Kita Yang Terlupa

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kita Yang Terlupa as PDF for free.

More details

  • Words: 255
  • Pages: 1
Kita yang terlupa 'Pakaian mencerminkan keperibadian'. Tetapi kita seringkali alpa, kita terlalu lalai dan kita tidak pernah ambil peduli tentang pakaian yang dipakai untuk 'mengadap'. Kita lupa akan hakikat siapa diri kita. Seringkali kita mengadap Allah dengan pakaian yang kita pakai hampir seharian. Pakaian tersebut kadang-kala tidak diketahui sejauhmana kebersihan dan kesuciannya. Bayangkan seharian kita memakainya ke hulu, ke hilir dan kadangkala pakaian tersebut menyapu jalanraya kerana terlalu labuh mencecah lantai. Jadilah kita bandaraaya yang tak bertauliah. Jauh bezanya dengan keadaan kita ketika menghadiri majlis-majlis keramaian atau kenduri. Dengan keharumannya dan pakaiannya yang tanpa sekelumit pun kesan kotoran degil. Berbeza keadaannya untuk kita mengadap Allah swt. Bahkan kita juga rela memakai telekung yang dipenuhi bintik-bintik hitam umpama jeragat dimuka dengan 'keharuman' yang tersendiri. Hilang keperihatinan tentang kebersihan sebagaimana yang kita laung-laungkan. Sedangkan Islam amat menitik beratkan hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan dan kesucian. Telah bersabda Rasulullah saw: "Suci itu adalah separuh dari iman...." - Hadith riwayat Muslim Manakala ada juga dikalangan kita yang berhias sakan apabila berdating, tapi bila masa mengadap Allah hanya berkain pelikat tanpa berbaju pula. Tidak timbul pun sedikit rasa malu dihati kita bila berpakaian demikian ketika sembahyang. Sembahyang seolah-olah menjadi perkara ringan dalam hidup kita. Sedangkan di zaman Rasulullah ia merupakan satu tanggungjawab yang besar dan ada dikalangan sahabat yang gementar tubuh mereka apabila ingin menunaikan tanggungjawab ini. Jauh berbeza dengan kita hari ini yang hanya bersembahyang mi maggie, dua minit dan siap. Oleh renung-renungilah diri kita, ibadat kita demi kebahagian di sana. Sabda Rasulullah: "Dunia ini adalah tanam-tanaman untuk akhirat"

Related Documents


More Documents from "arif irfan"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31