Uthmaniyah menduduki kota Konstantinople, kota terakhir Empayar Byzantium dan lambang kemegahan agama Kristian Ortodok Timur, pada tahun 1453. Sejak itu tiada kuasa Eropah lain yang hampir atau boleh menyaingi kekuatan Uthmaniyah. Satu demi satu bumi Eropah dikuasai. Belgarde, ibukota Serbia dikuasai pada tahun 1456, diikuti oleh Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1458, Greece pada tahun 1468, Croatia pada tahun 1469, Azov dan Crimea pada tahun 1475 dan Budapest pada tahun 1526. sementara di Asia, Dawlah Uthmaniyah mula diterima oleh dunia Islam sebagai khalifah Islam setelah berakhirnya khilafah Abbasiyah di Mesir apabila Mamluk ditundukkan pada tahun 1516. Kebangkitan kuasa Eropah mencabar Dawlah Uthmaniyah tidaklah berlaku secara mendadak setelah mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Uthmaniyah dari menguasai Vienna, hasil kombinasi Austria dan Poland. Sejak dari tempoh itu selama lima belas tahun berikutnya Austria terus menerus berperang dengan Uthmaniyah sehingga berhasil apabila ditamatkan pada tahun 1699 melalui Perjanjian Carlowitz dengan kelebihan memihak kepada mereka. Peristiwa ini begitu penting kepada
Eropah kerana buat pertama kali mereka mampu mempertahankan diri dari ancaman kekuasaan Uthmaniyah di Eropah dan sejak itu Uthmaniyah pula bertukar wajah dari ‘offensive’ kepada ‘defensive’ dan Eropah pula bertindak mengancam Uthmaniyah. Dalam Perjanjian Carlowitz, Uthmaniyah buat pertama kali akur dan terpaksa menyerahkan wilayahnya, Hungary serta sebahagian Slovenia dan Crotia kepada Austria, sementara sebahagian Ukraine dan Podolia kepada Poland. (Lenczowski, 82: 31). Namun kuasa Austria hanya berfungsi mengembalikan maruah mereka di bumi mereka sendiri di Balkan dengan tidak meneruskan cabaran menggugat Uthmaniyah di luar Balkan. Hanya kebangkitan Rusia pada abad ke-18 betul-betul menggugat keutuhan Dawlah Uthmaniyah secara khusus dan dunia Islam secara umum. Rusia bangkit sebagai mewakili negara Kristian Eropah mencabar Dawlah Uthmaniyah dan dunia Islam lain termasuk Iran. Dari segi sejarah Rusia mempunyai hubungan dengan Byzantium apabila Ivan III, pemerintah Rusia (1462-1505) bekahwin dengan Sophia, anak saudara Maharaja Byzantium yang terakhir. Oleh itu beliau mendakwa dirinya sebagai pewaris Empayar Byzantium, tetapi pada tahap ini belum ada lagi tindakan agresif yang diambil terhadap Uthmaniyah (Lenczowski, 82: 32). Hanya pada akhir abad ke-17 sahaja barulah Rusia mula bergerak meluaskan pengaruhnya ke wilayahwilayah kekuasaan Islam terutamanya selepas naiknya Peter the Great yang berjaya medapatkan Azov. Dasar agresif Rusia terhadap Uthmaniyah diteruskan pada masa Catherine. Dalam Perjanjian Kucuk Kaynarjdi pada tahun 1774, Rusia berjaya menebus semula maruah orang Kristian kerana bukan sahaja berjaya menguasai wilayah Kristian di perairan Laut Hitam tetapi buat pertama kali ia menduduki wilayah yang dihuni oleh umat Islam sendiri iaitu di Crimea. Perjanjian ini juga memberi keizinan kepada Rusia untuk menubuhkan pejabat konsul dan dibenarkan menjalankan perniagaan di dalam wilayah Uthmaniyah. Ia juga mengiktirafkan Rusia sebagai penaung masyarakat Kristian Orthodoks di Moldavia dan Wallachia bahkan ia memberi keizinan untuk pembinaan gereja Orthodoks di Istanbul. Rakyat Rusia beragama Kristian dibenarkan dibenarkan mengerjakan ibadat haji di tanah suci sementara Sultan pula diminta berjanji memberi perlindungan kepada rakyatnya yang beragama Kristian.(Lenczowski, 82: 33).
Pada tahap pertama kekalahan Dawlah Uthmaniyah di Eropah dikenalpasti berpunca daripada penyelwengan Dawlah Uthmaniyah dari tradisi mereka berasaskan sejarah kekuatan dan kejayaan dalam menghadapi Eropah khasnya pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni. Oleh itu sehingga akhir abad ke-18, aliran pemikiran untuk kembali kepada tradisi dan sejarah Dawlah Uthmaniyah atau kembali kepada Islam masih menjadi objektif dan matlamat, bahkan ittijah ini terus menjadi pegangan ulama dan para intelek Muslim dalam menghadapi era modenisasi pada abad ke-19 dan 20. malangnya pada tahap kedua, ittijah di atas telah dibayangi oleh pendekatan ala-Barat yang mula mendapat tempat di Dunia Islam pada awal abad ke19 dan terus menjadi dominan sehingga berakhirnya sejarah keagungan Islam. Dalam dilema ini dunia Islam secara tidak sedar telah menjadi sasaran negara Eropah khususnya dalam episod Persoalan Timur (the Eastern Question). 12.2
Persoalan Timur
Sejak peralihan kepada dasar perluasan kuasa, Rusia berusaha untuk menduduki wilayah-wilayah strategi yang menghala ke laut panas. Oleh itu Laut Hitam menjadi sasaran awal dan diikuti pula dengan Selat Turki, Dardanelles dan Bosphorus. Wilayah-wilayah ini adalah di bawah Uthmaniyah dan oleh kerana ia juga kawasan yang strategi ia boleh mengancam kedaulatan Uthmaniyah sendiri.oleh itu negaranegara Eropah lain merasa bimbang terhadap kebangkitan kuasa Rusia yang mungkin akan menduduki wilayah Uthmaniyah bahkan boleh mengorbankan Uthmaniyah, maka sejak abad ke-19 Persoalan Timur ini menjadi polisi Eropah terhadap Uthmaniyah. Ia dapat dijelaskan seperti berikut: “It was a story of diplomatic moves designed, in the first place, to prevent the sudden and disorderly dissolution of Ottoman Empire and, in the second place, in case of inevitability of such a dissolution, to secure such aqual distribution of the spoils as to prevent the upsetting of the balance of power. More concretely, the Eastern Question may be narrowed down to the maneuvering of various European powers to prevent Russia from encroaching too much upon the integrity of the Ottoman Empire”.(Lenczowski, 82: 32)
Oleh kerana Persoalan Timur berlaku dalam tempoh yang agak panjang ia mendapat tafsiran yang berbagai-bagai bahkan mengaitkannya sebagai rentetan dari Perang Salib. Tafsiran ini dikuatkan lagi dengan wujudnya gerakan kemerdekaan wilayah Kristian dari Uthmaniyah yang bukan sahaja mendapat sokongan Rusia bahkan juga negara Eropah yang lain. Gerakan pembebasan dari belenggu Uthmaniyah ditafsirkan sebagai Persoalan Timur peringkat kedua apabila satu demi satu negara-negara Kristian di Balkan telah mencapai kemerdekaan. Misalnya Greece pada tahun 1832, Rumania pada tahun-tahun 1856-1878, Serbia pada tahun-tahun 1834-1878, Montenegro pada tahun 1878, dan Bulgaria pada tahun-tahun 1878-1908. 12.3
Pembaharuan Ketenteraan
Kekalahan dunia Islam dalam menghadapi Eropah terutamanya pada akhir abad ke-18 mendorong tokoh-tokoh reformis mengenalpasti bahawa masalah dalaman yang menjadi punca sebenar kelemahan Uthmaniyah apatah lagi jika dibandingkan dengan kekuatan dan kemajuan Eropah. Oleh itu timbullah gerakan kea rah pemodenan dunia Islam mengikut acuan Barat. Secara umumnya, tokoh yang terlibat dalam memperkenalkan model pembaharuan ala Barat ini adalah terdiri daripada golongan yang diketuai oleh Sultan Uthmaniyah. 12.3.1 Sultan Salim III Sultan
Salim
III
(1789-1807)
merupakan
khalifah
pertama
yang
memperkenalkan model pembaharuan ala Barat. Beliau mengambil pendirian demikian akibat daripada siri kekalahan yang melanda Dawlah Uthmaniyah ketika menghadapi Rusia secara khusus. Tambahan pula autoriti Dawlah Uthmaniyah sebagai sebuah kerajaan semakin tergugat. Sehingga akhir abad ke-18, kuasa dan pengaruh Uthmaniyah di Afrika Utara hampir pupus. Di Algeria dan Tunisia, kuasa pemerintahan berindah ke tangan pemimpin tempatan yang berasal dari tentera Inkishariyah yang ditempatkan disitu. Di Libya pula pimpinan bertukar tangan kepada keturunan Qaramanli. Di Mesir, Mamluk kembali semula bekuasa. Di Semenanjung Tanah Arab juga tidak terlepas daripada wujudnya tentangan terhadap kerajaan pusat Uthmaniyah seperti yang berlaku di Yaman. Di Baghdad dan Basrah pula, Mamluk
mengambil alih pimpinan. Begitu juga di Syria, pemimpin tempatan berkuasa. Bahkan di Anatolia, kredibiliti pimpinan kerajaan pusat turut dipertikaikan. Perpecahan dalam kerajaan Uthmaniyah semakin ketara apabila wilayah-wilayahnya di Eropah mulai jatuh ke tangan kuasa Kristian seperti dalam Perjanjian Kucuk Kaynarjdi 1774 dan Jassy 1792. Kesan daripada suasana kekalutan dalam pentadbiran serta kelemahan system ketenteraan tradisi uthmaniyah telah mendorong Sultan Salim III melakukan reformasi dengan mencontohi kemajuan sistem ketenteraan Eropah. Setelah beberapa tahun beliau menjadi Sultan iaitu pada tahun 1791, beliau meminta cadangan pembaharuan daripada pegawai birokrasinya serta mendapat nasihat dari kalangan orang Eropah khususnya Perancis di samping berutus surat dengan Louis XVI, (Lord Kinross, 1977: 418). Untuk tujuan yang sama beliau telah menubuhkan kedutaan tetap di London (1793), Vienna (1794), Berlin (1795) dan Paris (1796). (Abdul Rauh Yaacob, 1994: 88) Pembaharuan besar yang dilakukan oleh Sultan Salim III ialah reformasi ketenteraan yang dikenali sebagai Nizam-i-Jadid. Sultan Salim berusaha menubuhkan satu angkatan tentera darat yang baru yang dilengkapi dengan senjata moden. Untuk tujuan tersebut, pusat-pusat latihan didirikan dengan bantuan tenaga mahir dari Perancis dan dilengkapi dengan perpustakaan yang dipenuhi dengan buku-buku Perancis. (Lord Kinross, 1977: 418-420) Nizam-i-Jadid Sultan Salim ini dibentuk sebagai usaha untuk megubahsuai pasukan Inkishariyah atau akan menggantikannya. Beliau telah memperkenalkan peralatan persenjataan serta latihan ketenteraan yang lebih baik, penyeliaan sistem pembayaran gaji dan susunan sistem ketenteraan yang baru. Akan tetapi apabila reformasi ketenteraan yang dikenali Nizam-i-Jadid diperkenalkan, tentera Inkishariyah bersama-sama dengan ulama tampil menentang. Ini kerana tentera Inkishariyah khuatir mereka akan turut diserapkan dalam Nizam-iJadid berasaskan perintah Sultan untuk mengenakan kerahan wajib pada tahun 1805. Mereka bangun memberontak dan berjaya mengalahkan tentera baru. Pada tahun 1807, sekumpulan tentera sekali lagi bangun memberontak kerana enggan memakai uniform ala Barat, lalu tentera Inkishariyah dan ulama menyokong tindakan tersebut. Akibatnya sejumlah penasihat Sultan terkorban dan Sultan sendiri dipecat pada bulan Mei 1807 (Abdul Rauh Yaacob, 1994: 88).
Sebab utama kegagalan program pembaharuan Sultan Salim III ialah kerana programnya disifatkan sebagai pembaharuan yang tidak Islamik berdasarkan model ambilannya dari Perancis, negara bukan Islam. Tambahan pula pada waktu itu penulis-penulis Eropah masih belum lupa dengan Perang Salib dan pemerintahan militer Uthmaniyah di Eropah, lalu mereka menulis buku menentang Islam. Ha ini menyebabkan ulama merasa curiga terhadap segala apa yang didatangkan dari Barat. Oleh itu pembaharuan yang berorientasikan Barat dicurigai, apa lagi kalau usaha pembaharuan itu dilaksanakan dengan bantuan orang-orang bukan Islam. Ulama curiga bahawa semua itu bertujuan menghancurkan Islam dan umatnya (Harun Nasution, 1982: 18). Tambahan pula kedudukan ulama pada waktu itu begitu berpengaruh dalam masyarakat. Bersama-sama dengan tentera Inkishariyah, ulama bertindak menyekat program pembaharuan daripada memasuki dunia Islam.
12.3.2 Penjajahan Perancis di Mesir 1798-1801
Ketika Dawlah Uthmaniyah sedang berusaha memperbaiki kelemahan dalam sistem ketenteraan, tiba-tiba Perancis, sahabat kepada kerajaan Uthmaniyah sendiri, telah bertindak menduduki Mesir pada tahun 1789. Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Perancis seperti antara lain bahawa kedatangan mereka ke Mesir bagi pihak kerajaan Uthmaniyah untuk mengambil Mesir dari tangan Mamluk, tindakan menduduki Mesir telah mengejutkan dunia Islam keseluruhannya. Orang-orang Mamluk telah menduduki Mesir sejak dua dekad sebelum kedatangan Perancis, tidak mampu menandingi kekuatan tentera Perancis. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa bertindak bekerjasama dengan Inggeris bagi menghadapi tentera Perancis di Mesir. Ternyata dengan bantuan daripada Inggeris, mereka mampu memaksa tentera Perancis berundur dari bumi Mesir pada tahun 1801. Kedua-dua kuasa Eropah, Perancis dan Inggeris, berlumba-lumba menyaingi satu sama lain. Oleh itu apabila Inggeris berjaya bertapak di India dan Teluk Parsi, Perancis cuba menyekat pengaruh Inggeris dengan menduduki Mesir. Bahkan Napoleon sendiri menyatakan antara sebab mengapa Perancis menakluk Mesir ialah: untuk menghidupkan perdagangan Perancis dengan Timur yang telah dimusnahkan
oleh Mamluk yang bernaung di bawah pengaruh Inggeris, untuk melumpuhkan perhubungan perdagangan British di Timur, dan untuk menubuhkan empayar Perancis di Timur yang akan menjadi sebuah empayar yang lebih besar dari India. Persaingan antara kedua-dua kuasa besar ini di dunia Islam memang ketara sekali. Sebelum kapal perang Perancis mendarat di Iskandariah, kapal perang Inggeris sudah pun mendahului mereka bahkan sempat menyampaikan amaran pada pemimpin Mesir kemungkinan kapal perang Perancis. (al-Jabarti 2: 165) Seterusnya Inggeris bimbang sekiranya perancis dapat bertapak di Mesir, kedudukan Inggeris di India akan tergugat, oleh itu Inggeris sanggup memberi bantuan kepada kerajaan Uthmaniyah untuk mengalahkan tntera Perancis di mesir. Kedatangan Perancis di Mesir memberi kesan kepada sejarahMesir sendiri. Walaupun pendudukan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja, namun Perancis terus menjadi sumber inspirasi kepada pemimpin-pemimpin selepas itu terutamanya Muhammad Ali Pasha yang telah dilantik menjadi gabenor di Mesir pada tahun 1805. Pada ketika ini pembaharuan ala Barat tajaan kerajaan pusat di Istanbul telah menemui jalan buntu tetapi sebaliknya di Mesir sejak 1805 memulakan proses pembaharuan ala Barat. Jelasnya penjajahan Perancis membuktikan kekuatan ketenteraan sebuah negara Eropah ke atas dunia Islam yang masih tebal dengan khayalan kekuatan dan kemajuan masa lampau mereka. Selanjutnya kehadiran Perancis berjaya membuka mata masyarakat Islam tentang kemajuan sains dan teknologinya. Napoleon membawa sejumlah ilmuan dalam pelbagai bidang termasuk peralatan moden dan percetakan. Perancis juga telah menubuhkan Institut d’Egypte yang lengkap dengan perpustakaan.
12.3.3 Muhammad Ali Pasha Sejak dari awal perlantikannya sebagai Gabenor mesir, Muhammad Ali berusaha ke arah mengukuhkan kedudukannya. Saingan seperti mamluk dan ulama terpaksa ditundukkan. Kejayaan ini memberi peluang kepadanya untuk mencorakkan
Mesir seperti yang diidamkan. Muhammad Ali percaya hanya dengan kekuatan ketenteraan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kedudukannya bahkan mampu menundukkan saingannya. Oleh itu program pembaharuan yang dibawa Nuhammad Ali adalah berorientasikan ketenteraan. Sektor lain yang dibangunkan sepeti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran bertujuan mengukuhkan aspek ketenteraan. Muhammad Ali mula menyusun semula angkatan tentera Mesir agar mereka lebih berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap serta teratur. Hal ini penting kerana sebelumnya, angkatan tentera yang ada sukar dibentuk atau tidak atau tidak mematuhi arahan yang diberikan. Beliau ternyata begitu tertarik dengan disiplin angkatan tentera Perancis pimpinan Napoleon. Ekoran daripada itu beliau cuba mendapatkan bantuan Eropah khususnya Perancis bagi menjayakan cita-citanya. Beliau telah mengasaskan kolej ketenteraan di Aswan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pegawai tentera. Ramai jurulatih asing terutamanya dari Perancis diambil untuk berkhidmat di Mesir seperti Kolonel Seve yang akhirnya beragama Islam. Pada tahun 1826, Mesir mempunyai 90,000 orang anggota tentera yang lengkap dengan pasukan meriam standing dengan Eropah. Sebagai natijah dari program pembaharuan ketenteraannya, Muhammad Ali berjaya mematahkan pemberontakan Wahhabi di Hijaz pada tahun 1818 M dan mengalahkan pemberontakan Greek antara tahun-tahun 1821-1829. Kejayaan Muhammad Ali dalam program pemodenan sistem ketenteraan mengikut model Barat ini meyakinkan Sultan Mahmud II untuk meneruskan program pembaharuan ketenteraan dalam kerajaan Uthmaniyah yang telah diinisiatifkan oleh Sultan Salim III dulu.
12.3.4 Sultan Mahmud II Mahmud II (1808-1839) diangkat menjadi sultan pada 28 Julai 1808 menggantikan Mustafa IV. Pada awal pemerintahan Sultan Mahmud II kerajaan Uthmaniyah masih berada dalam keadaan yang tidak stabil kerana diancam oleh peperangan dengan Rusia serta tentangan dari wilayah-wilayah yang cuba mendapatkan kuasa autonomi. Walaupun peperangan dengan Rusia berakhir pada
tahun 1812 dalam Perjanjian Bucharest, tetapi gerakan autonomi wilayah di Eropah masih belum dapat dipadamkan. Hal ini mendorong Sultan Mahmud II untuk melaksanakan program pembaharuannya. Sultan Mahmud II meneruskan pembaharuan ala Barat yang dimulakan oleh Sultan Salim III. Akan tetapi beliau tidak tergesa-gesa memperkenalkannya kerana menyedari adanya tentangan yang kuat dari tentera Inkishariyah yang mempunyai hubungan yang erat dengan tarekat Bektashi yang berpengaruh dalam masyarakat dan dari kalangan ulama yang memegang kuat tradisi umat Islam. Beliau akhirnya menggunakan taktik tunggu dan lihat. Terdapat beberapa faktor yang akhirnya mendorong Sultan Mahmud II untuk memperkenalkan usaha pembaharuan ini. Antarantya ialah kelemaha sistem ketenteraan Uthmaniyah semakin jelas dan terbukti apabila berhadapan dengan kuasa Eropah dan Rusia di medan peperangan. Kekalahan menghadapi Perancis di Mesir masih menghantui pemikiran dan perasaan pemerintah dan juga rakyat. Mereka berasa bimbang, peristiwa seumpama ini mungkin akan berulang lagi. Tambahan pula kurangnya disiplin dan moral di kalangan tentera Inkishariyah. Sebahagian daripada mereka ingkar untuk menjalankan operasi dan sebahagian yang lain pula pada mulanya patuh dengan arahan, tetapi kemudiannya ingkar dan meninggalkan medan peperangan. Di samping itu juga, mereka juga menjadi pemimpin yang mempengaruhi masyarakat menentang pemerintah. Apabila tentera Inkishariyah gagal dalam menangani pemberontakan Greek pada tahun 1821, Sultan Mahmud bertekad untuk memulakan program pembaharuannya. Sultan Mahmud II melihat bahawa tentera Mesir di bawah pimpinan Muhammad Ali Pasha jauh lebih teratur lerana tentera Mesir mendapat latihan daripada bekas pegawai Perancis seperti Kolonel Seve (Sulaiman Pasha alFaransawi). Ketika tentera Mesir dikirimkan untuk menundukkan Greek, mereka berjaya, begitu juga mereka telah membuktikan sebelumnya yang mereka berjaya mengalahkan gerakan Wahhabi di Arabia. Susunan tentera baru inilah yang membawa kepada kemenangan. Ini menguatkan semangat Sultan Mahmud II untuk merubah susunan tentera Uthmaniyah.
Oleh itu sejak tahun 1822, beliau memulakan inisiatif kea rah perubahan dalam struktur ketenteraan. Tindakan pertama Sultan Mahmud II ialah dengan menguasai tentera Inkishariyah dan ulama. Beliau tekah meletakkan penyokongnya mengisi jawatan-jawatan penting dalam institute keagamaan seperti Shaykh al-Islam, kadi askar dan kadi Istanbul. Beliau juga melantik penyokong-penyokongnya sebagai pegawai tinggi tentera. Setelah jawatan penting dalam kedua-dua institusi ini disandang oleh penyokongnya, pada tahun 1826 Sultan Mahmud II memulakan program pembaharuannya. Dengan bantuan sukarelawan dari Anatolia, Sultan Mahmud II menubuhkan satu angkatan tentera yang baru yang digelar “Muallem Eshkinji” (askar yang terlatih. Jurulatih-jurulatih tentera baru ini dibekalkan oleh Muhammad Ali dari Mesir. Walau bagaimanapun beliau masih berhati-hati dalam melaksanakan polisinya. Ketika mengisytiharkan pembubaran tentera Inkishariyah dan memperkenalkan tentera baru, beliau merujuk tentera baru ini sebagai tentera yang terlatih dan mampu mengatasi tentera kafir Eropah. Beliau jga berhati-hati dalam pengisytiharannya supaya tentera baru ini tidak dikaitkan dengan tentera Nizam-i-Jadid yang diperkenalkan oleh Sultan salim III dahulu, dan dengan itu beliau terlepas daripada tuduhan tidak Islamik. Bahkan beliau melantik pegawai pelatih terdiri daripada orang Muslim sajhaja. Ulama juga ditugaskan dalam tentera untuk mengimamkan sembahyang dan juga sebagai pegawai agama tentera. Lebih daripada itu fatwa telah dikeluarkan dengan mengisytiharkan pembaharuan ini sebagai mengikut lunas syarak. Dengan perancangan di atas, Sultan Mahmud II berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi risiko tentangan dari Inkishariyah (Abdul Rauh Yaccob, 1994:89). Seperti yang dijangkakan penubuhan tentera baru ini mendapat tentangan daripada Inkishariyah. Sebelum pertunjukan perbarisan tentera baru ini dilakukan di ibu kota Istanbul, Inkishariyah menuntut supaya kerajaan memansuhkan pasukan tentera baru ini. Tetapi Mahmud II sudah bersiap sedia dan dengan persetujuan ulama, beliau mengisytiharkan perang dan mengepung pasukan Inkishariyah. Akhirnya berlaku pertumpahan darah dan lebih kurang 1,000 orang tentera Inkishariyah terbunuh, harta-benda, rumah kediaman dan masjid turut musnah. Tarekat Bektashi yang mempunyai ramai anggota dari kalangan Inkishariyah dibubarkan dan Inkishariyah dihapuskan. Dengan kehilangan tentera ini, kekuatan ulama yang anti
pembaharuan mulai lemah, maka usaha pembaharuan dalam kerajaan Uthmaniyah abad ke-19 berjalan dengan lancar. Di samping aspek ketenteraan, perubahan penting yang dilakukan oleh Sultan Mahmud II dan akhirnya membawa pengaruh besar dalam perkembangan pembaharuan kerajaan Uthmaniyah ialah dalam bidang pendidikan. Madrasah merupakan satu-satunya institusi pendidikan umum yang penting waktu itu dan hanya diajarkan pengetahuan agama. Sultan Mahmud II dapati sistem pendidikan seperti ini tidak lagi mampu untik menangani permasalahan pada abad ke-19. Oleh itu perubahan dalam kurikulum madrasah perlu dilakukan dengan memasukkan pengetahuan umum tetapi ia masih menghadapi kesukaran. Sistem madrasah tradisional akhirnya dikekalkan tetapi sultan telah menubuhkan sekolah baru iaitu Maktaba-i-maarif (sekolah pengetahuan umum) dan Maktab-i-Ulum Edenji (sekolah sastera). Di kedua-dua sekolah ini diajarkan bahasa Perancis, geografi, sejarah dan ilmu politik di samping bahasa Arab. Sekolah pengetahuan umum mendidik siswa untuk menjadi pegawai, manakala sekolah sastera menyediakan penterjemahpenterjemah untuk keperluan
pemerintahan. Sultan Mahmud II juga mendirikan
sekolah tentera, sekolah teknik, sekolah kedoktoran dan pembedahan. Sultan Mahmud II juga menghantar pelajar-pelajar ke Eropah, dengan matkamat setelah kembal mereka bertindak sebagai agen pembaharuan. Hasilnya muncullah buku-nuku terjemahan dari peradaban moden Barat. Pada tahun 1831, Sultan Mahmud mengeluarkan surat khabar rasmi iaitu Takvim-i Vekayi tiga tahun setelah terbitnya akhbar rasmi Mesir, al-Waqa’i alMisriyah (1828). Surat khabar tidak hanya memuatkan berita dan pengumuman rasmi pemerintah, tetapi juga memuatkan aktiviti-aktiviti mengenai gagasan progresif di Eropah. Oleh itu akhbar ini mempunyai pengaruh besar dalam memperkenalkan ideaidea moden kepada masyarakat disamping terjemahan buku-buku Perancis ke bahasa Turki. 12.4
Tanzimat
Tanzimat diertikan sebagai mengatur, menyusun dan memperbaiki. Tanzimat ini merupakan lanjutan dari usaha-usaha yang dilancarkan oleh Sultan mahmud II.
Kemunculan Tanzimat ini adalah disebabkan oleh desakan dari Negara Eropah terhadap Kerajaan Uthmaniyah yang beragama Kristian diberi perlindungan sepenuhnya. Sementara itu mereka juga tidak berpuas hati dengan hukuman mati kepada warganegara yang murtad setelah memeluk Islam. Pada umumnya Tanzimat ini dilaksanakan berdasarkan dua piagam utama iaitu: Hatt-i Sherif Gulhane 1839, dan Hatt-i Humayun 1856. Pertama, pada 3 November 1839, Sultan Abdul Mejid (1839-1861) telah mengeluarkan dasar Hatt-i Sherif Gulhane atau Piagam Gulhane. Dalam muqaddimahnya, piagam ini menjelaskan mengapa perlunya kepada sebuah peraturan yang lengkap. Ini kerana pada masa permulaan Kerajaan Uthmaniyah, syariat dan undang-undang Negara dipatuhi, maka sebab itulah kerajaan menjadi besar dan kuat serta rakyat hidup dalam kemakmuran. Sebaliknya sejak tahun 150 tahun lalu kemalangan dan penyelewengan telah berlaku yang menyebabkan undang-undang sudah tidak lagi dipatuhi dan akibatnya kekuatan dan kemakmuran rakyat bertukar kepada kelemahan dan kemiskinan.
12.4.1 Kadungan Piagam
Antara kandungan piagam Hatt-i Sherif Gulhane ialah seperti berikut: Pertama: Jaminan keselamatan nyawa, kehormatan dan harta benda. Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat Islam dan hukuman tidak akan dijatuhkan kecuali selepas perbicaraan dan pemeriksaan. Perlanggaran terhadap kehormatan seseorang juga tidak dibolehkan. Hak milik terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan terhadap harta yang dimilikinya. Oleh itu hak memiliki harta oleh keluarga penjenayah tidak terhapus, begitu juga dengan harta penjenayah tidak akan dirampas. Jaminan ini dinikmati ole semua rakyat Uthmaniyah tanpa mengira agama atau mazhab. Kedua: Menubuhkan sistem pungutan dan agihan cukai yang tetap dan adil
Cukai pertanian dan kerahan tenaga serta percukaian yang sewenangwenangnya akan dihentikan. Persoalan tentang cukai adalah satu hal yang penting. Apa yang lebih penting ialah wang yang diperolehi dari hasil cukai tersebut digunakan bagi melengkapkan keperluan ketenteraan dan untuk keperluan belanjawan negara yang lain. Wang hasil pungutan cukai tersebut akan diagih-agihkan mengikut jalan yang sesuai untuk kepentingan rakyat dan negara. Kutipan dibuat berdasarkan harta yang dimiliki dan kemampuan seseorang.
Ketiga: Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tentera bagi menjamin keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan dan sebagainya.
Sistem ketenteraan juga merupakan satu perkara yang penting. Ia merupakan satu tugas suci bagi mempertahankan bangsa dan tanahair. Sistem pemilihan secara paksa sehingga sekarang tidak mampu memenuhi bilangan yang diperlukan bagi setiap tempat. Hal ini menyebabkan tidak dapat diberikan sepenuhnya apabila berlaku rusuhan menyebabkan kerosakan dalam tanaman, perdagangan dan sebagainya. Dengan ini perlu ditubuhkan satu sistem yang sesuai dalam pengambilan tentera, iaitu mengikut penggal antara 4-5 tahun.
12.4.2 Piagam Hatt-i Humayun Pada 1hb Februari 1856 diperkenalkan pula piagam Hatt-i Humayun. Pertama: bahawa segala jaminan yang ditentukan dalam Hatt-i Sherif Gulhane dan yang bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalam Hatt-i Humayun. Begitu juga dengan semua keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat Kristian atau selainnya adalah juga disahkan. Sekiranya terdapat diskriminasi dengan sebab agama, bangsa dan bahasa maka ia dihapuskan. Di samping itu juga menyebut bahawa masyarakat Kristian dan bukan Islam lainnya dibenarkan untuk menganut mana-mana agama dengan bebas dan tidak ada paksaan dalam beragama. Semua rakyat tanpa mengira tanpa mengira bangsa dan agama layak memohon dan menjawat jawatan awam, memasuki sekolah awam atau
tentera. Mereka juga boleh mendirikan sekolah-sekolah. Perkara yang timbul antara rakyat yang berlainan agama akan diselesaikan oleh Mahkamah campuran. Manakala prosedur mahkamah ini dibuka kepada umum. Selain dari itu, pembaharuan juga dibuat dalam polisi kewangan seperti pembukaan bank-bank, menubuhkan dana disamping mengadakan kemudahan infrastruktur. Untuk mencapai tujuab ini usaha akan dibuat termasuk mendapatkan modal dari negara Eropah. (Stavrianos, 1957:41-3). Melalui dasar Tanzimat, pembaharuan ala Barat dilaksanakan secara meluas dalam semua aspek: pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan perundangan. Reformasi perundangan telah melahirkan undang-undang baru seperti Kanun Keseksaan dan Kanun Perniagaan dan Perdagangan Laut. Mahkamah baru juga diwujudkan untuk menguatkuasakan kanun baru termasuk Mahkamah Perdagangan, Mahkamah Campuran, Mahkamah Sivil dan Jenayah.
12.4.3 Kesan Tanzimat Seperti gerakan pembaharuan Mahmud II, Tanzimat juga bertujuan menyelamatkan Dawlah Uthmaniyah dari kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran. Walaupun begitu, Tanzimat lebih memberi tumpuan kepada masalah rakyat yang beragama Kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan dari negara luar. Namun Tanzimat dilihat sebagai satu kegagalan terutamanya oleh gerakan Uthmani Muda yang cuba memberi alternative baru kepada sistem politik dan pentadbiran Dawlah Uthmaniyah. Antara aspek negative hasil program Tanzimat ialah: Pertama: Unsur-unsur sekularisme telah mula meresap dalam pentadbiran Dawlah Uthmaniyah. Ini disebabkan kedua-dua piagam yang menjadi dasar Tanzimat memuatkan
program
sekularisasi
dalam
berbagai-bagai
institusi
termasuk
perundangan. Meskipun Piagam Gulhane menyatakan pernghargaan tinggi terhadap syariat Islam tetapi pada masa yang sama ia memperakukan perlunya perlunya perundangan baru. Sedangkan perundangan baru ini banyak dipengaruhi oleh Barat,
umpamanya Undang-undang Perdagangan. Selain dari itu didirikan pula mahkamahmahkamah syariah yang bersifat sekular, disamping mahkamah-mahkamah syariah. Dalam sistem pendidikan pula, di samping didirikan sekolah-sekolah Rushdiye, Idadi dan Sultani serta maktab dan universiti, ia juga memasukkan pendidikan moden yang terpisah. Oleh itu ianya tidaklah seratus peratus Islam kerana bercampur dengan pendidikan sekular. Kedua: Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat. Ini adalah hasil kemasukan unsure-unsur sekular dalam sistem pendidikan dan kebanyakan birokrat pula belajar di negara-negara Eropah. Hasil dari sikap pro-Barat ini membuka pintu kepada kemasukan pengaruh dan campur tangan negara Barat dalam soal pentadbiran kerajaan Uthmaniyah. Ketiga: Dalam masa Tanzimat ekonomi Dawlah Uthmaniyah terlibat dengan sistem kapitalis. Sistem pinjaman berasaskan faedah ini membawa implikasi negative apabila Kerajaan Uthmaniyah mulai bergantung dengan berhutang dengan bank-bank asing. Pada mulanya hutangnya masih kecil dan faedah yang dikenakan hanyalah 34% , tetapi peperangan yang berpanjangan menyebbabkan ia terpaksa berhutang sementara kadar faedah naik dengan dengan mendadak sekitar than-tahun 1860an dan 1870an yang akhirnya membawa padah kepada ekonomi negara. Kesan langsungnya ialah negara menghadapi zaman muflis. Secara tidak langsung pula pertambahan cukai yang dikenakan untuk tujuan perbelanjaan yang semakin meningkat mengakibatkan kekacauan di beberapa wilayah seperti di Bosnia dan Herzegovina mula merebak dengan cepat ke Bulgaria yang mengambil peluang bagi membebaskan tanah air mereka daripada pemerintahan Uyhmaniyah. Apabila kerajaan Uthmaniyah berjaya menghapuskan rusuhan di Bulgaria, Serbia dan Montenegro pula mengisytiharkan perang untuk kemerdekaan.
Keempat: Sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalam melaksanakan pembaharuan Tanzimat juga mendapatkritikan keras. Kekuasaan mutlak Sultan bertambah setelah Sultan Mahmud II dapat menghancurkabn Inkishariyah dan ulama. Pada masa lalu tentera ini merupakan suatu kekuatan yang dapat mengimbangi kekuasaan mutlak juga kerana hubungan yang erat dengan
Tarekat Bektasyi yang mempunyai pengikut yang besar di kalangan masyarakat. Sementara ulama yang tidak bersetuju dengan pembaharuan ala Barat berada di belakang tentera. Mereka merupakan kekuatan social yang disegani Sultan, tetapi fungsi utama menjadi lemah apabila mereka diserapkan dalam pentadbiran dan munculnya golongan elit baru hasil dari sistem sekular mengambil alih peranan mereka. Apabila hilangnya dua pengimbang, tentera dan ulama, kekuasaan Sultan dan kabinetnya bertambah mutlak menggantikan kebebasan bersuara dan berhujah. Hal seperti ini tidak dapat diterima oleh golongan intelegensia seperti Uthmani Muda. Sejak 1860an kritikan terhadap pentadbiran Utmaniyah telah disuarakan dalam akhbar dan majalah. Tetapi dengan munculnya kumpulan Patriotic Alliance pada tahun 1871 yang akhirnya membentuk gerakan Uthmani Muda dua tahun berikutnya telah secara terbuka mengkritik sistem pemerintahan yang obsolut dan mencanangkan sistem baru yang dikenali sebagai system khalifah berperlembagaan. Sebagai hasil dari gerakan Uthmani Muda maka pada tahun 1876 Sultan Abdul Hamid mengisytiharkan kuatkuasanya perlembagaan baru tetapi setahun kemudian perlembagaan ini digantungkan dan beliau kembali mentadbir Dawlah Uthmaniyah dengan sistem khilafah tradisional yang menikmati kekuasaan autokrasi.
12.5
Kesimpulan
Menjelang abad ke-19 dunia Islam membuka lembaran baru yang dimulai dengan penjajahan Perancis di bumi Mesir. Dengan kehadiran Perancis, Inggeris secara tidak langsung dapat bertapak di Timur Tengah apabila wujudnya kerjasama dalam operasi ketenteraan bersama dengan Dawlah Uthmaniyah menentang Perancis. Walau apa pun hasilnya kedua-dua kuasa Eropah ini mula menunjukkan minat mereka untuk campurtangan dalam pentadbiran Uthmaniyah, pemimpin dunia umat Islam. Tambahan pula negara Islam sendiri mulai cenderung untuk mempelajari selok-belok kebangkitan negara Eropah dan kejayaan mereka. Bertolak dari objektif menghadapi ancaman Rusia, dunia Islam memilih untuk melaksanakan program pembaharuan dengan mencontohi kemajuan Barat dalam semua bidang: ketenteraan, pendidikan, pentadbiran dan ekonomi.
Gerakan reformasi ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat seperti sekularisma, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campurtangan dalam urusan negara Islam. Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negara Islam kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Pengalaman Mesir jelas membuktikannya. Pembabitan dalam sistem kapitalis membawa golongan pemodal Barat menguasai ekonomi Mesir. Pinjaman bank asing digunakan secara berleluasa dalam mengendalikan projek prasarana termasuk pembinaan Terusan Suez. Apabila faedah gagal dibayar oleh kerajaan Mesir, bukan sahaja terpaksa diisytiharkan bankrap bahkan Inggeris mengambil peluang ini unuk menjajah Mesir demi menjaga kepentingan golongan kapitalis Barat dan syer Britain dalam Terusan Suez.
LATIHAN
1. Apakah Persoalan Timur dan kesannya ke atas dunia Islam.
2. Huraikan factor kejayaan program pembaharuan ketenteraan Sultan Mahmud II.
3. Mengapakah Perancis menjajah Mesir dan apakah kesannya ke atas sejarah Mesir Moden
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Tanzimat dan kesannya dalam sejarah Uthmaniyah.
BACAAN
Abdol Rauh Yaccob. 1993. Kemelut Dunia Islam Moden 1: Sejarah Campurtangan Inggeris di Arabia dalam Perang Dunia Pertama. Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Abdol Rauh Yaccob. 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: DBP. Arion, Lois A.,Mitchell, Richard P.Terj. Mohamad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: DBP. Harun Nasution. 1982. Pembaharuan Dalam Islam. Jakarta: Bulan Bintang Kinross, Lord. 1977. The Ottoman Centuries: The Rise and Fall of the Turkish Empire. New York: William Morrow and Company Inc. Qubacini, M.A. 1973. Letters on Turkey, part 1 & 2. New York: Arno Press. Lenczowski, George. 1982. The Middle East in World Affairs. Ithaca and London: Cornell University Press. Shaw, Stanford H., Shaw, Ezel Kural. 1977. History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. London: Cambridge University Press. Berkes, S.N. 1964. The Development of Secularism in Turkey. Montreal: McGill University Press. Lewis, B. 1961. The Emergence of Modern Turkey. Oxford: Oxford University Press. Yapp, M.E. 1987. The Making of Modern Near East. Harlow: Longman. Stavrianos, L.C. 1957. The Ottoman Empire: Was it the Sick Man of Europe. New York: Rinehart & Company Inc.
BAB 13
DUNIA ISLAM ABAD KE-20
MATLAMAT
Matlamat bab ini ialah untuk mendedahkan para pelajar mengenal episod terakhir sejarah dan peranan umat Islam di pentas dunia yang amat penting kea rah memahami masyarakat Islam semasa. Bab ini dibincangkan dalam unit berikut:
13.1
Pendahuluan
13.2
Gerakan Turki Muda
13.3
Perang Dunia Pertama
13.4
Perancangan Barat di Dunia Islam 13.4.1 Perjanjian Konstantinople 13.4.2 Perjanjian London 13.4.3 Perjanjian Sykes-Pikot 13.4.4 Deklarasi Balfour
13.5
Kesimpulan Latuhan Rujukan
OBJEKTIF
•
Memaparkan faktor langsung kejatuhan dunia Islam
•
Mengenalpasti program campurangan dan penjajahan Barat di dunia Islam
•
Mengkaji sejarah dunia Islam moden selepas berakhirnya sistem khilafah
DUNIA ISLAM ABAD KE-20
13.1
Pendahuluan
Pada awal abad ke-20, Dawlah Uthmaniyah telah mengalami perubahan besar dalam sistem pemerintahan apabila berlakunya revolusi Turki Muda pada tahun 1908. Hasil dari gerakan Turki Muda ini, bentuk pemerintahan Dawlah Uthmaniyah bertukat dari sistem khalifah yang berkuasa mutlak kepada khalifah berperlembagaan. Perubahan merupakan rentetan dari gerakan Uthmani Muda yang berjaya memperjuangkan sistem khalifah berperlembagaan pada tahun 1876. Tetapi sistem baru ini hanya dilaksanakan dalam tahun pertama sahaja apabila Sultan Abdul Hamid bertindak menggantungkan perlembagaan dan kembali kepada system khalifah yang berkuasa obsolut seperi sebelumnya. Hanya pada 1908, Dawlah Uthmaniyah mula melaksanakan sistem khalifah berperlembagaan.
13.2
Uthmani Muda dan Turki Muda
Walaupun konsep pemerintahan berperlembagaan diasaskan oleh Uthmani Muda dan diteruskan oleh Turki Muda, kedua-dua kumpulan ini adalah berbeza. Pertama, Uthmani Muda adalah terdiri dari sekumpulan intelektual yang berpendidikan Barat yang bekerja sebagai wartawan dan penterjemah di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri, tetapi masih berfahamkan keutuhan tradisi Uthmaniyah dan syariat Islam. Antara tokoh-tokoh utama kumpulan ini ialah Nuri Bey, Nemik Kemal. Ali Suavi, Ayatullah bey, Ziya Pasha dan Mustafa Fazil Pasha. Kumpulan ini muncul pad antara awal 1860an dan bergerak aktif sehingga terlaksana perlembagaan pada tahun 1876. Kedua, bahawa antara sebab kemunculan Uthmani Muda ialah kerana tidak puas hati dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran dalam era Tanzimat yang memperuntukkan kuasa istimewa kepada perdana menteri tanpa boleh dipersoalkan. Tambahan pula Tanzimat lebih menjurus ke arah pembaratan dan sekularisma, sedangkan
Dawlah
Uthmaniyah
masih
gagal
mengatasi
masalah
gerakan
pemberontakan dan pembebasan wilayah serta campurtangan kuasa Eropah. Pada masa yang sama sistem pentadbiran dan pemerintahan jelas menyimpang dari tradisi Uthmaniyah apabila kuasa pengimbang, iaitu tentera dan ulama, sudah tiada. Uthmani
Muda yakin hanya dengan sistem pemerintahan berperlembagaan sahaja dapat mengembalikan semula keagungan Uthmaniyah, bukan sahaja
sistem ini telah
mengembalikan warisan Uthmaniyah bahkan ia dapat memenuhi tuntutan syariat Islam, khususnya syura dan ijma’. Sementara Turki Muda pula diasaskan oleh pegawai tentera pada awal tahun 1890-an. Golongan ini telah menubuhkan gerakan yang dikenali sebagai ittihad wa teraki (Committee of Union and Progress). Kemunculan Turki Muda adalah kerana tidak setuju dengan bentuk kemutlakan pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang melantik pegawai-pegawai yang korup dan menggesa supaya dilaksanakan semula pada tahun 1908. Antara tokoh utama Turki Muda ialah Talaat, Enver, Midhat Shukru, Ismail Canbolat, Kiasim Karabekir, Sulaymen Askeri, Putera Sabahaddin dan Djemal. Ketika revolusi Turki Muda dilancarkan pada tahun 1908, jumlah ahlinya seramai 505 orang, iaitu 319 dari angkatan tentera sementara 186 adalah orang awam (Macfie, 1998: 20-22). Gerakan CUP akhirnya ditukarkan menjadi sebuah parti selepas revolusi 1908 dan akhirnya memenangi pilihanraya dan memimpin Dawlah Uthmaniyah di bawah sistem parlimen. Oleh itu pad awal abad ke-20, sistem pemerintahan Uthmaniyah ialah khalifah berperlebagaan.
13.3
Perang Dunia Pertama
Di samping berlakunya perubahan dalam system pemerintahan, abad yang ke-20 ini juga menyaksikan meletusnya peristiwa yanglebih besar yang telah mencorakkan dunia Islam moden keseluruhannya. Pertama: Dawlah Uthmaniyah memasuki Perang Dunia Pertama pada November 1914 memihak kepada pakatan Jerman-AustriaHungary menentang pakatan Inggeris-Perancis-Rusia. Kedua: Dawlah Uthmaniyah menerima kekalahan seperti dalam Armistice Mudros yang ditandatangani pada Oktober 1918. Sejak awal lagi Inggeris telah menduga Dawlah Uthmaniyah akan menyebelahi Jerman setelah meletusnya Perang Dunia Pertama yang meletus pada Julai 1914. pada awal Ogos 1914, Inggeris merasa lebih yakin lagi bahawa Dawlah
Uthmaniyah akan terlibat dalam peperangan dengan memihak kepada Jerman dan sekutunya. Misalnya, Kementerian Hal-Ehwal India (the India Office) dan Kementerian Luar negeri (the Foreign Office) di London telah menerima pelbagai laporan daripada pegawai-pegawai mereka di India, Mesir dan Istanbul mengenai persediaan tentera Uthmanuyah untuk memasuki perang. Reaksi terhadap laporan pada tahap awal ini berbagai-bagai. Gabenor General di India mencadangkan supaya kerajaan Inggeris mengisytiharkan perlindungan ke atas Tanah Suci ‘Mekah dan Madinah’ dari sebarang serangan (Abdol Rauh Yaacob, 1993: 6) Lord Kitchener, bekas Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Mesir, tetapi waktu itu menjadi Menteri Perang, mencadangkan supaya mendapat pandangan daripada Sharif Husayn, iaitu Sharif Mekah, mengenai reaksi beliau dan orang-orang Arab sekiranya Dawlah Uthmaniyah berperang menentang Inggeris (Abdol Rauh Yaccob,1993: 6). Kementerian Luar Negeri juga mempunyai cadangannya sendiri. Setiausaha Luar Brirain mengarahkan Duta Inggeris di Istanbul supaya menyampaikan mesej kepada Sultan Uthmaniyah agar mengambil sikap berkecuali dalam perang ini. Amaran ini hendaklah dipatuhi demi menjaga kebaikan Dawlah Uthmaniyah sendiri. Sekiranya enggan, inggeris akan menuntut dan mengisytiharkan Mesir merdeka dan dipisahkan dari Dawlah Uthmaniyah (Walaupun Inggeris menduduki Mesir sejak 1882 lagi, Mesir masih diiktiraf sebagai sebahagian dari bumi Uthmaniyah). Inggeris juga akan menyokong gerakan kebangsaan orang-orang Arab membebtuk sebuah kerajaan yang merdeka di Arabia, dan akan menduduki Tanah Suci Islam (Abdol r-Rauh Yaacob, 1993: 7). Sekalipun cadangan yang diutarakan oleh Kementerian Hal-Ehwal India berbeza dengan cadangan Kementerian Luar Negeri di London, begitu juga dengan pegawai-pegawai mereka di Aden, India, Mesir dan Istanbul, namun mereka bersatu pada dasarnya untuk menggunakan orang-orang Arab bagi menentang Dawlah Uthmaniyah. Di Mesir, usaha memujuk Sharif Husayn dimulakan oleh Lord Kitchener berasaskan hubungan persahabatan yang telah wujud sejak Februari 1914 lagi. Pada waktu itu timbulnya berita bahawa jawatan Sharif Mekah dari Sharif Husayn akan berakhir. Abdullah yang mewakili ayahnya Syarif Husayn, telah menemui Kitchener di Kaherah, bertanyakan sama ada Inggeris sanggup memberi bantuan kepada Sharif sekiranya menghadapi masalah dengan Istanbul. Tetapi pada
ketika itu usaha Sharif Husayn tidak diberi perhatian yang sewajarnya kerana adanya hubungan baik antara London dengan Istanbul. Tetapi apabila ada tanda-tanda yang menunjukkan kecenderungan Dawlah Uthmaniyah untuk menyebelahi Jerman, Kitchener mengambil peluang ini untuk memulakan hubungan dengan Sharif Husayn. Oleh itu sejak September 1914 lagi mesej beliau telah disampaikan kepada Abdullah melalui Milne Cheetham, pemangku Pesuruhjaya Tunggi Inggeris di Mesir. Namun pada peringkat ini Sharif Husayn pula mengambil sikap tunggu dan lihat. Usaha yang sama juga dibuat di barat daya Arabia bagi memujuk Imam Yahya dan Sayyid Idrisi supaya diadakan pakatan menentang Dawlah Uthmaniyah. Walaupun pada saat Inggeris masih belum bersedia menjanjikan sesuatu kepada mereka, Residen di Aden diarahkan supaya menyatukan orang-orang Arab untuk menentang bangsa Turki. “He (Sayyid Idrisi) should be encouraged to come to terms provisionally with Imam (Imam Yahya) in order that they may be united to face the Turks.” (Abdol Rauh Yaccob,1993: 8) Pada masa arahan ini dihantar ke India untuk disampaikan ke Aden, permusuhan antara Dawlah Uthmaniyah dengan Rusia sudah pun bermula yang menamatkan spekulasi Uthmaniyah apabila ia dengan jelas menyokong Jerman menentang Rusia.
13.3
Hubungan Inggeris-Arab
Polisi menyokong orang Arab menentang Uthmaniyah atau Polisi Arab diisytiharkan sebagai polisi utama Inggeris di Timur Tengah apabila perang diisytiharkan terhadap Dawlah Uthmaniyah. Pada hari-hari pertama lagi pakatan Imam Yahya dan Sayyid Idrisi menentang tentera Uthmaniyah di Yaman cuba dilaksanakan secepat mungkin. Pada masa yang sama Inggeris menghadapi tekanan dalam menjayakan polisi Arab ini terutamanya apabila Shaykh al-Islam telah mengeluarkan fatwa bahawa perang sekarang ini adalah jihad dan menyeru umat Islam di mana-mana sahaja supaya mereka mengangkat senjata menentang pakatan Inggeris-Perancis dan Rusia. Sebagai respon terhadap fatwa Shaykh al-Islam apatah lagi ia boleh meleburkan polisi Arab, maka Kerajaan India (the Government of India) telah mengeluarkan satu deklarasi menjelaskan kedudukan sebenar perang yang didakwa tidak mempunyai kaitan dengan agama, dan Inggeris berjanji akan melindungi Tanah Suci Islam dari serangan
musuh. Deklarasi di bawah ini telah dipanjangkan kepada semua pemimpin Arab di Arabia. “In view of the outbreak of war between Great Britain and Turkey, which to the regret of Great Britain has been brought about by the ill-advised, unprovoked and deliberate action of the Ottoman Government. His excellency the Viceroy is authorized by His Majesty’s Government to make the following public announcement in regard to the holy places of Arabia, including the holy shrines of Mesopotamia and the port of Jeddah, in order that they be no misunderstanding on the part of His Majesty’s most loyal Moslem subjects as to the attitude of His Majesty’s Government in this war in which no question of a religious character is involved. These holy places and Jeddah will be immune from attack or molestation by the British naval and military forces so long as there is no interference with pilgrims from India to the holy places and shrines in question. At the request of His Majesty’s Government the governments of France and Russian have given them (the British Government) similar assurances”. (Abdol Rauh Yaacob, 1993: 10) Deklarasi Inggeris ini jelas bertujuan menjawab perisytiharan jihad yang dikeluarkan oleh Dawlah Uthmaniyah. Inggeris bimbang andainya jihad diterima oleh masyarakat Islam, kedudukan Inggeris bukan sahaja di Timur Tengah bahkan di India dan di bumi Islam yang lain akan terjejas. Deklarasi ini juga diharapkan akan dapat membantu mempercepat polisi Inggeris menyokong orang-orang Arab menentang Dawlah Uthmanyah. Oleh itu Inggeris berhati-hati dalam tindak-tanduk mereka di Arabia dan di Timur Tengah yang mungkin boleh menjejaskan polisi ini. Hal ini ada kebenarannya kerana pihak berkuasa Inggeris di Kaherah dan Aden kerap melaporkan berita tentang keraguan yang mula timbul di kalangan orang-orang Arab mengenai niat sebenar Inggeris di Timur Tengah. Residen Inggeris di Aden secara khusus melaporkan bahawa serangan Inggeris di Shaikh Sa’id, sebuah pelabuhan milik Uthmaniyah di Yaman, pada 10 November 1914, telah menimbulkan tanda Tanya kepada orang-orang Arab. Ahmad Nu’man, Qa’immaqam Uthmaniyyah (pegawai daerah) di Hujariyah iaitu sebuah wilayah Uthmaniyah di Yaman, telah menulis surat kepada Sultan ‘Abdali, seorang pemerintah di Yaman Selatan yang mendapat naungan Inggeris, menyatakan bahawa dengan serangan ke atas Shaikh Sa’id, Inggeris telah menunjukkan keinginannya menghancurkan Islam. Oleh itu pihak Residen di Aden
mencadangkan supaya satu deklarasi yang menunjukkan sikap Inggeris yang bersimpati dengan orang-orang Arab dikeluarkan dengan segera. Deklarasi itu juga sepatutnya menyatakan bahawa Inggeris tidak mempunyai hajat untuk menguasai bumi Arab. Cadangan Aden itu disetujui oleh London yang mengarahkan supaya Aden mengeluarkan pengisytiharan seperti berikut: “The British Government do not entertain any desire to extend the frontiers of their territory, and feel confident that Arabs will not league themselves with Turks, who ae the real enemies of Arab progress and welfare, against English who are determined to maintain rights of Islam and respect holy places and who have invariably defended Arab interests. There must at the same time be no violation of British border. In the establishment of that peace and order which alone can further Arab prosperity and progress the British Government count on the co-operation of Arab chiefs. If any Arabs violate British territory and are so foolish as to join Turkish cause their hostility will be punished by forced”. (Abdol Rauh Yaccob, 1993: 12) Residen di Aden terus mengambil sikap berhati-hati dalam melaksanakan polisi menyokong orang-orang Arab. Residen mencadangkan supaya tindakan ketenteraan seperti Shaikh Sa’id hendaklah dielakkan walaupuan dilaporkan tentang kehadiran semula tentera Uthmaniyah si situ. Residen berhujah bahawa: “If no reinforcement can be expected I consider it is objectionable by attacking Sheikh Said to chance raising hostilities of Arabs in the Yemen because Turks were enabled by the last bombardment to take advantage of this to give Arabs to understand that British now clearly wished to annex Arabian soil and proclaim Jehad (jihad) against them. So far Arabs generally have not received Jehad (jihad) well… If we now attack without reinforcementshaving been sent to Aden, Protectorate will be rendered liable to attack by the Turks who will probably be able to proclaim Jehad (jihad).” (Abdol Rauh Yaccob, 1993: 12) Beberapa pemimpin Arab tempatan di barat daya Arabia mula menunjukkan respon yang baik terhadap polisi Ingeris yang menyokong orang-orang Arab. Misalnya pada 21 November 1914, Sayyid Idrisi membalas surat Residen. Beliau menyatakan persetujuannya ke atas cadangan Residen supaya orang-orang Arab
bersatu menentang Kerajaan Uthmaniyah dan beliau berterima kasih kepada Inggeris kerana janjinya membekalkan senjata, juga kerana pelabuhannya dibuka untuk perdagangan. Imam Yahya, pemimpin Syiah Zaydiah di Yaman, juga telah menulis surat kepada Sultan ‘Abdali pada 23 November 1914, sebagai jawapan kepada surat Sultan ‘Abdali kepadanya. Imam merujuk kepada hubungan baik yang ada natara keluarga ‘Abdali dengan Imam Zaydi pada masa lampau serta meminta kepastian dari Sultan ‘Abdali tentang hubungan awal Imam Zaydi dengan Inggeris. Jawapan dari Imam Yahya dianggap sebagai positif kerana Imam adalah penyokong kuat Uthmaniyah di Yaman. Pada masa yang sama muncul seorang pemimpin baru di Yaman, dalam wilayah Uthmaniyah, iaitu Shaykh Mawiyah yang berhasrat mengadakan pakatan dengan Inggeris. Berdasarkan laporan di atas, Residen mencadangkan supaya Inggeris menyokong Shaykh Mawiyah, bukan sahaja sebagai pengganti kepada Imam Yahya yang masih kurang jelas sikapnya, tetapi juga kemampuan Shaykh Mawiyah untuk mengawal Ahmad Nu’man, seorang aktivis Uthmaniyah di Yaman. Cadangan dari Residen di Aden dipersetujui. Pada 19 Februari 1915 perjanjian telah diadakan dengan Shaykh Mawiyah. Beliau diminta mengusir tentera Uthmaniyah di wilayah Ta’iz sebagai balasan atas bantuan kewangan dan janji Inggeris untuk mengiktirafnya sebagai pemimpin yang merdeka. (Abdol Rauh Yaccob, 1993: 14). Pada masa yang sama, usaha untuk mengadakan perjanjian dengan Sayyid Idrisi diteruskan. Pada 28 April 1915, satu perjanjian telah diadakan dengan Sayyid Idrisi. Beliau ditugaskan mengusir tentera Uthmaniyah di Yaman. Sayyid Idrisi juga diminta supaya mengelakkan diri dari bermusuhan dengan Imam Yahya supaya tidak menjejaskan polisi menyokong orang-orang Arab. (Abdol Rauh Yaccob, 1993: 14). Polisi menyokong orang Arab melaui bantuan kewangan, kelengkapan senjata serta janji-janji akan bebas dan merdeka tidak mencapai tujuan dan hasrat seperti yang dicita-citakan. Hak ini kerana Inggeris tidak mahu dan juga tidak mampu melibatkan gerakan ketenteraan di Arabia berdasarkan kepentingan yang lebih stategik di medan perang yang lain. Dengan hanya bantuan senjata dan wang dan janji-janji Inggeris, orang Arab tidak mampu menghadapi kekuatan tentera Uthmaniyah apatah lagi dapat menghalau mereka dari barat daya Arabia. Bahkan sebaliknya apabila pada bulan April 1915, tentera Uthmaniyah bergerak menuju ke Aden dan menundukkan Shaykh
Mawiyah. Pada bulan Julai 1915, Lahej, Bandar Sultan ‘Abdali, juga turut jatuh ke tangan tentera Uthmaniyah. Kemaraan tentera Uthmaniyah hingga hampir ke Aden telah menukar polisi Inggeris yang hanya member galakan an sokongan orang Arab sahaja bagi menentang tentera Uthmaniyah. Alternative kedua, iaitu penggunaan kekuatan ketenteraan Inggeris, mula diberi perhatian. Walaupun Aden bersungguh-sungguh meyakinkan London bahawa operasi tentera di Lahej dan Yaman amat perlu bagi kepentingan imej Ingeris di Arabia, namun London masih tidak memberi perhatian utama. Ini disebabkan kedudukan dan kepentingan Yaman dan Arabia tidak sama dengan medan pertempuran yang lain. London berhujah, “It is upon the success of our arms in the main theatre of operations rather than upon local demonstrations that the prestige of His Majesty’s Government depends..” (Abdol Rauh Yaccob, 1993: 15) Walaupun kelancaran polisi Arab khususnya di barat daya Arabia terbantut, namun kemunculan tokoh baru di Hejaz, Sharif Husayn, telah member harapan baru dalam cita-cita Inggeris menundukkan tentera Uthmaniyah di Timur Tengah. Hubungan dengan Sharif Husayn sebenarnya telah dimulakan sebaik sahaja perang meletus, iaitu pada 31 Oktober 1914, apabila mesej kedua Kitchener telah disampaikan kepada Abdullah menjanjikan bahawa sekiranya orang Arab membantu Inggeris dalam perang ini, Inggeris akan memastikan Arabia tidak akan terancam. Kitchener menambah, “It may be that the Arab of true race will assume the Khalifate at Mecca or Medina and so good may come by the help of God out of all the evil that is now occurring.” (Elie Kedourie, 1987: 52). Mesej Kitchener tentang Khalifah sekali lagi telah dirujuk oleh McMohan kepada Sharif Husayn pada 30 Ogos 1915 beserta janji-janji kemerdekaan Arab yang terdapat dalam hubungan McMohan-Sharif Husayn. Pengiktirafan kemerdekaan bumi Arab di bawah Sharif Husayn oleh Inggeris ini telah membuka jalan kepada sokongan Sharif terhadap usaha Inggeris menentang Dawlah Uthmaniyah atas nama al-‘Arabiyah pada bulan Jun 1916. Walaupun Sharif Husayn masih yakin terhadap masa depan gagasannya sebagai satu-satunya pemimpin Arab, tetapi beliau ragu-ragu apabila mendapati Inggeris secara rahsia telah mengadakan perjanjian dengan pemimpin-pemimpin Arab lain di Arabia, dengan menjanjikan kemerdekaan yang sama seperti perjanjian dengan
Ibn Sa’ud dan Sayyid Idrisi. Kewujudan pelbagai komitmen Inggeris dengan beberapa pemimpin Arab di Arabia merupakan halangan yang besar dalam penyelesaian Inggeris selepas perang di Arabia. Ini ditambah pula dengan kedudukan tentera Uthmaniyah di Lahej masih kekal hingga tamatnya perang dan keengganan Imam Yahya mengadakan perjanjian dengan Inggeris. Kekusutan ini bertambah apabila disedari Inggeris dan sekutunya turut mengadakan perjanjian sulit kea rah membahgibahagikan bumi Arab antara mereka.
14.5
Perancangan Inggeris-Perancis-Rusia di Dunia Islam 14.5.1 Perjanjian Konstantinople Apabila sahaja Dawlah Uthmaniyah memasuki perang, pakatan Allied yang
terdiri dari Inggeris-Perancis dan Rusia bertindak merancang secara sulit untuk menduduki bumi Uthmaniyah sepenuhnya. Persetujuan pertama telah dicapai ialah memenuhi tuntutan Rusia apabila Perjanjian Konstantinople ditandatangani pada 18 Mac
1915.
Dalam
perjanjian
sulit
ini
Inggeris
dan
Perancis
bersetuju
memperuntukkan kota Istanbul (Konstantinople) dan persekitarannya kepada Rusia. (Lenczowski, 1982: 75) 14.5.2 Perjanjian London Pada 26 April 1916 pula, satu perjanjian rahsia ditandatangani di London antara Inggeris, Perancis, Rusia dan Itali. Perjanjian ini merupakan hadiah kepada Itali kerana hasratnya untuk memasuki perang menyebelahi tentera Allied. Antara bumi Uthmaniyah yang dijanjikan kepada Itali ialah Kepulauan Dodecanese (di luar pantai Anatolia) dan Libya. Dengan termeterainya perjanjian London, Itali dengan resminya mengisytiharkan perang menentang Uthmaniyah pada 20 Ogos 1915. (Lenczowski, 1982: 76) 14.5.3
Perjanjian Sykes-Picot
Apabila tuntutan Rusia dan Itali ke atas bumi Uthmaniyah diselesaikan, maka persetujuan seterusnya ialah bagi menyelesaikan tuntutan Inggeris dan Perancis di bumi Uthmaniyah. Pada 16 Mei 1916, Perjanjian Sykes-Picot telah dimeteraikan.
Perjanjian ini membahagikan bumi Timur Tengah kepada penguasaan Inggeris dan Perancis. Antara persetujuan yang dicapai dalam perjanjian sulit ini ialah: Kawasan pengaruh bagi Perancis dan Inggeris. Ia merupakan kawasan yang bakal ditubuhkan sebuah negara Arab yang merdeka. Kawasan ini dibahagikan kepada A (Syria dan Mosul) yang diserahkan kepada Perancis, manakala kawasan B (Wilayah-wilayah di antara Palestin hingga ke sempadan Iran) diserahkan kepada Inggeris. Setiap kawasan-kawasan ini disediakan dengan seorang penasihat atas permintaan daripada negara Arab itu.
1.
Perancis diserahkan kawasan Biru, iaitu Syria dan Cilicia, manakala Inggeris pula diserahkan kawasa Merah iaitu kawasan Iraq. Kedua-dua pihak diberi kebebasan untuk menjalankan pentadbiran atau mengenakan kawalan di situ, sama ada secara langsung atau sebaliknya sebagaimana yang mereka kehendaki.
2.
Kawasan Coklat (Brown) iaitu Palestine akan diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa. Bentuk pentadbirannya akan diputuskan kemudiannya selepas diambil persetujuan daripada Rusia dan sekutu-sekutunya yang lain serta wakilwakil Sharif Husayn.
3.
Kawasan-kawasan yang hanya dikhususkan kepada Inggeris. Ia melibatkan: Pelabuhan-pelabuhan Haifa Sharif Husayn.
4.
Jaminan terhadap bekalan air daripada Sungai Tigris dan Euphrates dalam kawasan A ke kawasan B.
5.
Alexandretta dan Haifa dijadikan pelabuhan-pelabuhan bebas sebagai satu penghormatan kepada aktiviti perdagangan Inggeris dan Perancis.
6.
Dalam kawasan (A), landasan keretapi Baghdad ke kawasan Selatan tidak akan Akan dibuka hingga ke Mosul. Begitu juga dengan kawasan (B) yang ditutup hingga ke Samarra, sehinggalah siap pembinaan landasan yang menyambungkan kawasan Baghdad dengan Aleppo melalui pinggir sungai Euphrates.
7.
Inggeris diberi hak membina, mentadbir dan memiliki landasan-landasan keratapi yang menyambung pelabuhan Haifa dengan kawasan (B). Sebagai tambahan, Inggeris juga diberikan hak untuk mengekalkan tentera-tenteranya di kawasan tersebut dan dibenarkan membawa masuk tentera-tenteranya bila-bila masa yang dikehendaki.
8.
Dalam jangkamasa 20 tahun, sistem cukai Kerajaan Uthmaniyah akan dikekalkan dan dikuatkuasakan di kawasan Biru dan Merah sebagaimana
yang
dilaksanakan di kawasan (A) dan (B), tanpa ada sebarang peningkatan dan perubahan dari segi kadar bayarannya atau sebagainya. 9.
Perancis tidak dibenarkan untuk melaksanakan sebarang bentuk perjanjian mana-mana kuasa asing selain Inggeris dan negara Arab berhubung dengan hak-haknya yang wujud di kawasan Biru tanpa keizinan daripada His Majesty’s Government terlebih dahulu sebagaimana syarat yang sama dikenakan ke atas kawasan Merah.
10.
Perancis dan Inggeris bersetuju tidak akan melayan sebarang permohonan daripada mana-mana kuasa ketiga yang cuba menyertai kedua kuasa Barat itu di Semenanjung Tanah Arab. Walau bagaimanapun mereka tidak dihalang untuk membuat kerjasama dalam bentuk latihan ketenteraan khususnya tentera laut di pulau-pulau yang berdekatan dengan Laut Merah, kerana
ini perlu bagi
mengawal sempadan wilayah-wilayah mereka daripada serangan Kerajaan Uthmaniyah. 11.
Perjanjian-perjanjian dengan masyarakat Arab berhubung dengan empadansempadan Negara Arab (atau Penyatuan Negara-negara Arab) dibuat mengikut saluran yang sama sebagaimana yang telah dilaksanakan sebelum itu atas nama kedua-dua kuasa Barat.
12.
Bagi kawalan ke atas aktiviti kemasukan barangan import ke kawasan orangorang Arab, ia akan diselenggarakan oleh kedua-dua kerajaan itu. (George Antonius, 1969: 428-430)
Menerusi isi-isi perjanjian Konstantinople, London dan Sykes-Picot di atas, ia bukan sahaja menunjukkan sikap talam dua muka pihak Kristian Barat seperti janji Inggeris dengan Sharif Husayn dan pemimpin Arab yang lain, bahkan ia menampilkan permusuhan tradisi kuasa Kristian dengan dunia Islam. Perancangan sulit di atas merupakan rentetan kepada hubungan Kristian – Islam. Sejak lahirnya Islam hubungan yang wujud ialah persaingan dan permusuhan antara Islam dengan Kristian. Pertama dengan empayar Byzantium diikuti dengan Perang Salib, kejatuhan kota Konstantinople, kejatuhan Andalus, Persoalan Timur dan Perjanjian sulit dalam Perang Dunia Pertama.
14.6
Hubungan Inggeris-Zionis dan Deklarasi Balfour
Selain daripada wujudnya hubungan dengan orang Arab, Inggeris juga telah mengadakan hubungan dengan orang-orang Yahudi dan Zionis. Hubungan ini adalah dari pihak Inggeris sahaja tanpa melibatkan kuasa lain dari pakatan Allied. Hasil dari kelicikan Zionis dan ketamakan Inggeris, maka pada 2 Nov. 1917 satu perisytiharan dikeluarkan yang dikenali sebagai deklarasi Balfour. Deklarasi ini berdasarkan pengakuan sokongan Inggeris secara terbuka kepada golongan Zionios dan bangsa Yahudi. Perisytiharan ini dibuat oleh Arthur James Balfour, Menteri Luar Britain yang ditujukan kepada Lord Rothschild. Pemimpin Zionis Britain. Deklarasi ini menyebut bahawa:
“Dear Lord Rothschild, I have much pleasure in conveying to you on behalf of His Majesty’s Government the following declaration of sympathy with Zionist Jewish aspirations which has been submitted to end approved by the Cabinet. His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people and will use their endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country. I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionists Federations.”
(“Dengan sukacitanya saya ingin menyampaikan kepada tuan atas nama Kerajaan Baginda satu deklarasi yang mengandungi perasaan simpati terhadap cita-cita ZionisYahudi. Deklarasi ini telah diperkenalkan oleh pihak kabinet. Kerajaan Yang Dipertuan Baginda dengan penuh simpati untuk membentuk atau menjadikan Palestine sebagai Tanahair Kebangsaan bagi orang-orang Yahudi dan akan berusaha pelbagai cara bagi memudahkan tercapainya objektif tersebut. Deklarasi ini perlu difahami secara jelas supaya pelaksanaannya tidak akan mengancam hak-hak sivil dan keagamaan golongan bukan Yahudi di Palestine dan juga tidak mencabuli hak-hak politik golongan Yahudi di mana-mana negara pun. Saya akan berterima kasih sekiranya tuan menyampaikan deklarasi ini kepada Persatuan Zionis.”)
14.7
Penutup
Keterlibatan Dawlah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama dengan memihak kepada Jerman-Austria-Hungary menentang Inggeris-Perancis-Rusia telah merubah sejarah dubia Islam keseluruhannya. Setelah tamat perang dengan kekalahan di pihak Uthmaniyah-Jerman, dunia Islam telah memulakan era baru. Dalam Armistice Mudros pada Oktober 1918, Dawlah Uthmaniyah bersetuju menyerahkan seluruh wilayahnya di Timur Tengah untuk dibahagi-bahagikan antara kuasa Inggeris dan Perancis. Walaupun wilayah Uthmaniyah di Timur Tengah sahaja yang diserahkan kepada pihak yang menang, namun ibu kota Istanbul, Thrace dan Anatolia juga tidak terlepas dari ancaman Negara Eropah dari pakatan Allied. Dalam perjanjian Paris 1920, Barat Anatolia dan Thrace dihadiahkan kepada Greece, selatan Anatolia diserahkan kepada Itali, dan Timur Anatolia diuntukkan kepada Armenia, sementara Istanbul pula diletakkan di bawah pengawalan antarabangsa. Campurtangan dan pembahagian ini mendapat tentangan hebat dari masyarakat Turki Islam dan gerakan pembebasan tanah air hingga Berjaya mengundurkan kuasa Eropah, Armenia dari Timur Anatolia, Greek di Izmir dan kuasa Allied di Istanbul. Cita-cita Inggeris di Palestin dan Perancis di Syria membuahkan hasil apabila perjanjian San Remo 1920 menganugerahkan mereka kuasa dengan diperakukan oleh Liga Bangsa-Bangsa.
Keadaan dan suasana di Arabia berbeza jika dibandingkan dengan wilayah Uthmaniyah lain di Timur Tengah. Keadaan ini menyulitkan usaha Inggeris untuk terus mengekalkan pengaruhnya di Arabia. Kerumitan suasana ini dapat dilihat dengan meneliti usaha yang cuba diketengahkan oleh Kementerian Luar Negeri. Sejak bulan Mac 1919, Kementerian Luar Negeri meminta pandangan pegawai-pegawainya di Mesir, Hejaz dan Aden mengenai polisi Inggeris selepas perang di Arabia khususnya terhadap Sayyid Idrisi dan Imam Yahya. Kementerian Luar Negeri mencadangkan supaya Kerajaan memilih polisi yang mencuba mengelakkan pimpinan tempatandari mencari dan mendapat sokongan kuasa asing, dan supaya satu kesatuan Arabia dibentuk sana ada di bawah satu kuasa atau sebagai satu persekutuan. Selepas mendapat cadangan balas dari Mesir dan Aden, Kementerian Luar Negara telah mengeluarkan dasar ke arah perdamaian di Arabia. Arahan dari Setiausaha Luar Negara kepada Pesuruhjaya Tinggi di Mesir adalah seperti berikut: “You should therefore without delay dispatch Colonel Jacob to open preliminary discussions. He should explain to the Imam that His Majesty’s Government do not intend to interfere in internal matters but are anxious to see the separation and discord in Arabia superceded by principles of cohesion and co-operation. They realized that this policy can be successful only if it has the goodwill of the autonomous rulers of Arabia through whom they propose alone to deal. Excluding the Arab Protectorate, the autonomous rulers in question are King Husein, Imam himself, Ibn Saud, Sultan Shehr Mokalla and the Idrisi who has late earned for himself by his assistance during the war to the allied cause a position which His Majesty’s Government propose to recognize.” “With view to establishing permanent friendly relations between these rulers His Majesty’s Government have decided to invite them to conclude simultaneous treaties. By these they will all of them mutually recognize independence of the others and undertake to submit all question of boundaries and other causes of dispute to British arbitration in the first place.” “As regards the relations between King Husein and the other overlords Colonel Jacob should also sound the Imam making it clear that in no case will His Majesty’s Government support any claim of one autonomous ruler expect with the concurrence and at the desire of both parties. At present nothing should be said on the question of relations with other powers. Colonel Jacob, if the point is raised, should take the line that it is clearly desirable in the best interests of Arabs themselves that they should accept the same referee and that there is no question of any other power claiming the traditional position of His Majesty’s Government as friend and protector of the Arabs so far as he is aware.” (Abdol Rauh Yaccob, 1993: 18)
Dengan membawa polisi tersebut, Jacob telah bertolak ke Sana’a untuk menyampaikannya kepada Imam Yahya. Tetapi oleh kerana rombongan Jacob gagal untuk sampai ke Sana’a setelah ditahan di pertengahan jalan, maka penyelesaian Inggeris di Arabia menemui jalan buntu. Polisi menyokong orang Arab ternyata gagal. Inggeris mengetengahkan polisi ini dengan matlamat jangka pendek, iaitu mendapat kerjasama dari orang Arab bagi menentang Uthmaniyah di Timur Tengah khususnya di Arabia. Tetapi kerjasama dan persefahaman antara pemimpin-pemimpin Arab tidak diberi perhatian yang sungguh-sungguh. Ini kerana perjanjian di antara pemimpinpemimpin Arab dibuat secara berasingan. Keraguan Sharif Husayn, tentang niat sebenar Inggeris di Arabia dan di Timur Tengah, apabila mengetahui komitmen Inggeris terhadap pemimpin Arab lain, mempunyai asas yang kukuh. Di barat daya Arabia usaha awal untuk memujuk Sayyid Idrisi dan Imam Yahya supaya bersatu juga gagal. Kegagalan Inggeris memujuk Imam memihak kepadanya memberi kesan yang lebih negative kepada penyelesaian di Arabia amnya dan barat daya Arabia khasnya. Selepas perang tamat, kekuasaan Uthmaniyah di Timur Tengah berakhir dan digantikan dengan penjajahan Eropah dalam bentuk kuasa mandat dan perjanjian. Penyelesaian yang dipersetujui selepas perang, terutamanya antara Inggeris dan Perancis mengenai dunia Islam di Timur Tengah, tidaklah berbeza dengan polisi yang telah diputuskan ketika perang. Perjanjian San Remo pada April 1920 telah menghadiahkan Inggeris dengan kuasa mandat di Iraq dan Palestin, sementara Perancis pula telah diberi kuasa mandat untuk menduduki Syria dan Lubnan. Oleh itu perjanjian Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour merupakan asas penyelesaian selepas perang. Sementara itu negara-negara Arab lain telah diberi kemerdekaan tetapi masih terikat dengan perjanjian seperti Mesir, Jordan dan Ibn Saud. Sebagai kesannya timbul semangat kebangsaan yang sempit menggantikan semangat kesatuan Islam sejagat. Negara bangsa menggantikan sistem khalifah. Inilah permulaan sejarah moden dunia Islam dan inilah juga permulaan kemelut dunia Islam kini, natijah dari campur tangan kuasa Eropah di Timur Tengah.
LATIHAN
1. Huraikan system khalifah berperlembagaan dalam Dawlah Uthmaniyah. 2. Mengapakah Dawlah Uthmaniyah memasuki Perang Dunia Pertama 3. Apakah yang dimaksudkan dengan Polisi Arab dalam Perang Dunia Pertama 4. Bincangkan perjanjian sulit di bawah ini: 5. Perjanjian Konstantinople 6. Perjanjian London 7. Perjanjian Sykes-Picot 8. Bincangkan hubungan Inggeris dan Zionis dalam Deklarasi Balfour 9. Apakah kesan Perang Dunia Pertama ke atas dawlah Uthmaniyah
BACAAN
Abdol Rauh Yaccob. 1993. Kemelut Dunia Islam Moden 1: Sejarah Campurtangan Inggeris di Arabia dalam Perang Dunia Pertama. Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Antonious, George. 1938. The Arab Awkening. New York: H. Hamilto. Kedourie, Elie. England and the Middle East: The Destruction of the Ottoman Empire 1914-1921. London: Bowes & Bowes. Lenczowski, George. 1982. The Middle East in World Affairs. Ithaca and London: Cornell University Press. Macfie, A.L. 1998. The End of the Ottoman Empire 1908-1923. London & New York: Longman. Yapp, M.E. 1987. The Making of Modern Near East. Harlow: Longman.