Khazanah Alam

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Khazanah Alam as PDF for free.

More details

  • Words: 842
  • Pages: 3
PETUA BAGI MENDAPATKAN BAYI YANG ANDA HAJATI • • •



Berkulit Cerah - Banyakkan makan telur ayam kampong dan sayur bayam. Berkulit Bersih - Jangan mengamalkan makan beras Berambut kerinting - Makanlah siput laut seperti kerang setiap hari (5 - 10 isi kerang) hingga cukup bulan. Bayi Yang Cergas - Makan ikan laut setiap hari

PETUA MENCANTIKKAN KULIT BAYI Ibu-ibu dinasihatkan meminum air kacang soya dan juga air kelapa muda semasa mengandung. Insaallah bayi yang lahir nanti kulitnya sihat. PETUA SUPAYA BAYI SIHAT Ibu-ibu digalakkan meminum air kacang soya dicampur dengan susu yang berprotin tinggi. Jika nak mudah lagi sila beli NUTRILITE keluaran AMWAY atau jenama lain yang serupa kandungannya. Maaf, bukan nak iklan AMWAY. Amalkan meminum semasa kandungan berusia 6 bulan ke atas.Jangan amalkan terlalu awal kerana dikuatiri anak terlalu besar. Ini boleh mendatangkan masalah susah bersalin. PETUA MENGHILANGKAN BENGKAK ATAU KEMERAHAN KESAN GIGITAN NYAMUK, SEMUT ATAU APA SAHAJA Ibu-ibu digalakkan membeli BAM HERBA(ASAS MINYAK) . Sapu ikut putaran jam di tempat gigitan. Insyaallah dengan sekali sapuan sahaja kemerahan atau bengkak akan hilang. juga berkesan di sapu di perut bayi yang kembong. Lagi berkesan disapu diperut, tapak kaki dan betis ibu yang baru bersalin. Dapatkan sekarang PETUA MENGHILANGKAN BATUK Dapatkan sebotol air Coca Cola. Campurkan air tersebut dengan susu pekat. Kacau biar sebati kemudian minum. Amalkan setiap pagi. Petua dari Imam kampong. PETUA MENGHILANGKAN PENYAKIT KENCING MANIS Potong beberapa keping (sebesar 1in/persegi) upeh pokok pinang. Cuci bersih dan rebus hingga mendidih. Amalkan meminumnya pagi dan malam. Ada juga orang lain memberi petua iaitu meminum air rebusan kulit akar pokok kayu bakau. Juga petua menelan hempedu ayam yang telah disimpan dalam peti sejuk. PETUA MENGGEMPISKAN BADAN / PERUT

Amalkan menyapu GEL HERBA (ASAS AIR) di bahagian perut dan juga pinggang di samping mengurangkan minum air ais dan air bergas.Gel Herba ini sangat berkesan kerana ia bertindak membakar lemak yang berlebihan di bahagian perut.Kalau hendak mengecilkan saiz paha, sapu di bahagian paha. Boleh juga mengamalkan meminum air teh cina (serbuk teh sebanyak 3 sudu besar) tanpa gula yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan sebelum sarapan dan sebelum tidur. PETUA MERANCANG KEHAMILAN Amalkan memakan kunyit hidup sebagai ulam. Ia juga baik untuk menghilangkan penyakit keputihan.Pastikan juga semasa melakukan hubungan bersama isteri / suami adalah masa subur. Masa subur bagi isteri ialah 7 - 10 hari selepas berhentinya haid. PETUA MUDAH BERSALIN Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy. PETUA MEMBANYAKKAN AIR SUSU. Parut atau kisar lobak putih yang telah dikikis kulitnya.Campur dengan segelas air suam. Minum 2 kali sehari. Boleh juga banyakkan minum air buah-buahan dan susu. PETUA MELANCARKAN / MENSTABILKAN PENGALIRAN DARAH Amalkan minum air bawang putih. Caranya dengan blander atau tumbuk 5 ulas bawang putih kemudian perah dan campurkan sedikit air. Atau cara yang lebih mudah beli Kapsul GARLIC yang dijual di farmasi. Amalkan 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam. PETUA MENGHILANGKAN PARUT DI MUKA DAN BADAN Pastikan parut masih muda. Ambil ubi keledek muda asah di belakang pasu (batu pengasah pisau pun boleh). Ambil ubi yang diasah tadi dan sapu di atas parut luka tadi. Kalau parut yang sudah lama agak susah sedikit hendak menghilangkannya. Petua ini sangat berkesan. Amalkanlah. PETUA MENGHILANGKAN DEMAM CAMPAK Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan

keluar. Boleh juga parutkan kunyit dan campurkan dengan asam gelugur. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari. MELURUSKAN RAMBUT YANG KERINTING. Dapatkan segelas santan kelapa tua. Perahkan sebiji limau nipis kedalamnya. Simpan dalam peti sejuk semalaman sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim tersebut bagi menyapu rambut anda. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala panas selama 1 jam. Basuh dan bilas. Lakukan 3 kali seminggu. MENGELAKKAN RAMBUT BERUBAN. Didihkan santan kelapa(1 biji) sehingga menjadi minyak. Masukkan halba ke dalam botol yang diisi minyak tadi. Gunakan minyak tadi sebagai minyak rambut setiap hari. Uban akan berkurangan dan rambut akan hitam semula. PETUA BAGI MENAMBAHKAN KEKUATAN SEKSUAL. Ramai lelaki merasa rendah diri bila mereka mengalami lemah tenaga batin. Terutama bagi yang sudah berkahwin. Ada petua untuk anda... Ambil secekak pucuk ubi(dicelur).Bawang putih(3 ulas) dan bawang merah(4 ulas) ditumbuk halus. Sepotong ikan pari digoreng garing. Bawang tadi ditumis, kemudian masukkan ikan pari, kemudian masukkan pula pucuk ubi. Kacau bagi rata, garam secukup rasa dan boleh juga memasukkan cili untuk menyedapkan rasa Atau sekiranya anda tidak biasa dengan kerja-kerja memasak sehingga tidak tahu di mana letaknya bawang, garam, minyak dan cili, anda tidak perlu risau. Anda hanya perlu klik disini dan klik disini. Keberkesanannya pasti tidak mengecewakan anda. PETUA MERAWAT TUMIT YANG PECAH-PECAH Ambil sebiji buah betik muda dan hirislah buah tersebut supaya getahnya keluar. Guna getah tersebut bagi menyapu di tumit yang pecah-pecah tadi. Boleh juga sapu ubat gigi sebelum tidur.

Related Documents

Khazanah Alam
November 2019 36
Khazanah Bumi.docx
October 2019 13
Khazanah Kerahsiaan
May 2020 11
Alam
May 2020 34
Alam Skitar
June 2020 16

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31