Khasiat Dari Tumbuhan

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Khasiat Dari Tumbuhan as PDF for free.

More details

  • Words: 204
  • Pages: 1
Khasiat Dari Tumbuhan 1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.

4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

Related Documents

Khasiat Dari Tumbuhan
November 2019 31
Khasiat Tumbuhan Herba 1
November 2019 28
Khasiat Binahong
May 2020 26
Beragam Khasiat
October 2019 30
Khasiat Toga.docx
November 2019 51

More Documents from "Hayati"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31