Ketua Polis Negara

  • Uploaded by: Shi Wa
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ketua Polis Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 1,378
  • Pages: 8
KHIDMAT MESRA

Dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, pucuk pimpinan PDRM telah memperkenalkan pendekatan KHIDMAT MESRA (Friendly Policing). Ini selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai Kementerian MESRA RAKYAT. Secara ringkasnya, MESRA didefinisikan sebagai interaksi yang harmoni antara individu yang berteraskan keikhlasan dan kejujuran. Mesra itu sendiri membawa maksud bahawa segala pemikiran dan tindakan itu mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Dalam konteks PDRM, ia merujuk kepada interaksi ahli pasukan dengan pelanggan iaitu orang ramai. Mesra juga merupakan satu cara berfikir dan tindakan yang boleh diaplikasikan dalam semua situasi kehidupan seharian dan semasa menjalankan tugas. Pembudayaan Khidmat Mesra akan mudah dapat dilihat dalam tiga situasi iaitu dalam hubungan polis dengan rakyat, polis sesama sendiri dan anggota polis dengan ahli keluarga masing-masing. Konsep KHIDMAT MESRA ini adalah berteraskan kepada visi pasukan iaitu meningkatkan profesionalisme pegawai dan anggota. Hubungan mesra akan menjalinkan suasana yang harmonis dan saling menghormati antara polis dan orang ramai. Matlamat membudayakan konsep KHIDMAT MESRA adalah untuk :memupuk kesedaran di segenap lapisan pegawai dan anggota dalam PDRM bahawa kemesraan boleh membawa keharmonian dan kestabilan serta keyakinan rakyat kepada pasukan polis. Seterusnya dapat meningkatkan penyertaan dan kerjasama dua hala (polis dan orang ramai) dalam mengekalkan ketenteraman dan keselamatan negara. rakyat melihat dan menilai pasukan polis sebagai satu badan penguatkuasa undangundang yang adil, amanah dan bertimbang rasa. Setiap pegawai polis sebagai pelindung nyawa dan harta benda mereka. mempereratkan hubungan setiakawan di kalangan rakan sejawat serta memupuk semangat kerja berpasukan. Untuk merealisasikan pendekatan ini Ketua Polis Negara telah mengisytiharkan Moto Pasukan Polis yang baru iaitu MESRA, CEPAT DAN BETUL sempena sambutan

Peringatan Hari Polis ke-192 pada 25 Mac 1999. Selaras dengan usaha membudayakan konsep MESRA ini, semua pegawai dan anggota PDRM akan memakai lencana di saku baju sebelah kiri sebagai tanda komited untuk mendukung iltizam pasukan ini.

Pasukan turut mencetak poster dan 'sticker' kenderaan bagi kegunaan di pejabat-pejabat dan dalam kenderaan pasukan untuk mengingatkan setiap anggota pada setiap masa supaya memberikan perkhidmatan yang mesra kepada masyarakat. Poster dan 'sticker' ini bertujuan untuk memperingatkan warga polis bahawa teras tatalaku sepanjang masa ialah MESRA. Di sini cukup jelas bahawa sasarannya ialah anggota pasukan sendiri, disamping ia juga akan mempengaruhi ahli masyarakat yang membacanya. Poster ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh anggota, di pejabatpejabat pertanyaan di Ibu Pejabat, Balai, Pondok, Pengkalan, Unit atau tempat mana anggota ramai berkumpul. Peringatan yang berterusan ini akan memberi kesan positif kepada anggota polis dalam menjalinkan perhubungan rasmi, sosial dan kekeluargaan. Di antara ciri-ciri "Khidmat Mesra" ialah kesediaan untuk bermesra, peramah dan berbudi bahasa, tingkahlaku dan pertuturan yang sopan, sentiasa bersedia untuk menolong, nada suara yang tidak dipengaruhi emosi, tidak emosional dan tenggelam punca, air muka yang manis, menghindari perang mulut, tenang dan mengawal keadaan, bersabar dan tidak menyeleweng, pendengar yang baik, mengutamakan maklumat daripada sentimen, memberi penjelasan bukan leteran, cekal hati dan tegas.

KOD ETIKA

SETIA Taat setia yang tidak berbelah-bagi kepada Raja, Negara, Kerajaan dan pucuk pimpinan Pasukan. BERDISIPLIN Mengutamakan disiplin diri dan tugas pada setiap masa dengan tekun, tabah dan beramanah. BERWIBAWA Melaksanakan segala kewajipan dan kuasa-kuasa dengan tegas, berani, adil dan saksama. PRIHATIN DAN MESRA Sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra, cepat, betul serta terkini dan mengutamakan hak dan kepentingan masyarakat. CEMERLANG Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran, mengamalkan cara hidup sederhana, suci dan bahagia untuk mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang serta sikap positif dan proaktif bagi mewujudkan sebuah organisasi yang unggul dan peka terhadap perubahan semasa.

PANGKAT Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel. Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Cif Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Komisioner (ACP - IGP), Kumpulan Superintendan (ASP - SUPT) dan Kumpulan Inspektor (INSP - C/INSP). Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat SubInspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :Pegawai-Pegawai Kanan Polis Inspektor General Polis (IG) Deputi Inspektor General Polis (DIG) Komissioner Polis (CP) Deputi Komisioner Polis (DCP) Senior Asistan Komisioner I (SAC I) Senior Asistan Komisioner II (SAC II) Asistan Komisioner Polis (ACP) Superintandan Polis (SUPT.) Deputi Superintendan Polis (DSP) Asistan Superintendan Polis (ASP) Cif Inspektor (C/INSP) Inspektor (INSP) Inspektor Percubaan (P/I) Pegawai Rendah Polis Sub-Inspektor (SI) Sarjan Mejar (SM) Sarjan (SJN) Koperal (KPL) Lans Koperal (L/KPL) Konstabel (KONST) SEJARAH POLIS Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 1807. Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah bermula sejak awal lagi, iaitu pada zaman kesultanan Melayu di mana wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang tersebut. Undang-undang yang wujud pada zaman tersebut lebih menjurus kepada undang-undang adat ataupun undang-undang syariah sementara penguatkuasaan dijalankan oleh institusi Temenggong serta para hulubalang. Wawasan





Mengamalkan prinsip Mesra, Cepat dan Betul sebagai wadah Pasukan dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang • Meningkatkan profesionalisme di kalangan anggota secara berterusan Memastikan Pasukan sentiasa dipercayai, disegani dan dihormati oleh masyarakat •

Menimbulkan perasaan gerun di kalangan penjenayah

STRUKTUR PDRM mempunyai 4 susun lapis struktur organisasi, iaitu:-

TUGAS Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap; • memproses risikan keselamatan; • menjalankan pendakwaan; memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran; memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan; melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten; • mempamerkan maklumat; • melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya; menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam; • memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta; • melindungi harta awam daripada hilang atau rosak; menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan menjaga ketenteraman didalamnya dan mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis. •

• •





• •

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam. OBJEKTIF Objektif •

• Mengurangkan kadar jenayah ke tahap yang minimum ; Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber manusia ; • Meningkatkan kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang ; • Mengurangkan bekalan dan permintaan dadah ;





Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang optima bagi menentukan kejayaan PDRM ; • Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, ketenteraman awam dan keselamatan negara dan Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan keselamatan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan/atau ketenteraman awam.

KETUA POLIS NEGARA Ketua Polis Negara : Tan Sri Sir Claude Fenner (1958 - 1966) Tun Mohamed Salleh Ismael (1966 - 1973) Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim (1973 - 1974) Tun Mohammed Hanif Bin Omar (1974 - 1994) Tan Sri Abdul Rahim Bin Mohd. Noor (1994 - 1999) Tan Sri Norian Mai (1999-2003) Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar (2003 - 2006) Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan (2006 - ) Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Dato' Hj. Hassan

YDH Tan Sri Dato' Seri Musa dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Dato' Hj. Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September 2006. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke lapan menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Bin Hj. Omar yang bersara pada 11 September 2006.

Beliau dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat. Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat. Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau " Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya ".

Related Documents

Ketua Polis Negara
May 2020 25
Pro Polis
June 2020 24
Negara
May 2020 35
Negara
June 2020 37
Negara
November 2019 49

More Documents from ""