Khatam Khwajahgan Hadharat Naqshbandiyah
KHATAM KHWAJAHGAN HADHARAT NAQSHBANDIYAH memulakan dengan berdoa membaca Surah Al-Fatihah berserta Ta’awuz dan Bismillah sekali kemudian mengagih-agihkan biji-biji Tasbih yang berjumlah 110 biji, sama ada berupa biji kurma atau biji kayu atau biji batu kepada ahli jemaah zikir. Pertama sekali Syeikh hendaklah mengasingkan 7 biji Tasbih dan memberikannya kepada sebelah kanan dan kirinya, maka yang menerimanya hendaklah membaca Surah Al-Fatihah dan setelah membacanya hendaklah mengembalikan biji Tasbih tersebut kepada Syeikh. SYEIKH
Kemudian Syeikh hendaklah mengasingkan 21 biji Tasbih untuk dirinya dan mengagihkan yang baki kesemuanya kepada sekelian ahli jemaah zikir, maka yang menerimanya hendaklah membaca Selawat sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang diterimanya, jumlah keseluruhan bacaan Selawat adalah 100 kali. Kemudian membaca Surah Alam Nasyrah sebanyak mana bilangan Tasbih yang diterimanya, jumlah keseluruhan bacaan adalah 79 kali. Kemudian jemaah zikir hendaklah membaca Surah AlIkhlas sebanyak bilangan biji Tasbih yang diterimanya dengan sepuluh pusingan, yang berjumlah 1000 kali bacaannya. Kemudian Syeikh hendaklah mengasingkan 7 biji Tasbih dan memberikannya kepada sebelah kanan dan kirinya, maka yang menerimanya hendaklah membaca Surah Al-Fatihah dan setelah membacanya hendaklah mengembalikan biji Tasbih tersebut kepada Syeikh. Kemudian hendaklah membaca Selawat sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya, dengan jumlah bacaan 100 kali. Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Qaadhiyal Haajaat, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Kaafiyal Muhimmaat, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Daafi'al Baliyyaat, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Shaafiyal Amradhz, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Rafii'ad Darajaat, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Mujiibad Da'awaat, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kemudian Syeikh mengucapkan Ya Arhamar Rahimiin, maka jemaah zikir hendaklah menuruti di dalam hati sebanyak mana bilangan biji Tasbih yang ada padanya. Kesemua ucapan tersebut berjumlah 100 kali setiap satunya dan setelah selesai melakukan kesemua zikir-zikir tersebut, jemaah zikir hendaklah mengembalikan kesemua biji-biji Tasbih kepada Syeikh. Kemudian Syeikh mengangkat tangan berdoa dengan membaca Surah Al-Fatihah dan menghadiahkan seluruh pahala bacaan tersebut kepada sekelian Arwah Hadharat Khwajahgan Naqshbandiyah Mujaddidiyah. Menerusi keberkatannya lalu berdoalah memohon hajat masing-masing dari Allah Qadhiyul Hajat.
© Khanqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah
Khatam Khwajahgan Hadharat Naqshbandiyah
KHATAM KHWAJAHGAN NAQSHBANDIYAH
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.
DOA AL-FATIHAH Surah Al-Fatihah - 7 kali Selawat - 100 kali Surah Alam Nasyrah - 79 kali Surah Ikhlas - 1000 kali Surah Al-Fatihah - 7 kali Selawat - 100 kali Ya Qaadhiyal Haajaat - 100 kali Ya Kaafiyal Muhimmaat - 100 kali Ya Daafi'al Baliyyaat - 100 kali Ya Shaafiyal Amradhz - 100 kali Ya Rafii'ad Darajaat - 100 kali Ya Mujiibad Da'awaat - 100 kali Ya Arhamar Rahimiin - 100 kali DOA AL-FATIHAH
© Khanqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Uwaisiyah