Koir

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Koir as PDF for free.

More details

  • Words: 2,494
  • Pages: 12
1

PERSEMBAHAN PENTAS KOIR 1.0 PENGENALAN Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama." Kelab koir ialah sebuah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau lebih. Koir ditubuhkan disekolah hasil daripada permintaan pelajar-pelajar. Guru-guru akan menjemput orang luar bagi mengajar pelajar-pelajar sekiranya guru penasihat tersebut. Kebiasaanya koir juga diajar oleh senior daripada sekolah tersebut yang menjadi kumpulan mahir. Apabila sesuatu kumpulan baru ditubuhkan maka kumpulan baru ini akan membuat persembahan disekolah dan akan menggantikan kumpulan mahir atau senior mereka. Dari segi istilahnya, koir adalah sebuah kumpulan muzikal vokal yang menyanyi beramai-ramai yang membentuk satu nyanyian yang harmoni. Walaupun bukan penyanyi solo yang baik, namun dalam kumpulan koir, ahli-ahli ini mampu untuk menghasilkan gabungan suara yang berharmoni, mantap dan merdu. Koir sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. Koir dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.Aktiviti koir ini juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri. Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.

2

2.0 STRUKTUR PERSEMBAHAN KOIR

Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik(sama seperti orkestra). Konduktor-konduktor untuk koir kadang-kala dipanggil pengarah koral, pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra. Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan. Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella. Instrumen iringan secara praktikalnya boleh mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah kepada orkestra penuh; untuk raptai iringan piano atau organ sering digunakan walaupun pada awalnya instrumen lain sepatutnya dirancang untuk digunakan, atau untuk tujuan raptai muzikal acapella.

3

3.0 KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA Biasanya dalam koir ini terdapat empat kumpulan suara. Tapi boleh jadi lebih dari itu. Tingkattingkat suara yang lazim adalah seperti soprano dan alto (wanita), manakala tenor dan bes pula adalah untuk lelaki. Bagi kumpulan koir kanak-kanak biasanya hanya ada dua gabungan suara iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-kanak lelaki lebih kurang suara kanak-kanak perempuan. suara ahli kumpulan akan duji terlebih dahulu bagi menentukan dimana kedudukan suara mereka samaada soprano, alto, tenor mahupun bes. Kemudian, barulah skor lagu diedarkan berdasarkan kepada kumpulan suara masing-masing.

Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C tengah" (C4) hingga ke "A atas" (A5) untuk muzik koir. Perkataan "soprano" secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita. Dalam nyanyian 4 penyanyi koir berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian. Namun terdapat juga soprano yang boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah dari lingkungan suara kebiasaannya.

Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi wanita. Dalam kumpulan

asalnya

4 penyanyi koir, suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada

ditulis

dalam

“klef

alto”

tetapi

kini

ditulis

dalam

“klef

trebal”.

Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef. Tetapi, dalam koir setiap tingkat suara ni mempunyai peranan masing-masing dalam meharmonikan sesuatu persembahan nyanyian.

Di dalam nyanyian 4 penyanyi koir, penyanyi tenor ialah yang bersuara kedua rendah, di atas suara penyanyi bes dan di bawah suarapenyanyi soprano dan penyanyi alto. Lingkungan suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi tenor opera. Sesetengah

4

nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.

Di masa kini dan juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian koir menghadapi kesukaran mendapat penyanyi yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ia amatlah sukar untuk lelaki dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor. Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian bes atau bariton. Oleh sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap lingkungan suara seorang tenor. Apabila

perkara

sebegini

wujud

dalam

sesetengah

kumpulan koir,

kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian tenor walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak cukup tinggi.

Bes ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang paling dalam dan rendah di dalam suara manusia. lingkungan suara penyanyi bes kebiasaannya adalah dari F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Suara penyanyi bes berubah dari suara dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Suara rendah penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka. Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:•

Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak kumpulan

koir

yang

paling

kerap

dibuat,

mengandungi

penyanyi-

penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagaiSATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB, manakalaSATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suarabariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.

5 •

Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun “S” merujuk kepadasoprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa

dengan

penggunaan falseto,

kerap

juga

dipanggil

sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British. •

Koir

wanita -

mengandungi

suara soprano dan alto sahaja,

menggunakan

singkatan SSAA atau SSA •

Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard

Soprano

Alto

Tenor

Bes

6

4.0 LATAR BELAKANG PENUBUHAN KUMPULAN KOIR Perancangan membentuk sebuah kumpulan koir seharusnya dilakukan secara bersistematik agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan hingga tercapai objektif. Ia bertujuan mengelak daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan perancangan yang telah dibuat. Terdapat beberapa pekara yang perlu diberi perhatian khusus dalam menentukan kejayaannya, antaranya ialah : 1. Saiz kumpulan 2. Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara 3. Jumlah atau bilangan penyanyi 4. Pemuzik Iringan 5. Alat Muzik Iringan 6. Keupayaan Guru. 7. Tempat Latihan 8. Jadual Latihan 9. Surat menyurat 10. Skor atau gubahan-gubahan lagu. Kesemua faktor yang disebutkan diatas akan memudahkan lagi prosedur yang seterusnya dan membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar. Prosedur berikutnya ialah:  Menentukan tarikh uji bakat Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar yang berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan pelajar yang terbaik dikalangan pelajar.

7

 Melaksanakan uji bakat Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam nyanyian koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan secara solo. Penyanyi yang telah terbina identiti dan cara nyanyian tersendiri lebih sesuai untuk nyanyian solo , Walaubagaimanapun mereka boleh diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan. ‘Warm up’ perlu dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul-betul bersedia. Menguji bakat perlu dilakukan mengikut beberapa turutan bagi mempastikan pekarapekara berikut;  Tempo

Menyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel . Terdapat aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya ialah; Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau dinyanyikan. Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya.

 Renj

Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara saperti suara soprano, alto ,tenor dan bes. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah dengan meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar misalnya: mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu.

8

 Tone Suara Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya misalnya terlalau tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi sukar dilakukan.Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun secara kumpulan.

 Irama

Kemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar sukar menyanyikan bahagian-bahagian irama ‘up beat’ atau sinkopasi .Ini akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu para guru disarankan menguji kebolehan pelajar dalam irama yang pelbagai dan pastikan ia dilakukan dengan betul serta menepati tempo yang diberi. Aktiviti yang selalu dilakukan ialah guru menyedikan beberapa jenis pola irama yang pelbagai termasuk yang mempunyai sinkopasi . Guru menepuk iramairama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama serta tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan tersebut. Bagi pelajar yang mempunyai latarbelakang muzik serta telah menguasai corak irama bolehlah menjalankan aktiviti yang lebih mencabar iaitu guru memaikan satu corak irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak irama lain dalam waktu yang sama. Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru jika dimainkan dengan betul.

 Ketepatan Pic

9

Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang berkualiti. Ia juga tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat dilakukan jika setiap pelajar mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan menyebabkan harmoni yang tidak tepat , lemah serta tidak bertenaga malah menyukarkan proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks ini guru perlu mempastikan setiap pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic dapat dinilai atau diuji melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan balik melodi yang dimainkan atau dinyanyikan . Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi yang dimainkan dikira mempunyai ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah memainkan melodi-melodi yang bersesuaian dengan renj suara individu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyikan arppegio,skel serta melodi-melodi pendek yang dimainkan dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu.

4.1 Pembahagian Kepada Kumpulan S.A.T.B Pembahagian kepada kumpulan dilakukan berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan yang telah dirancangkan. Dalam konteks ini kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40 orang. Pemberatannya ialah 13penyanyi bes, 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan 7 penyanyi sopranao.Pemberatan ini diambil setelah mengambilkira kekuatan bunyi yang diperlukan. Penetapan kumpulan ini dibahagikan berdasarkan renj suara yang dimiliki oleh individu dengan berdasarkan renj saperti berikut; 1. Soprano 2. Alto 3. Tenor 4. Bes Menyanyi mengikut kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan soprano dan diikuti oleh alto, tenor dan bes. Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto namun

10

kadangkala semua menyanyi secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada skor dan pastikan kumpulan yang menyanyikan bahagian melodi didahulukan. Dalam konteks ini saya telah memilih lagu yang dimulakan dengan semua kumpulan menyanyi secara unison pada keseluruhan rangkap pertama. Oleh itu pengajaran dimulakan dengan turutan berikut; 1. Menyanyikan baris demi baris beserta latih tubi sehingga lengkap satu rangkap.(tanpa iringan) Melodi dimainkan piano sebagai panduan. 2. Menyanyi keseluruhan rangkap pertama.(dengan iringan) 3. Melatihtubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri. 4. Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan rangkap lagu dengan iringan piano. 5. Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga keseluruhan rangkap tamat. Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat menyanyikannya dengan baik.

5.0 KESERAGAMAN KOIR 

Permulaan dan tamat (attack and released) Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan setiap kumpulan . Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan. Kesemuanya perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan bukan bersifat individualistik.



Menentukan aras dinamik Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana kedudukannya didepan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras dinamik bertujuan memberikan impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan koir.

11



Pakaian Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama yang telah terbina. Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara serta tatacara dan etika persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada gangguan– gangguan seperti berlaku pakaian terlalu ketat sehingga mengganggu kelancaran pernafasan. Tidak selesa dengan potongan/fesyen yang kurang sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi kurang konsentrasi dan berkemungkinan hilang keyakinan diri.



Gaya persembahan Persembahan koir tidak memerlukan gerakan yang banyak dan agrasif tetapi memadai dengan menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan lirik serta interpretasi lagu yang dinyanyikan. Pergerakkan yang keterlaluan hanya akan menghilangkan konsentrasi penyanyi dan penonton. Gaya persembahan seharusnya tertumpu kepada elemen-elemen muzik saperti harmoni, pic, dinamik, interpretasi , sebutan dan sebagainya.

6.0 KESIMPULAN Melalui perancangan yang telah dibuat dengan teratur dan teliti, sebuah kumpulan koir akan dapat dihasilkan dengan berkesan dan berkualiti. Malah sistem penjadualan dan sikap yang tegas dalam mengendalikan kumpulan perlu diambil berat agar ahli kumpulan koir tidak mengambil kesempatan atau sambil lewa menjalani sesi latihan. Sikap kesungguhan mengendalikan latihan akan menarik keyakinan dan semangat kepada ahli kumpulan koir menjalani latihan dengan baik. Cara mengendalikan latihan dengan mengadakan ‘warm-up’ vokal dan tubuh turut menarik minat serta perangsang kepada ahli koir. Aktiviti-aktiviti tersebut kelihatan tidak begitu penting tetapi ia sebenarnya amat penting kerana ia boleh memberi persediaan fizikal yang berkesan dalam nyanyian di samping membantu menggalakkan ahli menyertainya kerana sesi tersebut adalah sungguh menarik seperti suatu permainan atau hiburan. Contohnya senaman ringan dari segi fizikal, pemanasan suara yang mempunyai pelbagai aktiviti boleh dijalankan

12

seperti ‘bubbling’, ‘humming’, dan cara latihan suara yang menggunakan pelbagai teknik yang menarik lagi berkesan. Kemesraan dan cara layanan terhadap ahli koir juga perlu diberi tumpuan untuk menarik mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Latihan yang betul dan berkesan penting kepada ahli koir. Selang antara hari latihan tidaklah terlalu lama dan ahli koir perlu mengadakan sesi latihan sepanjang masa sehingga hari pertandingan. Perhatian yang kurang akan menyebabkan kumpulan koir menjadi lemah dan kurang komitmen. Jurulatih dan pelajar mesti ada kesungguhan yang kuat untuk memenangi sebarang acara atau pertandingan itu. Pujian atau motivasi perlu diberikan oleh jurulatih sebagai perangsang dan dorongan dalam menambahkan kekuatan semangat mereka menyanyi dengan berkesan.

RUJUKAN Internet: http://ms.wikipedia.org/wiki/Koir

http://nashamus.blogspot.com/2008/05/latarbelakang-kumpulan-koir.html

Related Documents