PENULISAN REFLEKTIF KOKURIKULUM Jenis Persatuan/
: Kelab Koir
Murid
: TAHUN 4 dan 5
Tarikh
: 27 / 2 /2019 (Rabu, 2.00p.m. hinggga 3.00p.m.)
Tajuk Jurnal
: Latihan nyanyian
1.
Kekuatan :
Sepanjang perjumpaan selama 1 jam ini, saya mendapat maklum balas bahawa murid berasa berpuas hati kerana mereka berpeluang untuk mempelajari pengetahuan yang baru
dan amat
berguna melalui teknik Melafalkan Huruf Vokal yang disampaikan oleh guru.Selain itu, kebanyakan murid memberi komen bahawa sesi menyanyi lagu amat menyeronokkan kerana guru memberi penjelasan yang sangat jelas tentang lirik lagu dan guru bermain piano untuk mengajar murid menyanyi. 2. Kelemahan : Teknik yang diajar sudah lupa dan mengulangi kesalahan yang sama.
3. Cadangan dan Langkah Penambahbaikan: Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan terhadap isu-isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penambahbaikan untuk bernyanyi dengan nada tinggi, antaranya untuk ialah:
Latihan Pernafasan – Bedakan terlebih dahulu antara pernafasan perut dengan pernafasan dada, cara mengetahuinya cukup mudah. Jika saat bernafas, perut terasa lebih kembung maka itu berarti kamu melakukan pernafasan perut. – Tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan hingga 10 detik, biarkan perut mengembung –
Selama 10 detik menahan nafas pada perut, perut akan terasa lebih keras
–
Setelah 10 detik, keluarkan nafas secara perlahan lewat mulut hingga hitungan 10 detik agar nafas yang dikeluarkan dapat hemat cukup buka mulut sedikit saja.
–
Lakukan cara ini berulang dengan menambahkan durasi waktu misalnya ditambah per 5 detik.
4.
Kesimpulan:Secara keseluruhannya, kebanyakan murid memberi maklum balas bahawa
mereka berasa bangga kerana dapat menyertai Kelab Koir sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah ini. 1