Kisah Klasik

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kisah Klasik as PDF for free.

More details

  • Words: 895
  • Pages: 4
"Al-kisah, diriwayatkan dalam satu kitab klasik yang tidak diketahui asal usulnya, diceritakan sebuah hikayat oleh para penglipur lara. Kisah ini telah diubah suai bagi memodenkan cerita dengan keadaaan semasa. Kalau tak barangkali akan dituduh jumud, kolot dan sebagainya. Bermulanya hikayat ini apabila Leman ingin menjelajah dunia dengan kereta sakti bernama Proton. Leman ingin menuju ke satu destinasi yang jauh dimana disitulah bagi Leman kebahagiaan abadi kan diketemuinya.

Maka dipendekkan hikayat, kereta sakti Leman telah rosak diperjalanan. Itulah kuasa Tuhan. Sesakti mana pun kereta itu pasti akan rosak akhirnya. Sedang Leman menurun mendapatkan bantuan, muncul seorang puteri cantik bestari ingin membantu. Puteri itu dikenali sebagai Tun Siti. Leman yang dalam kesusahan itu dengan hati terbuka kedatangan Tun Siti yang ingin menghulurkan bantuan. "Hamba rasa, kereta sakti ini rosak kerana petrol digunakan sebagai bahan bakar" "Kenapa Tun Siti berkata demikian? Bukankah petrol itu bahan wajib untuk kereta!?" "Itulah, cuba tuan hamba fikir, siapakah yang mencipta kereta? LELAKI bukan? Jurutera itu seorang LELAKI. Maka sudah tentu akalnya pendek sebab lelaki ini hanya suka mengikut nafsu sahaja" "Idea WANITA tidak pernah LELAKI ambil kisah. Kalau ditanyakan pada wanita, sudah tentu air menjadi bahan bakarnya. Sudah lah mudah untuk didapati, tidak mencemarkan alam pula. Dalam buku hikmat jurutera, hamba lihat semuanya telah ditafsirkan berdasarkan kepala otak lelaki. Kalau nak guna untuk lelaki sahaja tidak mengapa, tetapi mengapa kereta sakti untuk wanita pun lelaki yang cipta. Otak jurutera-jurutera itu semua biol-biol belaka." "Tetapi Tun Siti, bukankah sifat air itu tidak boleh membakar?" "Ah..itulah. Tuan hamba pun lelaki. Ini semua hasil otak-otak biol jurutera-jurutera kolot tu. Zaman sudah berubah tuan hamba. Kerana petrol manusia berperang. Kalau air kan mudah. Patut penciptaan kereta ini berubah mengikut zaman. Pendapat wanita perlu diambil kira...! Buku hikmat jurutera patik baca dalam terjemahan Inggeris tidak pernah mengatakan bahan bakar itu mesti dari petrol. Hanya dari otak-otak biol si jurutera LELAKI itulah datangnya idea begitu. Menyusahkan wanita sahaja." Tidak lama kemudian, datang pula eorang lelaki. Memperkenalkan dirinya sebagai Kasim Baba. Setelah mendengar perbalahan antara Leman dan Tun Siti,

Kasim Baba pun berbicara. "Kata-kata Tun Siti ada betulnya. Zaman sudah berubah. Idea menggunakan petrol perlu difikirkan semula. Dan hamba fikir, sebab adanya tayar, kereta sakti tuan hamba ni tidak boleh bergerak." "Ya Kasim Baba...! Tayar kan komponen utama untuk kereta. Kalau tiada tayar, tidaklah ia bernama kereta.!" "Zaman sudah berubah Tuan hamba...Tayar itu juga idea kolot jurutera-jurutera kereta dahulukala. Mereka mencipta-cipta barang yang tidak ada dalam buku hikmat jurutera. Idea itu untuk kepentingan sahabat-sahabat mereka yang menjadi tauke getah." "Kereta sakti Tuan Hamba ini tidak sesuai kerana ada tayar. Tayar kalau sudah hilang bunganya akan dibuang dan akhirnya akan mencemarkan alam...! Zaman moden ini, kereta perlu berubah. Bukan zaman mengikut kereta." Leman berasa sangsi. Tun Siti dan Kasim Baba saling sokong menyokong. Kemudian datanglah pula seorang mekanik yang secara kebetulan lalu disitu. Setelah melihat hal yang berlaku, maka berkatalah si mekanik. "Leman, Tuan Hamba telah ditipu oleh Tun Siti dan Kasim Baba. Kalau dah namanya kereta, kenalah ada tayar dan petrol untuk menggerakkan kereta. Kalau tiada tayar, namanya kapal layar atau burung besi. Kalau tiada petrol namanya kereta lembu. Kereta sakti ni rosak sebab tuan hamba lupa menggantikan minyak hitamnya sahaja." "Tengok, si kolot sudah datang. Dahlah pakaiannya kotor. Mereka semua ni satu perguruan dengan jurutera-jurutera kolot tu. Percayalah kata kami..." "Wahai Tun Siti dan Kasim Baba, hamba ni mekanik. Jadi hamba tahulah mana yang rosak." "Mekanik jumud! Zaman sudah berubah. Bukan mekanik dan jurutera kereta sahaja yang berhak dalam hal-hal kereta sakti tau. Lagipun semua orang kini sudah ada kereta sakti. Jadi, semua ada hak untuk berbicara pasal kereta sakti dan mengubah suai ikut sesedap kami." "Air mesti digunakan mengantikan petrol!" "Tayar mesti dibuang!" Inilah sebahagian sedutan hikayat dari kitab klasik yang ditemui. Kisah yang lain bakal diterjemahkan di lain hari itu pun kalau dasar pendidikan kita masih kekal menggunakan bahasa Jawa. Sekiranya dasar berubah kembali menggunakan bahasa Hawaii, kita kena tunggu di lain masa. Catatan pakdi: Cereka ini ditulis setelah pakdi membaca artikel Zainah Anwar, Executive Director Sister

In Islam di dalam majalah Time. Keluaran 10 Mac 2003. Artikel tersebut bertajuk Ending The Patriarchy. Kita seharusnya berasa kesal, terdapat pertubuhan yang kununnya menggunakan nama Islam, tetapi tidak pernah menghormati pendapat ulama-ulama. Apa yang ditulis oleh Zainah Anwar, secara tidak langsung telah menolak pendapat-pendapat kesemua Imam Mazhab yang empat. Islam tidak pernah mengasingkan atau mendiskriminasikan wanita. Kalau malas sangat nak bukak kitab-kita hadis, buku terbaru Dr HM Tuah Iskandar, Membina Hati Bahagia banyak mengandungi hadis yang mana Islam sangat memuliakan wanita. Malah, Sayyidatina Aisyah setelah wafat Rasulullah saw, menjadi rujukan para sahabat dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Semoga kita semua sentiasa dalam naungan rahmat dan hidayah Allah swt. Sila klik link yang diberi. Kalau dalam majalah sebenar, ada gambar beliau yang tidak bertudung sebab bagi SIS, tudung itu adalah adat orang Arab. Dan itu adalah resolusi dalam Kuala Lumpur Islamic Forum, dimana apabila diumumkan tudung itu tidak wajib, tepukan gemuruh bergema di forum tersebut, tahun lepas. Wana'uzubillah. * Leman - umat Islam * Tun Siti - pejuang kebebasan wanita * Kasim Baba - golongan anti-hadis * mekanik / jurutera - ulama' * kereta - Islam * buku hikmat jurutera - al-Quran * tayar - al-hadith * petrol - ijtihad ulama' berdasarkan alQuran & Hadith * air - pendapat yang mengikut logik akal semata-mata artikel ni sy ambil dr mel yg telah diforwardkan. saya rasa sesuai dikongsi dgn sahabat2

semua"

Related Documents

Kisah Klasik
November 2019 43
Klasik
December 2019 30
Kisah-kisah
April 2020 62
Mekanika Klasik
June 2020 34
Kisah Kisah Sukses
July 2020 37

More Documents from "butlanmedya"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31